بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Hilman&Ustaz Ahmad Husni Abd.Rahman)
FEKAH
HUKUM HAKAM SOLAT
••••••••••••••••••••••••••••••••••
20 Februari 2019 (15 Jamadilakhir 1440H)
Perkara paling UTAMA ditanya oleh Allah adalah SOLAT.
Solat dihadiahkan kepada Nabi dilangit ke tujuh pada peristiwa israk makraj.
Kalau kantoi solat,kantoi lain² ibadat.
Setiap bacaan dalam solat akan dijawab oleh Allah.
Sesungguhnya Aku adalah Allah dan sembahlah Aku.
Dirikanlah solat semata~mata utk mengingati Aku.
Solat telah diwajibkan pada org beriman pada waktu²nya.
SOLAT DAPAT MENCEGAH PERBUATAN KEJI DAN MUNGKAR.
Pengertian solat dalam bahasa Arab adalah DOA.
Solat juga bermaksud beberapa perkataan,perbuatan yg tertentu bermula dgn takbir dan berakhir dgn salam.
Dalam solat banyak unsur² doa.
Banyakkan berdoa ketika sujud.
Solat ada beberapa hikmah supaya menyedarkan manusia ini adalah HAMBA ALLAH.
Solat memantapkan manusia bahawa hakikat pertolongan semuanya dari Allah.
Matlamat kita adalah beribadat pada Allah.
Dgn solat manusia dapat bertaubat.
KITA MEMANG TERDEDAH DGN DOSA.
Dgn solat kita boleh rehat,rawat serta tenang.
Solat antara solat akan bersihkan manusia dgn maksiat.
Solat menyucikan kita dari dosa.
Solat adalah santapan iman dan mengukuhkan iman.
Solat telah lama disyariatkan dari Nabi Adam lagi.
Asal solat 50 waktu dan dikurangkan kepada 5 waktu.
KENAPA RASULULLAH SURUH ANAK² SOLAT KETIKA ANAK UMUR 5 TAHUN DAN ROTAN PADA UMUR 10 TAHUN?
Didik anak² dalam urusan agama sejak dari kecil.
Kalau kita tarbiah anak dari kecil,mereka akan jadi kebiasaan.
Ini akan membentuk tabiat.
Pukul pada usia 10 tahun kerana pada usia ini usia hampir baligh.
Pukul dgn pukulan yg tak mencederakan.
BOLEHKAH SUJUD DAN RUKUK TAK SEBUT ALLAHU AKBAR?
Ini bukan rukun dalam solat.
Jika tak sebut Allahu Akbar,boleh menjejaskan kesempurnaan solat.
Sebaiknya sebut Allahu Akbar.
Harus disempurnakan dan jangan diabaikan.
APAKAH BEZA HUKUM QALBI,QAULI,FI'LI,DIMANA POINT SUJUD DAN BATUK BERLEBIHAN APAKAH BOLEH BATAL SOLAT?
Ketiga~tiga rukun ini menyempurnankan solat.
Qalbi adalah niat.
Qauli adalah disebut dan didengar
Fi'li adalah perbuatan.
Sujud,rukuk,duduk antara dua sujud bersama tomakminah.
Point sujud ialah didahi,hidung,mulut kena tempat sujud.
Dua tapak tangan kena tempat sujud dan siku diangkatkan sedikit.
Dua lutut dan perut² jari² kaki ditempat sujud.
Batuk biasa² tak batal solat.
ADA SEGELINTIR YG LEWAT KETIKA SOLAT JUMAAT,BAGAIMANA USTAZ?
Datang awal solat Jumaat.
Datang awal dan masuk masjid dan jangan lepak diluar masjid.
Berdosa berjual beli ketika itu.
Masuk awal dimasjid,duduk beritikaf dgn berselawat atau baca surah Al~Khafi.
Jika majikan tak benarkan keluar awal,tak mengapa dan hormati peraturan majikan.
Niat nak datang awal sudah ada pahala.
JIKA DIA MEMANG SEDANG BERCUTI PADA HARI JUMAAT DAN SENGAJA DATANG LEWAT KE MASJID, DIA BERDOSA.
ORG YG MEMPERBAIKI SOLAT ADALAH ORG YG SEDANG MEMPERBAIKI KEHIDUPANNYA.
BATALKAN SOLAT JIKA MUKA DAN TELAPAK TANGAN DIATAS TELEKUNG?
Solat sah.
Yg kena buka adalah dahi.
Dalam Mazhab As~Syafie ditekankan supaya dahi terbuka ketika sujud.
Tangan berlapik telekung ketika sujud,tak mengapa dan sah solat.
SOLAT HORMAT WAKTU DIATAS KAPALTERBANG,APAKAH PERLU QADA?
Syarat sah solat mengadap kiblat dan berwuduk.
Boleh jamak solat sebelum atau selepas naik kapalterbang.
Solat hormat waktu atas kapalterbang,perlu diqadakan semula
Mesti pastikan keadaan terlebih dulu cth masa turun kapalterbang apakah masih ada waktu utk solat.
Boleh berwuduk dgn guna spray.
RAMAI YG ABAIKAN TOMAKNINAH DAN TANGAN MENGHAYUN DAN APAKAH SAYA BERDOSA JIKA TAK TEGUR DAN BAGAIMANA NAK TEGUR?
Tomakninah adalah ketenangan dan ketetapan anggota pada tempatnya.
Org yg tangan goyang bermakna tak tenang.
Tetapkan tangan dan jangan goyang.
Nabi tegur sebanyak 3 kali org yg solat dan tak tomakninah.
Kadar biasa tomakninah adalah dgn sebut Subhanallah sekali.
MESTI TEGUR.
Boleh ajak imam tegur dia.
JIKA KITA TERLUPA SALAH SATU RUKUN SOLAT,APAKAH SOLAT KITA TERBATAL?
Rakaat yg terlupa rukun dianggap rakaat itu tak dikira.
Kalau dia lupa satu rukun,dia kena sempurnakan rukun pada rakaat yg lain dan boleh sujud sahwi dan kalau sengaja tinggal rukun maka terbatal solat.
BOLEHKAH BACA SURAH YG SAMA SELEPAS AL~FATIHAH?
Tak jadi masalah.
Tak batalkan solat pun.
BAGAIMANAKAH YG DIKATAKAN MENCURI DALAM SOLAT?
Ini jenayah dalam solat.
Sembahyang tak sempurna.
Solat mesti ada tomakninah.
Tomakninah mesti jadi kemestian dalam solat.
Pastikan kerukunan solat terpelihara.
BERSIN DAN TERSEBUT BACAAN LAIN DALAM SOLAT,BAGAIMANA USTAZ?
Dalam solat jika terbersin tak perlu sebut Alhamdulillah.
Jika dia dah tersebut dia boleh ulang solat dan ada ulamak kata jika TER tak membatalkan solat.
APA HUKUM BACA SURAH PANJANG KETIKA SOLAT SUBUH,BOLEHKAH SOLAT SUNAT TAHAYATUL MASJID KETIKA SEDANG AZAN DAN MANA YG KITA NAK BUAT SOLAT QADA ATAU SOLAT SUNAT?
Pendekkan surah utk dapat manfaat cth org nak pergi kerja.
Boleh melakukan solat sunat tahayatul masjid ketika azan.
Lunaskan hutang dgn Allah(qada).
Dan boleh buat dua², solat sunat dan solat qada.
APAKAH PERLU BAGI WANITA DENGARKAN BACAAN?
Jgn mengangkat suara dgn tinggi dan suaranya cukup didengari pada telinga sendiri.
SEMBAH TUHAN SAMPAI MATI.
DALAM KEADAAN APA SEKALI PUN.
WALAU TAK LARAT SEKALI PUN.
MUDAH²AN ALLAH BERI KITA KEKUATAN UTK MENUNTUT ILMU TENTANG SOLAT.
#InShaaAllah_Aamiin
No comments:
Post a Comment