السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Annas&Ustaz Ali Sabri Abd.Rahman)
*AKIDAH*
*SIFAT 20(BHG 4)*
••••••••••••••••••••••••••
8 Mac 2019 - Jumaat
Alhamdulillah,dipagi Jumaat ini Allah beri keberkatan dan digalakkan kita perbanyakkan berselawat.
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Sifat 20 disusun oleh para ulamak utk beri kefahaman pada kita.
Fitnah paling besar hari ini bila tak memahami akidah.
Ilmu sifat 20 ini telah menyelamatkan umat islam.
Yg penting kita jangan salah menyalahi antara satu sama lain.
Tunjangnya ialah kita bertauhidkan TIADA TUHAN SELAIN ALLAH.
Al Mulk ialah maha mengetahui.
Lawan Al Mulk ialah jahil.
Ilmu pengetahuan Allah sangat sempurna.
Bahkan apa yg ada dihati manusia,Allah nampak.
Bukti ilmu Allah seperti air laut yg luas.
Ilmu yg Allah pinjamkan pada kita ini sedikit sahaja.
Jika Allah bersifat jahil,Allah tak boleh mencipta kita.
ILMU ALLAH MELIPUTI SEGALA~GALANYA.
HAYAT ialah hidup.
Lawan hidup adalah MATI.
Allah hidup dgn zatnya tak memerlukan makan dan minum dan tak mengantuk.
Bertaqwalah pada Allah yg hidup dan tidak mati.
SAMA' maha mendengar.
Lawan mendengar ialah tuli.
Allah maha mendengar apa sahaja suara di alam ini walaupun suara itu lemah atau pelahan.
Apa yg kita bisikkan dihati,Allah maha mendengar.
Mustahil jika Allah tidak mendengar.
ALLAH MAHA MENDENGAR DAN MAHA MENGETAHUI.
BASAR maha melihat.
Lawan melihat adalah buta.
Sifat Allah maha melihat yg jauh dan yg dekat.
Allah wajib bersifat maha melihat.
APAKAH AQLI DAN NAQLI?
Allah maha melihat apa yg kamu kerjakan.
Penglihatan Allah tanpa batas.
Pembicaraan Allah tak sama seperti manusia kerana Allah tak ada organ seperti manusia.
Allah tak guna alat pembantu utk berbicara.
Bila kita berbicara dalam solat bermakna kita bersedia bercakap dgn Allah dgn memahami makna surah Al~Fatihah.
ADAKAH ILMU SIFAT 20 INI WAJIB DIKETAHUI DAN KENAPA MASIH RAMAI YG TAK MENGETAHUI?
Mengaji ilmu ini tak berapa ramai yg suka.
Ya,kita perlu tahu sifat 20.
Pengajian ini sukar utk org nak belajar.
Hanya yg berminat sahaja yg nak belajar.
Ramai masyarakat kita ambil sambil lewa.
Yg beri faham bukan kita tapi Allah.
Belajar lagi dan lagi sampai kita faham.
RAMAI YG TERGELINCIR MENGAKU TUHAN KERANA ADA SIFAT MELIHAT DAN MENDENGAR DAN BAGAIMANA KITA NAK MENGAGONGKAN SIFAT ALLAH?
Tak ada sesuatu yg boleh dibandingkan manusia dgn Allah.
Org yg ambil sifat Allah kerana dia jahil.
Kita belajar bukan hanya nak dapat PHD.
Hidup kita ini bermula dari belajar hingga kita mati akan diajar ucap لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ.
Kerana EGO menjadikan manusia jahil.
LETAKKAN PADA DIRI KITA BAHAWA ADA ORG LAIN YG LEBIH ALIM DAN LEBIH ALIM DARI DIRI KITA.
Ada org yg bersifat Firaun mengaku dia Tuhan kerana tak pernah sakit.
ALLAH MAHA MELIHAT SETIAP PERBUATAN DAN KENAPA MASIH RAMAI YG MELAKUKAN DOSA YG TERANG ATAU YG TERSEMBUNYI,BAGAIMANA NAK RASAKAN GERUN SUPAYA TAK MELAKUKAN DOSA?
Kita tahu Allah maha melihat tapi kita masih melakukan dosa kerana kita manusia yg tak nampak Allah,Allah yg nampak kita.
Kita kena pegang tauhid bahawa Allah maha melihat.
Bila kita ada tahuid Allah maha melihat,kita akan berhenti dari buat MAKSIAT.
Allah buka pintu TAUBAT bila kita melakukan dosa.
Bila kita bersembunyi seorang² buat maksiat dan kita ingat Allah melihat,kita akan ada rasa takut bagaimana jika aku mati sedang aku buat maksiat.
Inilah tanda kita masih ada iman.
ADA ORG YG TAK PUAS HATI DGN KITA DAN DIA KATA, KITA JUMPA DI AKHIRAT.BAGAIMANA USTAZ?
Ayat ini akan memusnahkan kita.
Jika kita dah selangkah lagi nak ke syurga kita kena tunggu org itu.
MEMAAFKAN MANUSIA ITU LEBIH BAGUS.
Eloklah jadi org yg pemaaf.
BAGAIMANA NAK HADIRKAN ALLAH DALAM DIRI?
Bulatkan tekad mengalahkan nafsu.
Tingkatkan mujahadah kita.
Bila kita rasa Allah ada,kita akan terbatas nak melakukan kesalahan.
Inilah sikap berhati~hati.
BAGAIMANA NAK HADIRIKAN PERASAAN SEPERTI ALLAH MELIHAT PADA KITA SEPERTI CCTV?
CCTV itu boleh rosak tapi Allah sentiasa melihat manusia.
Bersyukur bila Allah tutup aib kita.
Kita takut dgn CCTV kerana takut org lihat.
Ini hanya dunia.
Yg kita takut adalah Allah melihat kita dan kita menyesal dan bertaubat.
BOLEHKAH KITA MEMPERCAYAI ASMA UL HUSNA TANPA BELAJAR SIFAT 20?
Dalam Asma Ul Husna ada sifat 20.
Tak boleh hanya hafal Asma Ul Husna tapi tak sembahyang dan tak beriman.
BAGAIMANA NAK DIDIK ANAK² KECIL DGN SIFAT² ALLAH?
Bila anak tanya apakah Allah ada telinga?
Kita boleh jawab kita ada kepala,apakah kita nampak otak kita?
Yakinlah Allah maha mendengar.
APAKAH CIRI² ORG YG BERPEGANG TEGUH PADA SIFAT 20?
Org yg berpegang teguh pada sifat 20 akan rasa Allah itu ada dan bila dia sakit dia akan kata Allah yg menyembuhkannya.
ALLAH BERSIFAT BERKEHENDAK ATAS TAKDIR DAN NASIB MANUSIA.BAGAIMANA KITA NAK SABAR DAN REDHA DGN UJIAN?
Takdir Allah boleh berubah.
Org miskin boleh jadi kaya dan dia kena usaha,ikthiar dan bertawakkal.
Tak boleh redha sahaja tapi mesti usaha utk jadi kaya.
Allah boleh beri kita jadi hebat ada ilmu,jadi kaya tapi kita kena ada usaha.
Bila kita berusaha kita perlu berikthiar dan bertawakkal pada Allah.
Barulah kita letakkan redha pada Allah.
JANGAN TERUS REDHA TANPA USAHA DAN BERIKHTIAR.
BAGAIMANA ALLAH HIDUP,TAK MAKAN DAN TAK TIDUR DAN TAK MATI?
Allah bersifat hidup dan tak mati.
Kalau Allah mati bermakna Allah lemah seperti manusia.
Kita tak boleh nak bahas sifat Allah ini kerana jika kita nak bahas perlu masa yg panjang.
Memang Allah bersifat hidup tak akan sama dgn sifat manusia.
DI SELANGOR ADA 45 AJARAN SESAT DAN ADA YG DAH BELAJAR TAPI TERSASAR.APA KOMEN USTAZ?
Mereka mengaji tapi tengok tempat.
Ada yg pilih² tempat nak belajar.
Ada guru yg lontarkan soalan tapi guru tak jawab yg jawab anak murid.
Ini yg boleh jadi songsang.
Ada juga ustaz yg sesat dan jangan kata ustaz tak sesat.
ADA JUGA USTAZ YG SESAT.
APAKAH HIKMAH DISEBALIK MENGENALI KENAL SIFAT 20?
Ilmu ini luas.
Jika kita niat nak menuntut ilmu kita akan rasa kita ini jahil bukan rasa alim.
Hikmahnya ialah utk memudahkan memahami sifat Allah utk kita belajar.
MUDAH²AN ALLAH AKAN SENTIASA BERI KITA FAHAM DAN MENANAMKAN BAHAWA KITA ADALAH SEORANG MUSLIM YG SETIAP PERKATAAN KITA AKAN DIHITUNG OLEH ALLAH.
JANGAN KITA TINGGALKAN ILMU TAUHID INI KERANA ILMU INI SANGAT PENTING.
TAUHID YG SAHIH DAN AKIDAH YG BERSIH MENGIKUT AHLI SUNNAH WAL JEMAAH.
YA ALLAH AKHIRKAN KALAM KAMI DGN MENGUCAP لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ
#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru
No comments:
Post a Comment