Selain itu, anda juga boleh kurangkan kolesterol dengan
3) Mengurangkan berat badan
4) Melakukan senaman
5) Kalau tinggi sangat bacaan kolesterol, baru kita bagi ubat kolesterol
Kena ingat ya, kita tak suruh untuk tinggalkan gula secara sepenuhnya. Kita tak suruh tinggalkan lemak secara sepenuhnya. Tetapi apa yang kita nak adalah pengambilan makanan yang seimbang. Lemak ambil secara secukupnya, gula ambil secara secukupnnya, protein pun sama dan sayur-sayuran pun sama. Disamping itu tidak lupakan juga senaman
Bersederhana
Pengganti manis pula macam mana?
Mungkin kesan pengambilan pengganti rasa manis seperti stevia dan aspartame itu kita akan bincang pada post yang lain. Tetapi apa yang kami nak pembaca faham adalah kita kena kawal ketagihan kita pada makanan yang berasa manis. Maksudnya kita faham kalau kita nak makan benda manis boleh, tapi pada kadar yang sepatutnya
Pengganti manis itu hanya akan menggantikan kemanisan kita pada benda lain sahaja. Ia tidak merawat perasan ketagihan kita. Sebab itu, kita sendiri kena berusaha untuk mengurangkan pengambilan makanan yang manis dan mengawal ketagihan tersebut.
Tanyalah mana-mana pakar permakanan ataupun pakar nutrisi, mereka tidak akan mengesyorkan pengganti gula. Tetapi apa yang mereka hendak adalah bagaimana kita kawal cara permakanan kita. Itulah yang paling utama.
No comments:
Post a Comment