Wednesday, February 5, 2020

Tukar huruf kecik ke besar pada Excel

T

Ilmu ni sangat berguna untuk korang yang nak buat sijil ke surat ke apa ke... Kadang-kadang kita dapat data dari Google Form, orang key in ikut suka, ada yang guna huruf besar, ada yang guna huruf kecil kan... Tak cun la sijil/surat kita tu nanti kalau tak standardize kannn... Hehe... Okay, jom tengok caranya macam mana...

Satu

Wujudkan column baru kat sebelah senarai nama yang korang nak ubah tu... Contoh dalam gambar, saya wujudkan Column D.

Dua

Masukkan Formula =UPPER(Tengok Column & Row yang nak diubah tu...)
Contoh dalam gambar, nama murid yang pertama terletak pada Column C, row yang ke-2. Jadi, ianya C2
=UPPER(C2)
Kemudian, tekan ENTER. Perkataan akan bertukar menjadikan semua dalam huruf besar.

Tiga

Pergi kat hujung kotak (Tengok gambar dibawah), drag ke bawah. Ini bertujuan untuk copy formula. So, tak payah la kita nak taip satu per satu formula tu. Mudah je kann?!
Untuk menukar kepada perkataan yang bermula dengan huruf besar di setiap awal perkataan, ini formulanya...
=PROPER(ColumnRow)
Lihat contoh dalam gambar... =PROPER(C2)
Manakala untuk menukar kepada perkataan yang
kesemuanya huruf kecil , ini formulanya...
=LOWER(ColumnRow)
Lihat contoh dalam gambar... =LOWER(C2)

Setelah selesai, copy kesemua nama yang telah diformulakan tu (column baru)... Kemudian, right click, pilih PASTE SPECIAL-PASTE VALUE ONLY pada kotak nama yang mula-mula tadi... Lepas tu boleh la delete column tambahan tadi tu...

Kalau korang tengok gambar-gambar di atas, column baru adalah column D, dan column asal adalah column C. So, copy yang kat D, paste kat C. Kemudian boleh delete column D tu...

Faham tak ni? Hahahahaha...
Sekian sahaja perkongsian ringkas hari ni... Semoga ilmu yang dikongsikan bermanfaat dan jangan lupa sebarluas ilmu yang bermanfaat kepada sahabat-sahabat yang lain... Doakan kebahagiaan, kesihatan & kesejahteraan saya... Semoga kita semua dalam rahmatNya. Aamiin...

https://www.raihanjalaludin.com/2020/02/cara-menukar-huruf-besar-huruf-kecil.html?m=1


1 comment:

  1. Casinos Near Me - Best Casino Near Me in CO - MapYRO
    Find the best casinos near you in CO. MapyRO 속초 출장마사지 users can find the 오산 출장샵 area's closest casinos 이천 출장마사지 as 구리 출장마사지 well as other places to 청주 출장안마 visit in-person at the closest

    ReplyDelete

Umur

INGAT MENGINGATI ANTARA KITA… Izinkan saya untuk share kepada sahabat  Kalau umur kita sekarang 55 tahun dapat hidup hingga 70 tahun, itu ma...