السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Aiman&Ustaz Dr.Muhammad Lukman Ibrahim)
*TAFSIR AL~QURAN*
*SURAH AL~HUMAZAH*
••••••••••••••••••••••••••••••••••
18 Mac 2019 - Isnin
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
وَيْلٌ لِكُلِّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ (١)الَّذِي جَمَعَ مَالا وَعَدَّدَهُ (٢)يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُ أَخْلَدَهُ (٣)كَلا لَيُنْبَذَنَّ فِي الْحُطَمَةِ (٤)وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْحُطَمَةُ (٥)نَارُ اللَّهِ الْمُوقَدَةُ (٦)الَّتِي تَطَّلِعُ عَلَى الأفْئِدَةِ (٧)إِنَّهَا عَلَيْهِمْ مُؤْصَدَةٌ (٨)فِي عَمَدٍ مُمَدَّدَةٍ (٩)
1. Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela.
2. yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya.
3. ia mengira bahwa hartanya itu dapat mengekalkannya.
4. Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah.
5. Dan tahukah kamu apa Huthamah itu?
6. (yaitu) api (disediakan) Allah yang dinyalakan.
7. yang (naik) sampai ke hati.
8. Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka.
9. (sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang.
Surah ini menceritakan 3 perkara besar iaitu golongan pencela,pengata(membawang),berkenaan harta,harta akan beri manfaat atau mudarat dan berkenaan balasan org yg gagal menguruskan lidah dan harta mereka.
SURAH INI MEMANG ALLAH FOKUSKAN PADA GOLONGAN YG MENCELA(mencela Nabi)PADA KETIKA ITU.
Nabi datang kepada manusia utk bawa rahmat pada seluruh alam.
Nabi tak ada kepentingan peribadi dan Nabi nak bawa org lain utk dapat rahmat Allah.
KENAPA ALLAH MARAH SANGAT DGN ORG YG TAK MENJAGA LIDAH?
Manusia akan selamat jika dapat jaga dua benda iaitu LIDAH dan KEMALUAN.
Kedua~dua ini sekirannya dijaga,selamatlah dia.
Lidah lebih tajam dari mata pedang.
Dgn sekali taip seluruh dunia boleh jadi huru hara.
KENAPA FITNAH LEBIH DAHSYAT DARI MEMBUNUH?
Ini kerana bila membunuh hanya 1 org sahaja yg akan mati.
Tapi dgn fitnah akan menjadi ramai org bergaduh.
Hanya kerana dia seorang,semua org bergaduh.
Fitnah ialah sebarkan satu perkara yg tak benar.
Mengumpat itu pula adalah bercerita perkara yg benar tapi setiap perkara benar tak semestinya boleh diucapkan kerana boleh menyebabkan org tak suka.
MANUSIA MENGHITUNG~HITUNG HARTA,MOHON PENCERAHAN USTAZ.
Fitrah manusia memang suka harta.
Manusia perlu berhati~hati dgn harta.
Harta boleh jadi musuh dan fitnah.
Tak salah mengira harta.
Boleh ada harta utk akhirat utk membantu islam.
Harta ini betulkah kita punya?
Harta ini bukan kita punya.
Harta ini harta Allah.
APAKAH KEUTAMAAN DITURUNKAN SURAH INI?
Diturunkan kepada Walid dan Humayah yg suka mengata Nabi.
Bawa cerita Muhammad ini jahat.
Banyak tuduhan kepada Nabi.
Hari ini Nabi dituduh kahwin dgn budak.
Ini adalah perkara biasa pada zaman itu.
Ini bukan benda pelik.
Mak ayah kita dulu² juga biasa kahwin dgn budak belasan tahun.
GOLONGAN YG SUKA MEMBAWANG INI MEMANG SUDAH ADA DARI DULU LAGI.
ORG YG SELAMAT IALAH ORG YG MENJAGA LIDAH DAN KEMALUAN.
APAKAH PERBEZAAN HUMAZAH DAN LUMAZAH?
Humazah dan Lumazah ialah menunjukkan perbuatan melampau(melaga~lagakan manusia,mengutuk, mencaci manusia)
Balasannya adalah neraka Huthamah kerna Allah memang tak suka golongan ini.
KITA HANYA BOLEH MENGAMBIL TAHU JIKA SESUATU ITU BERKAITAN DGN AGAMA.
ADA ORG TAK TULIS APA² TAPI DIA TOLONG SHARE.
SHARE ITU APAKAH AKAN MENDATANGKAN KEBURUKKAN ATAU KEBAIKAN.
BAGAIMANA NAK BAIKI SEMUA ORG YG DAH BERGADUH?
Kesan dari media sosial bukan hanya bergaduh sesama kawan sahaja tapi ada yg hingga bercerai berai.
BAGAIMANA CARA NAK MOHON MAAF KEPADA ORG YG KITA KUTUK DIMEDIA SOSIAL(jari² yg bercakap)?
Satu hari nanti mulut ini tak akan bercakap tapi tangan yg akan bercakap.
Rupanya memang sudah terjadi hari ini,jari yg bercakap.
Daripada membawang,baiklah jaga diri sendiri kerna di akhirat nanti semua akan ditanya.
Kita perlu tabaiyyun(menyemak)sebelum share.
Jgn sebarkan perkara yg tak betul kerana ini hanya akan dapat dosa.
HARTA INI MILIK SIAPA?
Pada zahirnya harta ini milik kita tapi hakikatnya tidak.
Kita tak memiliki apa².
Tubuh kita ini juga bukan milik kita.
Bila kita mati hanya kain yg membalut kita.
HARTA KITA ADALAH MILIK ALLAH.
Allah beri harta pada kita supaya kita tolong jagakan sahaja.
Allah suruh kita uruskan harta itu.
BILA KEPUTUSAN SPM KELUAR,KEPUTUSANNYA BERBEZA~BEZA,BAGAIMANA NAK TENANG DARI RASA DOWN KERANA ORG KUTUK?
Sijil hanyalah pemudah cara.
Jika dapat keputusan baik,Alhamdulillah.
Jika tak dapat keputusan yg baik,ini bukan pengakhiran hidup.
Masih ada pilihan kedua.
Mungkin ada kelebihan dari sudut lain.
ORG YG HEBAT TAPI TAK SOLAT,INI ADALAH HEBAT DUNIA SEMATA~MATA.
ORG YG HEBAT DISISI ALLAH IALAH ORG YG BERJAYA MASUK SYURGA.
ORG YG DAPAT MASUK SYURGA,ITULAH KEJAYAAN YG SEBENARNYA.
ALLAH TUNJUKKAN KEBERKATAN,BUDAK² YG LAJU BACA AL~QURAN,DIA JUGA MUDAH DALAM AKADEMIK DAN ALLAH PERMUDAHKAN.
HARTA KITA ADALAH APA YG KITA SEDEKAHKAN.
KITA KENA INFAKKAN HARTA KITA.
HARTA YG KITA SEDEKAHKAN AKAN SELAMA~LAMANYA JADI MILIK KITA DI AKHIRAT.
ADAKAH ORG YG RIAK DGN HARTA AKAN DIHUMBAN KE DALAM NERAKA JAHANAM?
Org yg dah mati minta dikembalikan semula ke muka bumi kerana nak buat amal baik yg dia tak sempat buat dan Allah kata tidak.
Dan ada org yg mati nak minta dikembalikan semula supaya nak bersedekah.
APA YG ADA DITANGAN ALLAH LEBIH BERNILAI DARI APA YG ADA DITANGAN KITA.
WALI ALLAH,TAK NAK APA² DAN DISEDEKAHKAN SEMUA SEKALI HARTANYA.
DAN SEBAGAI MANUSIA BIASA KITA BOLEH SEDEKAHKAN DAN SIMPAN UTK DIRI SENDIRI(Tak melampau bersedekah dan tak kedekut sangat).
Zuhud bukan bermakna org itu miskin.
Ada org kaya yg zuhud yg suka bersedekah.
Zuhud ialah org yg tak berkira utk bersedekah.
ORG YG SOLAT TAPI TAK JAGA LIDAH,BAGAIMANA DGN ORG MACAM NI DAN APA PENGAJARAN DARI SURAH INI?
Org muflis di akhirat adalah org yg solat,puasa dan zakat(banyak pahala)tapi dalam masa sama suka mengutuk org,tuduh org zina dan macam² lagi.
Pahalanya akan diberikan pada org yg dia kutuk dan dosa org yg dia kutuk pula diambilnya.
Dan dicampakkan ke dalam neraka.
INILAH YG MEMBATALKAN PAHALA.
#InShaaAllah_Aamiin
#TanyalahUstazTv3
#BiarTahuJanganKeliru
No comments:
Post a Comment