السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد
TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Hilman & Ustaz Muhadir Joll)
*HADIS*
2020 Feb 25
*HUKUM~HUKUM HAID*
••••••••••••••••••••••••••••••••••
Haid dalam bahasa bermaksud yg mengalir.
Haid dari istilah ialah darah daripada dalam rahim yg paling dalam.
Haid ialah darah yg keluar secara teratur dan jika tak teratur itu ialah darah istihadah.
ORG PEREMPUAN WAJIB MEMPERLAJARI HAID SUPAYA DAPAT MENENTUKAN IBADAT.
Dan suami juga wajib tahu tentang haid supaya dapat mengajar isteri dan anak² perempuan dan jika tak tahu tentang darah haid,suami wajib menghantar isteri belajar tentang haid.
PENGERTIAN HAID:
Haid bagi perempuan sahaja.
Seorang anak perempuan keluar haid mesti pada umur 9 tahun hijrah.
Jika darah keluar pada umur 8 tahun,itu bukan darah haid.
Yg paling kurang darah haid keluar 24 jam dan yg paling panjang tidak lebih 15 hari.
Biasanya darah haid keluar 7 hari.
KALAU KELUAR DARAH HANYA 1 JAM,APAKAH DIA PERLU MANDI DAN BERIBADAT?
Selalunya haid keluar 6-7 hari.
Kalau keluar sejam,jangan sembahyang dulu.
Darah haid pejal,pekat dan panas.
Darah istihadah biasanya cair.
Jika esok keluar 1 jam juga,jgn solat dulu tunggu sampai 7 hari.
Kalau hari pertama hanya keluar 1 jam hingga hari ke 15 hari cukup 24 jam,barulah itu darah haid.
APA HUKUM BACA AL~QURAN DGN NIAT BELAJAR DAN MENGAJAR DAN APA HUKUM MELAMBATKAN MANDI WAJIB TAKUT² ADA DARAH LAGI?
Dalam mazhab As~Syafie baca Al~Quran ketika haid hukumnya haram.
Niat membaca dgn niat zikir utk ingat Allah,hukumnya haram.
Kalau dia niat berzikir sahaja bukan niat membaca,dibolehkan.
Utk ustazah yg sedang mengajar dibolehkan kerana kalau dia tak mengajar takut anak muridnya tak kenal huruf.
Kalau lambat²kan mandi kerana takut² ada darah keluar lagi,itu dibenarkan.
BAGAIMANA CARA NAK TAHU DARAH ITU DAH BERHENTI?
Ambil kain letakkan air bersihkan dulu kerana ditakuti itu darah yg semalam,selepas dibersihkan barulah ambil kapas dan letakkan didalamnya sedikit utk pastikan ada darah lagi atau tidak.
Lihat pada hari yg ke 6/7.
BAGAIMANA BATAS CUMBUAN SUAMI ISTERI KETIKA ISTERI SEDANG HAID DAN BAGAIMANA JIKA SUAMI BACA AL~QURAN DIPANGKUAN ISTERI KETIKA YG SEDANG HAID?
Boleh bercumbuan dan batasnya dari pusat hingga ke bawah.
Jangan sampai berjimak ketika haid.
Boleh baca Al~Quran mungkin yg dihafal utk cari ketenangan diatas pangkuan isteri yg sedang haid.
Kata ulamak lebih baik baca Al~Quran dgn beradab.
APA HUKUM WANITA DALAM HAID MASUK MASJID?
Jika dia yakin akan jatuh darah,dia tak boleh masuk masjid.
Jika dia yakin darah tak jatuh dan masuk masjid saje²,hukumnya boleh tapi makruh.
Jika dia yakin darah tak jatuh dan dia masuk masjid ada sebab cth nak jumpa tok imam,diharuskan.
Jika dia sedang haid dan duduk lama dalam masjid semua mazhab mengatakan tidak boleh(haram).
Dalam Mazhab Hambali mengatakan boleh masuk masjid jika haid dah habis cuma tak mandi,hendaklah dia berwuduk dan dia yakin tak mengotorkan masjid.
SAHKAH SOLAT JIKA DARAH HAID YG TELAH KERING TERKENA PAKAIAN SOLAT?
Solatnya jadi batal.
Hendaklah dia solat semula.
BOLEHKAH ORG SEDANG HAID BERWUDUK SEBELUM TIDUR DAN BACA AYAT² SERTA ZIKIR,ADAKAH AMALANNYA DITERIMA ALLAH?
Kalau dia biasa berwuduk hukumnya harus.
Diboleh baca Al~Quran dgn niat zikir kerana sudah melazimi membacanya.
TIDAK BOLEH MENYENTUH AL~QURAN.
APA HUKUM ADA ORG YG SEDANG HAID MASUK MASJID KERANA ADA MAJLIS PERNIKAHAN?
Ini adalah adat.
Hukum tetap hukum.
Hukumnya adalah haram.
Dan pengantin yg sedang haid tak boleh masuk masjid walaupun tujuannya baik utk pernikahan.
WAJIB JAGA KEMULIAAN MASJID.
BOLEHKAH BERTAYAMUM KERANA JIKA DIA MANDI WAJIB AKAN BERI MUDARAT?
Boleh bertayamum.
BAGAIMANA CARA SOLAT JIKA DIA ISTIHADAH?
Dia wajib solat dan berpuasa serta boleh bergaul dgn suami.
Masuk sahaja waktu solat,hendaklah dia bersihkan dan berwuduk.
Wuduknya hanya boleh digunakan utk satu waktu solat sahaja.
Niat wuduknya ialah sahaja aku berwuduk utk membolehkan solat.
Tak boleh niat wuduk seperti solat org biasa.
BOLEHKAH ORG YG SEDANG HAID MEMOTONG KUKU ATAU RAMBUT?
Dalam mazhab As~Syafie memotong kuku dan rambut ketika haid hukumnya makruh.
Mana² kuku atau rambut yg dipotong ketika haid akan datang di akhirat dalam keadaan tidak bercahaya.
BOLEHKAH SEDANG HAID ZIARAH KUBUR DAN BOLEHKAH MANDI SUNAT HARI RAYA?
Boleh pergi kubur ketika sedang haid tapi tidak digalakkan.
Isteri tak perlu hantar jenazah suami ke kubur kerana sudah bermula eddah.
Mandi sunat hari raya dibolehkan dgn tujuan utk membersihkan diri.
APA HUKUM SEDANG DATANG HAID BERSIAR~SIAR DI MASJIDIL HARAM?
Makruh kalau tidak ada hajat sahaja² masuk masjid.
Harus jika tujuannya mencari barang yg tertinggal atau nak jumpa ustazah disitu.
DUDUK LAMA² HUKUMNYA HARAM.
APA HUKUM SUAMI MENGAULI ISTERI SEBELUM MANDI HADAS?
Mengauli isteri ketika sudah habis haid tapi belum mandi hukumnya makruh.
Menurut Mazhab As~Syafie,kalau mengauli isteri sedang haid takut anak akan berkulit gelap dan kulit berpenyakit.
Sunat membayar satu dinar emas kalau suami mengauli isteri sedang haid pada hari pertama.
Dan jika dia mengauli isteri dalam haid pada hari 5/6(hampir² nak kering) hendaklah dia bersedekah 1/2 dinar.
Kalau dia mengauli isteri utk elak zina,tak perlu nak bersedekah.
APA HUKUM CERAI ISTERI DALAM HAID DAN BAGAIMANA DGN EDDAHNYA?
Talaknya sah tapi perbuatanya haram.
Kalau dia mengandung,eddahnya sehingga melahirkan.
Kalau dia tidak mengandung,eddahnya ialah 3 kali suci termasuk hari yg diceraikan.
Kalau diceraikan dalam keadaan haid,eddahnya 3 kali suci.
BAGAIMANA HAID BAGI OKU YG TAK MAMPU URUS DIRI?
Penjaga yg sihat kena uruskan.
Org OKU yg buta dan pekak sejak lahir,dia bukan mukalaf(tidak wajib solat).
Tapi kalau dia buta disebabkan kemalangan dia wajib solat.
APA ZIKIR YG SESUAI DIBACA KETIKA HAID?
Boleh amalkan doa segala puji atas segala perkara dan aku mohon keampunan Allah dari segala sesuatu.
Boleh berzikir apa sahaja.
سُبحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ
سُبحَانَ اللّهِ الْعَظِيم
#InShaaAllah_Aamiin
#TanyalahUstazTv3
#BiarTahuJanganKeliru
❤SILAKAN SHARE❤
No comments:
Post a Comment