السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد
TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Hakim & Ustaz Mustafar Mohd.Suki)
*FEKAH*
*FIQH BERGURAU SENDA*
••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Sifat manusia suka bergurau,menangis dll.
Bergurau ialah perbuatan atau percakapan dari seseorang utk menghiburkan seseorang samada yg diharuskan atau dilarang.
Bergurau itu ada yg diharuskan dan ada yg dilarang.
Sahabat Nabi juga ada bergurau bersama Nabi.
Nabi juga bergurau dgn sahabat Nabi.
ASAL BERGURAU ADALAH DIHARUSKAN.
Allah berfirman Allah yg jadikan kamu ketawa dan kamu sedih.
Inilah rahmat Allah kepada manusia yg kadang² ketawa dan kadang² menangis.
KAEDAH BERGURAU:
1)Jangan berdusta atau menipu ketika bergurau. Jangan merendah~rendahkan org lain(kulit atau anggota tubuh badan org lain).
2)Jangan panggil dgn nama² yg tak menyenangkan.
3)Jangan permain~mainkan agama kerana agama bukan barang mainan.
Jangan bercampur dgn org yg permain~mainkan agama.
4)Jangan memaki hamun atau berkata lucah .
Org mukmin bukan seorang yg melaknat,bukan memaki hamun.
HATTA DALAM PERCAKAPAN BIASA PUN KITA TAK BOLEH MELAKNAT ATAU MEMAKI HAMUN.
5)Jangan berlampau ketika bergurau.
BAGAIMANA CARA BERGURAU PARA SAHABAT DAN APAKAH DIBENARKAN BERGURAU DALAM DAKWAH?
Dalam berdakwah Nabi juga ada bergurau.
Dalam menyampaikan ilmu juga ada ketika Nabi sampaikan dgn santai dan ada ketika dgn serius.
SAMPAIKAN NASIHAT DGN HIKMAH.
Ketika bagi ceramah atau kuliah kena sesuaikan dgn keadaan.
Boleh bergurau sekali sekala utk elakkan mengantuk.
ADAKAH DISETIAP PERKATAAN GURAU SENDA YG KITA UCAPKAN AKAN DICATAT OLEH MALAIKAT?
Setiap sesuatu yg dilafas akan dicatit oleh Malaikat Rakib dan Atib.
Yg dicatat ialah amalan baik dan buruk.
Ada ada para pandangan mengatakan setiap perkataan biasa juga dicatat.
Buku lambaran manusia itu seluas mata memandang.
Jangan bergurau sampai menimbulkan pergaduhan.
Menyandarkan nama seseorang kepada sesuatu tak jadi masalah cth dekat kampung itu ramai yg nama Mat,boleh panggil dgn kebiasaan yg dia lakukan cth Mat batu nisan kerana dia kerja buat batu nisan atau Mat cangkul sebab dia kerja buat mata cangkul.
ADA ORG MENGATAKAN,KALAU TAK BOLEH BERGURAU DUDUK DALAM SURAU,BOLEHKAH BERGURAU BEGITU KERANA SURAU TEMPAT IBADAT?
Surau adalah tempat ibadat.
Perkataan "kalau tak boleh bergurau duduk surau"perkataan itu kurang baik.
APAKAH KITA YG BERSIKAP TAK SUKA BERGURAU SENDA(tak senyum,tak ketawa) INI DIANGGAP SOMBONG?
Senyum satu benda yg sangat baik.
Senyumlah pada saudara kamu.
Senyum adalah sedekah.
Kadang² kita tak respon kepada org yg bergurau atau tak nak join kerana guraunya mengutuk atau mengumpat org.
ORG SOMBONG IALAH ORG YG MENOLAK KEBENARAN DAN MEMPERLEKEHKAN ORG LAIN.
Nabi tak pernah ketawa dalam keadaan terbahak~bahak.
Imam Abu Hanifah mengatakan sesiapa yg ketawa dalam solat boleh membatalkan wuduk dan membatalkan solat.
JANGANLAH BANYAK KETAWA KERANA KETAWA BOLEH MEMATIKAN HATI(tak boleh ketawa terbahak~bahak).
APA GARIS PANDUAN YG DIBENARKAN DALAM ISLAM TENTANG BERGURAU TANPA MUDARATKAN DIRI SENDIRI DAN ORG LAIN?
Bila nak bergurau,jangan bergurau dgn perkara yg melibatkan barang cth sembunyikan barang dia.
Ini boleh menakutkan dan boleh menyedihkan dia.
PRANK² TAK DIBENARKAN KERANA MENAKUT~NAKUTKAN MANUSIA.
Tak boleh bergurau dgn mengacah~acahkan senjata yg tajam.
Tak boleh menipu dalam bergurau.
Tak boleh menipu dgn budak kecil dan org dewasa.
BERDOSA KALAU KITA KATA PADA ANAK KITA,MARI² MENGAJI NANTI AYAH BAWAK BERJALAN,PADA HAL TAK NAK BAWAK BERJALAN PUN.
BOLEHKAH BERGURAU DGN ORG BUKAN ISLAM?
Boleh bergurau dgn org bukan islam.
Tak boleh bergurau dgn menipu dgn org bukan islam cth sorokkan barang.
Begitu juga dgn binatang,tak boleh bergurau menakut~nakutkan binatang.
Ada seorang yg masuk neraka kerana seekor kucing.
BOLEHKAH BERGURAU SENDA KETIKA BERDOA?
Doa tak boleh bergurau.
Doa dgn berlagu juga tidak dibenarkan.
Berdoa itu kita minta dgn Allah dan kita perlu merintih.
Kita berdoa pada Allah bukan utk buat org ketawa.
Jangan terlibat dgn perkara sedemikian.
BOLEHKAH BERGURAU SENDA DGN MENYEBUT NAMA ORG YG TELAH MENINGGAL?
Dilarang bergurau utk mengaibkan simati.
Dia telah pergi menghadap Allah dan jangan sebut namanya lagi.
Kita kena doakan dia supaya Allah ampunkan dosanya.
NABI MELARANG BERKATA "KALAU".
Cth kalau simati ada ni mesti dia ketawa...
Tutup aib simati,Allah beri keampunan 40 kali.
LAMA TAK NAMPAK INGATKAN AWAK DAH MATI,BOLEHKAH BERGURAU BEGITU?
Kadang² perkataan ini menunjukkan kasih sayang.
Kadang² ini adat setempat.
Kalau adat setempat tak biasa menggunakan perkataan ini,jangan digunakan.
Kalau sesama kawan dah biasa gunakan perkataan ini,ini dibolehkan.
Tengok kepada keadaan tempat.
BAGAIMANA KEPADA MEREKA YG SUKA BERGURAU SENDA DGN ORG YG SUKA MELATAH HINGGA MENGELUARKAN PERKATAAN YG TAK ELOK?
Melatah ini tak boleh diubat.
Kalau kita dah tahu dia melatah dan akan mengeluarkan perkataan yg tak elok,ini dikira telah memudaratkan dia.
Kalau dia melatah dgn bawa senjata tajam,ini boleh memudaratkan dia.
Kalau boleh jangan buat.
Org yg melatah dan terkeluar perkataan yg kotor,dia tak berdosa kerana dia tak sedar.
Sesiapa yg bawa kebaikan dalam islam dan org lain ikut dia dapat pahala yg sama dan sesiapa yg bawa keburukan(cth buat org melatah) dan org ikut(berkata yg tak baik)dia juga dapat dosa.
KEBANYAKKAN ORG YG BERGURAU SENDA IALAH ORG YG TAK MENJAGA LISAN DAN BANYAK KETAWA AKAN MEMATIKAN HATI,MOHON PENJELASAN USTAZ.
Bergurau ada kaedahnya dalam islam.
Sesiapa yg menjaga lidah dan menjaga kemaluan,Allah jamin baginya syurga.
Kerana lidah ramai org masuk neraka.
Syarat taubat bagi org yg buat salah pada manusia ialah dia kena minta maaf.
Banyak ketawa akan mematikan hati.
Nabi kata kalau kamu tahu dahsyatnya neraka itu,kamu akan kurang ketawa dan banyak menangis.
NABI PERNAH BERGURAU DGN WANITA TUA DGN MENGATAKAN WANITA TUA TAK MASUK SYURGA.
NABI BERGURAU KERANA DI DALAM SYURGA SEMUA ORG BERUMUR 30-33.
APA HUKUM SUAMI BERGURAU INGIN BERBINI DUA?
Poligami disyariatkan dalam islam.
Isu poligami isu sensitif.
Syariat tetap syariat.
Jangan bergurau utk menyakitkan hati isteri.
KALAU BENAR² NAK BERPOLIGAMI ADALAH LEBIH BAIK BINCANG ELOK².
BAGAIMANA LAWAK YG MENGHINA SIFAT MANUSIA(Cth Alimah jongang)?
Tak jadi masalah jika dipanggil memang atas dasar memang dikenali kerana sifatnya begitu.
Nabi pernah panggil sahabat Nabi dgn Abu Hurairah,bapa kucing.
Nama sebenar beliau ialah Abdul Rahman bin Shakar.
Tak boleh beri gelaran yg buruk atau kerana nak hina dia,ini berdosa.
BOLEHKAH BERGURAU SENDA TENTANG AGAMA DAN APAKAH PERLU MENGUCAP SYAHADAH DIHADAPAN SAKSI?
Cth dia kena tangkap sebab tak puasa,dia bergurau mengatakan dia bukan islam.
Apa yg dilafaskan oleh lidah boleh membatalkan keislamannya.
Nabi suruh perbaharui iman dgn ucap لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ.
Dan dia ada jika rasa menyesal bolehlah ucap semula
أَشْهَدُ أَنْ لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ
tanpa perlu saksi.
BOLEHKAH GURAU DGN OLAK²KAN ALLAH DAN RASUL?
Tak boleh nak olak² tafsir Al~Quran.
Jauhilah org yg perolak~olokkan Allah dan Rasul.
Tak boleh bergurau dgn memperlekehkan agama cth dia cakap zaman Nabi tak ada berus gigi sebab itu Nabi pakai sugi.
Tak boleh bergurau dgn memperlekehkan zaman Nabi dgn mengatakan zaman Nabi pakai jubah,kita dah ada baju kod.
ADA BATASAN YG PERLU DIJAGA KETIKA BERGURAU SENDA.
ADA CARA BERGURAU DGN BUDAK² DAN ADA CARA BERGURAU DGN ORG TUA.
JAGA ADAB PADA SIAPA KITA BERGURAU.
BOLEHKAH BERLAKON,LELAKI JADI PEREMPUAN,PEREMPUAN JADI LELAKI DAN BOLEHKAH BERGURAU DALAM BAB TALAK?
Nabi melaknat lelaki yg menyerupai perempuan dan perempuan yg menyerupai lelaki.
Tak boleh berlakon lelaki jadi perempuan dan perempuan jadi lelaki.
Ini mesti dielakkan.
TIGA PERKARA YG TAK BOLEH DIBUAT MAIN²:
Nikah
Talak
Rujuk.
Empat imam mengatakan bergurau dgn nikah,rujuk dan talak dan jika cukup syaratnya akan jadi betul².
PERLUKAH SUAMI BERGURAU SENDA DALAM KELUARGA DEMI MENCERIAKAN KELUARGA?
Boleh bergurau tapi jika selalu bergurau akan ada masalah.
Nabi bergurau dgn cucu dan menjadi tonganggan cucunya.
Boleh wujudkan keceriaan dalam rumahtangga tapi jangan melampau serta mesti mengikuti syarat²nya.
KITA BERBINCANG INI BUKAN UTK NAK MENGHUKUM SESIAPA.
BERGURAU BOLEH DAN DALAM MASA SAMA CARILAH JUGA AKHIRAT.
JADIKAN KEHIDUPAN KITA ADA MATLAMAT DAN DALAM PADA ITU BOLEH SELITKAN KETAWA DAN GURAU SENDA.
#InShaaAllah_Aamiin
#TanyalahUstazTv3
#BiarTahuJanganKeliru
❤SILAKAN SHARE❤
No comments:
Post a Comment