Wednesday, February 5, 2020

Rabiatul Adawiyah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد
TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Hilman & Ustaz Md.Ghazali Ibrahim)
*SIRAH RABIATUL ADAWIYAH*
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Watak Rabiatul Adawiyah sangat penting dalam islam.
Banyak² syukur pada Allah hendaklah kita tunduk patuh pada Allah.
Bila kita tak kenal Allah,ibadah kita tak bermakna.
Muqadimah ini ada kaitan dgn Rabiatul Adawiyah.

SIAPAKAH RABIATUL ADAWIYAH?
Hebatnya Rabiatul Adawiyah ini beliau bercinta dgn Allah.
Ceritanya tentang cinta pada Allah.
Katanya,"Wahai Allah jika aku ingin mencintaiMu kerana ingin masuk ke dalam syurgaMu,jangan masukkan aku dalam syurgaMu dan jika aku mencintaiMu kerana takutkan nerakaMu,campaklahlah aku dalam nerakaMu".
KESIMPULANNYA RABIATUL ADAWIYAH CINTAKAN ALLAH BUKAN KERANA SYURGA TAPI KERANA NAKKAN REDHA ALLAH..
Ayahnya  seorang guru dan kerana sekolah telah ditutup,ayahnya tak boleh mengajar,beliau jadi pendayung sampan.
Rabiatul Adawiya memang dah dibesarkan dalam suasana ayahnya seorang guru.
Rabiatul Adawiyah jadi penyanyi penghibur,hidang arak dan sampai satu masa dia insaf(dia kata aku ni nak jadi apa?)
AKHIRNYA DIA MENCARI TUHAN.
Nak cinta Allah kena mengenali Allah.

APAKAH NAMA SEBENAR RABIATUL ADAWIYAH DAN APAKAH RABIATUL ADAWIYAH SEORANG SUFI WANITA?
Nama lainnya Rabiah.
Dan namanya juga Rabiatul Adawiyah.
Ketika kita mengenali para² wali,Allah akan turunkan rahmat Allah pada kita.
Wali² Allah telah bersumpah utk bawa kita semua kembali pada Allah.
BETUL,RABIATUL ADAWIYAH SEORANG SUFI.
Para wali yg sebenar ialah mereka beramal bukan nak karamah tapi nak istiqamah.
Istiqamah lebih baik dari 1000 karamah.
Yg paling hebat ialah istiqamah.
Dgn mengenali nama² wali Allah ini akan beri kekuatan pada kita.

APAKAH AMALAN YG DILAKUKAN SEHINGGA MENJADI WALI ALLAH YG HEBAT WALAUPUN DALAM KELUARGA YG SERBA KEKURANGAN DAN DIJANJIKAN SYURGA?
Rabiatul Adawiyah dekat dgn Allah kerna amalan yg dia buat.
Dia ada guru yg mendidiknya.
Dia beruzlah(duduk seorang diri bersendirian bersama Allah).
Barangsiapa yg belajar tanpa guru,syaitanlah gurunya.
KALAU KITA NAKKAN SATU² AMALAN YG BERPANJANGAN DAN DAPAT REDHA ALLAH,PROSES PERTAMANYA KENALAH ADA GURU YG MEMBETULKAN KESILAPAN DAN ADA RUJUKKAN.
Amalannya sama dgn kita.
Beliau telah buang sifat² mazmumahnya.
Jika kita tak buang sifat mazmumah,kita samalah macam binatang.
Inilah yg difokuskan oleh Rabiatul Adawiyah.
JANGAN AMBIL APA² AMALAN TANPA BERGURU.

ADAKAH DOA YG SENTIASA DIMINTA PADA ALLAH DI MALAM HARI DAN APAKAH DIWAKTU SIANG BELIAU MENUNAIKAN HAK KERJANYA PADA MAJIKAN?
Siang,dia bekerja.
Kena pakai seksi,kena layan.
Sejarah hidupnya susah.
Kena buat dosa kena buat maksiat.
Tapi hatinya kita tak tahu macamana apakah dia redha atau tidak kerna perbuatnya.
Begitulah keadaannya kerana terperangkap dgn kancah maksiat.
Dan dia melakukan mungkar itu dalam keadaan hatinya tak boleh nak terima.
Akhirnya Allah ubah dia dan dia benar² mengenali sifat² Allah.
YA ALLAH, AKU CINTA PADAMU,YA ALLAH,AKU MINTA REDHAMU.
Inilah doa² yg dia minta.

APAKAH RABIATUL ADAWIYAH BERKAHWIN?
Ada riwayat kata dia berkahwin dan ada yg kata tak kahwin kerana asyiknya bercinta dgn Allah.
Berkahwin adalah sunnah Nabi.
Mungkin dia berkahwin dan akhirnya berpisah dan akhirnya beruzlah dgn Allah.
Sirah ini utk kita ambil pengajaran.
Disitu kita belajar dan kita sama² nak kembali ke syurga Allah.

APAKAH KEISTIMEWAAN YG ADA PADA BELIAU DAN APA PRINSIP HIDUP RABIATUL ADAWIYAH YG PERLU WANITA HARI INI ADA?
Pada suatu hari,penyamun datang nak rompak dia tapi dia tak ada apa².
Dia kata aku tak salahkan engkau,mungkin engkau mencuri sebab nak sara keluarga engkau.
Rabiatul Adawiyah suruh pencuri itu ambil wuduk dan solatlah dua rakaat.
Hinggalah penyamun itu kembali pada Allah.
Esoknya ada org datang dan nak beri harta dan Rabiatul Adawiyah kata berilah harta itu pada pencuri itu kerana pencuri itu memerlukannya.
Kita belajarlah dari Rabiatul Adawiyah,apa kebaikan yg kita telah buat.
Apa yg kita beri,Allah akan tambah kebaikan utk kita.

KENAPA RABIATUL ADAWIYAH YG SEBATANG KARA ADA ORG KAYA OFFER NAK KAHWIN DGN DIA TAPI DIA TAK MAHU?
Pada mulanya dia susah dan bila hatinya dah mencintai Allah,dia dah rasa cukup.
Hatinya dah penuh dgn kaya jiwa.
Walaupun hidup kita berharta,tapi hati kita ini hendaklah rasa cukup dgn apa yg Allah beri.

BAGAIMANA NAK CONTOHI RABIATUL ADAWIYAH?
Boleh ambil nama org² soleh dan diberikan pada anak² kita sebagai keberkatan.
Mudah²an dgn berkat nama itu akan jadi anak² yg soleh.
Beliau ambil dunia seadanya.
Org² soleh memang sentiasa hidup berzikir dan hidupnya hanya kerana Allah.

KENAPA RABIATUL ADAWIYAH MENOLAK WANG SEDANGKAN KETIKA ITU BELIAU SANGAT MEMERLUKANNYA?
Kita tak tahu apa yg dia tahu.
Mungkin Allah singkapkan hatinya hingga dia tahu duit itu dari mana.
Dan beliau dah lama beruzlah dan beliau mungkin tersentak buat apa lagi nak duit yg banyak itu.

APAKAH KERANA SIFATNYA YG ZUHUD SABAR DAN SENTIASA BERTAUBAT DAN BERSYUKUR INILAH KERANA DIA SEORANG WALI?
Rabiatul Adawiyah tidak menganggap dirinya wali.
Kitalah yg melihat dia sebagai wali.
Dia menjaga makan dan tidak tengok maksiat.
ORG YG MENJAGA MAKAN YG HALAL,DOANYA DOA YG MAKBUL.
Dia selalu mendoakan org dan kerana itu jugalah doanya makbul.
Para² wali tidak mengangkat dirinya sebagai wali.
Dia tak ambil tahu pasal org,jaga makan,jaga mulut,jaga mata dll.

APAKAH RABIATUL ADAWIYAH JUGA BERDAKWAH MENGAJAK ORG KEPADA ALLAH DAN APAKAH ILHAM HINGGA BELIAU SEORANG YG ZUHUD?
Ya,memang dia berdakwah.
Dia nak ajar manusia jangan rakus dgn dunia.
Dia berdakwah dgn perbuatan.
Dia berdakwah dgn banyak mendoakan org.
SIAPA PUN KITA,SEBAGAI UMAT ISLAM KITA WAJIB BERDAKWAH.
Sampaikanlah walau satu ayat.
Ada kaedah² dakwah dan kemampuan dakwah mengikut kemampuan masing².
Ramai org² soleh masa hidup org tak kenal tapi bila dah mati,baru org kenal.
ORG² SOLEH ITU ANTARANYA IBU KITA DAN DOANYA TAK TERTOLAK.
Rabiatul Adawiyah terperangkap dgn maksiat tapi dalam hatinya dia tak redha.
Kita minta doa pada Allah utk matikan dalam iman dan utk dapat kasih sayang Allah.
Kita hidup ini mesti ada rasa takut dan harap.
Takut amalan tak terima dan harap Allah terima amalan.
WALAUPUN DIA TERSASAR SEKEJAP AKHIRNYA DIA KEMBALI KEPADA ALLAH.
INILAH KEBERKATAN DOA IBUBAPANYA.
Tapi jangan kita kata tak apa tersasar kejap nanti Allah maha pengampun.
KITA KENA CARI HIDAYAH DAN KITA KENA ADA KESUNGGUHAN UTK JADI BAIK.

BAGAIMANA SALAH FAHAM TENTANG "TAK APALAH BUAT MAKSIAT MACAM PELACUR BERI ANJING MINUM DAN AKHIRNYA BOLEH MASUK SYURGA"BAGAIMANA SALAH FAHAM INI PERLU DIHENTIKAN?
Nak hentikan salah faham,perlu ada ilmu.
Kisah Rabiatul Adawiyah yg dulu² telah tersasar jangan pula kita mensasarkan diri kita kerna kita tak tahu kita mati bila².

ZAMAN SEKARANG PERLUKAN DUIT,BAGAIMANA KITA NAK IKUT RABIATUL ADAWIYAH YG TAK PERLUKAN KEMEWAHAN?
Tak perlu nak tinggalkan kemewahan.
Dunia ini letakkan di tangan bukan di hati.
Uruskan harta utk keselesaan hidup.
Betulkan hati kita dgn adanya duit mudah kita nak buat ibadat.
JANGAN FIKIRKAN NAK TINGGALKAN DUNIA(bukan tak nak kaya)TAPI LETAKKAN DUNIA DI TANGAN BUKAN DI HATI.

BAGAIMANA NAK BINA GENARASI SEPERTI RABIATUL ADAWIYAH?
Kita kena fikirkan diri kita jangan sibuk fikirkan org.
Bermula dgn diri kita utk menjadi seperti Rabiatul Adawiyah

#InShaaAllah_Aamiin
#TanyalahUstazTv3
#BiarTahuJanganKeliru

   ❤SILAKAN SHARE❤

No comments:

Post a Comment

Umur

INGAT MENGINGATI ANTARA KITA… Izinkan saya untuk share kepada sahabat  Kalau umur kita sekarang 55 tahun dapat hidup hingga 70 tahun, itu ma...