Wednesday, February 20, 2019

TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Hakim&Ustaz Ahmad Shukri Yusoff) HADIS KUASA ZAKAT

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Hakim&Ustaz Ahmad Shukri Yusoff)
HADIS
KUASA ZAKAT
••••••••••••••••••••••
19 Februari 2019 (14 Jamadilakhir 1440H)

Dirikan solat serta tunaikan zakat.
Solat dgn zakat ada hubungan yg sangat rapat.
Dua²(solat&zakat) adalah perkara yg difardukan oleh Allah.
Rasulullah ingatkan pada sahabat ketika pergi ke Yaman bahawa Allah telah fardukan pada mereka iaitu sedekah yg wajib iaitu zakat.
Zakat diambil daripada org kaya dan dikembalikan kepada org yg miskin.
Ini menunjukkan kepada kita,agama ajarkan kita hidup dalam berkasih sayang,hormat menghormati antara satu sama lain.
Rasulullah bersabda sesiapa yg dikuriniakan harta tapi tak tunaikan zakat,hartanya akan menjadi ular pada hari kiamat dan membelit lehernya dan menyambar ke rahangnya lalu berkata,Akulah simpanmu.
Imam Nawawi kata org yg lebih baik ialah org kaya yg bersyukur.
Org kaya yg bersyukur ialah org yg melaksanakan kewajiban yg diperintahkan oleh Allah.
TIDAK AKAN BERKURANGAN SEDEKAH ATAU ZAKAT DAN TIDAK AKAN BERTAMBAH ORG YG BERI KEMAAFAN MELAINKAN ALLAH AKAN BERI KEMULIAAN PADANYA DAN TIDAKLAH ORG YG TAWADDUK MELAINKAN ALLAH AKAN MENGANGKAT ORG ITU.

ADAKAH ZAKAT DAN BERSEDEKAH MENGIKUT KEMAMPUAN DAN APA JENIS² ZAKAT?
Zakat fitrah merupakan zakat yg difardukan sesuai dgn ibadat puasa pada bulan Ramadan.
Zakat harta pula ialah keluarkan harta dgn syarat² yg tertentu.
Sedekah adalah sunat utk tambah kebaikan.
Zakat ialah wajib dan ada kaedah utk keluarkannya.
JENIS ZAKAT:
Zakat pendapatan(gaji).
Zakat pendapatan adalah sebahagian yg diwajibkan oleh Allah.
Zakat adalah tanda syukur.

BERAPA KADAR PENDAPATAN YG MEWAJIBKAN BAYAR ZAKAT PENDAPATAN?
Jika ada lebihan dari rm14ribu setahun layak bayar zakat.
Sesiapa yg pendapatan setahunnya bawah dari rm14ribu setahun tak layak bayar zakat.
Gaji yg diperolehi darab 2.5%.

APAKAH ISTERI PERLU MINTA IZIN SUAMI UTK BAYAR ZAKAT?
Zakat berdasarkan gaji masing².
Zakat dibayar secara individu.
Isteri tak perlu minta keizinan suami utk bayar zakat kerana zakat ialah satu kefarduan.

RAMAI YG KEDEKUT NAK BAYAR ZAKAT,KENAPA USTAZ?
Memang ada org yg cukup berkira~kira.
Ini juga adalah org yg bakhil yg susah nak berinfak di jalan Allah.
Tangan yg diatas lebih baik dari tangan yg dibawah.
Kata² ini sebagai satu motivasi supaya jadi org islam yg memberi bukan sahaja menerima.
Org yg berzakat tak kira siang atau malam,bermakna dia bersedia utk bayar zakat,secara sulit atau secara terang²an.
Org ini dapat pahala dan hilang daripadanya rasa takut dan dukacita di akhirat.
Org yg berzakat,di dunia lagi akan hilang rasa sedih kerana niatnya berzakat utk dapat keredhaan Allah.

SAYA BEKERJA SELAMA 10TAHUN DI TERENGGANU DAN BAYAR ZAKAT DI KELANTAN,SAHKAH ZAKAT SAYA?
Zakat fitrah afdal dibayar pada tempat yg dia tinggal.
Zakat pendapatan pula lebih afdal dibayar dimana dia bekerja.
Walaupun dia berasal org Kelantan,dia perlu bayar zakat di Terengganu.
Zakat sah.

PESARA YG BARU DAPAT PENCEN APAKAH PERLU BAYAR ZAKAT TERUS ATAU TUNGGU SETAHUN?
Selepas dapat duit,terus bayar zakat dan tak perlu tunggu setahun.
Bimbang jika tunggu setahun,duit dah habis.
SEBAIKNYA TERUS BAYAR ZAKAT.
CTH RM100 RIBU BAYAR ZAKATNYA RM2500.

ADA ORG SEBUT SYUKUR ALHAMDULILLAH AKU TAK LAYAK BAYAR ZAKAT,APA PANDANGAN USTAZ TENTANG ORG YG MCM INI?
Rasulullah sebut diawal pagi akan turun 2 malaikat yg akan mendoakan.
Malaikat yg pertama akan doakan.
Ya Allah berilah pada org yg berinfak ada gantiannya.
Dan Malaikat kedua berdoa.
Ya Allah berilah pada org yg kedekut itu kemusnahan.
PILIHAN PADA KITA.
Jika kita tak mampu berzakat,kita didik diri kita bersedekah.
KALAU BOLEH SEMUA DALAM RUKUN ISLAM ITU KITA NAK BUAT.
Doa pada Allah,Ya Allah berilah kemampuan pada aku utk berzakat dan berhaji.
Agama ajar supaya kita berusaha utk tunai haji dan tunai zakat.
BARANGSIAPA YG BERSEDEKAH PADA HARI JUMAAT,DIA TELAH MENUNAIKAN HAK SEDEKAH.

BAGAIMANA DGN ORG MISKIN YG NAK BAYAR ZAKAT TAPI DIA TAK MAMPU?
Bayar zakat diwajibkan pada org yg mampu sahaja.
Org yg tak mampu banyakkan berzikir dan banyakkan baca Al~Quran.
Amalkan sedekah pada hari Jumaat itu pun baik.
Dahlah kita tak berzakat,tak menyumbang pada anak yatim kadang² nak menyumbang rm1 pada hari Jumaat pun tak mampu buat.
Mulakan sedekah dari yg sedikit.

BAGAIMANA DGN DUIT KWSP DAN INSURAN BAGI ORG YG TELAH MENINGGAL?
Sebelum faraid perlu bayar hutang dgn Allah dan bayar hutang dgn manusia.
Dah bayar hutang,baru faraidkan harta tersebut.

BAGAIMANA KUASA ZAKAT BOLEH DIKAITKAN DGN EKONOMI?
Zakat mengambarkan pada kita,duit itu tak boleh disimpan begitu sahaja.
Agama tak suruh kita hanya simpan sahaja duit.
Gunakan duit utk dilaburkan.
LEBIH BANYAK KITA BERZAKAT LEBIH BANYAK KITA MEMBANTU ORG LAIN.
Duit zakat boleh digunakan utk org yg ada kemahiran menjahit dan akhirnya penjahit itu pula yg boleh membayar zakat.

BAGAIMANA DGN DUIT PAMPASAN KERANA KERANA BERHENTI KERJA?
PAMPASAN RM100 RIBU MESTI DIKELUARKAN ZAKAT TERLEBIH DULU SEBANYAK RM2500 DAN SELEPAS ITU BERUSAHA MENCARI REZEKI DAN MUNGKIN DGN KITA BERZAKAT,ALLAH AKAN BERI PERKERJAAN LAIN.
APA SAHAJA YG KITA KELUARKAN UTK AGAMA,TAK AKAN RUGI DAN ADA KEBERKATAN DISISI ALLAH.

SAYA ADA BUAT PINJAMAN ASB RM100K DAN DAPAT DIVIDEN SETIAP TAHUN,APAKAH DIVIDEN ITU PERLU BAYAR ZAKAT?
Dividen itu digabung dgn simpanan lain dan boleh tunaikan zakat.
NAK HILANGKAN RASA SOMBONG IALAH DGN KITA BERINFAK DGN BERZAKAT.

MANA LEBIH AFDAL BAYAR ZAKAT DGN AKAD ATAU MELALUI POTONGAN BANK?
Bayar zakat ada sistem.
Ambil sebahagian dari harta mereka dgn tujuan utk sucikan harta dan sucikan hati.
Boleh berzakat di pejabat pos,online,ini terpulang pada kita.
Yg penting bersegera utk berzakat.
Yg penting jangan beri pada sebarangan org dan menganggap itu zakat.

BERAPA KADAR ZAKAT EMAS?
Kadar zakat emas ialah 85g.
Emas yg dipakai juga dikenakan zakat jika mencukupi.

NABI  KATA SESEORANG HAMBA AKAN BERCAKAP,INI HARTA SAYA.
APA YG DIA MAKAN AKAN HABIS.
APA YG DIA PAKAI AKAN BURUK.
ZAKAT DAN SEDEKAH ITU ADALAH SIMPANAN.
JOM BERZAKAT MUDAH²AN AKAN DAPAT KEBAIKAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

No comments:

Post a Comment

Umur

INGAT MENGINGATI ANTARA KITA… Izinkan saya untuk share kepada sahabat  Kalau umur kita sekarang 55 tahun dapat hidup hingga 70 tahun, itu ma...