السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Annas&Ustaz Dr.Muhammad Lukman Ibrahim)
*HADIS*
*TAQWA&ISTIQAMAH DALAM BERSUNNAH*
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
26 Februari 2019 - Selasa
Taqwa dari sudut makna ialah mencegah,menjaga, menjauhi,takut pada Allah.
Takut pada makhluk,kita akan makin menjauh.
Takut pada Allah,kita akan semakin dekat.
Makin takut makin kita menunaikan perintah² Allah.
Kata Abu Hurairah taqwa ialah jalan yg penuh dgn paku dan kita berjalan dgn berhati~hati itulah taqwa.
INILAH NILAI YG ALLAH NAK DAN TENTUNYA ADA BALASAN YG BESAR DISISI ALLAH.
Berbaloi utk kita bertaqwa.
BERTAQWA IALAH IKUT YG ALLAH SURUH DAN TINGGAL APA YG ALLAH LARANG.
Istiqamah ialah tegak atau lurus.
Istiqamah juga ialah buat amalan secara berterusan.
Sesungguhnya dia yg mengatakan bahawa Tuhan kami adalah Allah,dia kena kekal istiqamah dan malaikat akan tolong dan gembiralah dgn syurga.
DALAM BANYAK² SUNNAH,SUNNAH MANA YG LEBIH UTAMA UTK KITA AMALKAN?
Sunnah yg paling besar ialah beriman pada Allah.
Beriman pada Allah dan berjalan atas agama Allah,inilah sunnah yg paling besar.
Agama ini perlu kita jaga.
Kita sembahyang tapi sejauh mana kita rasa sembahyang itu besar.
Inilah penting utk kita masukkan dalam jiwa kita.
SOLAT PERLU DIJAGA.
Jika kita jaga kedua~dua ini,In Shaa Allah kita boleh istiqamah.
KENAPA NASIHAT RASULULLAH BERBEZA~BEZA KEPADA SAHABAT²?
Nabi lihat pada situasi dan keperluan pada sahabat itu.
Jika Nabi nampak org itu garang,Nabi akan nasihat jangan marah.
Semua amalan adalah yg terbaik tapi Nabi nasihat mengikut keperluan seseorang.
DAN AMALAN YG PALING BAIK ADALAH ZIKIR PADA ALLAH.
APAKAH SIFAT TAQWA ITU KITA BOLEH MENGIKUT AMALAN² ULAMAK TERDAHULU?
Boleh mengikut ulamak terdahulu ulamak zaman Rasulullah.
Pandangan mazhab² semuanya betul mengikut dalil yg betul.
Org yg banyak sujud,tempat² sujud itu akan menjadi saksi di hari kiamat.
Mana² panduan dari ulamak In Shaa Allah ada kebaikan.
BUAT SOLAT TAHAJJUD 2 RAKAAT DGN SEMPURNA DAN SOLAT TAHAJJUD YG BANYAK TAPI TAK SEMPURNA,MANA YG LEBIH BAIK?
Buat solat 2 rakaat dgn sempurna adalah lebih baik daripada buat solat sunat banyak tapi tak sempurna dan tak beri manfaat.
Buatlah solat sunat yg paling sempurna walaupun sedikit.
BAGAIMANA CARA TERBAIK NAK ISTIQAMAH DIZAMAN TEKNOLOGI INI?
Ini adalah cabaran yg besar.
Ada yg gugur ditengah jalan.
Ada org yg buat maksiat dgn gajet.
Allah dan Rasulullah yg suruh kita istiqamah.
Org yg berkata Tuhan aku adalah Allah,dia mesti istiqamah.
Nabi yg maksum dan tak ada dosa menjadi contoh pada kita cth sembahyang sampai bengkak kaki.
Sembahyang Nabi separuh malam.
Aisyah kata kenapa kamu buat begini sedangkan dosa kamu sudah diampunkan?
Nabi kata apakah tak boleh aku bersyukur.
Nak istiqamah, khususkan masa tertentu.
Cth nak berzikir atau nak baca Al~Quran tetapkan masa.
Cth bila nak buat dhuha,tetapkan masa.
Jika niat nak baca yasin pada waktu pagi dan baca,In Shaa Allah akan istiqamah.
In Shaa Allah,kita boleh guna teknologi kepada kebaikan.
MARILAH KITA SAMA² URUS TEKNOLOGI.
TEKNOLOGI UTK DIURUS BUKAN UTK DIHAPUS.
APAKAH SUNNAH FIZIKAL BAGI LELAKI?
Sunnah bagi lelaki adalah solat.
Boleh main bola dan bila waktu sembahyang,tolong berhenti dan sembahyang.
Wahai org² beriman jangan kamu dilalaikan dgn harta dan anak pinak.
Kita tak dilarang utk bersama anak pinak tapi bila sampai waktu sembahyang terus sembahyang.
Menutup aurat juga adalah sunnah.
APAKAH MENYIMPAN RAMBUT PANJANG ITU SUNNAH?
Rambut Nabi mencecah bahu.
Rambut Nabi ditelinga dipotong sedikit.
Rambut pendek dan panjang itu adalah sunnah.
Tak boleh pertahankan sunnah berambut panjang ke sekolah kerana sekolah telah menetapkan berambut pendek.
APAKAH HUKUM MEWAJIBKAN PERKARA SUNNAH(cth puasa isnin khamis di sekolah)?
Jika pihak sekolah telah tetapkan,maka selesailah masalah itu.
Boleh berbincang jika anak tak mampu puasa.
Ini adalah sunnah utk mentarbiah anak² di sekolah.
Ini akan beri kebaikan yg besar.
Kalau anak² tak mampu nak ikut,ibubapa ada pilihan lain.
KITA MENGHADAPI HALANGAN DARI MANUSIA DAN IBLIS YG MEMPERLEKEHKAN SUNNAH KITA NAK BUAT DAN MELEMAHKAN SEMANGAT KITA UTK TERUS AMALKAN SUNNAH,BAGAIMANA USTAZ?
Sahabat² Nabi,mereka adalah manusia biasa dan semua keadaan hidup mereka ada pada kita tapi tak menghalang mereka mentaati Allah dan Rasul.
JANGAN KAMU CAMPAK DIRI KAMU PADA KEBINASAAN.
Ketika turun perintah Allah mereka(sahabat² Nabi)taat.
Bila turun perintah haramkan arak,sahabat² Nabi pecahkan gudang arak.
Inilah kehebatan sahabat² Nabi taat pada perintah Allah.
ADAKAH KITA DAPAT PAHALA SUNNAH,JIKA MELAKUKAN SUNNAH TANPA NIAT?
Niat itu bukan la bermaksud sahaja aku niat mengikut sunnah, tak perlu berniat begini.
Tak perlu ada niat khusus.
Ketika kita tutup aurat itu dan terdetik dalam hati aku ikut cara Rasulullah,ini dah dikira sunnah.
APA HIKMAH DAN GANJARAN BAGI ORG YG SENTIASA ISTIQAMAH DALAM SUNNAH RASULULLAH?
Nabi sebut taqwa dalam hati.
Dalam tubuh manusia ada segumpal daging,jika baik baik belaka dan jika rosak,rosak belaka itulah hati.
KALAU HATI BAIK MESTI SEMBAHYANG,PUASA TAK RASUAH DLL.
Org yg sentiasa istiqamah,malaikat akan turun membantunya.
Akhirnya masuk syurga.
Mudah²an kita semua akan dapat kebaikan.
#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru
No comments:
Post a Comment