السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Fahmi&Ustaz Nik Ahmad Farhan Nik Muhamad)
*TASAWUF*
*RAHSIA SOLAT&KEUTAMAANNYA*
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
16 Mac 2019 _ Sabtu
Dan dirikan solat pada waktu siang dan pada waktu malam terutama pada waktu subuh kerna waktu subuh dilihat oleh para Malaikat dan solat malam mudah²an kamu tinggi disisi Allah.
BAGAIMANA BERMULANYA PENGSYARIATAN SOLAT?
Kita di Malaysia mungikut Mazhab As~Syafie.
Syariat solat berlaku pada malam 27 Rejab.
Nabi bertemu dgn Allah utk terima 5 waktu solat dan pahalanya bersamaaan 50 waktu solat.
SOLAT² SUNAT MENAMPUNG KEKURANGAN SOLAT² FARDU.
APA HIKMAH DISEBALIK WAKTU SOLAT YG BERLAINAN DAN KENAPA KITA DITUNTUT SOLAT DIAWAL WAKTU?
Antara solat subuh dan solat zohor,waktunya panjang dan ditengah~tengahnya boleh buat solat sunat dhuha.
Perancangan Allah yg terbaik utk kita tambah amal.
Nabi kata seafdal amalan adalah solat diawal waktu.
SOLAT DIAWAL WAKTU TANDA ALLAH DIUTAMAKAN.
Solat diawal waktu,mudah²an Allah buka pintu² rezeki.
KENAPA SOLAT SUNAT ADA KELEBIHAN TERSENDIRI DAN DILAKUKAN PADA WAKTU² TERTENTU?
Sesungguhnya solat pada org mukmin ada waktu² tertentu.
Ini menunjukkan islam ada disiplinnya.
Solat sunat bila² masa boleh buat cuma ada solat² sunat pada masa² tertentu.
Cth solat dhuha dari 8pagi-12.30.
Solat hajat bila² boleh buat melainkan lepas asar dan lepas subuh.
Solat tahajjud jangan buat lepas asar.
Buatlah bila terjaga tengah malam.
DULU SAYA JAHIL DAN TAK SOLAT,ALHAMDULILLAH SEKARANG SAYA DAH ISTIQAMAH DAN APA KUALITI SOLAT YG MENYEBABKAN ALLAH MAKBULKAN DOA KITA?
Dalam setiap ibadat niat kita ikhlas tunduk pada Allah.
Bila kita ikut perintah Allah dan sunnah Nabi,jangan terkejut kita minta 1 Allah beri 5.
Dan ada juga org solat,Allah uji sakit utk Allah angkat darjat.
Solat nak bersihkan jiwa dari kotoran.
DGN SOLAT AKAN BERSIHKAN DOSA² KITA.
WALAUPUN KITA MELAKUKAN MAKSIAT,KITA WAJIB SOLAT.
KITA SOLAT BUKAN SEBAB KITA BAIK TAPI KITA SOLAT KERANA KITA ADALAH HAMBA ALLAH.
APAKAH WAKTU SEBENAR SOLAT ISYAK?
Waktu solat isyak sangat panjang.
Ada pandangan mengatakan waktu solat isyak hingga sebelum subuh.
Jika dibuat hujung² seolah~olah kita kemudiankan Allah.
Lebih baik solat isyak diawal waktu sebelum tidur.
SEBAIKNYA SOLAT ISYAK JANGAN LEBIH HINGGA PUKUL 1 ATAU PUKUL 2.
BAGAIMANA NAK JADIKAN SOLAT SEBENAR~BENAR BENTENG DARI BUAT KEMUNGKARAN?
Kita sebagai seorang islam nak tak nak buatlah solat sebaik~baiknya.
Jangan lalai mendirikannya.
Barulah kita diangkat dgn makam terpuji disisi Allah.
Org yg solat tak khusuk akan mudah masukkan dunia dalam hati dan mudah terikut dgn bisikkan syaitan.
TENGAH SOLAT PUN BOLEH LUPA ALLAH,APA LAGI DILUAR SOLAT,LEBIH² LAGI LUPA ALLAH.
JAGA SOLAT DAN JAGA KHUSUK DALAM SOLAT.
Nak khusuk dalam solat paling kurang kita faham makna Al~Fatihah.
Jadikan solat kita merendah diri dihadapan Allah dan bertenang~tenang sebelum buat rukun lain.
MUDAH²AN KITA AKAN RASA RINDU NAK SOLAT.
Ketika solat tinggalkan perkara duniawi dan fokus pada ibadat kita.
PADA HARI JUMAAT ADA BACA SURAH AS~SAJADAH DAN APAKAH PERLU TAKBIR KETIKA NAK SUJUD SEJADAH?
Salah satu sunnah Nabi disunatkan baca surah As~Sajadah pada solat subuh hari jumaat.
Bila nak sujud kita berada pada rukun qiam,terus sahaja sujud tanpa mengangkat takbir.
Sebaiknya terus sujud.
Jika dia angkat takbir tak membatalkan solat.
IMAM KENA MAKLUMKAN PADA MAKMUM,HARI INI NAK BACA SURAH AS~SAJADAH.
JADI MAKMUM SUDAH MAKLUM.
BAGAIMANA CARA TERBAIK SOLAT KETIKA MUSAFIR DI NEGARA LUAR?
Kita boleh beribadah dimana~mana sahaja asal tak menganggu keadaan sekeliling.
Dalam musafir kita kena mujahadah.
Kita kena beritahu kawan² bukan islam kita nak sembahyang.
Solatlah dalam keadaan apa sekali pun kerana kita nak mengapai anak kunci syurga.
Buatlah solat kerana Allah akan pandang usaha kita nak solat.
BAGAIMANA DGN KELEBIHAN SOLAT SUNAT FAJAR,APAKAH FADILAT SOLAT INI?
Nabi gambarkan solat isyak berjemaah dapat pahala seperti ibadat separuh malam dan solat subuh berjemaah dapat pahala seperti beribadat sepanjang malam.
Solat sunat fajar lebih berat pahala dari bumi dan seisinya.
Besar dan agongnya org yg bermunajat pada Allah.
Waktu tahajjud gelombang bumi sangat tenang dan mudah nak menangis ketika itu.
Waktu dhuha gelombangnya kehijau~hijauan dan ada kaitan dgn magenet rezeki.
ADAKAH SOLAT JEMAAH MENJADI TALI DALAM MENGERATKAN SILATURRAHIM DAN BAGAIMANA SOLAT BOLEH MENGUNDANG RASA INSAF?
Solat berjemaah adalah tali hubungan kita dgn Allah dan tali hubungan dgn manusia.
Beruntung org yg sentiasa ke rumah Allah dan saling berukhwah dan saling doa sesama kita.
Cara nak insaf ialah jangan kita abaikan doa iftitah.
Maksud Doa Iftitah:
Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).
BAGAIMANA CARA NAK TIMBULKAN RASA IHSAN DALAM SOLAT?
Ihsan ialah kamu beribadah seolah~olah kamu sedang melihat Allah dan jika tak mampu melihat Allah,yakinlah Allah melihat kita.
TANDA² ORG YG ADA IHSAN IALAH DIA DAH TAWAR HATI NAK BUAT MAKSIAT.
Org yg berusaha bermujadah ke arah ilmu agama,Allah akan buka jalan² utk dia merasa ihsan.
APA RAHSIA SOLAT DARI SUDUT KESIHATAN?
Tengok dari diri seorang wanita bila datangnya ABC(haid)emosinya akan terganggu sebab wanita kedatangan haid 8hari tak sujud pada Allah.
Mudah nak marah,mudah terasa hati dan bad mood.
Walaupun tak boleh solat banyakkan senaman seperti sedang solat.
Dalam otak kita ada darah tak boleh masuk kecuali ketika sujud.
Bila sujud,otak akan lebih segar.
ORG² YAHUDI ANAK² MEREKA YG MASIH KECIL DI TERBALIKKAN SUPAYA DAPAT ALIRKAN DARAH.
DALAM ISLAM AJARKANLAH ANAK² KITA SOLAT.
ORG YG ADA MAGRIN BANYAKKAN SUJUD MUDAH²AN ALLAH BERI AFIAT KESIHATAN.
APA KAITAN AWALLUDIN MAKRIFATULALLAH DALAM SOLAT?
Awal² agama adalah kenal Allah.
Mula² lahir ayah dah azankan kita.
Itulah kaitan solat dan ketika azan ada nama² Allah utk mengenal Allah.
Tidak diciptakan manusia dan jin melainkan supaya beribadat pada Allah.
Imam Hanafi solat tahajjud 100rakaat setiap malam.
Inilah beza kita dgn ulamak terdahulu.
Inilah kerana iman kita senipis kulit bawang.
CARA NAK BERSIHKAN HATI IALAH DGN SOLAT.
SOLAT FARDU KERANA KEWAJIBAN KITA PADA ALLAH.
SOLAT SUNAT UTK HAMPIRKAN DIRI KITA DGN ALLAH.
NABI KATA SEKIRANYA ADA SUNGAI DIHADAPAN KAMU DAN KAMU MANDI 5KALI SEHARI,ADAKAH MASIH ADA KOTORON PADA TUBUH KAMU?
SAHABAT KATA TAK ADA KEKOTORAN.
NABI KATA BERGITULAH PERUMPAMAN SOLAT YG AKAN MENYUCIKAN SEGALA MAKSIAT DAN AKHIRNYA KITA MENCAPAI REDHA ALLAH.
DIRIKAN SOLAT KERANA SOLAT ANAK KUNCI SYURGA DAN TANDA KITA MENINGGIKAN SYARIAT.
JIKA TAK SOLAT NAK CIUM BAU SYURGA PUN TAK DAPAT.
JANGAN LUPA NO TELEPON ALLAH 24434.
NAK BERCAKAP DGN ALLAH DIRIKANLAH SOLAT.
#InShaaAllah_Aamiin
#TanyalahUstazTv3
#BiarTahuJanganKeliru
No comments:
Post a Comment