Tuesday, February 4, 2020
TANDA BESAR KIAMAT (YAKJUJ MAKJUJ)
3 Feb 2020
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد
TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Aiman & Ustaz Roslan Mohamed)
AKIDAH
TANDA BESAR KIAMAT
(YAKJUJ MAKJUJ)
••••••••••••••••••••••••••••••
Bicara pagi ini amat penting bagi akidah kita sebagai umat islam.
Yakjuj dan Makjuj akan muncul utk melakukan kerosakkan,begitu zalim angkuh dan sombong.
Yakjuj dan Makjuj termasuk 10 tanda besar kiamat.
Nabi kata kamu tak dapat melihat kiamat kecuali setelah datang 10 tanda besar kiamat.
URUTAN TANDA BESAR KIAMAT:
1)Imam Mahdi
2)Dajjal
3)Nabi Isa
4)Yakjuj Makjuj
Kalau ikut urutan Yakjuj Makjuj dalam kedudukkan yg ke 4.
Kita jangan tengok lambat lagi Yakjuj Makjuj datang,tapi kita kena yakin ianya akan berlaku.
BAGAIMANA GAMBARAN SEBENAR YAKJUJ DAN MAKJUJ?
Yakjuj dan Makjuj adalah dari kabilah manusia.
Dua kabilah Yakjuj dan Makjuj.
Daripada keturunan anak dari Nabi Nuh.
KALAU ADA YG MENGATAKAN YAKJUJ DAN MAKJUJ INI IALAH BINATANG INI ADALAH TIDAK BENAR.
Dia datang utk merosakkan dunia.
Yakjuj Makjuj bermaksud membakar menyala,melawan,memusuhi.
Dia akan melawan manusia dan Tuhan.
Sifatnya jahat,merosakkan,memusnahkan dan menipu.
APA TUGASAN MEREKA?
Tugas mereka ialah nak membinasakan dunia.
Kedatangannya utk Allah nak uji manusia.
Mereka datang nak buat onar di bumi,menyebabkan manusia porak peranda.
Ini ujian pada kita utk melihat keimanan kita.
Org tak beriman akan ikut Yakjuj dan Makjuj.
Org beriman akan tetap bersama Nabi Isa.
Ada ulamak kata femomen Yakjuj Makjuj bukan datang pada zaman itu sahaja,pada zaman ini juga sudah ada fenomena Yakjuj Makjuj.
Perangai manusia hari ini seperti bunuh sesama manusia,ini perangai Yakjuj Makjuj.
APA AGAMA YAKJUJ MAKJUJ?
Para ulamak berpendapat agama mereka ialah kufur, kafir.
Dan ada pendapat mengatakan mereka tak ada agama.
ADAKAH YAKJUJ MAKJUJ INI ADALAH KESENAMBUNGAN DAJJAL?
Cerita² ini adalah episod² yg terpisah.
Tak ada kesenambungan dari Dajjal.
Persamaan mereka ialah utk merosakkan.
SIFAT² MEREKA:
Bersifat seperti manusia dan ada pelbagai perasaan.
Ada mata,tangan,kaki.
Mata mereka agak sepet,rambut kemerahan.
Tidak ada pendetailnya.
Tak diceritakan besar atau tinggi mereka.
BAGAIMANA AKIDAH KITA KETIKA ITU?
Org beriman akan kenal ini makhluk perosak.
Org beriman akan selamat.
Org tak beriman akan hancur bersama Yakjuj dan Makjuj.
KETIKA DATANG IMAM MAHDI LAGI,MANUSIA ADA YG BERIMAN DAN ADA YG TAK BERIMAN.
PERGHUJUNG DUNIA INI ADALAH ISU IMAN.
APAKAH JENIS² KEROSAKKAN YAKJUJ MAKJUJ?
Mereka datang dari bukit yg tinggi dgn tujuan merosakkan.
Mereka merosakkan tanaman²,manusia,sungai².
Bumi yg subur dirosakkan,situasi yg tenang jadi menderita.
Semua ini Allah tak nampakkan segera tapi Allah akan nampakkan pada masa itu.
Zaman moden ini juga sudah ada gambaran kerosakkan Yakjuj Makjuj(bunuh manusia,makan manusia dll)
ALLAH TELAH CIPTAKAN BUMI INI DGN SEMPURNA,MENGAPA ALLAH NAK HANCURKAN DUNIA DGN KIAMAT?
Allah ciptakan manusia dgn sebaik~baik kejadian dan Allah matikan semua manusia.
INILAH KUASA TUHAN YG MAHA BERKUASA.
Allah berkuasa segala~galanya.
Allah hancurkan bumi ini bermaksud tak ada yg kekal abadi.
Yg kekal hanyalah Allah.
Allah nak tengok kita jadi manusia yg berjaya dunia dan akhirat.
Allah jadikan bumi tempat kita diuji.
Bila Allah uji kita,kita buat amal² soleh dan kita akan menang dan kita akan dapat syurga.
Nabi bermalam di rumah Zainab dan Nabi bangkit dari mimpi.
Nabi kata celaka org Arab,Yakjuj dan Makjuj semakin hampir.
Zainab kata kenapa Ya Rasulullah.
Nabi nak beritahu pada kita dunia akan hancur.
DI MANAKAH LETAKNYA GUNUNG YG MEMISAHKAN YAKJUJ DAN MAKJUJ DGN MANUSIA?
Kita tak mampu mencari di mana gunungnya.
Yakjuj dan Makjuj akan muncul di dua gunung di Turki.
Tapi tak disebut situasi gunung itu secara detail.
YAKJUJ MAKJUJ AKAN MUNCUL SAMPAI MASANYA.
Gunung sudah ditebuk.
Allah tutup semula lubang dan ia tak akan terbuka sehingga munculnya Nabi Isa.
Allah yg akan buka gunung itu sampai masanya nanti.
Mereka datang dgn rakus dan sombong.
BENARKAN YAKJUJ MAKJUJ TAK BOLEH DITEWASKAN DGN KEKUATAN SENJATA MANUSIA DAN APAKAH JENIS SENJATA YG DIGUNAKAN UTK MEMBUNUH MEREKA?
Nabi Isa tak mampu menewaskan Yakjuj Makjuj menyebabkan Nabi Isa berdoa pada Allah.
Ya Allah hancurkan kumpulan yg jahat ini.
Allah kirimkan ulat² utk membinasakan mereka.
Mereka hancur secara total.
MEREKA MINTA ZULKARNAIN BANTU MEREKA BINA BENTENG KERANA MEREKA TAJ TAHAN DGN YAKJUJ MAKJUJ.
ZULKARNAIN BANTU DGN MEMBINA BENTENG DARI BESI DAN TEMBAGA SETINGGI BUKIT YG TINGGI.
APAKAH TEMBOK YG MENGURUNG YAKJUJ MAKJUJ SAMA SEPERTI TEMBOK CHINA?
Tiada benar.
Tembok yg dibina oleh Zulkarnain dari besi tembaga yg kuat dan tak akan hancur.
Berbeza tembok besar China,ianya dibina dari pasir.
BERAPA RAMAIKAH PENGIKUT YAKJUJ MAKJUJ?
Jumlah mereka tak dijangka.
Mereka melakukan persetubuhan secara terbuka hingga menyebabkan membiak zuriat dgn begitu ramai.
Nisbah dari seribu hingga membiak begitu ramai.
ZURIAT MEREKA RAMAI KERANA MEREKA BERSETUBUH TAK KIRA DGN SESIAPA CTH DGN ADIK BERADIK PUN MEREKA BERSETUBUH,INI KERANA MEREKA TAK ADA IMAN.
GOLONGAN YG MACAMANA YG SELAMAT?
Golongan yg bersama menyokong,beriman dgn Nabi Isa,golongan ini akan selamat.
Golongan itu tak dapat ditewaskan oleh Yakjuj Makjuj.
Golongan ini ialah golongan cucu cicit kita nanti.
BAGAIMANAKAH PERGERAKKAN YAKJUJ MAKJUJ YG DIKATAKAN BEGITU PANTAS?
Mereka turun laju dari tempat yg tinggi.
Mereka turun dgn laju kerana mereka seronok nak hancurkan bumi.
Mereka turun laju dan minum air sungai hingga sungai jadi kering.
Mereka ini rakus.
Mereka tak fikir kawan² mereka.
MEREKA MEROSAKKAN MANUSIA DGN NAK MENAFIKAN KEIMANAN NABI ISA.
MEREKA NAK TUNJUKKAN KEANGKUHAN MEREKA SUPAYA DIANGGAP KUMPULAN MEREKA KUAT DAN GAGAH.
BILA MEREKA DAH BERJAYA MENGUASAI DI BUMI,MEREKA NAK MENGUASAI LANGIT PULA.
MEREKA PANAH KE LANGIT DAN PADA PANAH ADA DARAH.
MEREKA RASA MEREKA DAH BERJAYA MENGUASAI LANGIT KERANA PANAH MEREKA ADA DARAH.
DARAH ITU BUKAN DARAH SESIAPA.
ALLAH BERKUASA MENJADIKAN PANAH MEREKA BERDARAH.
SEBENARNYA MEREKA BODOH.
BERAPA LAMA YAKJUJ MAKJUJ BERADA DI BUMI?
Tak disebut tempoh masa Yakjuj Makjuj berada di bumi.
Nabi Isa hidup selama 40 tahun di bumi.
Ketika Nabi Isa di bumi,datangnya Yakjuj Makjuj.
Yakjuj Makjuj hidup tak lama di bumi.
Mereka hidup lama disebalik tembok dan menunggu masa utk menghancurkan bumi.
BAGAIMANA NABI ISA MEMBUNUH YAKJUJ MAKJUJ?
Nabi Isa berusaha tapi baginda tak mampu kerana mereka begitu ramai.
Nabi Isa berdoa pada Allah.
Perjuangan Nabi Isa ialah hanya berdoa dan Allah hancurkan mereka.
Allah tunjukkan pada Nabi Isa,mayat² Yakjuj Makjuj dihancurkan.
Doa Nabi Isa diberikan secara cash.
SIAPAKAH YG KURUNGKAN YAKJUJ DAN MAKJUJ?
Allah maha kaya,Allah maha kuasa.
Yg mengurungnya ialah Allah.
Dan sampai masa Yakjuj Makjuj akan dikeluarkan oleh Allah.
YAKJUJ MAKJUJ DUA WATAK YG PENTING DI AKHIR ZAMAN.
TELEFON HARI INI SEPERTI YAKJUJ MAKJUJ ZAMAN MODEN YG BOLEH MEROSAKKAN AKHLAK MANUSIA.
PERANGAI YAKJUJ MAKJUJ SUDAH ADA PADA MASA SEKARANG.
APA PESIAPAN KITA DALAM MENGHADAPI YAKJUJ MAKJUJ?
Pasakkan hati kita dgn iman yg kental,pasakkan dgn ilmu dan amal soleh.
ULAT YG AKAN MENGHANCURKAN YAKJUJ MAKJUJ,INI ADALAH CERITA YG BENAR.
ULAT² AKAN MASUK DARI MULUT,HIDUNG DAN DATANG SECARA MENYERANG MERATAH TUBUH BADAN MEREKA.
INILAH KEKUASAAN ALLAH.
SEMUA MEREKA MATI SEKALI GUS SEHINGGA MENYEBABKAN BAU BUSUK YG AMAT SANGAT.
NABI ISA BERDOA YA ALLAH BAGAIMANA KAMI NAK HIDUP DGN KEADAAN YG BUSUK.
ALLAH TURUNKAN BURUNG UTK MAKAN MAYAT² MEREKA DAN ALLAH TURUNKAN HUJAN YG DAPAT MENGHILANGKAN BAU² BUSUK ITU.
JANGAN ANGKUH DAN JANGAN SOMBONG,ALLAH BERKUASA DIATAS SEGALA~GALANYA.
Kitab yg banyak menceritakan tentang Yakjuj Makjuj ialah kitab yahudi tapi tak sama seperti yg disebut oleh Nabi.
Kepercayaan kita adalah pada Nabi.
APAKAH MEREKA PERGI KE SEKELILING DUNIA?
Tidak disebut tentang pergerakkan mereka.
Mereka bergerak ke tanah Arab.
NABI ISA TAK MAMPU BUNUH YAKJUJ MAKJUJ INI BUKAN BERMAKNA NABI ISA LEMAH.
ALLAH NAK TUNJUKKAN PADA KITA,INI BUKAN KELEMAHAN NABI ISA,ALLAH NAK TUNJUKKAN ALLAHLAH YG BERKUASA.
DOA IALAH SENJATA ORG MUKMIN.
NABI ISA BERDOA PADA ALLAH UTK HANCURKAN YAKJUJ MAKJUJ,KITA LEBIH² LAGI AULA BERDOA DGN KELEMAHAN YG KITA ADA SEBAB KITA BUKAN NABI.
NABI ISA BERUSAHA DAN BERDOA.
NAK JADI ORG BAIK JUGA MESTI BERUSAHA CARI ILMU DAN BERDOA SERTA CARI KAWAN² YG BAIK.
Cabang akidah ialah cabang yg penting dalam agama.
Kita yakin dgn Al~Quran dan hadis.
Yakjuj Makjuj ialah manusia.
Manusia cuba rosakkan manusia.
Dalam hidup ini manusia boleh jadi teman,manusia juga boleh jadi musuh.
Perlu berhati~hati.
#InShaaAllah_Aamiin
#TanyalahUstazTv3
#BiarTahuJanganKeliru
❤SILAKAN SHARE❤
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Umur
INGAT MENGINGATI ANTARA KITA… Izinkan saya untuk share kepada sahabat Kalau umur kita sekarang 55 tahun dapat hidup hingga 70 tahun, itu ma...
-
As salam Just nak share cara penggunaan periuk Mugen 6L yang saya beli online. saya just share yang simple je 1. masukkan barang-b...
-
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى...
No comments:
Post a Comment