13 Feb 2020
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد
TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Annas & Ustaz Ahmad Husni Abd.Rahman)
*SIRAH SUMAYYAH*
•••••••••••••••••••••••••••••
Bila kita sebut nama² sahabat Nabi ini cara utk mendidik masyarakat dan memperkenalkan sahabat² Nabi.
Nabi kata jangan kamu mencela sahabatku kerana sahabatku umpama bintang.
Kisah Sumayyah berkait dgn keluarga Yasir yg miskin tapi kaya dgn iman.
Sahabat² Nabi mengharungi kesusahan dan menanggung segala siksa utk sampaikan dakwah.
Kisah sahabat Nabi sudah boleh dibaca dihujung jari tapi umat hari ini lemah dari dapat hidayah Allah.
Syurga itu akan dimasuki oleh keluarga.
Pentingnya menyuburkan iman dalam keluarga kita.
Sumayyah menjadi contoh sebuah keluarga yg terdidik dgn iman dan sunnah Rasulullah.
Yg mulia dari kalangan kamu ialah yg paling bertaqwa.
BAGAIMANA NASAB KETURUNAN SUMAYYAH HINGGA JADI HAMBA PEMBESAR QURAISY?
Sumayyah bt Khayyat dari kalangan hamba.
Digelar Umu Amar.
Seorang hamba pembesar Quraisy.
Yasir berlindung dgn Abu Huzaifah.
Abu Huzaifah nampak Yasir seorang yg sangat baik.
Abu Huzaifah suruh Yasir kahwin dgn Sumayyah dan dikurniakan anak bernama Amar.
BILAKAH SUMAYYAH MEMELUK ISLAM DAN BILA SUMAYYAH MULAKAN DAKWAH?
Yg tertarik dgn dakwah Nabi ialah Amar bin Yasir.
Amar dengar tentang Nabi yg menunjuk jalan kebenaran dan ada yg mengatakan Nabi ahli sihir dan daripada dengar dari org lebih baik pergi sendiri dengar dakwah Nabi.
Bila Amar dengar dakwah Nabi, dia pun bersyahadah.
Dan dia beritahu
Sumayyah dan Yasir tentang dakwah Nabi.
Pada ketika itu Sumayyah dan Yasir sudah diusia tua.
Dakwah pertama Sumayyah ketika dia mula ditangkap dan berlakulah proses siksaan.
Dakwahnya bukan dgn perkataan tapi dakwahnya dgn sikapnya pertahankan islam walaupun disiksa.
Sumayyah ialah golongan pertama yg syahid.
Mereka ini dianggap golongan hamba yg pertama memeluk islam.
APAKAH FAKTOR YG MEMBUATKAN SUMAYYAH TERTARIK DGN ISLAM DAN MEMELUK ISLAM?
Waktu Amar mendengar Nabi berdakwah,dia balik ke rumah dalam keadaan sangat gembira.
Sumayyah tanya kenapa Amar gembira.
Amar baca perintah Allah kepada Sumayyah.
Allah berfirman,Wahai manusia kami jadikan kamu dari kalangan lelaki dan perempaun dgn banyak bangsa utk saling kenal mengenal(bukan utk saling bermusuhan)dan yg paling mulia disisi Allah adalah yg paling bertaqwa.
Sumayyah ketika itu menangis dan dia ingat nasib² dia dulu.
Selepas itu dia bertemu Nabi dan Sumayyah mengucap syahadah.
NAMA GELARAN SUMAYYAH IALAH SRI KANDI ISLAM DAN ADAKAH NAMA GELARAN LAIN?
Nama gelarannya ialah Umu Amar.
Sri kandi islam,kita yg beri gelaran itu.
Dia berjuang walaupun bukan dgn mengangkat senjata.
Sumayyah berasal dari perkataan Sima bermaksud kelebihan ilmu.
APAKAH LAMBANG PENGORBANAN SEJATI SUMAYYAH?
Pengorbanannya ialah mempertahankan agama agama dalam keadaan dia org yg lemah.
Dia menunjukkan satu contoh yg tak ada pada sebelumnya.
Meskipun dia belum mendengar tentang syurga tapi sudah mampu mempertahankan akidah islam.
JANJI NABI KEPADA MEREKA ITU IALAH JANJI YG BENAR,JANJI YG DAPAT DARI ALLAH(Janji syurga kepada mereka).
USIA BERAPA AMAR BIN YASIR MEMELUK ISLAM?
Tak disebut secara jelas berapa umur Amar.
Hanya disebutkan dalam usia remaja.
BERAPA PUN UMUR KITA DAPAT HIDAYAH ALLAH,SAMBUTLAH.
Usia mereka usia muda tapi minda mereka minda dewasa.
Nabi suruh sembunyikan keislaman mereka kerana faktor keselamatan kerana ketika itu islam tidak lagi kuat.
BAGAIMANA BENTUK SIKSAAN KELUARGA AMAR BIN YASIR?
Siksaan tidak tergambar ketika itu.
Tangan dan kaki Sumayyah diikat dan diheret ditengah padang pasir yg sangat panas.
Rumah mereka dibakar,badan dicucuk dgn besi panas,ditikam dgn lembing dan dimasukkan dalam air.
Baju mereka dibuang dan dipakaikan baju besi,dijemur ditengah panas.
Abu Jahal kutuk mereka.
Nabi lalu dan nampak Amar dan Sumayyah serta Yasir.
Ketika Yasir nampak Nabi,Nabi menangis kerana mereka pertahankan agama Allah.
Nabi menangis utk Amar dan utk kita umat dia,apa yg kita buat utk agama kita?
Yasir menenangkan jiwa Nabi,wahai Rasulullah selama mana org siksa aku,aku ok tidak berganjak dari iman dan tak berganjak dari islam.
Nabi minta Allah ampukan keluarga Yasir.
NABI JANJIKAN SYURGA KEPADA KELUARGA YASIR.
Sumayyah menangis kerana sakit tapi tidak tergugat imannya.
Sumayyah menangis bukan kerana minta belas kasihan.
Amar juga dicucuk dgn besi panas.
Muka mereka ditenggelamkan dalam air sehingga nak mati ditarik semula.
Akhirnya mereka syahid.
APAKAH KEKUATAN DAN SEMANGAT SUMAYYAH?
Semangat Sumayyah kental dgn kekuatan iman.
Ketenangan tak boleh dibuat~buat.
Ketenangan datang bersama iman.
Ketika Sumayyah rasa lemah Sumayyah teringatkan cerita Nabi.
Nabi kata sebelum daripada kamu ada golongan yg disikat dgn sikat besi yg tajam hingga tersiat kulit mereka,semua ini tidak memalingkan mereka dari agama dan Allah mengharapkan kesabaran ini dari seseorang sehingga semua org berada dalam jalan islam.
Bila Sumayyah teringat cerita Nabi itu,Sumayyah kata pada Yasir,aku kena sabar.
SEWAKTU KETIKA AMAR ADA RASA NAK KEMBALI KEPADA JAHILIAH KETIKA DISIKSA DAN APAKAH KATA² SEMANGAT DARI SUMAYYAH?
Mereka suruh Amar berkata keji dan kutuk Rasulullah dan puji Latta dan Uzah(Tuhan mereka).
Amar tak mahu dan mereka disiksa lagi.
Akhirnya Amar pun kutuk Rasulullah dan puji Tuhan mereka dalam keadaan Amar di siksa.
SUMAYAH KATA JANGAN KUFUR BALIK,JANGAN KUFUR BALIK.
Mereka buka ikatan Amar dan Amar pergi selepas itu.
Amar jumpa Rasulullah.
Amar beritahu pada Rasulullah yg dia telah mengutuk Rasulullah dan telah memuji Tuhan mereka.
Rasulullah kata bagaimana hatimu ketika berkata begitu?
Amar kata hatiku terisi tenang dgn iman.
Walaupun khabar tentang Amar mengkeji Rasulullah,Allah selamatkan Amar kerana Amar terpaksa keluarkan kata² itu sedangkan hatinya masih beriman.
APA YG PERLU KITA LAKUKAN YG KITA SUDAH BERAGAMA ISLAM SEPERTI ENDAH TAK ENDAH TENTANG AGAMA ISLAM?
Perjuangan kita adalah perjuangan akhlak.
Menunjukkan akhlak yg baik.
Kita jangan tunjukkan perkataan yg keji,ini bukan akhlak islam.
TINGKATKAN ILMU KITA,KELUARKAN DIRI KITA DARI KEJAHILAN.
BELAJAR TENTANG AGAMA ITU CARA PERTAHANKAN AGAMA DAN IMAN.
APA JUGA UJIAN YG ALLAH BERI INGATLAH ALLAH LEBIH BESAR DARI UJIAN YG DIBERI.
APAKAH PERJUANGAN SUMAYYAH SETANDING DGN PERJUANGAN SITI KHADIJAH DAN AISYAH?
Memang ada perbezaan pejuangan tapi perjuangan tetap perjuangan daripada duduk diam tak buat apa².
Kalau boleh jangan kita bandingan perjuangan para sahabat.
Masing² ada kelebihannya tersendiri.
Perjuangan mereka perjuangan tersendiri.
Nabi kata org yg akan duduk dekat denganku ialah org yg paling panjang tangannya.
Yg dimaksudkan panjang tangan ialah org yg suka membantu fakir miskin.
APAKAH KELEBIHAN KELUARGA INI YG TENANG SETENANGNYA?
Org muslim yg bercamo
pur gaul dalam masyarakat dan bersabar dengannya adalah lebih baik daripada org yg tak bercampur gaul dgn masyarakat.
Sumayyah menjadikan contoh,mereka duduk di kelompok Quraisy.
Islam tak perlu kepada pangkat dan kekuasaan.
Islam sudah kuat dan sudah hebat.
Sumayyah contoh kepada kita,walaupun aku bukan sesiapa aku mampu beri sumbangan besar utk agama Allah.
NABI PESAN,HENDAKLAH BERPESAN DGN PEREMPUAN DGN PESANAN YG BAIK KERANA PEREMPUAN DICIPTA DARI RUSUK YG PALING BENGKOK.
WANITA KAYA DGN EMOSI,ITULAH KERAPUHAN WANITA.
BERHALUSLAH DGN WANITA.
TAPI WANITA BOLEH KUAT KERANA KEKUATAN EMOSI DAN KERANA KEKUATAN INI BOLEH MELONJAK MENJADIKAN MEREKA KUAT.
MINTALAH SOKONGAN BILA ALLAH BERI UJIAN MINTA NASIHAT DARI SAHABAT² YG SOLEH.
SUMAYYAH MENOLAK DAKWAH ABU JAHAL DAN ABU JAHAL MENIKAM SUMAYYAH DGN TOMBAK DARI KEMALUANNYA HINGGA TEMBUS KEBELAKANG.
DAN AKHIRNYA ALLAH MEMATIKAN ABU JAHAL DGN PENUH KEHINAAN.
BACALAH SIRAH PARA SAHABAT,JANGAN SAMPAI MARUAH KITA DIHINJAK~HINJAK.
TIRULAH SEPERTI MEREKA WALAUPUN KITA TAK MAMPU KERANA DGN MENIRU MEREKA AKAN MELAHIRKAN KEJAYAAN.
#InShaaAllah_Aamiin
#TanyalahUstazTv3
#BiarTahuJanganKeliru
❤SILAKAN SHARE❤
No comments:
Post a Comment