Friday, February 14, 2020

Adab - akhlak di masjid

15 Feb 2020

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد
TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Annas & Ustaz Muhammad Jazlan Abdullah)
*AKHLAK*
*ADAB DI MASJID*
•••••••••••••••••••••••••••
Adab dan akhlak sangat penting dalam agama.
Adab dan akhlak ini ada seni.
Kalau tak ada adab dalam hidup,kita tak ada nilai.
Nabi datang utk sempurnakan akhlak,utk perbaiki akhlak.
Dgn akhlak kita akan jadi umat yg sempurna.
Allah berpesan pada kita,demi sesungguhnya pada diri Nabi itu ada contoh yg baik.

BANGUNKAN ADAB DGN 3 PERKARA:
1)Bangunkan adab dan akhlak dalam hati(niat yg baik²)
2)Bangunkan adab pada lisan(apa yg keluar mesti bercakap yg mulia)
3)Bangunkan adab pada perbuatan(melakukan amal² soleh).

MASJID ADALAH RUMAH ALLAH.
ALLAH PERINTAHKAN KITA MEMULIAKAN MASJID.
MASJID UTK ORG BERIBADAT,UTK SEBAR ILMU DLL.

APAKAH KEUTAMAAN BERADA DIAWAL WAKTU KE MASJID DAN APAKAH DUDUK DISAF HADAPAN DIKIRA BERADAB?
Bila ada adab dalam hati,dia akan memulakan dgn niat yg baik.
Siapa yg tahu kelebihan saf di depan,dia akan duduk didepan walaupun dgn cara mengundi.
Org yg ada adab dia datang awal dan dia duduk didepan.

ORG BERIMAN KETIKA BERADA DI MASJID SEPERTI IKAN DALAM AIR(suka).
ORG MUNAFIK KETIKA BERADA DI MASJID SEPERTI BURUNG DALAM SANGKAR(tak sabar nak keluar).

APA BEZA BERWUDUK DI RUMAH SEBELUM KE MASJID DGN BERWUDUK DI MASJID?
Salah satu adab yg Nabi tunjukkan ialah hendaklah berwuduk di rumah sebelum ke masjid.
Rasulullah bersabda sesiapa bersuci(berwuduk) kemudian berjalan ke masjid utk tunaikan solat, setiap langkah akan menghapuskan dosa dan setiap langkah akan mengangkat darjat.
Kalau Allah naikkan darjat kita bermakna Allah nak dengar permintaan kita.

BAGAIMANA ADAB PASANGAN PENGANTIN YG DIBUAT DI MASJID?
Hebahkanlah pernikahan dan palulah kompang di luar masjid.
Nikah di masjid,terbaik.
Mengharap Allah beri rahmat pada pasangan kita.
Adab masuk masjid ialah bersihkan diri,berwuduk,solat tahayatul masjid,itikaf,pakai pakaian yg suci dan bersih,menutup aurat,jgn bicara melampaui batas,jangan melatah~latah dalam masjid,tak boleh bercampur lelaki dan perempuan.
Nak buat apa sahaja,bagus tapi adab kena dulukan kerana kita nak masuk rumah Allah.
Yg kita nak cari adalah keberkatan.
Beri nasihat pada anak² yg nak masuk masjid.

ADA ORG YG BERKATA~KATA KETIKA SEDANG KHTUBAH,BAGAIMANA USTAZ?
Ini penyakit masyarakat kita.
Imam tengah baca khutbah yg kecil main game,yg besar berfacebook.
KITA YG KENA NASIHATKAN DIRI KITA SENDIRI.
Org yg nak datang solat Jumaat,dia perlu tahu hari Jumaat adalah hari yg mulia.
Org sekarang sudah jauh meninggalkan adab.
Bila hati sudah tak beradab,lisan juga tak beradab.
Maka jadilah org yg sangat rugi.
Nasihat anak² apa yg perlu dibaca ketika berada di masjid.

APA HUKUM BACA AL~QURAN DGN NYARING KETIKA ADA ORG LAIN SEDANG SOLAT DAN APA HUKUM BERSANDAR DITIANG KETIKA KHUTBAH?
Baca Al~Quran amalan yg bagus.
Al~Quran akan kenalkan kita dgn Allah,Rasulullah dan hukum hakam.
Rasulullah beriftikaf dalam masjid dan Nabi dengar org meninggikan suara ketika baca Al~Quran dan Nabi menegur.
Nak baca,bacalah tapi jangan ganggu org yg sedang solat dan jangan ganggu org yg sedang berzikir.
Baca kuat akan menjadi dosa kerana mengganggu org lain.
KITA KENA MENGHORMATI ANTARA SATU SAMA LAIN.
Bila khutbah dibaca,kita kena dengar utk perbaiki kehidupan kita.
Kalau menyandar ditiang itu pastinya akan tidur.

BAGAIMANA JAGA ADAB KETIKA BAWA ANAK KECIL KE DALAM MASJID?
Nabi meraikan anak² kecil ke masjid dan tak ada satu kesalahan pun nak bawa anak kecil ke masjid.
Nabi juga bawa cucu² Nabi ke masjid.
Anak² yg belum mumaiz(belum kenal mana baik mana buruk) tidak digalakkan ke masjid.
Anak yg dah mumaiz,digalakkan ke masjid dan boleh ajar anak² kecil itu tatacara ke masjid dan boleh ajar mereka solat dan boleh duduk disebelah org dewasa.
Bagi anak² yg baligh ditegaskan ke masjid.
BUDAK² KALAU BUAT BISING DI MASJID,ITU MEMANG STANDARD.
Boleh buat tempat aktiviti utk anak² di masjid supaya anak² cinta masjid.

ADAKAH DIANGGAP TIDAK BERADAB SEKIRANYA MEROKOK DI TEMPAT BERWUDUK?
Merokok itu ialah perbuatan yg membazir.
Hati yg kurang beradab akan melakukan perkara yg dibenci.
Tak ada faedah hisap rokok di masjid.
TOLONGLAH HORMATI MASJID.

MELANGKAH SAF ORG YG SEDANG SOLAT,APAKAH INI TAK BERADAB?
Bila kita sampai awal,kita ke depanlah.
Yg datang lambat,duduklah dibelakang.
Jadi tak beradab melangkah org.
HUKUM MELINTAS ORG YG SOLAT:
Letak kain hadangan,kayu atau pen dihadapan.
Org yg melintas utk memenuhkan saf dihadapan,ini dibolehkan.
Dekat masjidi haram,tak jadi berdosa org solat dihadapan org sedang bertawaf.
TUNGGULAH SEKEJAP SAMPAI HABIS ORG BERSOLAT BARULAH KITA MELINTAS.
KALAU KITA TAHU HUKUM MELINTAS DIHADAPAN ORG YG SEDANG SOLAT,NESCAYA KAMU AKAN TUNGGU SELAMA 40 HARI,40 BULAN ATAU 40 TAHUN.

Pakailah pakaian yg indah,berhias(sempurna).
Pakai telekung berwarna warni tak jadi masalah.
TAPI TAK BOLEH PAKAI TELEKUNG BERWARNA WARNI DGN TUJUAN MENUNJUK~NUNJUK.
Allah suka yg baik² dan yg cantik².

SOLAT TAHAYATUL MASJID MEMANG DITUNTUT.
JIKA DALAM MASJID ITU ADA MAJLIS ILMU,BOLEH BERSOLAT DAN GURU YG MENGAJARKAN MAJLIS ILMU ITU BOLEHLAH SLOWKAN SUARA.

BAGAIMANA JAGA ADAB BAWA HANDPHONE KE DALAM MASJID DAN APAKAH YG DIMAKSUDKAN TIDAK BOLEH BERJUAL BELI DI MASJID?
Handphone ini teknologi.
Semua org ada handphone.
Kita kena buat persiapan awal sebelum masuk masjid,pastikan handphone kita dimatikan.
Berjual beli yg dilarang ialah berjual beli di dalam masjid bukan di perkarangan masjid.
Wahai org² beriman,apabila diserukan azan bersegeralah ke masjid.
Waktu seruan azan,sudah tak boleh berjual beli.
Berjual beli diharamkan ketika itu.
Dalam masjid utk beribadah dan luar masjid boleh di manfaatkan.

APAKAH DIKIRA TIDAK BERADAB JIKA TAK SOLAT TAHAYATUL MASJID?
Nabi nasihat apabila kamu masuk masjid dirikanlah solat tahayatul masjid sebelum kamu duduk.
Ini sunat yg dituntut.
Solat sunat 2 rakaat ini tanda menghormati masjid.
Jika surau itu didirikan di tanah wakaf dan dilakukan solat 5 waktu disitu,sudah boleh solat tayatul masjid di surau itu.
Surau di pasaraya tidak termasuk.
SIAPA YG BUAT DAPAT PAHALANYA BERGANDA.
Bila masuk sahaja terus solat tahayatul masjid.
Kalau masuk masjid terus duduk terlalu lama maka hilanglah pahala tahayatul masjid.
Jika khatib sedang berkhutbah,boleh solat tayatul masjid tapi jangan terlalu lama.
Jika masuk masjid dan sedang azan,dengar dulu azan dan jawab azan, barulah solat tahayatul masjid.

APAKAH ADAB JIKA TIDUR DI MASJID?
Tidur paling sedap tidur di masjid.
Tak ada halangan tidur di masjid.
Ahli sufa golongan yg susah,mereka juga tidur di masjid.
Mereka tidur di penjuru masjid.
Perlu jaga adab tidur di masjid,jangan guna sejadah dibuat bantal,jangan tidur sampai berdengkar,jangan tidur terlentang di tengah~tengah masjid.

IMAM BACA DOA TERLALU PANJANG DAN ADA JEMAAH TAK MAMPU TUNGGU DAN MENINGGALKAN IMAM YG SEDANG BERDOA,APAKAH INI TAK BERADAB?
Imam boleh pendekkan doa kerana ada org yg dibelakang ada tugas yg perlu dilakukan.
رَبَّنَا آَتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Doalah yg baik².

MENGAPA KITA DIGALAKKAN BERSUGI DAN DILARANG MAKAN YG BERBAU SEBELUM KE MASJID?
Bersugi itu sunnah utk hilangkan bau.
Nabi kata org yg makan bawang putih hendaklah jauhkan dari masjid.
Bau yg tak menyenangkan akan menganggu jemaah lain dan boleh jadi berdosa.

ILMU TANPA ADAB AKAN JADI SIA²,APA GANJARAN ORG YG BERADAB KE MASJID?
Kita akan jadi org yg memuliakan masjid.
Org yg menghidupkan masjid ialah org yg beriman pada Allah dan beriman pada hari akhirat.
Mereka golongan yg dapat petunjuk daripada Allah.
BILA SESEORANG YG DAPAT PETUNJUK DARI ALLAH, MEREKA JADI ORG YG SOLEH DAN SOLEHAH DAN JADI ORG YG BERTAQWA.

BOLEHKAH BERGURAU BERLEBIHAN DI DALAM MASJID?
Nabi tidak bergerak hingga terbit fajar dan Nabi berbual dan sahabat ketawa tapi Nabi hanya tersenyum.
Boleh berbual selepas solat.
Yg tak boleh ialah ketawa melampaui batas.
Tak boleh mengumpat,mecerca.
Boleh bertanya khabar dan cakap² yg baik yg boleh beri nasihat dan percakapan yg mendoakan antara satu sama lain.

ALLAH BERPESAN SESIAPA YG AMALKAN DGN AMALAN YG BAIK DAN MEREKA BERIMAN,ALLAH BERJANJI AKAN HIDUPKAN MEREKA DGN KEHIDUPAN YG BAIK.
MINTA ALLAH BANTU KITA JAGA ADAB DALAM LISAN KITA.
JANGAN MENCARI YG SEMPURNA,SEMPURNAKANLAH APA YG ADA KERANA TAK ADA YG SEMPURNA MELAINKAN ALLAH. 

#InShaaAllah_Aamiin
#TanyalahUstazTv3
#BiarTahuJanganKeliru

   ❤SILAKAN SHARE❤

No comments:

Post a Comment

Umur

INGAT MENGINGATI ANTARA KITA… Izinkan saya untuk share kepada sahabat  Kalau umur kita sekarang 55 tahun dapat hidup hingga 70 tahun, itu ma...