السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Niezal&Ustaz Jafri Abu Bakar)
*SIRAH*
*BERMULANYA DAKWAH RASULULLAH S.A.W*
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
17 Feb 2019 - Rabu
Mudah²an dgn kita menyingkap sejarah Nabi akan menimbulkan kecintaan kita pada Nabi.
Mencintai Nabi adalah syarat kesempurnaan iman.
Kisah dakwah Nabi bermula dgn penurunan wahyu pada bulan Ramadan sebelum Nabi berhijrah.
Nabi dapat mimpi dari Allah bahawa baginda akan terima wahyu.
Nabi menyendirikan diri utk mengingati Allah dan berzikir.
Malaikat Jibril datang jumpa Nabi.
Nabi ketakutan.
Malaikat Jibril memeluk Nabi hingga kuat.
Malaikat Jibril suruh Nabi baca.
Nabi tak tahu baca.
Ketakutan Nabi hingga Nabi berlari ke rumah dan suruh isterinya selimut.
Siti Khadijah kata,demi Allah, Allah tak akan mensia~siakan kepada kamu kerana engkau kamu suka menyambungkan silaturrahim,membantu org dll.
Dalam tempoh 40hari,timbul macam² pergolakkan dalam diri Nabi.
Datang satu suara dari langit dgn mengatakan,Kamu adalah utusan Allah.
Nabi berjumpa kembali dgn Malaikat Jibril.
Nabi kembali ke rumah dalam ketakutan dan Siti khadijah selimutkan Nabi.
Selepas itu turunlah ayat menyuruh Nabi berdakwah.
Bermulalah dakwah Nabi secara sembunyi².
Ada sahabat dan keluarga Nabi menyahut dakwah Nabi dan memeluk islam.
SIAPAKAH ORG YG PERTAMA DIKALANGAN SAHABAT MENERIMA DAKWAH NABI?
Bila disebut nama Nabi hendaklah kita berselawat pada Nabi.
CELAKALAH PADA ORG YG APABILA DISEBUT NAMA NABI TAPI TAK BERSELAWAT PADA NABI.
Org yg pertama terima dakwah Nabi adalah Siti Khadijah,Sadina Ali.
Sadina Ali bin Abu Talib memeluk islam ketika berumur 10tahun.
Abu Bakar antara org kepercayaan Nabi dan org yg dapat gelaran As~Siddik.
Bilal Bin Rabah antara org yg masuk islam.
Bila kita dapat sesuatu ilmu,jangan terhenti pada kita sahaja,sampaikanlah semampu mungkin.
MENGAPA ORG MEKAH BANYAK MENENTANG DAKWAH NABI?
Penentangan Nabi di Mekah kerana mereka merasakan Nabi mengaibkan mereka kerana Nabi nak mereka berhenti dari penyembahan².
Inilah suasana kemuncak kezaliman.
Isteri jadi barang dagangan,anak² perempuan dibunuh dan dilacurkan.
Berhala diletakkan dikeliling kaabah.
BAGAIMANA NAK LEBIH MENGHARGAI NIKMAT ISLAM SEPERTI SAHABAT² NABI CTHNYA BILAL BIN RABAH?
Para sahabat terima ujian yg sangat hebat.
Sadina Bilal diherit di padang pasir yg sangat panas.
Sadina Bilal tak berhenti ucap Allahu Ahad(Tuhan itu satu).
Berkat dari kesabaran Sadina Bilal,Sadina Bilal sentiasa dapat bersama dgn Nabi dan tapak kakinya didengar di syurga.
Sahabat² Nabi disiksa.
Sahabat² dibaringkan dibara api hingga lekang daging² hingga nampak tulang.
Mereka tetap kenal dgn akidah.
HEBATNYA IMAN PARA SAHABAT KETIKA TERIMA UJIAN.
Kita mungkin tak disiksa seperti mereka.
Dan diakhir zaman ini dan iman akhir zaman seperti anak panah yg keluar dari busurnya.
MUDAH²AN ALLAH HIDUPKAN HATI KITA DGN IMAN.
WAHYU TURUN KETIKA NABI 40 TAHUN DAN ADAKAH MALAIKAT JIBRIL SUDAH BERSAMA NABI KETIKA NABI MASIH KECIL?
Tugas Malaikat Jibril adalah menyampaikan wahyu pada para Nabi.
Allah pelihara Nabi sejak dari kecil daripada kesilapan² dan maksiat² sebelum Nabi jadi Rasul.
Supaya tak ada fitnah dan tak ada org akan menjatuhkan Nabi.
SIAPAKAH YG MENDORONG DAKWAH NABI?
Ada yg menyokong dan ada yg menentang.
Allah perintahkan Nabi sampaikan dakwah secara terang²an.
Nabi panggil org² Qurish ke bukit Safa utk berhimpun.
Ketika itu ada Abu Lahab.
Nabi cerita adanya azab neraka dan aku ini utusan Allah.
Ketika itu juga Abu Lahab menunding jarinya pada Nabi dan berkata apakah ini yg ingin engkau sampaikan?
Abu Lahab dan isterinya menentang Nabi dan menceritakan keburukkan Nabi(buat fitnah).
Allah suruh beri peringatan kepada saudara² Nabi yg terdekat.
Mereka berhimpun dan sediakan makanan.
Ketika itu Nabi berdakwah utk keluarga terdekat baginda.
Nabi kata Yg baik akan dibalas dgn baik dan yg buruk akan dibalas dgn buruk.
Dan kamu akan dibalas dgn syurga.
Kelompok² beriman menyokong Nabi.
BERAPA LAMA NABI JALANKAN USAHA DAKWAH SECARA SEMBUNYI²?
Nabi berdakwah secara sembunyi² sekitar dalam 3 tahun.
Inilah kebijaksaan yg Allah beri pada Nabi.
Akan ada wujud penentangan sebab itu Nabi berdakwah secara sembunyi².
Nabi berdakwah secara perlahan².
Ramai dari kalangan hamba beriman.
Selepas ramai yg memeluk islam dan ramai yg menyokong,barulah Allah perintah Nabi berdakwah secara terang²an.
Dan pada ketika Nabi berdakwah secara terangan,ramai yg melihat sahabat² disiksa dan mereka kesian dan akhirnya mereka beriman.
NABI LAYAN SECARA SOPAN PADA ORG YG MENENTANG DAKWAH NABI.
SERULAH PADA TUHANMU SECARA HIKMAH.
SELEPAS BANYAK TENTANGAN DI MEKAH,KE MANAKAH NABI PERGI?
Selepas Nabi dapat ujian di Mekah,Nabi nampak keluarga Nasir disiksa dan Nabi kata bersabarlah keluarga Nasir kamu dijanjikan syurga.
Tak ada sahabat yg keluar islam walaupun ujian yg sangat hebat pada ketika itu.
Selepas banyak ujian di Mekah,Nabi keluar dari Mekah dan pergi ke kota Habsah(Etopia).
Bentuk muka buminya adalah gunung ganang yg sangat tinggi.
Dan kemudian Nabi bergerak sampaikan dakwah ke kota Syam.
SEBAB APA NABI BERDAKWAH DI TAIF DAN APA CABARAN² HEBAT KETIKA NABI BERDAKWAH?
Nabi ke Taif kerana ada keluarga Nabi di sana.
Dari kelompok keluarga Nabi sendiri telah fitnah Nabi sebelum Nabi nak ke Taif.
Ketika Nabi sampai sahaja mereka sudah tak percaya pada Nabi.
Mereka tak benarkan Nabi berdakwah.
Semua mereka berhimpun dan mereka melontarkan batu pada Nabi.
Mengalir darah Nabi.
Hingga bertakung darah Nabi dikasut Nabi.
Semua org membenci Nabi.
Nabi kata aku redha Ya Allah walaupun mereka membenci aku.
Malaikat Jibril kata mahukan aku hempapkan gunung keatas kepala mereka atau engkau memilih utk bersabar.
Nabi memilih utk bersabar dan Nabi berdoa semoga akan ada nanti org² yg beriman dari kalangan mereka.
Memang benarlah doa Nabi hingga hari ini semua org di Taif beriman pada Allah.
Ada org yg nak hempap batu pada kepala Nabi ketika Nabi sedang solat.
Ada org ambil perut unta yg busuk dan diletakkan di atas kepala Nabi ketika Nabi sedang sujud tapi Nabi bersabar.
Kita tak punya kesabaran seperti Nabi mudah²an Allah letakkan kita sedikit kesabaran ketika kita berdakwah.
HEBATNYA PERJUANGAN DAN CEKALNYA HATI NABI KETIKA TERIMA UJIAN DAN NABI MEMILIH UTK BERSABAR.
ADAKAH KERJA DAKWAH INI PERKARA YG MESTI DILAKUKAN SEMUA ORG ISLAM?
Allah memilih kita antara org istimewa.
Kamu adalah sebaik~baik umat.
Nak dapat sebaik~baik umat adalah dgn ajak org kepada kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.
DAKWAH ADALAH PERINTAH DARI ALLAH DAN TANDA KASIH SESAMA ISLAM.
TANDA KASIH SESAMA KITA IALAH:
Apa sahaja kebaikan yg ada pada kita,kita nak saudara kita juga ada kebaikan yg sama.
Apa sahaja kemaksiatan yg ada pada kita,kita tak nak saudara kita ada kemaksiatan yg sama.
ANDAI ADA KECACATAN PADA SAUDARA KAMU,KAMU PERBETUKKAN.
Kita bukan nak masuk syurga seorang².
Kita juga tak nak masuk neraka.
Kita kena kenal dan faham saudara kita utk sampaikan dakwah.
Kita perlu ada akhlak yg baik utk ajak mereka dalam islam.
BAGAIMANA NAK BERDAKWAH DALAM DUNIA SIBER HARI INI?
Zaman kita dgn zaman Nabi adalah zaman yg berbeza.
Kita berada dizaman fitnah yg sangat besar.
Kebaikan dan keburukkan dihujung jari.
SIAPA YG TUNJUK JALAN KEBAIKAN,DIA AKAN DAPAT PAHALA SEPERTI ORG YG MENGERJAKKANNYA DAN TAK DIKURANGKAN LANGSUNG PAHALANYA.
DAN SIAPA YG TUNJUK KEPADA JALAN KEBURUKAN,DIA AKAN DAPAT DOSA SEPERTI ORG YG MENGERJAKANNYA DAN TAK DIKURANGKAN LANGSUNG.
TOLONGLAH JADIKAN DIRI KITA SEBAGAI ORG YG BOLEH BERI MANFAAT KEPADA ORG LAIN.
DGN SHARE TANYALAH USTAZ INI,INI JUGA ANTARA CARA SEBARKAN DAKWAH DI ZAMAN SIBER.
#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru
No comments:
Post a Comment