Friday, February 22, 2019

TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Hadhari&Ustaz Dr.Mohd.Sukki Othman) *AKIDAH* *SIFAT 20(Bhg 1)*

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Hadhari&Ustaz Dr.Mohd.Sukki Othman)
*AKIDAH*
*SIFAT 20(Bhg 1)*
•••••••••••••••••••••••••
15 Feb 2019

Antara yg wajib bagi Tuhan adalah 20 sifat.
Ini adalah sebahagian dari sifat² Allah.
Ini tak bermakna sifat Allah hanya 20.
Sifat Allah tak terbilang dan hanya Allah yg maha mengetahui.
AWAL YG WAJIB BAGI ORG MUSLIM ADALAH MENGENAL ALLAH.
AWAL AGAMA IALAH KENAL ALLAH UTK KITA MENGABADIKAN DIRI PADA ALLAH.

KAEDAH NAK KENAL ALLAH DGN MEMPERLAJARI SIFAT 20.
INI BUKAN DIREKA CIPTA.
Ini adalah dari sumber Al~Quran dan sunnah.
Kita tak akan sesat jika kita berpegang pada Al~Quran dan sunnah.

SIFAT 20:
1)Wujud..Ada zatnya.
Kewujudan bukan disebabkan sesuatu.
Wujud manusia dan Allah tak sama.
2)Qidam...Yg sedia ada.
Tak ada permulaan.
Memang sedia ada.
Allah tak ada permulaan dan kesudahan.
3)Baqo..Kekal
Tidak ada pengakhiran.
4)Mukhalafatuhu lil hawadits...Tak sama dgn sesiapa.
KITA TAK BOLEH SAMAKAN ALLAH DGN MAHLKUK.
5)Qiamuhu Binafsihi..Berdiri dgn sendirinya.
Allah tak memerlukan atau berhajat pada sesuatu.
PERGANTUNGAN KITA PADA ALLAH MESTI KUAT DAN KUKUH.
6)Wahdaniyah..Esa
Allah bersifat esa.

BOLEHKAH ALLAH DIKENALI TANPA SIFAT 20?
Org Arab Badwi mengenal Allah dgn cara melihat kejadian alam dan dari akal mereka.
SIFAT 20 ADALAH CARA TERBAIK MENGENAL ALLAH.

ADAKAH SIFAT 20 INI WAJIB DIPELAJARI KEPADA SEMUA ORG ISLAM DAN DARI MANA ASAL SIFAT 20?
Sifat 20 utk kenal Allah.
Jika tak belajar kita tak akan kenal Allah.
Wajib belajar utk mengenal Allah.
Sifat 20 berasal dari Al~Quran dan sunnah serta disusun oleh para ulamak utk kita kenal.
Sifat Allah tak terkira tapi yg wajib kita belajar ada 20.

JIKA TAK KENAL BAB AKIDAH DIA AKAN SYIRIK PADA ALLAH DAN RASA BANGGA DGN MERASAKAN APA SAHAJA YG DIA BUAT ADALAH ATAS KUDRAT DIA.
SEDANGKAN APA SAHAJA YG DIA BUAT ADALAH DGN IZIN ALLAH.
ORG YG KENAL ALLAH AKAN RASA TAWADDUK RENDAH DIRI PADA ALLAH.

BAGAIMANA NAK MENGIMANI SIFAT 20 MELALUI LISAN DAN PERBUATAN?
Setiap pembelajaran mesti dihayati.
Nak kenal sifat 20 tak boleh hanya dihafal tapi perlu faham dan menghayati.
Kita kena rasa kewujudan Allah dimana sahaja kita berada.
Kita kena rasa ada CCTV Allah.
Apa juga kita nak buat kita tahu Allah melihat kita.
BILA KITA BELAJAR SIFAT 20 KITA MERASAI ALLAH MELIHAT SEGALA PERBUATAN KITA.

JANGAN JADI SEPERTI BURUNG KAKAKTUA YG HANYA MENGHAFAL TAPI TAK MENGHAYATI DAN TAK FAHAM.

Kita tak boleh samakan sifat Allah dgn makhluk.
Allah bersifat kesempurnaan.
Sifat makhluk tak ada yg sempurna.
MANUSIA JANGAN MENDABIK DADA MENGATAKAN DIA HEBAT.
KITA MANUSIA BERSIFAT KEKURANGAN.

APAKAH PENYUSUNAN ILMU SIFAT 20 INI BIDAAH?
Tidak.
Penyusunan sifat 20 ini utk kita mengenal Allah.
Susunan ini tak menyalahi dan tak bercanggah dgn Al~Quran.
Susunan ini boleh bawa kepada kebaikan.

KATA IMAM AL~BANA BIDAAH ITU ADA 2:
1)Bidaah yg wajib diperangi(bercanggah dgn Al~Quran dan sunnah,ubah hukum Allah)
2)Bidaah yg ulamak khilaf(cth amalkan zikir 100kali pagi dan petang,angka² tersebut tak dinyatakan oleh Nabi tapi boleh diamalkan kerana tak bercanggah dgn Al~Quran dan sunnah)

BOLEHKAH ADA ORG CAKAP "AKU MAKAN PANADOL AKU JADI SIHAT",APAKAH INI KERANA TAK BELAJAR SIHAT 20?
Allah ciptakan sesuatu ada sebab²nya.
Kita tak boleh mengatakan ubat itu yg membaikkan aku.
ORG YG TAK KENAL ALLAH DAN TAK BERIMAN PADA ALLAH AKAN BERKATA SEPERTI ITU.
Ada juga org makan ubat yg sama tapi tak sembuh² ini kerana ada org yg Allah izinkan sembuh dan ada org yg Allah tak izin sembuhkan.
Peranan doktor utk berdakwah boleh digunakan ketika beri pesakit ubat dan boleh bercakap pada pesakit sebelum makan baca Bismillah dan selawat yg menyembuhkan adalah Allah bukan ubat.

JIKA KITA KEMATIAN SESEORANG,BOLEHKAH KITA KATA "KITA SEMUA TAK KEKAL YG KEKAL HANYA ALLAH"?
Ya,yg kekal hanya Allah.
Dgn cara ini kita akan lebih terima takdir dari Allah.
Inilah tanda pergantungan kita hanya pada Allah.

APAKAH KAITAN SIFAT 20 DGN SIFAT ALAM?
Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam.
Alam ialah sesuatu yg dicipta oleh Allah.
Tengok alam adalah cara kita mengenali Allah.
Kita akan merasai kebesaran Allah yg menjadikan Alam ini.
BILA KITA TENGOK ALAM KITA JANGAN HANYA MELIHAT CANTIKNYA ALAM TAPI KITA JUGA MESTI MERASAI KEBESARAN ALLAH YG MENCIPTAKAN ALAM.
Nikmat yg paling besar di akhirat ialah wajah org beriman yg berseri~seri kerana dapat melihat Allah.

KENAPA PENTING UTK KENAL ALLAH?
Mengenal Allah adalah perkara yg wajib.
Kesannya besar dalam hidup kita.
Ramai org strees hingga sanggup bunuh diri ini kerana org ini tak kenal Alllah.
Dia dapat musibah cth pada umur 40 tahun tapi dia lupa nikmat yg Allah beri selama 39 tahun.
ORG YG KENAL ALLAH AKAN JADI MANUSIA YG TAK PUTUS ASA.
Jika kita yakin dan bergantung pada Allah,kita tak akan strees yg melampau.
Yg beri ketenangan pada kita adalah Allah.
ADA DUIT BANYAK MANA PUN,KITA TAK BOLEH BELI KETENANGAN.
Ketenangan adalah milik Allah.
Inilah yg jadi manusia hari ini ramai jadi serabut kerana tak kenal Allah.

BAGAIMANA NAK AJAR ANAK² KECIL MENGENAI SIFAT 20?
Wajib terapkan pada anak² sejak kecil tentang sifat 20.
Kita selalu ibadat dan kita lupa ibadat itu utk siapa.
Kita mesti ajar  pada anak² kita solat itu utk Allah.
Beritahu anak² yg beri rezeki adalah Allah.
Dan ajar anak ucap Alhamdulillah.
ULAMAK SELALU TERAPKAN PADA ANAK²,ALLAH MELIHATKU,ALLAH BERSAMAKU.

BAGAIMANA ADA ULAMAK YG BERSELISIH PENDAPAT DAN KHILAF TENTANG SIFAT 20 INI?
Khilaf yg berlaku adalah khilaf cara pandangan.
Tak ada khilaf dgn perkara² wajib.
TAK BOLEH SAMAKAN ALLAH DGN MAKHLUK.
Perbezaan pandangan itu perkara biasa.
Tak boleh bercanggah dgn perkara Al~Quran dan sunnah.

ADAKAH DGN KENAL ALLAH MAMPU BERDEPAN DGN CABARAN MASA KINI?
Dunia memang tempat ujian.
Dunia ibarat medan pertempuran.
Bila kita tahu,dunia ini ujian dari Allah kita tak akan berputus asa dan redha.
Kita akan cool dan stedy.
NABI PUJI ORG BERIMAN.
APA SAHAJA YG  BERLAKU PADA DIA SEMUANYA BAIK.
BILA DAPAT NIKMAT DIA BERSYUKUR DAN DAN BILA DITIMPA MUSIBAH DIA AKAN BERSABAR.

KITA SERING MELAKUKAN KESILAPAN,BAGAIMANA DGN SIFAT 20 INI BOLEH AJARKAN KITA?
Yg sempurna hanya Allah.
Kita tak sempurna.
SETIAP ANAK ADAM MELAKUKAN KESILAPAN DAN SEBAIK~BAIK ORG YG MELAKUKAN KESILAPAN ADALAH ORG YG BERTAUBAT.
Jika kita faham, kita akan cepat perbaiki dan bersangka baik dgn Allah.
YG LEPAS BIAR LEPAS,BIARKAN BERLALU.
Jgn berkata KALAU bila dah terjadi sesuatu kerana syaitan akan menyesatkan manusia bila berkata KALAU.
ALLAH SENTIASA ADA DEKAT DGN KITA DAN SENTIASA MENGAMPUNKAN KITA.

BOLEHKAH HANYA DUDUK DI MASJID BERZIKIR SAHAJA TUNGGU ALLAH BERI REZEKI TANPA BERUSAHA?
Ini akidah yg sesat.
Akidah badariah.
Hanya mengharap ketentuan Allah tanpa berusaha.
Dia kena berusaha utk dapatkan sesuatu.
Ibadat di masjid itu bagus tapi langit tak turunkan hujan emas pada kamu kata² Sadina Umar.
KITA WAJIB BERUSAHA.

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

1 comment:

  1. Assalamualaikum ustaz..sy ingin kepastian jika seseorang wanita itu berniat serta berjanji seperti ini "apakah hukum jika seseorang wanita itu berniat aku haramkan tubuhku ini disentuh oleh lelaki lain selain dari kau" apakah janji spt ini boleh diterima dlam islam.sekian

    ReplyDelete

Umur

INGAT MENGINGATI ANTARA KITA… Izinkan saya untuk share kepada sahabat  Kalau umur kita sekarang 55 tahun dapat hidup hingga 70 tahun, itu ma...