Wednesday, February 19, 2020

ZINNIRAH

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد
TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Hadhari & Ustaz Mohd.Elyas Ismail)
*SIRAH ZINNIRAH & UMMU SALAMAH*
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Bila kita bercerita tentang sirah,kita mesti ada semangat nak meniru sri kandi hebat ini.

Org yg sanggup terkorban utk Allah,ini kemenangan yg besar dan akan merai syurga Allah.

SIAPAKAH ZINNIRAH?
Zinnirah seorang hamba yg terawal memeluk islam.
Tuannya tak tahu dia dah memeluk islam dan bila tuannya tahu bahawa Zinnirah telah memeluk islam,macam² siksaan yg tuannya buat.
Dia dijemur,dihempap dgn batu,besi panas dicucuk ke matanya sehingga buta dan dia tetap pertahankan akidahnya.
TEGUH IMANNYA.
Dan dia akhirnya dibeli oleh Sadina Abu Bakar.

APAKAH ZINNIRAH BERBANGSA ROM DAN APAKAH BELIAU TELAH DIJUAL DIPASAR MEKAH?
Zinnirah berasal dari Rom.
Beliau senasib macam Summayyah.
Org yg baik² bila diberi ujian,Allah nak angkat darjat dia.
Ketika matanya dibutakan org sekeliling mengatakan itulah balasan engkau kerana mengikut Muhammad.
Hati² nak menghukum org,sebenarnya Allah nak angkat darjatnya.
Ya,beliau dijual di pasar Mekah. 

MACAMANA CARA NAK CONTOHI ZINNIRAH?
Ada 4 sifat kalau dia buat perkara ini Allah akan angkat darjatnya walaupun ilmunya tak tinggi,amalannya tak banyak.
SIFATNYA IALAH:
1)Merendah diri(tidak sombong)
2)Pemurah.
3)Lemah lembut boleh bawa berbincang(mempermudahkan urusan org).
4)Baik budi perkerti.
SIAPA YG BUAT 4 PERKARA INI,ALLAH AKAN ANGKAT DARJAT DIA.
Jom kita jadi muslimah yg sejati,isteri solehah,ibu mithali.

Ketika dakwah Nabi Muhammad pada awal² Nabi hanya baca ayat² pendek sahaja(surah Al~Ikhlas)sudah cukup mencairkan hati org beriman termasuk Zinnirah.
IMAN TAK DAPAT DIWARISI.
Doa kuatkan iman 
Ya Allah jadikan kami mencintai keimanan dan iman itu menghiasi hati kamu.
Sesiapa baca doa ini dia jadi suka utk menambah iman.

APAKAH KESABARAN UJIAN ITU UTK TEGUHKAN IMAN?
Allah nak angkat darjat seseorang itu Allah akan datangkan bermacam~macam ujian.
Seperti Zinnirah ketika disiksa mulutnya tak henti² sebut Allah,Allah,Allah..
Org beriman bila tertekan dgn ujian dan bila dia sebut Allah akan beri kekuatan pada dia.
Berbeza dgn Firaun sampai mati tak sebut Allah.
DALAM HIDUP INI SUSAH ATAU SENANG,SEBUTLAH ALLAH.

BAGAIMANA ANAK² MUDA NAK MENCONTOHI ZINNIRAH?
Zinnirah ini teguh keyakinan diri.
Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah dan bapanyalah yg akan mencorakkan anak menjadi yahudi,majusi dan nasrani.
Sebagai ayah mesti mainkan peranan.
Sesiapa yg ada 2 org anak perempuan atau lebih,dan dapat mendidiknya dgn baik,dia akan rapat bersama dgn Nabi di syurga.
BUKAN MUDAH NAK DIDIK ANAK PEREMPUAN.

SIAPAKAH UMMU SALAMAH?
Nama sebenarnya ialah Hindon bt Abi Humayah.
Dikenali sebagai Ummu Salamah.
Suaminya dikenali sebagai Abu Salamah.
Abu Salamah ialah suami pertama dan mereka ini antara tokoh yg awal² memeluk islam.
Yg awal² memeluk islam,mereka ini org² hebat.
Mereka ada pertalian yg rapat dgn Rasulullah.
Suami Ummu Salamah pernah menyusu dgn Suhaibah(Hamba Abu Lahab).
Nabi juga menyusu bersama Suhaibah.
Ketika mereka berhijrah ke Habsyah,hasil perkahwinan Ummu Salamah dan Abu Salamah lahirlah anak bernama Salamah(lelaki).
Nabi arahkah mereka balik ke Mekah.
Sampai ke Mekah dapat perintah pula utk ke Madinah.
Ketika mereka dah bersiap nak berhijrah datanglah puak Al~Mugirah(keluarga Ummu Salamah) tidak membenarkan bawa Ummu Salamah pergi berhijrah.
Abu Salamah sahaja dibenarkan berhijrah.
Anak dipisahkan dari Ummu Salamah dan Abu Salamah.
Mereka terpisah hingga setahun lebih.
Hari² menangis rindukan suami dan akhir Ummu Salamah dilepaskan dan dia sendiri bersama anak kecik mencari suaminya ke Madinah.
Dalam perjalanan nak ke Madinah,Ummu Salamah terserempak dgn Usman bin Talaha(ahli perniagaan,beliau adalah pemegang kunci kaabah).
Usman tawarkan dirinya utk temankan Ummu Salamah utk jaga keselamatan.
Penjalanan mereka 10 hari 10 malam.
Ummu Salamah kata aku tak pernah nampak seorang lelaki yg sangat menghormati perempuan seperti Usman walaupun ketika itu dia belum memeluk islam.
UMMU SALAMAH BOLEH JAGA KEHORMATAN DIRI.
Akhirnya dapat berjumpa Abu Salamah.
Bila dapat bertemu semula,Usman patah balik dan akhirnya dia memeluk islam.
Berkat dia tolong org,Allah angkat darjatnya.
MENOLONG IBU² TUNGGAL DAN ORG² MISKIN DAPAT PAHALA JIHAD

Akhirnya di Madinah mereka dapat lagi 3 org anak.
Abu Salamah pesan kalau saya mati,kahwinlah dgn lelaki lain,tapi Ummu Salamah tak nak kerana nak jumpa Abu Salamah di syurga.
Abu Salamah kata kamu taat tak padaku,kalau taat kamu kena ikut cakap aku.
Abu Salamah berdoa,Ya Allah rezekikanlah Ummu Salamah lelaki yg lebih baik dan tidak menyakitkan hatinya.
Ummu Salamah kata mana ada lelaki yg lebih baik darimu.

Nabi bersabda tidaklah seseorang ditimpa musibah dan dia sebut 
انّا للہ و انّا الیہ راجعون 
dan sebut Ya Allah kurniakan ganjaran(pahala) dari musibah yg aku lalui ini dan gantikanlah dgn yg lebih baik.
DOA YG BAIK UTK DIAMALKAN KETIKA DITIMPA MUSIBAH.

SIAPA PENDORONG KEDUA~DUA SRI KANDI INI?
Dalam kehidupan pendorong sangat perlu.
Dalam hidup kalau tak ada cabaran,kita tak jadi kuat.
Dalam hidup ini kadang² ada benda yg kita tak suka dan kita perlu hadapi utk menjadikan kita kuat.
Dalam hidup perlu ada dugaan.
Pendorong kita tidak semestinya individu,pendorong kita juga cabaran².

APAKAH PERJUANGAN UMMU SALAMAH BERSAMA NABI?
Suami isteri(Ummu Salamah dan Abu Salamah)menurut apa yg diperintahkan Nabi(berhijrah ke Habsyah dan ke Madinah).

SETELAH KEMATIAN ABU SALAMAH,NABI TELAH MEMINANG UMMU SALAMAH.
UMMU SALAMAH KATA AKU TAKUT UTK MENERIMA KAMU KERANA AKU SEORANG YG SANGAT CEMBURU.
Sadina Abu Bakar dan Sadina Umar meminang Ummu Salamah dan Ummu Salamah tak terima.
Ketika Nabi meminang Ummu Salamah,Ummu Salamah 50/50 utk menerima Nabi.
Ummu Salamah meletakkan syarat.
Antara syaratnya:
1)Kuat cemburu
2)Ramai anak
3)Dah tua.
Nabi jawab,yg engkay cemburu itu,Allah akan hilangkan darimu,bila kahwin sahaja,anakmu anakku dan bila engkau cakap engkau dah tua,aku juga sudah tua.
Memang akhirnya Allah hilangkan cemburu yg ada pada Ummu Salamah.
BERKAT DARI DOA ITU UMMU SALAMAH DIGANTIKAN DGN YG LEBIH BAIK IAITU RASULULLAH.

ADA KETIKA WAHYU TURUN DI RUMAH UMMU SALAMAH.
RUMAH UMMU SALAMAH MENJADI MEDAN ILMU.
UMMU SALAMAH MERIWAYATKAN 378 HADIS.
SIFAT UMMU SALAMAH:
1)Cantik(Saditina Aisyah sendiri mengakui kecantikkan Ummu Salamah)
2)Cerdik(pernah beri cadangan perjanjian Hubaidiah)
3)Cekal

KISAH ZINNIRAH DAN UMMU SALAMAH TELAH DICATAT 1400 TAHUN DULU.
BAGAIMANA CARA NAK JADIKAN CONTOH?
Perempuan yg baik,sejuk mata memandang,taat perintah suami,boleh jaga maruah diri bila ketiadaan suami dan cekal.

NABI PESAN KAMU ORG LELAKI ADA TANGGUNGJAWAB TERHADAP ISTERI DAN ISTERI ADA TANGGUNGJAWAB PADA SUAMI UTK SAMA² KE SYURGA.

#InShaaAllah_Aamiin
#TanyalahUstazTv3
#BiarTahuJanganKeliru

   ❤SILAKAN SHARE❤

No comments:

Post a Comment

Umur

INGAT MENGINGATI ANTARA KITA… Izinkan saya untuk share kepada sahabat  Kalau umur kita sekarang 55 tahun dapat hidup hingga 70 tahun, itu ma...