Sunday, February 24, 2019

TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Hilman&Ustaz Dr.Mohd.Farid Ravi Abdullah) *TAFSIR AL~QURAN* *SURAH AL~MAA'UUN*

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Hilman&Ustaz Dr.Mohd.Farid Ravi Abdullah)
*TAFSIR AL~QURAN*
*SURAH AL~MAA'UUN*
••••••••••••••••••••••••••••••••• 
25 feb 2019 - Isnin
 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

أَرَءَيۡتَ ٱلَّذِى يُكَذِّبُ بِٱلدِّينِ (١) فَذَٲلِكَ ٱلَّذِى يَدُعُّ ٱلۡيَتِيمَ (٢) وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلۡمِسۡكِينِ (٣) فَوَيۡلٌ۬ لِّلۡمُصَلِّينَ (٤) ٱلَّذِينَ هُمۡ عَن صَلَاتِہِمۡ سَاهُونَ (٥) ٱلَّذِينَ هُمۡ يُرَآءُونَ (٦) وَيَمۡنَعُونَ ٱلۡمَاعُونَ (٧)

Tahukah engkau orang yang mendustakan agama? (1) Itulah orang yang menindas anak yatim (2); Dan tidak menggalakkan memberi makan kepada orang miskin (3); Kecelakaan bagi orang-orang yang melakukan solat (4). Yang lalai dari solat mereka (5)Juga orang-orang yang riya'(6)Dan orang-orang yang enggan memberi pertolongan yg berhak mendapatnya(7)

Surah ini surah makiah(diturunkan di Mekah).

APA YG DIMAKSUDKAN ORG YG MENDUSTAKAN AGAMA?
Maa'uun ialah bantuan yg mampu kita bagi tapi kita tak bagi.
BARANG² YG MUDAH KITA NAK BERI PERTOLONGAN PUN KITA SUSAH NAK BERI PERTOLONGAN(cth jiran² nak pinjam barang yg ada pada rumah kita,kita susah nak bagi pinjam).
Jika barang yg mudah pun kita susah nak beri pinjam,jangan harap barang yg berat kita akan beri pinjam.
Yg mendustakan hari pembalasan adalah golongan kafir Qurish.
Apa sahaja seorang muslim yg buat kebaikan atau ibadat akan dibalas dgn pahala.
Org yg mendustakan agama ialah bukan sekadar meninggalkan anak yatim tapi mereka juga berlaku kasar dgn anak yatim.
Org yg berlaku kasar juga akan dibalas dgn berlaku kasar.
Yatim adalah anak² kematian ayah dari mula lahir hingga baligh(13-15 tahun bagi anak lelaki)
Bagi binatang pula bila mak mati,anak jadi yatim.
Yatim piatu ialah anak yg kematian ibubapa.
Dan satu golongan lain pula org yg mendustakan agama ialah org yg tak mengalakkan org lain utk beri pertolongan.
Dia punya sifat berkira~kira hingga org lain nak beri bantuan pun dia halang.
Miskin ialah org yg kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.
Fakir pula dia cari rezeki tapi tak cukup².
Lebih utama beri perhatian pada org fakir.
Kecelakalah pada org yg solat iaitu yg lalai daripada melakukan solat(melengah~lengahkan solat,tak berusaha nak betulkan solat)
Dan org yg mendustakan agama juga adalah org yg riak.

BOLEH USTAZ HURAIKAN APAKAH LAGI CIRI² ORG YG MENDUSTAKAN AGAMA?
Org yg mendustakan agama ialah org mengkasari atau menzalimi anak yatim.
Nabi kata aku dgn org yg jaga anak yatim seperti ini✌(rapat).
Tak boleh makan dan usik harta anak yatim.
Jgn jadi golongan yg menghalang org nak buat kebaikan.
Jgn jadi golongan org yg melalaikan solat.
Jgn ada sifat riak.
RIAK ADALAH BUAT AMALAN DEPAN ORG TAPI TAK BUAT AMALAN BILA TAK ADA ORG.

APAKAH SURAH INI AMARAN KERAS DARI ALLAH KEPADA GOLONGAN YG MENDUSTAKAN AGAMA?
Ya,betul.
Ini amaran keras dari Allah.
Surah ini melibatkan hak org lain dan hak Allah.
Solat ialah hak Allah.
Bila manusia abaikan hak Allah dan hak manusia maka tercabutlah agamanya.
Org yg mendustakan agama ialah org yg tak mengagongkan Allah,org yg tak terima qada qadar,tak menjaga hak org lain.

LALAI DALAM SOLAT,RIAK,MENZALIMI ANAK YATIM,KENAPA HARI INI MASIH BERLAKU?
Kita disuruh bantu anak² yatim.
Kadang² kita cari anak yatim yg jauh².
Padahal ada anak yatim yg dekat cth anak² saudara atau anak² jiran.
Surah ini diturunkan supaya kita tak ada sifat² tercela ini.
Kita boleh perbaiki solat kita.
Bila dengar sahaja azan terus solat kerana solat boleh beri kejayaan.
Solat  diberi kelonggaran hanya pada org yg tertidur dan terlupa.
Tertidur dan terlupa bukan selalu.
DGN ABAIKAN SOLAT AKAN TERJADILAH BANYAK MASALAH YG BERLAKU.
Org yg jaga solat,boleh jaga benda lain.
Jika solat boleh dilakukan dgn baik,kita akan boleh selesaikan banyak masalah.
Kerana jauhnya pada agama,hari ini anak lelaki dan anak perempuan dibunuh.

APAKAH DGN KITA TAK MENCARI ANAK YATIM UTK KITA BANTU BERMAKSUD KITA TELAH MENZALIMI ANAK YATIM?
Kita tak disuruh mencari anak yatim.
Tapi jika kita tahu dan anak yatim datang pada kita,kita wajib bantu.

APAKAH ORG YG SUKA MEMINTA~MINTA ITU ORG YG MENDUSTAKAN AGAMA?
Meminta~minta ini macam² cth meminta~minta bantuan,meminta~minta jawatan dll.
Jika org minta kalau kita nak bagi,kita bagi.
Jika kita tak nak bagi,kita jangan mengherdik dia.
Org yg meminta~minta tak boleh kita ketogarikan org yg mendustakan agama.

APAKAH ADA RIAK DALAM SOLAT?
Bila org tengok dia solat,dia akan melamakan solat,inilah riak.
Tapi bila tak ada org tengok,dia akan cepatkan solat.
Dalam solat ada org dapat 10,9 dan ada yg tak dapat apa² pahala kerana mungkin dia ada riak dalam solat.

APAKAH ORG YG TUNJUK HARTA INI,ORG YG MENDUSTAKAN AGAMA?
Tunjuk² harta hukumnya adalah haram.
Perbuatan ini akan menyebabkan fakir miskin akan rasa terhina melihat kekayaan org.
Harta yg kita ada bukan utk ditunjuk~tunjuk tapi utk kita syukuri dgn membantu org lain.
Dalam rezeki kita ada rezeki org lain.
WALAUPUN KITA ADA BANYAK ILMU ATAU HARTA,KITA MESTI ADA RASA RENDAH DIRI KERANA KITA ADALAH HAMBA.
Inilah yg berlaku pada zaman ini yg menunjuk~nunjuk harta dilaman sosial.

APAKAH ORG YG TAK FAHAM APA YG DIBACA DALAM SOLAT ITU ORG YG LALAI DALAM SOLAT?
Org yg lalai ialah membiarkan waktu solat berlalu hingga waktu solat habis.
Perbuatan ini akan menjadikan amalan lain habis.
Sesiapa yg meninggalkan solat asar akan terhapus semua amalannya pada hari itu.
Amalan lain adalah jantung bagi jasad.
Jika jantung kita baik maka baiklah seluruh jasad.
Begitulah jika solat kita baik maka selesailah segala masalah.
Faham bacaan dalam solat akan mengelakkan kita lalai.
Bila kita tak faham apa yg kita baca akan boleh jadi kita termasuk org yg lalai dalam solat.

KECELAKAAN PADA ORG YG ADA IBUBAPA TAPI TAK MENYEBABKANNYA MASUK SYURGA.
KECELAKAAN PADA ORG YG BOLEH BERSEDEKAH TAPI DIA TAK MAHU BERSEDEKAH.
KECELAKAAN ORG YG MELALAIKAN SOLAT(melewat~lewatkan solat).
SEBAIK~BAIK AMALAN ADA SOLAT DIAWAL WAKTU.
REBUTLAH SOLAT DIAWAL WAKTU.
MALAIKAT AKAN TUNGGU MEREKA YG SOLAT ASAR DIAWAL WAKTU.
PERBAIKILAH SOLAT DAN SOLATLAH DIAWAL WAKTU.

ORG YG BERI PERTOLONGAN KERANA TERPAKSA,APAKAH INI GOLONGAN YG MENDUSTAKAN AGAMA?
Tidak.
Dah alang² bagi,ikhlaskanlah sahaja la.
Mula² mungkin nampak macam tak ikhlas,lama² akan ikhlas.
Kalau tak boleh menangis ketika baca Al~Quran buat²lah menangis,lama² akan menangis.
Barangkali yg memberi itu belum nampak lagi hikmah memberi.
Org yg memberi akan nampak berkurangnya harta disisinya tapi sebenarnya bertambah di akhirat.

BAGAIMANA CARA TERBAIK MENSYUKURI NIKMAT YG ALLAH BERI INI?
Harta yg baik adalah harta yg berada ditangan org yg baik².
Kalau kita org baik harta yg kita ada ini kita akan salurkan pada ibubapa,adik beradik dll.

PAHALA BERINFAK JAUH LEBIH BAIK DARI AMALAN² LAIN.
ORG YG BERINFAK RM1 BOLEH JADI RM70.
DAN ALLAH BOLEH BERI LEBIH LAGI.
ORG KAYA YG BERSYUKUR LEBIH DISAYANGI OLEH ALLAH DARIPADA ORG MISKIN YG BERSABAR KERANA ORG KAYA YG BERSYUKUR DAPAT BERI MANFAAT PADA ORG LAIN(ada harta banyak dan bersedekah) DAN ORG MISKIN YG BERSABAR,SABARNYA HANYA UTK DIRI SENDIRI SAHAJA.

KADANG² MANUSIA LUPA BILA DIA SENANG DAN BILA SUSAH BARU INGAT ALLAH.
KITA TAK BOLEH LUPAKAN ALLAH.
KATA IMAM AL~GHAZALI SYUKURILAH NIKMAT YG ALLAH BERI INI DGN KITA GUNAKAN DIJALAN ALLAH.

JAGA ANAK YATIM,USAP KEPALA ANAK YATIM.
ORG YG BERSAMA ANAK YATIM AKAN BERSAMA DGN RASULULLAH SEPERTI INI✌(sangat rapat).
JAGALAH SOLAT DIAWAL WAKTU.
BANTU ORG YG SUSAH DAN BERI MAKAN.
MUDAH²AN KITA JADI MASYARAKAT YG BOLEH BERI MANFAAT.

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

No comments:

Post a Comment

Umur

INGAT MENGINGATI ANTARA KITA… Izinkan saya untuk share kepada sahabat  Kalau umur kita sekarang 55 tahun dapat hidup hingga 70 tahun, itu ma...