السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Annas&Ustaz Esa Deraman)
*MUNAKAHAT*
*MENANGANI USIA REMAJA*
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
15 Feb 2019
Usia remeja adalah usia mencari identiti diri,ego dll.
Pada usia ini remaja akan melihat manusia sekeliling.
Mereka akan mengikut kelakuan keluarga,rakan dan masyarakat.
Perkara² inilah yg membentuk usia remeja.
Wahai org² beriman taatlah perintah Allah dan ajar anak² ikut perintah Allah dan menjauhi larang Allah.
Tidak ada satu perkara yg baik yg dapat diberikan oleh ayah pada anak kecuali akhlak yg baik.
Anak adalah AMANAH.
Ajarkan anak Al~Quran,sunnah,sifat org² soleh.
Ibu ayah perlu ada ilmu kisah² org soleh.
Cerita² org soleh akan membentuk peribadi anak² utk mengikutinya.
JGN BIAR ANAK² BERSENDIRIAN,JGN TERLALU MENYEKAT.
MENGAPA JIWA REMAJA MASA KINI SUKA MEMBERONTAK DAN SUKA CUBA BENDA YG BARU?
Kita mesti kenali apa faktor yg menjadikan anak memberontak.
Mungkin faktor dari ibubapa yg menegur anak hingga mengaibkan.
Ini yg boleh jadi anak memberontak.
Ada remaja mencuri motor,mungkin ini kerana anak pernah minta pada ibubapa tapi ibubapa tak layan.
Ajar diri sendiri kebaikan dan ajar anak² kebaikan.
Kadang² ibubapa hanya tanya anak² dah makan belum.
AYAH MESTI MENGETAHUI PERKEMBANGAN ANAK².
KITA DISARANKAN MENDIDIK ANAK² DGN ZAMAN MEREKA.MOHON PENJELASAN USTAZ.
Jgn paksa anak ikut zaman ibubapa.
Didik anak² ikut zaman Nabi(ikut akhlak yg baik).
Didik anak² ikut zaman ini dgn perkara² positif.
Sebaik~baik kurun adalah kurun Nabi.
Zaman ini zaman yg ada prinsip dan zaman membina tamaddun.
Zaman ini zaman permurah,penyayang.
MARI DIDIK ANAK² KENAL ALLAH DAN KENAL RASULULLAH.
MENGAPA KETIKA REMAJA NABI TAK IKUT REMAJA QURISH?
Sesungguhnya pada diri Nabi adalah contoh yg baik.
Mencontohi akhlak Nabi seperti kita sedang berzikir.
Nabi duduk dalam keluarga yg susah dan cenderung kepada kebaikan.
Nabi melakukan perkara yg manfaat utk org lain.
Nabi tak buat perkara mungkar.
Allah pelihara Nabi.
Nabi tak terpengaruh pada perkara yg tak baik.
Apa yg dilalui oleh Nabi dgn mendidik para sahabat,ibubapa boleh didik anak² ikut cara Nabi didik para sahabat.
APAKAH ASAS YG PERLU AGAR MENGHINDARI DARI GEJALA SOSIAL(cth buang bayi)?
Islam beri pendidikan dari awal lagi ketika anak dilahirkan cth azankan anak ditelinga kanan.
Didik adab pada anak².
Ibu ayah mesti ada keikhlasan,taqwa,kelembutan,ilmu dan rasa tanggungjawab ketika mendidik anak².
Ajar anak² baca Al~Quran dan hadis² Nabi yg sesuai mengikut keperluan anak².
Ajar anak adab ketika makan.
Ibu ayah jadikan contoh.
Jangan terus dipukul jika anak buat salah.
Perlu tunjuk sifat kasih sayang.
Beri cerita² yg baik pada anak²(cerita² org soleh terdahulu).
GURU PERTAMA MESTI IBUBAPANYA.
Ibu ayah mesti jadi contoh pada anak² supaya anak tak ikut yg tak baik dari org lain.
IBU AYAH PERLU TAHU SIAPA KAWAN ANAK².
ANAK MUDAH TERPENGARUH PADA KAWAN².
BELUM TERLAMBAT JIKA ANAK DAH TERSASAR.
BAGAIMANA NAK DIDIK ANAK REMAJA YG TERKESAN AKIBAT PERCERAIAN?
Perceraian akan jadi satu bebanan pada pasangan dan pada anak².
Ada juga perceraian yg baik supaya anak² tak melihat ibubapa bergaduh setiap hari.
Perceraian juga akan jadi anak songsang.
Ayah masih ada tanggungjawab pada anak² walaupun dah bercerai.
Ibu ayah perlu memahami tanggungjawab pada anak² supaya anak² tak terpisah dgn ibu ayah.
AYAH DAN IBU TAK BOLEH MENGHALANG ANAK² NAK BERJUMPA IBU ATAU AYAH.
Walaupun tak sebumbung perlu didik sama².
Jgn meracuni anak² supaya membenci ayah atau ibu.
WALAUPUN DAH BERCERAI JANGAN LUPA KEBAIKAN PASANGAN YG PERNAH DIBUAT OLEH PASANGAN.
AJAR ANAK² BILA KAMU JAGA ALLAH,ALLAH AKAN JAGA KAMU.
JIKA NAK MINTA TOLONG,MINTA TOLONG DGN ALLAH.
JIKA ADA ORG BERHIMPUN UTK MEMUDARATKAN KAMU, MEREKA TAK BOLEH MEMUDARATKAN KAMU MELAINKAN DGN KETENTUAN ALLAH.
NAK MINTA,MINTA DGN ALLAH.
ALLAH YG MEMBERI.
MINTA PADA ALLAH WALAUPUN PERKARA KECIL SEKALI PUN.
NABI SURUH KITA BANYAKKAN UCAPAN
لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ اِلا بِا للهِ الْعَلَيِ الْعَظَيْمِ
KERANA SEGALA KEKUATAN DATANG DARI ALLAH.
KENAKALAN YG DIBUAT OLEH REMAJA,APAKAH BOLEH DIMAAFKAN ATAU DIHUKUM?
Memukul bukan satu pendidikan awal utk anak².
Ibu ayah tak boleh didik anak² dgn cara memukul seperti ibu ayah dulu.
Nabi ajar ibu ayah bermain dgn anak² ketika kecil dan pukul pada usia 10tahun.
Jika ibu ayah pukul anak² pada usia 10tahun,anak² dah boleh berfikir kenapa ibu ayahnya pukul dia,mungkin kerana anak² tak sembahyang.
Ada negara yg tak benarkan memukul anak² tapi islam tak begitu kerana jika tak dipukul anak² akan pijak kepala ibu ayah.
Tak boleh pukul muka kerana muka adalah maruah.
Tak boleh pukul anak² depan org lain.
Jangan pukul jika dia tak berubah.
JIKA ANAK MASIH TAK BERUBAH,IBU AYAH BOLEH BUAT SOLAT HAJAT DUA RAKAAT MINTA HIDAYAH.
BAGAIMANA NAK DIDIK ANAK REMAJA YG MENJAGA MARUAH DIRI DAN CINTA?
Menjadi fitrah manusia ingin dicintai dan mencintai.
Pada usia ini cinta² mesti dipandu.
Ajar anak jangan berdua~duaan.
Ajar anak² supaya tak bergaul bebas.
Ajar cinta yg sebenar.
Cinta pada Allah,pada Rasul,cinta ibubapa.
BILA DAH AJAR CINTA PADA ALLAH,ANAK NAK BUAT ZINA ANAK AKAN TAHU,ZINA INI DOSA.
Beritahu pada anak² aspek² negatif dan positif.
Kita mesti ada waktu bersama keluarga dan bersama Allah.
Jika kita gagal urus masa,anak² akan tergelincir.
Ibu ayah perlu pandu.
Jika ibu ayah tak boleh didik anak² ibu ayah boleh bawa anak² ke majlis ilmu supaya anak² akan dengar dari org lain yg mengajar.
JGN BIARKAN ANAK² BERCINTA KERANA INI SEPERTI KANSER.
IBU AYAH PERLU BIMBING ANAK² DALAM PERKARA SEXSUAL SUPAYA ANAK² TAK DAPAT ILMU SEXSUAL DARI CARA YG SALAH.
AJAR ANAK² BILA DAH DATANG HAID,ANAK² WAJIB SOLAT DAN TUTUP AURAT.
JANGAN BIARKAN ANAK² BELAJAR SEXSUAL DARI KAWAN² KERANA ANAK² AKAN MENCUBA.
TAPI BILA IBU AYAH YG AJAR ANAK² SEXSUAL,ANAK² AKAN ADA PERASAAN MALU.
SUPAYA ANAK TAK DERHAKA:
PILIH IBU YG BAIK SEBELUM BERKAHWIN.
BERI NAMA YG BAIK.
AJAR ANAK AL~QURAN.
BILA ANAK² DEGIL ATAU NAKAL,IBU AYAH KENA BANYAK ISTIGHFAR KERANA IBU AYAH TAK MENDIDIK DGN BAIK.
IBU AYAH PERLU SALAHKAN DIRI IBU AYAH SENDIRI TERLEBIH DULU KERANA IBU AYAH DULU YG PEGANG ANAK² SEJAK ANAK² LAHIR.
BAGAIMANA NAK DIDIK ANAK² YG BERJAUHAN?
Ibu ayah diberi kekuatan doa.
Ya Allah,jadikan isteri kami dan anak² kami penyejuk hati dan jauhkan dari perkara mungkar.
Jika anak kita jauh di asrama,senjata kita adalah doa.
Ibu ayah boleh jumpa guru dan tanya apa yg boleh ibu ayah bantu.
Jangan serahkan pendidikan hanya pada guru².
Ramai ibu ayah salahkan guru² ini yg akan merosakkan pendidikan.
Ajar anak² hormat dan memuliakan guru.
SEKOLAH TEMPAT BINA OTAK,RUMAH TEMPAT BINA WATAK.
MANUSIA ADA 4 FASA USIA:
Kanak² dari lahir-14 tahun.
Remaja 15-40
41-51
Tua 51-ke atas.
ANAK² BOLEH DIBENTUK.
IBU AYAH YG MENJADIKAN ANAK² MAJUSI,MASRANI ATAU YAHUDI.
KITA SEMUA AKAN DITANYA OLEH ALLAH.
FATIMAH DAH BERKAHWIN DGN ALI.
NABI AKAN KEJUT FATIMAH DAN NABI KATA FATIMAH BERIBADATLAH KERANA AYAH TAK AKAN BOLEH TOLONG KAMU.
INI MENUNJUKKAN PADA KITA WALAUPUN ANAK DAH BERKAHWIN,IBU AYAH MASIH BERTANGGUNGJAWAB INGATKAN ANAK².
#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru
No comments:
Post a Comment