السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Hakim&Ustaz Zul Ramli Mohamed Razali)
*SIRAH*
*PENERIMAAN DAKWAH RASULULLAH S.A.W*
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
17 Mac 2019 - Ahad
Jom kita gunakan mata utk melihat perkara yg baik dan telinga utk mendengar perkara yg baik, mudah²an berpahala.
Kita sentiasa dingatkan bahawa maha suci Allah,ilmu hanya yg datang dari Allah dititipkan ke dalam hati² manusia.
BAGAIMANA DAKWAH NABI DI MEKAH DAN MADINAH,APAKAH BERBEZA?
Penerimaan berlaku kerana adanya dakwah.
Pada hari ini dakwah sudah jadi istilah yg diterima oleh masyarakat.
Dakwah adalah seruan.
Dakwah itu adalah seruan yg datangnya dari Allah utk mengajak manusia kepada Allah kerana Allah.
BAGAIMANA ASAL BERMULA DAN WUJUD MISI DAKWAH DI ZAMAN NABI?
Misi adalah sesuatu agenda yg ada tujuan tertentu.
Misi dakwah Nabi ketika turun wahyu melalui Malaikat Jibril.
Tempat pertama dakwah Nabi bermula di Mekah secara rahsia,senyap².
Nabi kumpulkan 40org utk sampaikan dakwah dan selepas itu Nabi berdakwah secara terang²an.
Seorang pendakwah hanya penyampai.
Diri Nabi ada kebijaksanaan.
Nabi sampaikan dakwah pada sasaran dgn melihat situasi dan ada prinsip.
APAKAH PENDEKATAN NABI DAN STRATEGI NABI SAMPAIKAN DAKWAH?
Pendekatan dakwah Nabi,isinya adalah wahyu dari Allah.
Apa yg disampaikan oleh Nabi bukan dari sumber akal atau pemikiran.
Pendekatan Nabi sangat bersifat manusiawi.
Nabi menyantuni roh,akal dan fizikal manusia.
Pendekatan secara manusiawi ini dapat menyerap pada manusia.
Nabi sampaikan dakwah dgn akhlak.
NABI SAMPAIKAN DAKWAH DGN SANGAT BERHIKMAH.
BAGAIMANA KAEDAH PENYAMPAIAN DAN NADA NABI KETIKA MENYAMPAIKAN DAKWAH SUPAYA MANUSIA TERIMA DGN RELA TANPA PAKSAAN?
Nabi sampaikan secara manusiawi.
Nabi sampaikan dakwah bukan sasarannya pada gegendang telinga.
Nabi sampaikan dakwah hingga kegegendang hati manusia.
Nabi gunakan bahasa yg sangat betul dan guna bahasa badan dgn sentuhan.
Nabi bersifat lembut terbit dari hati yg tak kasar.
Hati Nabi sangat lunak dan lembut.
Kerana kelunakkan hati Nabi,mesaj itu sampai.
NABI DAPAT TENTANGAN BEGITU KUAT KETIKA SAMPAIKAN DAKWAH DAN BAGAIMANA NABI SAMPAIKAN DAKWAH SUPAYA MENYAKINKAN BAHAWA ISLAM ITU BENAR DAN KENAPA NABI TAK RASA KECEWA?
Nabi menghadapi tentangan ketika sampaikan dakwah tapi Nabi tak kecewa dan tak mematahkan semangat Nabi.
KITA YG MENGUCAP
أَشْهَدُ أَنْ لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ
KITA SEMUA ADALAH DA'I.
Nabi tak terima karpet merah ketika berdakwah.
Yg Nabi terima adalah darah merah.
Dakwah Nabi adalah dari Allah,kepada Allah kerana Allah.
Nabi tak masukkan agenda peribadi kerna dakwah Nabi semuanya kerana Allah.
Jika kita boleh ikut cara Nabi,In Shaa Allah,kita tak akan kecewa.
APAKAH NABI PERNAH MENGELUH KETIKA SEBARKAN DAKWAH?
Berita paling betul cerita tentang Nabi adalah dari Al~Quran.
Kita tak boleh buat anggapan yg Nabi marah seperti kita.
Nabi hanya marah bila menyentuh hak Allah dan Nabi tak marah langsung jika org sentuh hak Nabi(peribadi Nabi).
NABI ADALAH INSAN LUAR BIASA.
ADAKAH TERDAPAT PERBEZAAN PENERIMAAN DAKWAH NABI DGN DAKWAH NABI² YG LAIN?
Manusia sama,ada org baik dan ada yg tak baik.
Setiap Nabi menghadapi sifat² manusia dan setiap Nabi menghadapi tabiat manusia yg berbeza~beza.
Dan mukjizat pada setiap Nabi berbeza~beza.
Apa yg disampaikan oleh Nabi adalah utk selesaikan masalah manusia dan utk kebaikan manusia itu sendiri.
APAKAH CIRI² NABI YG BILA ORG TENGOK,ORG BOLEH TERIMA DAKWAH NABI?
Nabi seperti magnet yg boleh menarik manusia.
Isi dakwah Nabi sangat jelas yg datangnya dari Allah.
Apa yg pada diri Nabi ialah akhlak yg sangat baik.
Akhlak inilah yg menarik manusia.
Akhlak Nabi baik dan ada prinsip².
Nabi tak bersifat pendusta dan pembohong.
BERAPA RAMAI YG TERIMA DAKWAH NABI DI MEKAH DAN APAKAH ADA ORG KUFUR YG PURA² TERIMA DAKWAH NABI?
Nabi lakukan tugas dakwah Nabi di Mekah dan Madinah.
Tak ada jumlah yg tepat yg mengikut Nabi.
Ketika berdakwah di Mekah dari sedikit menjadi semakin ramai.
Di Mekah tak ada org munafik yg mengikut Nabi.
Di Mekah hanya ada org kafir yg enggan menerima dakwah Nabi.
APAKAH PEPERANGAN YG BERLAKU DISEPANJANG DAKWAH NABI DAN BAGAIMANA KISAH ITU JADI TAULADAN?
Peperangan Badar adalah peperangan pertama.
Peperangan berlaku kerana org Quraisy ketika itu mengambil hak org islam.
Perang utk pertahankan diri mereka.
Peperangan berlaku bukan kerana tujuan dakwah.
Setiap kali berlaku peperangan akan beri kesan² tersendiri dan Nabi ajarkan supaya berakhlak dan beradab.
Ketika berperang jika ada tentera mencantas pohon yg boleh buat berlindung,tentera itu akan dibawa ke mahkamah.
BAGAIMANA NABI TERAPKAN DAKWAH MELALUI PERNIAGAAN?
Dakwah Nabi bukan hanya tutur kata.
Dakwah Nabi masuk pada segenap kelapangan.
Nabi bangunkan masjid kerana berjemaah adalah kekuatan umat islam.
Nabi menggalakkan perniagaan.
Nabi beri ilmu,akhlak dan nilai pada peniaga.
Nabi beri motivasi kejujuran dalam perniagaan.
SIAPA YG BERI SOKONGAN DAN DORONGAN YG KUAT KETIKA BERDAKWAH?
Sumber wahyu itu yg beri sokongan yg kuat iaitu sokongan dari Allah.
Semua para sahabat menyokong Nabi.
Seluruh org yg bersama dgn Nabi adalah pendorong Nabi.
DAKWAH NABI DI MEKAH TAK CANTIK KERANA DAKWAH NABI DI MEKAH ADALAH ASAS.
KEDUA~DUA DAKWAH NABI DI MEKAH DAN MADINAH,BAIK² DGN CARANYA TERSENDIRI.
SAAT MANAKAH MENJADI KEMUNCAK DAKWAH NABI?
Nabi tak pernah meletakkan kemuncak dakwah Nabi.
Dakwah Nabi selama 23tahun itu adalah asas.
Dan hebat dikemudian hari.
SETELAH KITA LIHAT APA YG NABI BUAT,TANYA PADA DIRI APA YG AKU BUAT?
APA DAKWAH YG TELAH AKU LAKUKAN?
SEMOGA KITA DAPAT MENGIKUT NABI.
JIKA PARA SAHABAT MENADAH DAN MENDENGAR DAKWAH NABI,KITA MENYALIN APA YG DISAMPAIKAN OLEH NABI.
KEMANA SAHAJA YG SAHABAT JUMPA,SAHABAT AKAN SAMPAIKAN DAKWAH NABI.
DA'I BUKAN HANYA MENYAMPAI,DA'I JUGA HARUS MENERIMA APA YG ORG SAMPAIKAN.
#InShaaAllah_Aamiin
#TanyalahUstazTv3
#BiarTahuJanganKeliru
No comments:
Post a Comment