Monday, March 18, 2019

TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Hadhari&Ustaz Dr.Hj.Mohd.Farid Ravi Abdullah) *HADIS* *YG MEMIMPIN&DIPIMPIN*

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Hadhari&Ustaz Dr.Hj.Mohd.Farid Ravi Abdullah)
*HADIS*
*YG MEMIMPIN&DIPIMPIN*
••••••••••••••••••••••••••••••••••
19 Mac 2019 - Selasa

Dan ingatlah takala Allah beritahu pd sekelian para Malaikat,Aku nak jadikan khalifah di atas muka bumi ini.
Malaikat tanya,Apakah Engkau nak jadikan khalifah di atas muka bumi ini utk merosakkan bumi dan menumpahkan darah?
Sedangkan kami bertasbih memujiMu,Ya Allah.
Allah maha mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
SETIAP DARI KITA ADALAH KHALIFAH ALLAH.
Khalifah yg dimaksudkan ialah khalifah yg bawa kepada kebaikan bukan kepada kerosakkan.

APAKAH KEUTAMAAN MEMIMPIN DAN DIPIMPIN?
Sesungguhnya Allah suruh berlaku adil dan buat ikhsan.
Allah menegah kita buat perkara keji dan mungkar.
Pemimpin adalah amanah dan perlu dilakukan dgn baik.
ANTARA 7 GOLONGAN YG DAPAT NAUNGAN DI AKHIRAT IALAH PEMIMPIN YG ADIL.
Bukan senang nak jadi pemimpin.
Allah suruh selamatkan diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka.
Ini adalah tanggungjawab suami kepada keluarganya.
Hendaklah belajar dulu sebelum jadi pemimpin.
Belajar bagaimana nak bawa kepada kebaikan.

APAKAH TANGGUNGJAWAP PEMIMPIN TERUTAMA SUAMI KEPADA KELUARGANYA?
Setiap kamu adalah pemimpin dan akan ditanya apa yg dipimpin.
Seorang suami,dia adalah pemimpin dan dia bertanggujawab diatas apa yg dia dipimpin.
Pemimpin mesti seorang yg sangat teliti seperti seorang pengembala kambing yg betul² menjaga kambing²nya.
APABILA SEORANG LELAKI MENGATAKAN"AKU TERIMA NIKAHNYA"DIA SUDAH ADA TANGGUNGJAWAB,nak selamatlah ahli keluarga dari siksa api neraka dgn fahamkan agama.
SUAMI BERTANGGUNGJAWAB AJARKAN ISTERI MENGAJI,SOLAT DLL.
Jangan biarkan isteri tanpa diasuh dan dididik.
Suami bertanggungjawab beri rezeki,makan minum pada isteri mengikut kemampuan suami.
ISTERI BOLEH MINTA FASAK JIKA SUAMI JATUH MUFLIS DAN TAK MAMPU LAGI BERI NAFKAH PADA ISTERI.

SUAMI YG PAYAH NAK KEJUT ANAK SOLAT,APAKAH INI KEGAGALAN SUAMI DAN BAGAIMANA BILA AJK MASJID DAN IMAM TAK SELARI?
Khalifah mesti memakmurkan bumi.
Tak boleh terlibat dalam merosakkan alam atau masyarakat.
Khalifah atau pemimpin atau ayah mesti ada unsur² ketaatan pada Allah.
JIKA DALAM MASJID PUN MASIH NAK BEREBUT JAWATAN JANGAN HARAP NAK JADI LEBIH BAIK DI LUAR MASJID.
Dua kelompok ini(ulamak dan umarak)jika rosak akan rosak seluruhnya.
Kita mengharap redha Allah dgn memudahkan masyarakat datang masjid.

BAGAIMANA CARA KEPIMPINAN CARA RASULULLAH?
Ketika Rasulullah berhijrah ke Madinah,Rasulullah bina masjid dan Rasulullah sama² bina masjid bukan hanya melihat sahaja.
Ada seorang Bidawi kencing dalam masjid,sahabat² marah.
Rasulullah sendiri yg basuhkan air kencing tersebut.
Rasulullah kata mungkin dia tak faham dan dia perlu diasuh serta dididik.
Masjid utk masyarakat.
Kalau hari ini tak kedengaran suara riuh rendah anak² di masjid, akan datang masjid akan jadi kosong.
SEBELUM JADI PEMIMPIN PERLU ADA ILMU.

BAGAIMANA NAK MERAIKAN PENDAPAT YG BERBEZA?
Ada benda yg kita tak boleh berkompromi, yg halal itu jelas dan yg haram itu jelas.

APAKAH PRINSIP SEORANG PEMIMPIN DAN APAKAH WANITA TAK SESUAI JADI PEMIMPIN?
Zaman Rasulullah tak ada keperluan wanita jadi pemimpin tapi ramai wanita disebalik tabir.
Hampir 30% perawi hadis adalah dari kalangan wanita.
Wanita memberi peranan yg sangat tinggi.
ISLAM MENGANGKAT WANITA DGN SANGAT TINGGI.
Lelaki adalah penjaga para wanita.
Yg stabilkan wanita adalah suami.
SUAMI JADI BAIK KERANA ADANYA WANITA.
TANPA WANITA TAK ADA LELAKI HEBAT.
BAGI LELAKI,CEPAT²LAH KAHWIN.

BAGAIMANA JIKA PEMIMPIN YG KITA PILIH TAK JALANKAN AMANAH?
Pemimpin mesti bertanggungjawab dan mesti amanah.
Cth kalau dia tak boleh jadi seorang cikgu,dia tak boleh jadi cikgu.
Banyak pengorbanan dari seorang cikgu yg sabar mendidik hingga anak² murid berjaya.
GELARAN CIKGU AKAN DIBAWA HINGGA CIKGU ITU MATI.
Boleh tolak pemimpin yg tak amanah dan tak bertanggungjawab.

BAGAIMANA CIRI² PEMIMPIN YG NAK DITAATI?
Tak boleh taat pada pemimpin yg mengajak kepada maksiat.
Pemimpin mesti amanah.
Pemimpin mesti seorang yg taat pada Allah dan Rasul.

APAKAH PEMIMPIN PERLU DENGAR LUAHAN ORG BAWAHAN?
Pemimpin tak boleh rasa dia sahaja yg betul.
Pemimpin perlu dengar luahan masyarakat.
Nak tegur pemimpin tak boleh hingga menyinggung,menghina.
Kita boleh lihat yg positif pada pemimpin dan boleh beri teguran jika nampak yg tak betul.
Ada sahabat ikut Rasulullah solat asar dgn 3 rakaat.
Sahabat tanya,Apakah solat asar ini telah dipendekkan atau Rasulullah lupa rakaat?
Rasulullah kata tak dipendekkan dan aku tak lupa.
Sahabat kata Rasulullah solat asar 3rakaat.
Rasulullah toleh kebelakang dgn mengatakan ada sesiapa yg nak membenarkan kata²nya.
Semuanya kata benar.
Rasulullah sambung solat dgn tambah 1 rakaat.
Betapa cantik teguran sahabat.
Pemimpin mesti bergaul dgn masyarakat.
Pemimpin bukan satu kemuliaan dan kebanggaan.
Pemimpin adalah satu tanggungjawab.
Umar Abd Aziz ketika diberi amanah jadi pemimpin,beliau menangis dan minta Allah bantunya dan minta ada sahabat² yg membantunya.
JADI PEMIMPIN BUKAN SATU KEBANGGAAN.

SEORANG PEMIMPIN MUSLIM MESTI TAHU AGAMA.
SEORANG YG BUKAN MUSLIM JUGA BOLEH DILANTIK SEBAGAI PEMIMPIN ASALKAN PEMIMPIN ITU TAK MENGANGGU GUGAT AGAMA ISLAM.
ISLAM TAK HALANG SESEORANG ITU JADI PEMIMPIN WALAUPUN DIA BUKAN BERAGAMA ISLAM.

INI ADALAH SATU PROSES DALAM KEFAHAMAN KITA UTK URUS MASYARAKAT DAN DIRI SENDIRI.
BELAJAR DULU SEBELUM JADI PEMIMPIN SUPAYA TAK JADI FITNAH.
PEMIMPIN MESTI ADA SIFAT RENDAH DIRI.
PEMBESAR ROM SANGAT KAGUM DGN UMAR KERANA UMAR SEORANG PEMIMPIN YG SANGAT RENDAH DIRI(pembesar Rom lihat Umar tidur dibelakang rumah berbantalkan tangan dan pelepah tamar)
JANGAN SOMBONG KETIKA ADA JAWATAN.
JAGA HARTA RAKYAT DAN JANGAN RASA HARTA ITU PEMIMPIN YG PUNYA.
MESTI ADA AKHLAK YG BAIK,MESTI ADIL WALAUPUN PADA PARTI YG LAIN DAN TAK PILIH BULU.
JAGA KEHORMATAN, CARA BERPAKAIAN DAN SELALU BERSAMA MASYARAKAT CTH DI MASJID.
MESTI BERMESYUARAT UTK DAPAT KEPUTUSAN.
MESTI SEORANG YG GAGAH,DARI SEGI FIZIKAL DAN IDEA DAN SEORANG YG SANGAT² DIPERCAYAI.
AL~QURAN ADALAH PEGANGAN KITA,LANTIKLAH PEMIMPIN MENGIKUT AL~QURAN DAN SUNNAH.

#InShaaAllah_Aamiin
#TanyalahUstazTv3
#BiarTahuJanganKeliru

No comments:

Post a Comment

Umur

INGAT MENGINGATI ANTARA KITA… Izinkan saya untuk share kepada sahabat  Kalau umur kita sekarang 55 tahun dapat hidup hingga 70 tahun, itu ma...