Thursday, February 13, 2020

Antara Sajat & Abam

Assalamualaikum...

Tahun 2020 tidak sampai dua bulan pun namun Allah telah tunjukan dua perkara yang berbeza kepada umat muslim di negara kita ini untuk difikirkan,
"Pertama kisah seorang pondan yang terkenal dengan kekayaan nya yang berjuta juta isu jantina nya dan gosip2 panas dirinya yang bernama Mohammad Sajjad yang melakukan ibadat umrah ketanah suci dengan berpakaian wanita baru2 ini,
"Kedua kisah kematian mengejut arwah Abam atau syed Umar Mokhtar bukan jutawan bukan Menteri atau kerabat diraja bukan cerdik pandai bukan ulamak bukan juga artis terkenal namun cuma seorang pelawak yang gemok serta tiada rupa sahaja tetapi jenazah nya disolatkan oleh ribuan umat muslim,
Apa yang saya ingin sampaikan disini ialah apabila Allah mahu menunjukkan dua perkara yang berbeza untuk di fikir serta di insafi oleh umatnya 
: Yang pertama apabila Allah membuka aib seseorang itu maka terbongkarlah kemungkaran yang paling hina pada diri seorang pondan biarpun dia berkata pergi ketanah suci Mekkah mahu mengabdi diri kepada Allah tapi bila pulang dari sana cuma kemarahan dan kebencian dari umat muslim yang dia dapat"
: Yang kedua kematian seorang pelawak biarpun arwah Abam memang tidak sehebat Sajad tapi oleh kerana Arwah mempunyai hati yang suci lagi ikhlas Allah telah angkatkan maruah dirinya dimata umat muslim dinegara kita ini setinggi tingginya dan dari seorang insan pelawak sahaja Allah telah membongkar segala kebaikan dalam kehidupannya"
Begitulah cara Allah mahu tunjukan kepada kita bahawa duit harta kekayaan tidak dapat membeli maruah diri dan keikhlasan amalan sedekah atau ibadat juga cuma Allah saja yang menentukannya
Jadi sedarlah diri kita ini bukan siapa2 disisi Allah kecuali ketakwaan saja yang Allah kehendaki,
Wasalam"

No comments:

Post a Comment

Umur

INGAT MENGINGATI ANTARA KITA… Izinkan saya untuk share kepada sahabat  Kalau umur kita sekarang 55 tahun dapat hidup hingga 70 tahun, itu ma...