Monday, February 17, 2020

Pintu Gerbang Mekah

"Pintu Gerbang Ke Bandar Mekah"

1. Gerbang Mekah( بوابة مكة Bawwābāt Makka), juga dikenal sebagai Gerbang Al-Qur'an ( بوابة القرآن Bawwābāt al-Qurʾān), adalah sebuah gerbang lengkungan monumental di Makkah al-Mukkarramah yang boleh dilihat dari jalan dari Jeddah –Jalan Raya Mekah.

2. Ini adalah pintu masuk ke Mekah dan tempat kelahiran Nabi Muhammad SAW.

3. Gerbang ini menandakan batas haram kota Mekah, di mana non-Muslim dilarang masuk.

4. Setiap inci sempadan tanah haram kota suci Mekah ini dijaga oleh malaikat.

5. Tiada satu sempadan pun yang terbiar melainkan ada malaikat yang berbaris menjaganya.

6. Satu-satunya tempat yang tidak dimasuki Dajjal.

7. Arca gerbang Mekah ini dibina pada tahun 1979 dan kekal utuh sehingga sekarang walau sudah berusia 40 tahun.

8. Indah bercahaya pintu gerbang ini dapat dilihat dari kejauhan sekiranya masuk ke Mekah pada waktu malam.

9. Anas bin Malik r.a. mengatakan bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda :-

"Tidak ada suatu negeri kecuali akan dimasuki oleh Dajal selain kota Mekah dan Madinah yang setiap pintu gerbangnya ada malaikat-malaikat yang berbaris menjaganya."

10. “Tiada suatu negeri pun melainkan akan diinjak oleh Dajjal, kecuali hanya Makkah dan Madinah yang tidak. Tiada suatu lorong pun dari lorong-lorong Makkah dan Madinah itu, melainkan di situ ada para malaikat yang berbaris rapat untuk melindunginya. Kemudian Dajjal itu turun lah di suatu tanah yang berpasir ( di luar Madinah ) lalu kota Madinah bergoncanglah sebanyak tiga goncangan dan dari goncangan-goncangan itu Allah akan mengeluarkan setiap orang kafir dan munafik (dari Makkah – Madinah) .”
(Riwayat Muslim).

Subhanallah.. ❤

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2939163659474687&id=1430004533723948

No comments:

Post a Comment

Umur

INGAT MENGINGATI ANTARA KITA… Izinkan saya untuk share kepada sahabat  Kalau umur kita sekarang 55 tahun dapat hidup hingga 70 tahun, itu ma...