السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Annas&Ustaz Ahmad Husni Abd.Rahman)
*TAFSIR*
*SURAH AL~FIIL*
•••••••••••••••••••••••••
11 Mac 2019 - Isnin
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَابِ الْفِيلِ (1) أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِي تَضْلِيلٍ (2) وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْرًا أَبَابِيلَ (3) تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ (4) فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولٍ (5)} [الفيل : 1-5]
Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Robb-mu telah melakukan kepada angkatan tentera Gajah? (Yang dipimpin oleh pembawa Gajah, yang hendak meruntuhkan Kaabah)(1)
Bukankah Robb-mu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?(2)
Dan Allah telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan! (3)
Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras! (4)
Lalu Allah menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat! (5)
Surah ini mengandungi sejarah yg sangat hebat berkaitan kaabah dan pergolakkan dunia Arab dizaman jahiliah.
Surah ini adalah satu peringatan pada golongan Quraisy dan golongan yg mendiami Mekah.
Allah angkat golongan Quraisy dgn menyelamat dari tentera bergajah.
Allah beri nikmat pada kaum Quraisy.
Surah ini surah makiah,diturunkan di Mekah.
Allah selamat Quraisy dari tentera bergajah dan Allah selamatkan mereka di sepanjang perjalanan berdagang dalam musim panas dan musim sejuk.
Dalam susuan ayat ini Allah memulakan ayat ini dgn ayat pertanyaan,tidakkah kamu melihat wahai Muhammad,
Bila melihat dgn mata kasar ilmu akan sampai kepada kebenaran dan kepada keyakinan.
Kisah ini Allah nak beritahu,Allah sendiri yg nak cerita dan tak ada cacat cela kerana cerita ini adalah wahyu dari Allah.
Allah nak beritahu pada Nabi Muhammad bahawa peristiwa ini terjadi dgn kehendak Allah dan tanpa sebab nak melakukan sesuatu.
Allah tak perlukan sebab utk menjadikan sesuatu.
Inilah yg Allah lakukan pada tentera bergajah.
Mereka kumpulkan tentera bergajah sebanyak 8 ekor.
Perancangan mereka itu sia² dan tak beri manfaat.
Abrahah merampas kekayaan penduduk Mekah.
Abdul Mutalib kata kami tak mampu melawan Abrahah.
Abdul Mutalib minta untanya.
Aku pemilik unta itu dan kaabah itu ada pemiliknya.
Abdul Mutalib menawarkan sepertiga harta Mekah tapi Abrahah tak mahu.
Abrahah nak kaabah.
Abdul Mutalib beritahu penduduk Mekah supaya bersembunyi di gua kerana akan berlaku peperangan.
Pada satu hari Abrahah bersiap~siap masuk Mekah.
Dia menyiapkan gajahnya bernama Mahmud.
Nufal pegang cuping telinga gajah dan katanya duduklah Mahmud baliklah tempat asal kamu kerana ini adalah tempat Allah yg suci.
Semua gajah duduk dan tak mahu ke Mekah.
Gajah disiksa tapi gajah tetap tak mahu pergi ke Mekah.
APAKAH YG MENDESAK ABRAHAH NAK MENYERANG MEKAH DAN ADAKAH BURUNG DALAM SURAH INI DI SINI?
Yg mendesak Abrahah ialah kerana kuasa, kedudukan,pangkat dan politik dan niat mereka nak menjajah Mekah.
Ini kerana tempat mereka tak popular.
Burung Ababil bermaksud sekumpulan burung pebagai dan mereka berkumpul.
Jenis burung itu seperti lebih kurang burang helang tapi burung ini kecil.
APA HIKMAH TURUNNYA AYAT INI?
Ayat ini nak tunjukkan tentara Allah ini hebat.
Gajah dikalahkan oleh burung.
Mereka melempar guna batu².
Batu² dari batu tanah liat yg dibakar.
Burung² itu bawa 3biji batu dgn menggunakan dua kaki dan paruh.
Lempar hingga kena tentera bergajah.
Mereka seperti daun yg dimakan ulat.
Abrahah balik ke tempatnya tapi bahagian badannya terpotong~potong.
Mereka kena seperti sakit kulit yg melepuh.
Bukan hanya mati disitu sahaja dan mereka juga mati selepas mereka balik ke tempat mereka.
APA HUBUNGAN SURAH INI DGN KELAHIRAN NABI?
Allah turunkan surah Fiil menunjukkan Allah nak jaga kaabah dan kelahiran Nabi utk manusia datang beribadah dgn aman.
Siapa yg mencemar bumi Mekah dgn kemungkaran,Kami akan rasakan dgn azab siksa yg sangat perit.
APAKAH SURAH AL~FIIL INI BOLEH JADI PENAWAR KANSER?
Baca 21kali lepas solat boleh rawat kanser.
Al~Quran seluruhnya ada syifa.
Surah Al~Falak dan surah An~Nas adalah surah yg Nabi gunakan utk berubat.
Baca surah ini khsiatnya Allah akan pelihara dari keburukan dunia akhirat.
Pahalanya seperti sebesar emas.
APA HIKMAH SURAH INI DGN KELAHIRAN NABI?
Allah nak jaga kaabah.
Surah ini juga nak tunjukkan pada kita,jika kita ikut sunnah² Nabi,Allah juga boleh selamatkan kita semua.
Kembalilah kepada sunnah Nabi, moga² Allah menyelamatkan kita.
BAGAIMANA YG DIKATAKAN SURAH INI SEBAGAI SEJUTA INFORMASI?
Bukan hanya surah ini ada sejuta informasi tapi surah² lain juga ada juta² informasi.
Mereka jahiliah dari sudut ibadah.
Allah susun ayat² dalam surah ini utk mengatakan Allah boleh beri azab pada mereka yg ingkar.
Dan Allah juga boleh beri banyak nikmat.
KEMBALILAH KITA SEMUA KEPADA ALLAH.
KEMBALILAH PADA AL~QURAN.
SESIAPA YG MENJAGA AL~QURAN ALLAH AKAN MENJAGANYA.
KALAU KAMU SUKA DGN AL~QURAN BERMAKNA KAMU CINTA PADA ALLAH.
PELIHARALAH HUBUNGAN KITA DGN AL~QURAN.
KITA BOLEH MEMBACA APA SAHAJA DI MEDIA SOSIAL TAPI KITA TAK ADA MASA NAK BACA AL~QURAN.
BACA AL~QURAN ADALAH KERANA NAK SELAMATKAN KITA DI AKHIRAT.
KITA MESTI ADA RASA KELUH KESAH BILA TAK BACA AL~QURAN.
BUAT PERSEDIAN UTK MENGHADAPI RAMADAN DGN BACA AL~QURAN.
MUHASABAHLAH AZAB YG ALLAH TURUNKAN SUPAYA KITA TAK MENGULANGINYA.
#InShaaAllah_Aamiin
#TanyalahUstazTv3
#BiarTahuJanganKeliru
No comments:
Post a Comment