السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Hakim&Ustaz Mohammad Rozie Mohd.Rejab)
TAFSIR AL~QURAN
SURAH QURAISY
•••••••••••••••••••••••••••••
4 Mac 2019 - Isnin
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
لِإِيلَافِ قُرَيْشٍ
✐ Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah)
إِيلَافِهِمْ رِحْلَةَ الشِّتَاء وَالصَّيْفِ
✐ (laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam),
فَلْيَعْبُدُوا رَبَّ هَذَا الْبَيْتِ
✐ Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Yang Menguasai Rumah (Kaabah) ini,
الَّذِي أَطْعَمَهُم مِّن جُوعٍ وَآمَنَهُم مِّنْ خَوْفٍ
✐ Tuhan Yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan.
Surah ini surah yg ke~106 dalam Al~Quran.
Quraisy ialah kabilah teragong.
Allah menjaga Quraisy.
Allah menjaga rumah(kaabah).
Mereka berdagang di Yaman pada musim sejuk dan ke syam pada musim panas.
Nabi berdagang sejak dari remaja lagi.
Dan akhirnya berjumpa Siti Khadijah.
Allah beri mereka makan dari kehausan,kelaparan.
Inilah barakah doa Nabi Ibrahim.
Allah amankan mereka dari sebarang ketakutan.
APAKAH KEUTAMAAN ALLAH MEMILIH KAUM QURAISY MENYEBARKAN ISLAM?
Allah pilih Quraisy daripada Nabi Ibrahim.
Kaum yg sangat dahsyat dan membunuh anak² perempuan.
Wanita dijadikan barang dagangan.
Allah Maha pemurah dan memilih khalifah ini dgn Allah utuskan Nabi Muhammad.
Akhirnya mereka menuruti agama Ibrahim.
Nabi Ibrahim ajarkan zakat,solat dan haji.
Allah tak akan biarkan hambanya.
Allah akan membimbing.
Mekah yg tak ada kebun² tapi Allah rezekikan buah²an dari seluruh dunia di Mekah.
Di Mekah ada bursa saham yg terhebat.
MENGAPA KAUM QURAISY DIBERI JAMINAN KEAMANAN?
Allah jadikan Mekah negeri yg aman tenteram.
Di situ tempat org datang haji dan umrah.
Inilah jaminan keamanan.
Disitu ada air zam² yg tak ada mineral yg lebih hebat daripada air zam².
APA TUJUAN SEBENAR SURAH INI DITURUNKAN?
Allah turunkan surah ini sebagai panduan.
Allah jadikan Quraisy bangsa yg hebat.
Allah turunkan surah ini utk bersihkan mereka dari nilai akidah,syariat dan nilai² akhlak.
ADAKAH KESUCIAN KOTA MEKAH ITU DILINDUNGI DARI ALLAH DAN PERNAHKAH MEREKA LALAI DAN LEKA?
Ya,memang benar kesucian kota Mekah ini adalah kota yg dilindungi.
Allah haramkan dari kecurian,tak boleh berburu,tak boleh rosakkan tanaman.
Org² di Mekah pernah ingkar pada Allah dan ketika mereka ingkar, Allah sucikan mereka.
Walaupun mereka syirik pada Allah,Allah beri peluang mereka berubah.
BOLEH USTAZ CERITAKAN TENTANG SURAH INI DGN KESENAMBUNGAN SURAH AL~FIL?
Surah ini kesenambungan dari surah Al~Fil.
Kota Mekah adalah pusat perniagaan yg hebat.
Tentera² Abraha bertempeliaran lari dan keamanannya dijamin.
DALAM SURAH INI ADA DICERITAKAN ORG YG BERMUSAFIR,APAKAH ADAB² BERMUSAFIR?
Ya,memang ada dalam surah ini Allah ceritakan tentang musafir.
Org yg bermusafir mestilah bermusafir semata~mata beribadah kepada Allah.
Niat musafir adalah utk mencari redha Allah.
Jika musafir utk niat buat maksiat mereka tak boleh jamak dan qasar tapi mereka wajib juga solat.
ADAB MUSAFIR:
Mesti betulkan niat kerna Allah.
Solat sunat musafir.
Mesti berombongan,paling kurang 2org.
Cukupkan bekalan.
QURAISY INI BANGSA APA?
Quraisy ini bangsa Arab.
KENAPA ALLAH MEMUJI MEREKA YG MELAKUKAN PERJALANAN UTK BERDAGANG?
Allah memuji mereka kerana mereka satu bangsa yg berani,rajin dan tak segan silu berdagang.
ALLAH MENGAMANKAN QURAISY DARI KETAKUTAN,KETAKUTAN APA YG DIMAKSUDKAN?
Surah ini adalah simbolik pada permusafiran.
Boleh amalkan surah ini ketika musafir.
Disebalik negara yg aman ada musuh.
Ketakutan yg dimaksudkan adalah ketakutan dari dijajah oleh Rom dan Paris.
ALLAH SELAMATKAN MEREKA DARI KELAPARAN DAN KETAKUTAN DAN KENAPA UMAT AKHIR ZAMAN MELANGGAR PERINTAH ALLAH?
Manusia dicipta dgn elok dan sempurna.
Manusia memilih sifat kebinatangan.
Jika mereka berlaku baik mereka lebih baik dari para malaikat.
Manusia buat salah kerana mereka buat² tak tahu.
Mereka bukan tak tahu tapi mereka buat² tak tahu.
UBAH TABIAT KEHAIWANAN DAN AMBILLAH TABIAT YG BAIK IAITU TABIAT MALAIKAT.
SIAPAKAH YG MEWARISI KAUM QURAISY PADA HARI INI?
Bani Hasyim.
APAKAH KHASIAT DAN MANFAAT SURAH INI DAN BAGAIMANA NAK AMALKANNYA?
Khasiatnya utk manusia belajar menilai diri, keimanan dan akidah pada Allah.
Belajar akhlak dan jangan menimbulkan kekacauan.
Amalkan surah ini selalu.
Boleh amalkan dalam solat dan boleh amalkan pada bila² masa.
KENAPA ALLAH PILIH ORG QURAISY TAK PILIH ORG PUTIH?
Ini adalah kehendak Allah.
Allah yg lebih mengetahui.
Allah yg nak begitu.
Kerana bangsa Arab bangsa kerosakkan ketika itu.
Dan dipilih bangsa Arab dan bahasa Arab bahasa syurga.
APA HIKMAH DAN PENGAJARAN SURAH INI DAN MENGAPA DITURUNKAN SURAH QURAISY?
Allah nak ajar kita sembah Allah bukan sembah makhluk.
Arah solat adalah kiblat bukan menyembah kaabah.
Allah tak khususkan rumah Allah itu Allah juga duduk disitu.
Ini adalah perintah.
Hanya ada لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ.
Inilah akhir kalimah kita.
BOLEH BACA SURAH INI BILA² SAHAJA.
YG MENJAMIN PERJALANAN INI.
YG MENJAGA KEAMANAN ADALAH ALLAH.
KETIKA NAK BERMUSAFIR KITA
BOLEH BACA
. أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
SUPAYA JAUH DARI SYAITAN.
KERNAA SYAITAN JUGA ADA DARI KALANGAN SYAITAN MANUSIA.
BACA
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
ALLAH AKAN MUDAHKAN SEGALA URUSAN.
SEMBAHLAH ALLAH DAN JADILAH KITA MUKMIN YG SEJATI.
#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Umur
INGAT MENGINGATI ANTARA KITA… Izinkan saya untuk share kepada sahabat Kalau umur kita sekarang 55 tahun dapat hidup hingga 70 tahun, itu ma...
-
As salam Just nak share cara penggunaan periuk Mugen 6L yang saya beli online. saya just share yang simple je 1. masukkan barang-b...
-
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى...
No comments:
Post a Comment