Tuesday, February 4, 2020
MENGHARAMKAN
4 Feb 2020
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد
TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Hakim & Ustaz Asraff Ayob)
TAFSIR AL~QURAN
SURAH AL~TAHRIM
(MENGHARAMKAN)
••••••••••••••••••••••••••••••••
Ucup tahniah pada diri sendiri kerana bangun pagi,solat berjemaah dan bersama menonton Tanyalah Ustaz.
Mudah²an Allah bantu hidup kita bertambah barakah dan hati kita senang utk mengucapkan syukur pada Allah.
Surah ini surah fav bagi wanita terutama bagi mereka yg sudah berumahtangga.
Surah ini utk ajar kita cara menangani salah faham dalam rumahtangga.
Al~Quran nak tunjukkan kita jalan yg lurus.
Nak ikut jalan yg lurus ialah dgn baca Al~Quran dan ikut Rasulullah.
Surah yg ke~66.
Surah ini turun di Madinah.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
يٰۤاَيُّهَا النَّبِىُّ لِمَ تُحَرِّمُ مَاۤ اَحَلَّ اللّٰهُ لَـكَۚ تَبۡتَغِىۡ مَرۡضَاتَ اَزۡوَاجِكَؕ وَاللّٰهُ غَفُوۡرٌ رَّحِيۡمٌ
1. Wahai Nabi! Mengapa engkau mengharamkan apa yang dihalalkan Allah bagimu? Engkau ingin menyenangkan hati istri-istrimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.
قَدۡ فَرَضَ اللّٰهُ لَـكُمۡ تَحِلَّةَ اَيۡمَانِكُمۡؕ وَاللّٰهُ مَوۡلٰٮكُمۡۚ وَهُوَ الۡعَلِيۡمُ الۡحَكِيۡمُ
2. Sungguh, Allah telah mewajibkan kepadamu membebaskan diri dari sumpahmu; dan Allah adalah pelindungmu dan Dia Maha Mengetahui, Mahabijaksana.
وَاِذۡ اَسَرَّ النَّبِىُّ اِلٰى بَعۡضِ اَزۡوَاجِهٖ حَدِيۡثًاۚ فَلَمَّا نَـبَّاَتۡ بِهٖ وَاَظۡهَرَهُ اللّٰهُ عَلَيۡهِ عَرَّفَ بَعۡضَهٗ وَاَعۡرَضَ عَنۡۢ بَعۡضٍۚ فَلَمَّا نَـبَّاَهَا بِهٖ قَالَتۡ مَنۡ اَنۡۢبَاَكَ هٰذَاؕ قَالَ نَـبَّاَنِىَ الۡعَلِيۡمُ الۡخَبِیْرُ
3. Dan ingatlah ketika secara rahasia Nabi membicarakan suatu peristiwa kepada salah seorang istrinya (Hafsah). Lalu dia menceritakan peristiwa itu (kepada Aisyah) dan Allah memberitahukan peristiwa itu kepadanya (Nabi), lalu (Nabi) memberitahukan (kepada Hafsah) sebagian dan menyembunyikan sebagian yang lain. Maka ketika dia (Nabi) memberitahukan pembicaraan itu kepadanya (Hafsah), dia bertanya, “Siapa yang telah memberitahukan hal ini kepadamu?” Nabi menjawab, “Yang memberitahukan kepadaku adalah Allah Yang Maha Mengetahui, Mahateliti.”
اِنۡ تَتُوۡبَاۤ اِلَى اللّٰهِ فَقَدۡ صَغَتۡ قُلُوۡبُكُمَاۚ وَاِنۡ تَظٰهَرَا عَلَيۡهِ فَاِنَّ اللّٰهَ هُوَ مَوۡلٰٮهُ وَجِبۡرِيۡلُ وَصَالِحُ الۡمُؤۡمِنِيۡنَۚ وَالۡمَلٰٓٮِٕكَةُ بَعۡدَ ذٰلِكَ ظَهِيۡرٌ
4. Jika kamu berdua bertobat kepada Allah, maka sungguh, hati kamu berdua telah condong (untuk menerima kebenaran); dan jika kamu berdua saling bantu-membantu menyusahkan Nabi, maka sungguh, Allah menjadi pelindungnya dan (juga) Jibril dan orang-orang mukmin yang baik; dan selain itu malaikat-malaikat adalah penolongnya.
عَسٰى رَبُّهٗۤ اِنۡ طَلَّقَكُنَّ اَنۡ يُّبۡدِلَهٗۤ اَزۡوَاجًا خَيۡرًا مِّنۡكُنَّ مُسۡلِمٰتٍ مُّؤۡمِنٰتٍ قٰنِتٰتٍ تٰٓٮِٕبٰتٍ عٰبِدٰتٍ سٰٓٮِٕحٰتٍ ثَيِّبٰتٍ وَّاَبۡكَارًا
5. Jika dia (Nabi) menceraikan kamu, boleh jadi Tuhan akan memberi ganti kepadanya dengan istri-istri yang lebih baik dari kamu, perempuan-perempuan yang patuh, yang beriman, yang taat, yang bertobat, yang beribadah, yang berpuasa, yang janda dan yang perawan.
يٰۤاَيُّهَا الَّذِيۡنَ اٰمَنُوۡا قُوۡۤا اَنۡفُسَكُمۡ وَاَهۡلِيۡكُمۡ نَارًا وَّقُوۡدُهَا النَّاسُ وَالۡحِجَارَةُ عَلَيۡهَا مَلٰٓٮِٕكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعۡصُوۡنَ اللّٰهَ مَاۤ اَمَرَهُمۡ وَيَفۡعَلُوۡنَ مَا يُؤۡمَرُوۡنَ
6. Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, dan keras, yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.
يٰۤاَيُّهَا الَّذِيۡنَ كَفَرُوۡا لَا تَعۡتَذِرُوا الۡيَوۡمَؕ اِنَّمَا تُجۡزَوۡنَ مَا كُنۡتُمۡ تَعۡمَلُوۡنَ
7. Wahai orang-orang kafir! Janganlah kamu mengemukakan alasan pada hari ini. Sesungguhnya kamu hanya diberi balasan menurut apa yang telah kamu kerjakan.
يٰۤاَيُّهَا الَّذِيۡنَ اٰمَنُوۡا تُوۡبُوۡۤا اِلَى اللّٰهِ تَوۡبَةً نَّصُوۡحًا ؕ عَسٰى رَبُّكُمۡ اَنۡ يُّكَفِّرَ عَنۡكُمۡ سَيِّاٰتِكُمۡ وَيُدۡخِلَـكُمۡ جَنّٰتٍ تَجۡرِىۡ مِنۡ تَحۡتِهَا الۡاَنۡهٰرُ يَوۡمَ لَا يُخۡزِى اللّٰهُ النَّبِىَّ وَالَّذِيۡنَ اٰمَنُوۡا مَعَهٗ ۚ نُوۡرُهُمۡ يَسۡعٰى بَيۡنَ اَيۡدِيۡهِمۡ وَبِاَيۡمَانِهِمۡ يَقُوۡلُوۡنَ رَبَّنَاۤ اَ تۡمِمۡ لَـنَا نُوۡرَنَا وَاغۡفِرۡ لَـنَا ۚ اِنَّكَ عَلٰى كُلِّ شَىۡءٍ قَدِيۡرٌ
8. Wahai orang-orang yang beriman! Bertobatlah kepada Allah dengan tobat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak mengecewakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengannya; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka berkata, “Ya Tuhan kami, sempurnakanlah untuk kami cahaya kami dan ampunilah kami; Sungguh, Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu.”
يٰۤاَيُّهَا النَّبِىُّ جَاهِدِ الۡكُفَّارَ وَالۡمُنٰفِقِيۡنَ وَاغۡلُظۡ عَلَيۡهِمۡؕ وَمَاۡوٰٮهُمۡ جَهَنَّمُؕ وَبِئۡسَ الۡمَصِيۡرُ
9. Wahai Nabi! Perangilah orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka adalah neraka Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
ضَرَبَ اللّٰهُ مَثَلًا لِّـلَّذِيۡنَ كَفَرُوا امۡرَاَتَ نُوۡحٍ وَّ امۡرَاَتَ لُوۡطٍ ؕ كَانَـتَا تَحۡتَ عَبۡدَيۡنِ مِنۡ عِبَادِنَا صَالِحَـيۡنِ فَخَانَتٰهُمَا فَلَمۡ يُغۡنِيَا عَنۡهُمَا مِنَ اللّٰهِ شَيۡــًٔا وَّقِيۡلَ ادۡخُلَا النَّارَ مَعَ الدّٰخِلِيۡنَ
10. Allah membuat perumpamaan bagi orang-orang kafir, istri Nuh dan istri Luth. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang shalih di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua istri itu berkhianat kepada kedua suaminya, tetapi kedua suaminya itu tidak dapat membantu mereka sedikit pun dari (siksaan) Allah; dan dikatakan (kepada kedua istri itu), “Masuklah kamu berdua ke neraka bersama orang-orang yang masuk (neraka).”
وَضَرَبَ اللّٰهُ مَثَلًا لِّـلَّذِيۡنَ اٰمَنُوۡا امۡرَاَتَ فِرۡعَوۡنَۘ اِذۡ قَالَتۡ رَبِّ ابۡنِ لِىۡ عِنۡدَكَ بَيۡتًا فِى الۡجَـنَّةِ وَنَجِّنِىۡ مِنۡ فِرۡعَوۡنَ وَعَمَلِهٖ وَنَجِّنِىۡ مِنَ الۡقَوۡمِ الظّٰلِمِيۡنَۙ
11. Dan Allah membuat perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, istri Fir‘aun, ketika dia berkata, “Ya Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam surga dan selamatkanlah aku dari Fir‘aun dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku dari kaum yang zhalim,”
وَمَرۡيَمَ ابۡنَتَ عِمۡرٰنَ الَّتِىۡۤ اَحۡصَنَتۡ فَرۡجَهَا فَنَفَخۡنَا فِيۡهِ مِنۡ رُّوۡحِنَا وَصَدَّقَتۡ بِكَلِمٰتِ رَبِّهَا وَكُتُبِهٖ وَكَانَتۡ مِنَ الۡقٰنِتِيۡنَ
12. dan Maryam putri Imran yang memelihara kehormatannya, maka Kami tiupkan ke dalam rahimnya sebagian dari roh (ciptaan) Kami; dan dia membenarkan kalimat-kalimat Tuhannya dan kitab-kitab-Nya; dan dia termasuk orang-orang yang taat.
MENGAPA ALLAH BERFIRMAN WAHAI NABI MENGAPA KAMU MENGHARAMKAN SESUATU KERANA NAK IKUT KESENANGAN ISTERIMU?
Ayat ini diturunkan kepada Rasul.
Ini isu Rasulullah dgn isterinya.
Isteri Rasulullah kata ulamak ada 11 isteri.
Allah nak ceritakan pada kita bagaimana nak settel bila ada complete dalam rumahtangga.
Masa duduk rumah isteri Nabi iaitu Zainab,Zainab
hidangkan madu.
Dan ada 2 isteri Nabi buat pakatan(kerana ada rasa cemburu)Aisyah dgn Habsah berpakat kalau Rasul datang rumah kita,kita kata mulut Rasul ada bau yg tak menyenangkan.
Ketika Nabi datang ke rumah salah satu isterinya,isterinya bertanya kenapa mulut Nabi ada bau yg tak menyenangkan?
Nabi kata aku minum madu kat rumah Zainab.
Kalau kamu tak suka saya tak akan minum madu,kata Nabi.
Ini yg Rasul haramkan madu.
Itulah cerita yg sebenarnya.
Rasul tak nak minum madu kerana nak jaga hati isteri.
Dan Allah turun ayat ini.
Allah kata kenapa engkau haramkan madu utk jaga hati isteri.
Dan Allah maafkan Nabi.
BAGAIMANA ORG SEKARANG MENGHALALKAN BENDA YG HARAM?
Benda yg haram memang jelas dan yg halal juga jelas.
Tak boleh menghalalkan benda yg telah diharamkan oleh Allah.
Jika dibuat boleh mengundang kemurkaan Allah.
KETIKA ITU GILIRAN RUMAH HABSAH DAN HABSAH MINTA IZIN PADA NABI UTK KE RUMAH AYAHNYA.
NABI IZINKAN.
BILA HABSAH BAILK KE RUMAH ADA PULA ISTERI RASUL BERNAMA MARIAH.
HABSAH TAK SUKA WALAUPUN PERKARA ITU HALAL BAGI RASUL.
NABI KATA KAMU TAK SUKA KE?
NABI KATA KALAU KAMU TAK SUKA,AKU TAK AKAN BERSAMA LAGI DGN MARIAH.
NABI KATA KAU JANGAN BERITAHU ORG LAIN.
TIBA² HABSAH BERITAHU PADA AISYAH TENTANG KEJADIAN ITU.
AKHIRNYA RASUL TAHU HABSAH CERITA DGN AISYAH.
BERUBAH MUKA HABSAH.
PADA AYAT KE~4 ADA DICERITAKAN TENTANG TAUBAT NASUHA,APAKAH CARA ORG YG BENAR² NAK BERTAUBAT?
Turun Al~Quran menegur tentang Rasul,Rasul asingkan diri kerana tak sedap hati.
Sadina Umar marah kepada anaknya,kenapa buat pakatan ini pada Rasul?
Maksud taubat nasuha ialah datang dari hati yg betul² suci.
SYARAT TAUBAT NASUHA:
1)Kembali betul² pada Allah.
2)Berazam tak nak buat kesilapan yg dilakukan.
3)Dan mesti ada penyesalan.
APA PENGAJARAN DARI AYAT² INI?
Hikmah dalam surah ini sangat² banyak.
1)Jangan tukar hukum disebabkan cenderung pada sesuatu.
2)Org yg berumahtangga jangan kuat sangat cemburu.
3)Allah nak ajar,kalau kita dah bersumpah,kita kena bayar kafarah beri makan 10 org miskin atau belikan baju atau memerdekakan hamba atau puasa 3 hari.
Inilah cara kalau dah terlepas cakap seperti Rasulullah.
TAFSIR AYAT KE~5.
Allah nak beri amaran pada isteri² Nabi,kalau Rasul cerai kamu,kamu jangan fikir Rasul tak boleh dapat isteri baru.
Allah jamin Rasul boleh dapat isteri yg lebih baik,taat,bertaubat,yg banyak berpuasa.
Terus terdiam isteri² Rasul.
TAFSIR AYAT KE~6.
Wahai org yg beriman,kamu perlu jaga diri kamu,jaga isteri dan anak² kamu dari neraka.
Banyak masalah di dunia ini kerana kita sendiri yg buat kesilapan.
JAGA DIRI DAN AHLI KELUARGA KITA AKAN SELAMAT DUNIA DAN AKHIRAT.
AYAT KE~7,MENGAPA MANUSIA YG KUFUR DAN INGKAR LAMBAT NAK MINTA KEAMPUNAN?
Allah nak beri amaran pada org yg kufur.
Nanti dah kiamat dah tak ada lagi nak beri alasan.
Alasan dah tak diterima.
Taubat dah tak diterima.
Di akhirat kamu akan dibalas dgn apa yg kamu buat di dunia.
Kamu akan dibalas dgn syurga jika ikut apa yg Allah suruh.
JANGAN TUNDA TAUBAT KITA.
AYAT KE~8 DISAAT CAHAYA MEREKA BERSINAR DIHADAPAN DAN SEBELAH KANAN,KENAPA CAHAYA ITU BERSINAR DIHADAPAN DAN KANAN?
Allah minta kita bertaubat nasuha(sungguh² tak nak buat lagi)
Di akhirat nanti org akan ada cahaya.
Keadaan kita berbeza~beza.
Waktu melintas sirat(kata ulamak titian sirat itu seperti rambut dibelah 7)manusia yg beriman ketika itu akan diberi cahaya.
Cahaya berbeza~beza.
Ada yg dapat cahaya yg sangat terang hingga org lain boleh menumpang cahayanya,ada yg dapat cahaya hanya cukup² utk terang utk dia sahaja,ada yg dapat cahaya yg sangat kecil seperti lampu picit.
NAK DAPAT CAHAYA YG TERANG,JOM KITA KEMBALI KEPADA ALLAH.
DALAM RUMAHTANGGA ADA GANGGUAN NAFSU,ADA GANGGUAN SYAITAN.
KITA KENA JAGA NIAT.
BILA ADA MASALAH MACAM NI DALAM KELUARGA,SETTELLAH BAIK².
IKUT SEMUA INI,HIDUP KITA AKAN LEBIH MUDAH.
ADA SUAMI YG AKUR PADA ISTERI,APAKAH ISLAM MEMBENARKAN?
Ini suami yg ikut cakap isteri.
Suami ketua keluarga dan bertanggungjawab dgn hal² rumahtangga,bertanggungjawab agar isteri tak melakukan maksiat.
Kalau isteri banyak langgar perintah Allah dan suami sayang sangat pada isteri hingga tak menegur maksiat yg dibuat oleh isteri,ini tak dibenarkan dalam islam.
RUMAHTANGGA BUKAN HANYA NAKKAN KESEMPURNAN,RUMAHTANGGA NAKKAN SUAMI ISTERI SALING MELENGKAPI KEKURANGAN.
SIFAT CEMBURU YG BAGAIMANA YG DIBENARKAN DALAM ISLAM?
Tak boleh cemburu buta.
Tak boleh cemburu kepada suami yg bekerja dgn ramai perempuan.
Suami perlu cemburu jika isteri berhias utk org lain.
Nak berhias,berhiaslah depan suami.
Suami perlu banyak puji isteri selepas berkahwin,banyak bergurau dan sama² solat berjemaah di surau dan baca Al~Quran bersama~sama.
SIAPAKAH YG DIMAKSUDKAN ORG MUNAFIK PADA AYAT KE~9?
Wahai Nabi waktu kamu perang dgn org kufur kamu mesti perang sungguh² begitu juga dgn org munafik.
Dari sudut dakwah mesti bercerita dgn hikmah pada mereka.
Pada zaman Rasul,ramai org munafik(depan cakap lain,belakang cakap lain).
NAMPAK MACAM KAWAN BAIK,TAPI DIBELAKANG,DIA IALAH MUSUH ISLAM.
SIFAT² MUNAFIK:
Kalau dia bercakap dia cakap pusing².
Bila berjanji dia mungkir janji.
Kalau diberi amanah,dia khianat.
AYAT KE~10,KENAPA SEORANG NABI(Nabi Nuh dan Nabi Lut) MASIH TAK MAMPU AJAK ISTERI BERIMAN?
Isteri² ini sepatutnya beruntung dapat suami yg sempurna.
Tapi dia tak bersyukur jadi isteri kepada Nabi.
Mereka masuk neraka walaupun suaminya seorang Nabi.
INI MENUNJUKKAN PADA KITA,IMAN TAK DAPAT DIWARISI.
NAK JADI BAIK,TANGGUNGJAWAB SENDIRI,BUAT AMAL SENDIRI TAK BOLEH HARAP PADA SUAMI ATAU AYAH.
HIDAYAH MILIK ALLAH.
HIDAYAH PERLU DICARI.
APAKAH KESALAHAN² YG DILAKUKAN OLEH IBUBAPA AKAN BERPINDAH KEPADA ANAK² KITA?
Kalau kamu buat baik sebelum kahwin balasannya kamu juga yg akan dapat,dapat barakah yg berganda~ganda.
Jika niat nak berkahwin utk nak bawa anak isteri masuk syurga,Allah akan bantu.
KALAU BANYAK MASALAH HIDUP JANGAN TENGOK APA SALAH ANAK² KITA TAPI KITA KENA TENGOK KESALAHAN DIRI SENDIRI YG BELUM BERTAUBAT.
KALAU ADA BANYAK MASALAH,BANYAKKAN ISTIGHFAR PADA ALLAH.
PEREMPUAN YG TERLANJUR DAN BUANG ANAK DAN ADA MASYARAKAT YG MENGHUKUM HINGGA JADI TAK SENANG HATI PADA PEREMPUAN ITU DAN BAGAIMANA DGN ISTERI YG MENENTANG SUAMI YG NAK BERPOLIGAMI?
Org yg buang anak tetap salah.
Ini dosa besar dan Allah memang tak suka.
Dia buat dosa itu dosa dia dgn Tuhan.
MASYARAKAT TAK BOLEH NAK PANDANG SERONG PADANYA.
SILAP² DIA BERTAUBAT DIA MASUK SYURGA TERLEBIH DULU.
MENGHUKUM ORG LAIN DAN MERASA DIRI LEBIH BAIK,INI PERANGAI IBLIS.
Hampiri dia dan beri nasihat supaya dia bertaubat nasuha.
Anak itu tak bersalah.
Kita semua ada buat salah dan kita mesti jadi masyarakat yg bantu membantu bukan masyarakat yg menghukum.
KEPADA SUAMI YG NAK BERPOLIGAMI,SUAMI KENA TANYA PADA DIRI SENDIRI,KENAPA NAK KAHWIN LAIN.
APAKAH BERKAHWIN LAIN KERANA TAK TAHAN DGN NAFSU DAN APAKAH DGN BERKAHWIN DUA INI BOLEH MEMUDAHKAN MASUK SYURGA?
Jangan nak salahkan isteri tak beri poligami.
MAKSUD AYAT KE~11.
Pada ayat 10-12,Allah beri contoh suami baik, isteri tak baik.
Suami jahat dan isteri baik(Asiah).
Beliau merupakan isteri Firaun yg masuk islam.
Firaun tahu dan Firaun marah.
Tangannya dipaku dan dada diletakkan batu.
Asiah berdoa, Ya Allah kalau aku nak meninggal tolong sediakan aku rumah yg kecil dekat dengan Engkau di syurga dan tolong selamatkan aku dari Firaun.
Allah matikan Asiah.
DAN TERUS MASUK SYURGA.
Dalam kehidupan kita hari ini,jika isteri dizalimi, isteri boleh mengadu ke Jabatan Agama dan mengadu pada polis kalau kes yg sangat teruk.
SURAH INI SURAH YG SANGAT BEAUTIFUL.
KISAH TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI.
FIKIR TANGGUNGJAWAB BAGAIMANA NAK BAWA BAWA KELUARGA NAK MASUK SYURGA BERSAMA~SAMA.
PANDANG ANAK² DAN PANDANG ISTERI DGN PANDANGAN KASIH SAYANG.
#InShaaAllah_Aamiin
#TanyalahUstazTv3
#BiarTahuJanganKeliru
❤SILAKAN SHARE❤
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Umur
INGAT MENGINGATI ANTARA KITA… Izinkan saya untuk share kepada sahabat Kalau umur kita sekarang 55 tahun dapat hidup hingga 70 tahun, itu ma...
-
As salam Just nak share cara penggunaan periuk Mugen 6L yang saya beli online. saya just share yang simple je 1. masukkan barang-b...
-
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى...
No comments:
Post a Comment