السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Annas&Ustaz Muhadir Joll)
*HADIS*
*KELEBIHAN JIHAD*
••••••••••••••••••••••••••••
6 Mac 2019 - selasa
Konsep jihad begitu luas.
Jihad itu berasal dari perkataan JUHDUN.
Juhdun ialah itihat,mujahadah dan jihad.
Juhdun ialah membuat sesuatu dgn kesungguhan utk capai target yg sangat bagus.
Mujahadah ialah berusaha sungguh² utk melakukan sesuatu.
Jihad pula ialah mengorbankan sesuatu hatta nyawanya sendiri utk dapat redha Allah.
ADAKAH BERJAHID PADA GOLONGAN DAKWAH SAHAJA DAN BERDAKWAH DILAMAN SOSIAL APAKAH ITU JUGA JIHAD?
Jihad boleh pada peperangan,ekonomi dll.
Jihad mesti bersungguh~sungguh.
Ya,berdakwah dilaman sosial juga dikira jihad jika niatnya baik bukan utk nak dapat mashur dan bersungguh~sungguh buat kerja.
PENTING TAK BERJIHAD MELAWAN HAWA NAFSU SENDIRI?
Ya,benar.
Mesti lawan hawa nafsu diri sendiri dulu.
DIMANAKAH LETAKNYA JIHAD MUSLIMIN DAN MUSLIMAT MASA KINI?
Kita tak lagi sampai tahap berjihad hingga berperang.
Jihad berperang cth di Palestin.
Jihad dalam negara kita adalah jihad harta dan doa.
Sokongan utk negara itu juga jihad.
Bila islam diperangi,kita mesti berjihad membela.
APAKAH KELEBIHAN JIHAD ORG YG BERAMAL SEMATA~MATA KERANA ALLAH?
Manusia memang suka pada ganjaran atau pahala.
Buat semahunya amalan di dunia,nanti pahalanya menunggu di akhirat.
Beriman pada Allah dan Rasul serta berjihad dgn harta akan diampunkan dosa dan dikurniakan syurga dan dapat tempat sempurna di syurga Adan.
Dan sesiapa yg berjihad dgn hawa nafsu akan dapat ketenangan dan dapat pahala.
BAGAIMANA KITA NAK DAPAT KEKUATAN UTK MENCEGAH KEMUNGKARAN, APAKAH INI JUGA JIHAD?
Amal makruf nahi mungkar ialah suruhan Allah.
Suruh kebaikan dan cegah kemungkaran perlu diambil perhatian.
Cegah kemungkaran dgn tangan dulu,dgn mulut atau dgn hati.
Cegah dgn hati itulah selemah~lemah iman.
Jika tak boleh cegah dgn mulut,cegahlah dgn tangan(dgn tulisan).
Kita mesti ada usaha amal makruf nahi mungkar.
APABILA MENINGGAL, KITA BUKAN NAK MENINGGAL BEGITU SAHAJA KITA MESTI NAK DAPATKAN KELEBIHAN SYURGA.
JANGAN KAMU MENYANGKA ORG YG SYAHID ITU MEREKA MATI.
DISISI ALLAH MEREKA DIKURNIAKAN SYURGA SELUAS LANGIT DAN BUMI.
ADAKAH JIHAD KITA DITERIMA JIKA KITA BERNIAT UTK BERDAKWAH TAPI TAK SEMPAT NAK BERDAKWAH DAH MENINGGAL?
Ini niat yg baik.
Sesiapa ada niat nak buat sesuatu yg baik dan terhalang,baginya satu kebaikan dan jika dia dapat buat akan dapat 10 kebaikan.
Berniat nak buat kejahatan dan tak jadi buat,dia tak berdosa dan jika dia buat kejahatan tersebut dia akan dapat satu dosa.
Niat nak berberdakwah itu,In Shaa Allah diterima Allah.
SESIAPA YG BERNIAT NAK MATI SYAHID WALAUPUN MATINYA DIATAS KATIL,DAPAT PAHALA MATI SYAHID.
Para sahabat ada pangkat yg tinggi dan tak ada yg lebih tinggi dari perang badar.
Dalam perang badar ada 2 org pemuda,jumpa Abdul Rahman bin Aub.
Dia tanya dimana Abu Jahal.
Bukankah dia selalu menyakiti Rasulullah.
Saya nak bunuh dia.
Dalam peperangan badar,Abu Jahal pakai baju besi dari atas hingga kebawah.
Akhirnya dua org pemuda itu berjaya sampai pada Abu Jahal.
Ditusuk peha Abu Jahal hingga luka.
Seorang syahid dan abangnya dicantas tangan.
Dgn tangan yg sebelah dia masih berperang dan akhirnya syahid.
BERJIHADNYA ORG ISLAM KERANA NAK DAPATKAN SYAHID.
SETIAP KALI SOLAT SAYA BERDOA UTK DAPAT BERPERANG DGN AL~MAHADI, BOLEHKAH SAYA BERDOA MACAM NI?
Harus berdoa macam itu utk menunjukkan kesungguhan.
Dan lebih baik berjihad dari sekarang iaitu berjihad dgn harta benda.
Cth berinfak utk keperluan di Syria atau Palestin.
Infakan harta dijalan Allah,pahalanya besar disisi Allah.
BERI AIR COND TAPI DIA SENDIRI TAK PERGI MASJID DAN BAGAIMANA DGN JEMAAH TABLIG YG TINGGALKAN ANAK ISTERI TANPA KELENGKAPAN?
In Shaa Allah,Allah terima dia beri air cond.
Solat dalam air cond akan menambah kekusyukkan dan org yg memberi dapat pahala.
Tablig jemaah yg sangat baik.
Cuma segelintir yg terlepas pandang pada keperluan anak isteri.
Lebih baik sebelum dia keluar,dia lengkapkan keperluan anak isteri.
BAGAIMANA PERANAN JIHAD WANITA DI ZAMAN NABI DAN BAGAIMANA NAK DIKAITAN JIHAD WANITA DI ZAMAN INI?
Dalam peperangan memang ramai wanita terlibat dan sangat dekat dgn Rasulullah.
Mereka sediakan makan, minum dan ubati org yg tercedera.
Asma pernah tanya dgn Nabi bila suami kami berjihad, kami akan duduk dipenjuru rumah dan jaga anak dalam kandungan kami,apa yg kami dapat?
Nabi kata bantu suami dalam perkara kebaikan,isteri juga dapat pahala.
KONSEP JIHAD DISALAH ERTIKAN HINGGA HILANGKAN SEMANGAT JIHAD,APA PANDANGAN USTAZ?
Adab² jihad ialah niat yg benar.
Jihad mesti ada matlamat yg suci.
Tak boleh bunuh sesuatu jiwa tanpa hak.
Sesiapa yg bunuh satu jiwa tanpa hak seperti bunuh semua jiwa.
Tak boleh bunuh org tua,anak kecil dan perempuan.
Tak boleh letupkan diri atas nama jihad kerana yg jadi mangsa org islam dan org bukan islam.
Islam menolak pengganas.
SEORANG MENANTU PEREMPUAN SANGGUP BERHENTI KERJA UTK JAGA IBUBAPA DAN SUAMI,APAKAH INI JUGA BERJIHAD?
Ya,ini mujahadah yg sangat bagus.
Mujahadah nafsu.
Sangat tinggi martabat kerana menjaga org tua.
Nabi pesan pada Umar jika jumpa Uwais minta doa padanya.
Kelebihan Uwais ialah sangat kasih menjaga ibubapanya.
BAGAIMANA ANGGOTA KESELAMATAN DI NEGARA KITA NAK DAPAT SYAHID SEDANGKAN NEGARA DALAM KEADAAN AMAN?
Sehari semalam menjaga diperbatasan negara lebih baik dari berpuasa dan bangun malam sebulan.
Menjaga diperbatasan negara itu banyak manfaat kerana menjaga ramai jiwa yg selamat dari kematian.
Akan mengalir rezeki dan selamat dari fitnah kubur.
Kita berterima kasih pada pegawai tentera kita.
JIHAD PERANG TABUK DAN BOLEH USTAZ HURAIKAN JIHAD DALAM SURAH AL~TAUBAH?
Surah Al~Taubah tak ada Bismillah kerana cerita dalam surah ini cerita perang dan tak sesuai diletakkan Bismillah.
Perang Tabuk ialah perang yg paling jauh yg Nabi nak pergi.
Nabi berdoa pada jenazah yg mati diperang Tabuk Ya Allah redhailah dia dan Nabi sendiri yg masukkan mayat org yg mati perang itu kedalam kubur.
JIHAD DALAM ISLAM BANYAK SEKALI.
HENDAKLAH KITA BERJIHAD DALAM BIDANG APA PUN SEMOGA KITA DIRAHMATI ALLAH.
#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru
No comments:
Post a Comment