Wednesday, February 20, 2019

TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Annas&Ustaz Muhammad Jazlan Abdullah) MUNAKAHAT SAYANG ADA BATASNYA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Annas&Ustaz Muhammad Jazlan Abdullah)
MUNAKAHAT
SAYANG ADA BATASNYA
••••••••••••••••••••••••••••••••••
21 Februari 2019 (16 Jamadilakhir 1440H)

Anak adalah anugerah Allah dan bersyukurlah.
Kita sebagai anak mesti bersyukur kerana masih ada ibu ayah.
Anak amanah Allah dan akan dipertanggungjawab dari dunia sampai akhirat.
ANAK ADALAH JAMBATAN KETURUNAN.
Allah pesan wahai org² beriman hendaklah pelihara diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka.
Nak berjaya dunia dan akhirat beri pendidikan dunia supaya anak berjaya dan beri juga pendidikan akhirat.
Dalam kasih sayang perlu beri ilmu.
Bersegeralah mendidik anak sebelum disibukkan dgn pelbagai urusan.
Jika dewasa anak tak punya akal,anak akan menyusahkan kita.
Anak dilahirkan seperti kain putih.
Ibu ayahnya yg menjadikan anak yahudi,majusi atau nasrani.

IMAM AL~GHAZALI KATA DIDIK ANAK DGN 8 PERKARA:
1)Kenal huruf menulis dan membaca(kenal ilmu)
2)Beri pendidikan agama Al~Quran dan hadis supaya dapat membentuk keperibadian yg mulia.
3)Latih jasmani kekuatan badan utk kecergasan minda dan elak kemalasan.
4)Amalkan budi pekerti yg mulia(cth ajar anak cium tangan bukan letak dipipi atau didahi)
5)Latih sifat berani,sabar, rendah diri.
6)Menghornati org tua,mentaati ibubapa.
7)Membimbing kewajiban terhadap agama(kejut anak solat subuh)
8)Awasi anak² supaya tak terpengaruh dgn persekitaran dan masyarakat yg boleh merosakkan.

APAKAH PERANAN KITA SESAMA INSAN?
Mencintai adalah naluri.
Buat baik sesama kita.
Sayang sahabat kita sebagaimana kita sayang diri kita.
Kita sayang keluarga kita dan kita takut kehilangan mereka dan kita sayang mereka dgn kita bela agamanya supaya sayang itu sayang dari dunia sampai akhirat.

ADAKAH TINGKAH LAKU ISTERI AKAN BERI KESAN PADA MARUAH DAN RUMAHTANGGA?
Isteri adalah tanggungjawab suami.
Kegagalan rumahtangga adalah kegagalan suami.
Isteri akhlak buruk kerana suami.
ISTERI SENANG NAK MASUK SYURGA:
1)Solat
2)Puasa
3)Jaga kehormatan
4)Taat dgn suami
BILA MATI,IKUTLAH PINTU MANA YG NAK DIPILIH.
Suami adalah ketua keluarga.
Isteri jagalah akhlak kerana dgn sebab isteri, suami akan masuk api neraka jika isteri tak jaga akhlak.

SEMUA ORG SAYANG ANAK DAN ISTERI,KADANG² SAYANG MELAMPAUI BATAS HINGGA MEROSAKKAN ANAK.BAGAIMANA ASAS DIDIK ANAK YG SEPATUTNYA UTK ANAK JADI BAIK?
KEGAGALAN IBUBAPA:
1)Ibubapa sibuk hingga tak ambil tahu hal anak².
2)Ibubapa tak ada ilmu dalam mendidik anak².
3)Ibubapa beri kemewahan yg melampau hingga anak buat aktiviti yg tak berfeadah.
4)Ibubapa terlampau manjakan anak hingga tak boleh ditegur.
5)Ibubapa tak ambil berat tentang rezeki yg masuk.
Pastikan rezeki yg halal.
NAK JADIKAN ANAK HEBAT MESTI CARI GURU² YG HEBAT(guru² yg alim)
GURU YG HEBAT AKAN MEMBENTUK ANAK.

ADAKAH TERLALU BERI KASIH SAYANG TANPA BATAS,ANAK BOLEH JADI TUAN?
Ibubapa tak pernah benci anak tapi anak boleh benci ibubapa.
Anak boleh jadi anak derhaka.
ANAK JADI DERHAKA KERANA:
1)Kurang didikkan agama.
2)Manjakan anak berlebih~lebihan.
3)Ibubapa pilih kasih dan anak jadi pendendam.
4)Tak dapat mencontohi sikap yg baik dari ibubapa.
5)Membela dan biarkan kesalahan anak.
6)Silap pilih kawan.
7)Hilang sikap ukhwah dalam keluarga.

ANAK ADA ILMU TAPI KERANA HARTA ANAK² TUKAR HARTA ATAS NAMA ANAK,BAGAIMANA ISTAZ?
Ibubapa bukan nak duit anak².
Ibubapa nak kasih sayang.
Wahai anak² Tuhanmu telah perintah jangan syirik pada Allah dan hendaklah berbuat baik pada ibubapa dan jika salah seorang atau kedua~duanya dalam jagaanmu jangan membentak mereka dan berkatalah dgn mulia serta merendah diri dan anak² wajib mendoakan kedua ibubapa dgn doa² kebaikan.

ADAKAH ADA BATASAN USIA DALAM MENDIDIK ANAK?
ADA 4 FASA MENDIDIK ANAK²:
1)Manjakan dan beri kasih sayang sepenuhnya sejak dari lahir hingga 6 tahun.
2)Pada umur 7-14 tahun ajar ilmu sebanyak mungkin dan ajarkan disiplin
3)Pada umur 15-21 tahun hendaklah berkawan dgn anak²(berborak,berkongsi dgn anak²)supaya anak² tak lebihkan kawan.
4)Pada umur 21 keatas, beri kepercayaan dan beri kebebasan serta pantau anak² dan banyak doakan mereka.
SENTIASA AMPUNKAN DOSA ANAK² SUPAYA ANAK² TAK JADI ANAK DERHAKA.

KITA TURUTI PERMINTAAN ANAK DAN AKHIRNYA ANAK BERGANTUNG PADA KITA,BAGAIMANA NAK ATASAI?
Biar anak bergantung pada ibubapa daripada anak bergantung pada org lain.
Beri kebaikan dan beri tanggungjawab.
Dgn tanggunjawab menjadikan anak dewasa dan akan jadi org yg bertanggungjawab.

CUCU TERLALU AKTIF DAN BOLEHKAH KITA CUBIT UTK MENDIDIK?
Ayah ibu atok dan nenek mesti ada niat nak jadi soleh dan solehah.
In Shaa Allah dgn niat yg baik akan jadi baik.
Anak aktif,itu bagus.
Cuma kena didik dgn pendidikan yg baik.
Yg paling penting jangan putus doa.
In Shaa Allah anak akan jadi anak yg soleh solehah.

ADAKAH IBUBAPA DERHAKA PADA ANAK²?
Hari ini mendidik anak² sangat mencabar.
Allah yg beri hidayah.
DIDIKAN DALAM KELUARGA:
1)Dalam keluarga cipta pendidikan beragama.
2)Terus membimbing anak dari anak bangun tidur hingga anak tidur semula(bangunkan anak² solat)
3)Kawal ruang anak² supaya tak pengaruh.
4)Jaga percakapan dgn baik.
Jaga lisan dgn baik.
Ajak anak berdoa,istighfar.
5)Cari tempat pengajian yg betul pada anak supaya dapat pendidikan akhirat.
6)Masukkan sifat baik dan buang sifat buruk.

BAGAIMANA JIKA KITA DAH TERSALAH DIDIK ANAK DAN BAGAIMANA NAK BAWA ANAK KEMBALI KEPANGKAL JALAN?
Kekuatan kita pada Allah.
Minta tolong pada Allah.
Allah yg beri kuasa beri hidayah pada kita dan anak².
Betulkan semula amalan kita.
Barangsiapa yg mengerjakan amal soleh dan dia beriman dan jauh dari sifat syirik,Allah janji pada kita kehidupan yg baik.
BILA KITA ADA UJIAN DGN ANAK² INGATLAH UJIAN NABI YUSOF.

DALAM KEHIDUPAN INI TANAMKAN PADA ANAK²:
1)Tanamkan cinta pada Allah dan Rasul.
2)Tanamkan cinta ibubapa.
3)Tanamkan sifat² yg baik.
4)Tanamkan sifat jaga nama baik keluarga.
5)Tanamkan sifat bantu ibubapa.
6)Tanamkan sifat ibubapa adalah rujukkan pada anak².
7)Ingatkan anak² tanggungjawab ketika ibubapa masih hidup.
8)Ingatkan pada anak² supaya doakan ibubapa bila ibubapa dah meninggal,sambung silaturahim dan ingatkan anak² bila anak² buat amalan, sedekahkan pada ibubapa.

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

No comments:

Post a Comment

Umur

INGAT MENGINGATI ANTARA KITA… Izinkan saya untuk share kepada sahabat  Kalau umur kita sekarang 55 tahun dapat hidup hingga 70 tahun, itu ma...