Thursday, February 28, 2019

TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Hadhari&Ustaz Dr.Muhammad Nidzam Abd.Kadir) *AKIDAH* *SIFAT 20(BHG.3)*

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Hadhari&Ustaz Dr.Muhammad Nidzam Abd.Kadir)
*AKIDAH*
*SIFAT 20(BHG.3)*
••••••••••••••••••••••••••
1 Mac 2019 - Jumaat

Sifat 20 adalah sebahagian dari sifat wajib bagi Allah.
Sifat Allah bukan 20 sifat sahaja.
Sifat Allah banyak dan daripada banyak,Ulamak kumpulkan 20 sahaja yg wajib diketahui.
Allah ada 99 nama.
Dalam nama² Allah juga ada sifat² Allah cth Al~Razzak pemberi rezeki.

APAKAH SIFAT 20 INI BIDAAH?
Pengajian sifat 20 tak ada pada zaman Nabi dan tak diajar secara langsung dari Nabi.
Banyak jenis ilmu yg tak diajar pada zaman Nabi cth ilmu hadis.
Ilmu tajwid juga tak diajar oleh Nabi pada para sahabat.
Ilmu fekah juga tak diajar secara langsung dari mulut Nabi.
Ilmu² ini semuanya diambil dari Al~Quran dan disusun oleh para ulamak.

11)SAMA' ialah Allah maha memdengar.
Allah mendengar segala²nya,kita sebagai hamba tak boleh bercakap perkara² yg dilarang.
Tak boleh bercakap benda palsu,kutuk org,hina org,tak boleh mungkir janji.
Sifat sama' Allah merangkumi segalanya.
Allah mendengar zat kita.
Allah tahu apa yg kita ucap dan Allah juga tahu apa yg ada dalam hati.
TAK DIKIRA DOSA JIKA KITA KUTUK DALAM HATI.
Kita jaga percakapan kita kerana percakapan,pendengaran,penglihatan akan dihisab.
12)BASAR ialah maha melihat.
Allah melihat segala²nya.
Allah bukan melihat dgn mata.
Kita tak seharusnya melakukan perbuatan yg diharamkan.
Kita buat baik,Kita buat jahat Allah maha melihat.
Kita sedekah terang² atau kita sedekah sembunyi²,Allah maha melihat.
13)KALAMUN ialah berkata~kata.
14)QADIIRUN ialah keadaan Allah yg maha berkuasa.
Bila kita memahami sifat ini kita tak putus asa dan tak takut mana² makhluk kerana Allah yg maha berkuasa.
15)MURIIDAN ialah berkehendak.
Allah berkuasa mengadakan segala²nya.
Jika berlaku sesuatu yg tak elok,kita tak akan berputus asa.
APA YG KITA RANCANG TAK SAMA DGN APA YG ALLAH RANCANG.
Org yg beriman tak akan sampai bunuh diri jika dia diuji dgn ujian yg susah.
SESUATU ITU BERLAKU DGN IZIN ALLAH(qada&qadar).

APAKAH KESAN JIKA JAHIL ATAU LALAI MENGETAHUI SIFAT 20?
Kerugian bagi kita jika kita tak mengenal sifat 20.
Mengenal sifat 20 adalah mengenal Allah yg sebenar.
Jika kita benar² memperlajari sifat 20,ianya boleh menguatkan tauhid kita.
SETIAP SIFAT ADA FALSAFAH DAN BERPUNCA DARI AL~QURAN.

BAGAIMANA NAK KAITKAN SIFAT 20 PADA ZAMAN MAJU INI?
Sifat 20 adalah sebahagian kaedah mengenal Allah.
Selama 13tahun Nabi ajar kenal Allah dgn ajar kalimah لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ.
Bila ada org nak masuk islam,kita ajar kenal Tuhan dulu bukan suruh dia berkhatan dulu.
Nabi sangat kenal Allah,takut pada Allah dan Nabi tak asingkan diri dari masyarakat.
Nabi asingkan diri ketika bertahajjud.
TAK PERLU ASINGKAN DIRI KERANA NANTI KALAU KITA MENINGGAL,ORG YG AKAN URUSKAN KITA.

KITA DAH TAHU ALLAH MENDENGAR DAN MELIHAT TAPI KITA TAK JUGA INSAF TETAP MELAKUKAN DOSA,APAKAH PUNCA KITA MASIH MELAKUKAN MAKSIAT?
Ada org tahu Allah maha mendengar dan Allah maha melihat tapi masih masih mengutuk, mencaci org,makan rasuah dan menipu ini kerana penghayatan sifat Allah belum meresap dalam diri.
Banyak dalam Al~Quran sifat Allah sebagai peringatan diakhir ayat iaitu Allah maha mendengar dan Allah maha melihat.
Sesiapa yg membilang 99 nama² Allah akan masuk syurga(membilang ialah membaca,menghafal,menghayati).
KITA MASIH MELAKUKAN MAKSIAT KERANA IMAN BELUM BERAKAR UMBI DALAM DIRI KITA DAN IMAN MUDAH TERCABUT.

APAKAH JIKA KITA TAK MEMAHAMI SIFAT 20, GANJARAN PAHALA AKAN BERKURANG?
Kita tak akan berani melanggar perintah Allah.
Bila kita faham Allah maha melihat,pergi masjid dan bersembahyang di rumah,sama sahaja(pakai elok²)
BILA KITA MENGHAYATI SIFAT 20 KITA AKAN BUAT IBADAT DGN ELOK² DAN TAK BUAT CINCAI.

ADAKAH ZAT ALLAH ADA PERMULAAN DAN PENGAKHIRAN DAN ALLAH TAK BERTEMPAT DAN ADA YG KATA ALLAH BERADA DI ARASH,BAGAIMANA USTAZ?
Sifat Allah tak ada permulaan dan tak ada pengakhiran.
Kalau Tuhan ada permulaan itu bukan Tuhan.
Allah bersifat KEKAL.
Tuhan tak boleh musnah.
Allah bersifat Ar~Rahman diatas arash.
Ada org yg mengatakan Allah berada diatas arash(dia faham dari ayat itu).
Allah itu ada dan kita tak perlulah nak bahas Allah berada dimana.

KITA TAK MENGHAYATI ALLAH MAHA MELIHAT SEBAB ITU KITA TAK TAKUT MELAKUKAN MAKSIAT.

ADAKAH ILMU SIFAT 20 INI TERMASUK DALAM IMAN DAN APAKAH BERDOSA TAK KENAL SIFAT 20?
Nak beriman dgn sifat 20 ialah dgn kita menghayati sifat 20.
Kenal sifat 20 adalah supaya kita ada disiplin ilmu kenal Allah.

SIFAT² ALLAH ADALAH ASAS KESEMPURNAAN ALLAH.
ALLAH MAHA MELIHAT DAN KITA JANGAN MELAKUKAN SESUATU YG DILARANG OLEH ALLAH WALAUPUN TAK ADA ORG YG MELIHAT.

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

Wednesday, February 27, 2019

TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Hakim&Ustaz Mohd.Safwan Syafiq Mohammad Idris) *MUNAKAHAT* *BATASAN DALAM KELUARGA*

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Hakim&Ustaz Mohd.Safwan Syafiq Mohammad Idris)
*MUNAKAHAT*
*BATASAN DALAM KELUARGA*
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
28 Feb 2019 - Khamis

Org yg mengucap 
أَشْهَدُ أَنْ لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ
dia adalah saudara kita.

BATASAN DALAM KELUARGA ADA 2:
1)Percakapan(percakapan anak kepada ibubapa dan percakapan ibubapa kepada anak²).
Ada batas percakapan anak² dgn ibubapa.
Allah mengharamkan anak² menderhaka pada ibubapa.
Tak boleh berkata uh pada ibubapa supaya ibubapa tak terasa dgn kita.
Ada ibubapa hanya rasa dia betul sahaja.
Anak² bersabarlah nak tegur ibubapa.
Anak² juga ada hak.
Berilah layanan yg baik pada anak².
Kita ingin dihormati,kita mesti belajar menghormati.
Kadang² bila kita DIAM,diam kita juga boleh membuat ibubapa terasa(cth kita penat balik kerja,ibu tanya kita tak jawab,ini juga boleh buat ibu terasa).
Ibubapa juga ada masa buat salah pada anak².
Anak² yg menghormati ibubapa sebab sayang lebih baik dari anak² hormat ibubapa sebab takut.
KADANG² IBUBAPA AJAR ANAK DGN SIFAT MENENGKING TAK MUSTAHIL ANAK² JUGA AKAN MENENGKING KITA SEMULA.

2)Perbuatan:
Elak buat benda yg ibubapa tak suka.
Hormati masa ibubapa(jangan ganggu ibubapa)
Allah larang ganggu ibubapa sebelum solat subuh kerana ketika itu aurat ibubapa terbuka dan dilarang masuk bilik ibubapa sebelum waktu zohor kerana ketika itu ibubapa sedang berehat².
Tak boleh ganggu ibubapa selepas isyak.
ISLAM AGAMA YG SEMPURNA YG MENGAJAR ADAB DARI BANGUN TIDUR HINGGA TIDUR SEMULA.

CARILAH REDHA IBUBAPA.
REDHA IBUBAPA ADALAH REDHA ALLAH.

Biasakan solat berjemaah,selesai solat itulah ibubapa dan anak² boleh bersalaman.
Bersalaman selepas solat berjemaah tak akan rasa janggal.

SEJAUH MANA TUNTUTAN DALAM ISLAM BERPEGANG TEGUH HUKUM HAKAM MENJAGA BATASAN DALAM KELUARGA?
Islam nak kita hidup utk memudahkan kita masuk ke syurga.
Abang ipar kita adalah haram utk kita bersalaman dan wajib jaga aurat.
Islam sangat menitik berat hukum hakam supaya tak menimbulkan fitnah.
Abang ipar kena beritahu pada adik ipar tentang aurat.

ADAKAH BATASAN UMUR SEORANG ANAK NAK BERMANJA DGN IBUBAPA DAN PERLUKAN TUTUP AURAT JIKA ABANG IPAR DATANG RUMAH?
Tak salah nak bermanja dgn ibubapa tapi ada had umurnya.
Asingkan tempat tidur pada usia 10tahun.
Bila anak dah boleh membezakan baik dan buruk,ketika itu tugas ibubapa ajarkan mana benar mana salah.
Asingkan tempat tidur adik beradik pada umur 10tahun.
CIUM TANGAN DAN CIUM KAKI EMAK ITUKAH CARA KITA NAK BERMANJA UTK DAPAT SYURGA SELEPAS SOLAT BERJEMAAH.
Perlu jaga aurat ketika abang ipar datang rumah kerana abang ipar adalah mahram muakat.
Perlu jaga aurat sama seperti lelaki² lain.

APAKAH JIKA IBUBAPA TAK MINTA MAAF PADA ANAK² DOSA IBUBAPA TERHAPUS?
Rasulullah yg tinggi martabatnya juga minta maaf pada sahabat²nya.
Jika ibubapa susah nak minta maaf secara langsung,mintalah maaf ketika berdoa selepas solat jemaah,biar anak dengar.
Ya Allah aku tahu anak² aku ada buat salah dgn aku,maafkanlah anak²ku.
Dan aku juga ada buat salah pada anak²ku,maafkanlah aku.

KELUARGA ADALAH GUDANG PAHALA YG SANGAT BESAR.

BAGAIMANA BATAS AURAT DAN PERGAULAN KERANA SUPAYA TAK JADI SUMBANG MAHRAM?
Sumbang mahram berlaku kerana salah ibubapa.
Tak salah bermesra tapi ada hadnya.
Kakak jangan pakai seluar pendek didepan adik lelaki.
Mungkin dia tak buat zina  dgn kakak tapi takut dia akan buat dgn org lain.
Perlu tegur anak perempuan yg pakai seluar pendek didepan adik lelaki.

BAGAIMANA BATASAN ANAK PEREMPUAN DAN BAPA TIRI DAN BAPA ANGKAT?
Bapa tiri sudah berkahwin dgn ibu,bapa tiri sudah jadi mahram kekal.
Haram berkahwin dgn bapa tiri walaupun ibu sudah meninggal.
Anak angkat auratnya perlu dijaga seperti auratnya dgn org yg bukan mahram.
TETAP KENA JAGA AURAT.
Anak angkat susuan sudah jadi mahram kekal.

BAGAIMANA NAK MENGELAK DARI BERSALAMAN DGN SEPUPU YG BERLAINAN JANTINA?
Adat kita raikan,ibadat kita muliakan.
Nak elak bersalaman ialah dgn cakap yg baik².
Org yg ada didikan agama tak akan hulurkan tangan bersalaman dgn sepupu atau bukan mahram.
Tolak dgn cara yg baik contoh "maaf ada air sembahyang."
Yusof Al Kardawi kata diharuskan bersalaman jika mereka ini sudah uzur dan tak ada nafsu serta tak membuka lubang² fitnah.
Abu Bakar pernah bersalaman dgn perempuan yg telah uzur.
UZUR YG DIMAKSUDKAN IALAH BUKAN UZUR KERANA HAID TAPI UZUR KERANA SUDAH TERSANGAT TUA DAN DAH TAK BERNAFSU.

DAH FAHAM AMALKAN SUPAYA TAK TAMBAH DOSA KITA.

BOLEHKAH MAK MERTUA TAK MENUTUP AURAT DIHADAPAN MENANTU LELAKI?
Mereka ini adalah mahram kekal tak boleh kahwin sampai bila².
HARAM BERKAHWIN DGN MAK MERTUA SENDIRI WALAUPUN ANAKNYA DAH MENINGGAL.

BAGAIMANA NAK JAGA BATASAN LELAKI DAN PEREMPUAN?
Tak boleh keluar berdua~duaan kerana ini boleh berlaku zina.
Boleh pegang jika nak selamatkan nyawa(darurat).
Boleh berurusan kerana ada urusan jual beli mengikut syarak.
Diharuskan kerana tugas cth seorang peguam atau polis.
Boleh memuliakan tetamu.
Ketika belajar diharuskan bercakap antara lelaki dgn perempuan.

BOLEHKAH SEORANG AYAH TERJAH MASUK BILIK ANAK PEREMPUAN?
Anak² adalah perhiasan.
Ketuk pintu dulu sebelum masuk bilik kerana mungkin ketika itu aurat anak perempuan terbuka.
Dan ketika terdedah aurat ketika itu takut ada bisikan syaitan hingga berlaku sumbang mahram.

APAKAH HUKUMAN ALLAH PADA AYAH YG TAK JAGA BATASAN DGN ANAK PEREMPUAN?
Bukan kita yg boleh menetapkan hukuman Allah.
Wahai org² beriman jaga diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka.
SETIAP ORG ADALAH PEMIMPIN DAN SETIAP PEMIMPIN AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN.
Perlu jaga percakapan dan perbuatan.

BAGAIMANA ADAB² DAN BATASAN KETIKA MERAWAT KELUARGA YG TAK BOLEH URUS DIRI SENDIRI(sakit)?
Diberi kelonggaran kerana darurat.
Islam bukan agama yg susah.
Ini adalah keringanan.

SETIAP ORG ADA TANGGUNGJAWAB.
SETIAP HUKUM PERLU DIAMALKAN.
SEORANG LELAKI YG BAIK ADALAH YG MENJAGA MARUAH WANITA DAN SEORANG WANITA YG BAIK ADALAH YG MENJAGA MARUAH DIRI.
BERPEGANGLAH DGN CARA HIDUP ISLAM.

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

Tuesday, February 26, 2019

TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Aiman&Ustaz Nik Ahmad Farhan Nik Muhamad) *FEKAH* *SERUAN SOLAT*

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Aiman&Ustaz Nik Ahmad Farhan Nik Muhamad)
*FEKAH*
*SERUAN SOLAT*
•••••••••••••••••••••••••
27 Feb 2019 - Rabu

Solat merupakan tali hubungan cinta kita dgn Allah.
Org yg tak menyahut seruan solat sebenarnya dia jauh dari Allah.
Solat telah difardukan pada waktu yg telah ditetapkan.
Apabila selesai mendirikan solat,ingatlah Allah ketika berdiri,ketika duduk atau ketika berbaring dan bila tenang,kembalilah solat.

KENAPA SOLAT MENJADI PERKARA TUNJANG?
Amalan pertama yg akan dihisab adalah solat.
Jika clear solat maka clear amalan baik.
PENJENAYAH DALAM ISLAM ADALAH ORG YG MENINGGALKAN SOLAT.
Org yg jaga solat sentiasa positif dan mudah²an sentiasa dibawah payangan Allah.

APAKAH HANYA MUAZIM SAHAJA YG MENYERU SOLAT?
Dalam hidup kena saling sentiasa membantu meninggikan syiar islam. 

MENGAZAN DAN IQAMAT BAYI ADALAH SUNNAH NABI SUPAYA BAYI TAK DIGANGGU OLEH SYAITAN DAN TAK DIGANGGU OLEH QARIN.
MUDAH²AN DIHINDAR DARI TERJERUMUS DARI LEMBAH KEHINAAN.
DARI KECIL KENALKAN DGN ALLAH DAN AKHIR HIDUP JUGA KENALKAN DGN ALLAH.

SOLAT BERJEMAAH BOLEH DILAKUKAN DI MANA~MANA DAN SEBAIK~BAIKNYA DAHULUKAN MASJID.
KALAU KITA NAMPAK SEORANG YG BERULANG ALIK KE MASJID,YAKINLAH DIA ORG YG BERIMAN.
INILAH ANTARA 7 GOLONGAN YG DAPAT NAUNGAN ALLAH DI AKHIRAT.

NABI NAK BAKAR RUMAH ORG YG TAK PERGI MASJID,APA HIKMAHNYA?
Solat berjemaah di masjid adalah sunat muakat.
Sunat yg sangat² dituntut.
Nabi nak beri satu signal, janganlah sesekali tinggalkan solat berjemaah.
Tangga yg payah org nak naik ialah tangga masjid.
Kalau Allah tak buka pintu hati kita,kita tak mampu nak naik anak tangga masjid walaupun dua mata tangga.

KITA PERGI SOLAT TAPI KITA TAK BOLEH NAK SERU JIRAN KITA SOLAT.BAGAIMANA NAK SERU JIRAN SAMA² PERGI MASJID?
Hari ini zaman moden.
Kita boleh hantar gambar pada jiran² kita melalui telefon mengenai solat.
Pihak pentabir masjid boleh turun padang utk ajak jiran² pergi masjid.
JGN PERLEKEHKAN ORG YG TAK PERGI MASJID.
Ajaklah mudah²an hatinya lunak dan lembut nak ke rumah Allah.
Kena saling nasihat menasihati dan ajak dgn berhikmah.
HIDAYAH MILIK ALLAH.

BILAKAH ALLAH TURUNKAN PERINTAH SOLAT PADA MANUSIA?
Solat telah ada pada zaman² Nabi terdahulu cuma tak sesempurna seperti zaman Nabi Muhammad.
Nabi Sulaiman sembahyangnya berdiri sahaja.
Hingga tongkatnya reput dan jatuh Nabi Sulaiman,meninggal dunia.
Nabi ambil solat dalam Israk Makraj.
Beruntung kita kerana tatacara dalam ibadat solat kita telah sempurna.

DALAM KELUARGA JUGA SUKAR NAK SURUH SOLAT,BAGAIMANA KAEDAH TERBAIK NAK TUNAIKAN AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR?
Sekolah pertama anak² adalah dari ribaan ibu ayah.
Nak anak mahir sesuatu bermula dari kecil.
Letak anak dekat tepi ibu ayah yg sedang solat.
Biar anak selesa dgn suasana ini.
Bila hati anak dah terikat dgn solat,ibu ayah tak perlu risau lagi.
Kemana pun dia pergi,dia akan utamakan Allah.

DALAM AZAN MARILAH SOLAT DAN MARI MENUJU KEJAYAAN,ADAKAH ORG YG SOLAT ORG YG TELAH BERJAYA?
Nak jadi org yg berjaya mesti dahulukan solat.
Kejayaan dalam azan ialah kejayaan mengapai syurga Allah.
Org yg berjaya di dunia tapi tak solat ini adalah org yg hanya berjaya di dunia sahaja dan tergapai~gapai di akhirat.
Yg panggil kita itu bukan muazim,tapi yg panggil kita itu adalah Allah.
Kadang² sampai akhir waktu baru nak solat.
Inilah org yg tergolong dari golongan org yg lalai dari solat.

DALAM SOLAT BANYAK DISIPLIN YG DIAJAR.
ANTARANYA DISIPLIN MENEPATI MASA.
DALAM SOLAT ADA SALAM KIRI DAN KANAN.
INI MENUNJUKKAN SUPAYA KITA ADA TANGGUNGJAWAB DAN BERI PERTOLONGAN PADA SAUDARA² SEKELILING KITA.
DARI SUDUT KESIHATAN,ORG YG JAGA SOLAT SENTIASA SIHAT.
MASJID TEMPAT ALLAH TURUN RAHMAT DAN KELUAR DARI MASJID KITA AKAN DAPAT RAHMAT ALLAH.
BILA KITA BERJEMAAH,BERSENTUHAN DALAM SAF AKAN MENGALIRKAN CAS² POSITIF.
BETULKAN KAKI DGN KAKI.
JIKA TAK NAK BETULKAN KAKI,INI BUKAN MASALAH KAKI TAPI MASALAH HATI.

BAGAIMANA NAK TINGGALKAN KELAZATAN DUNIA(cth sedang berniaga)UTK SOLAT BERJEMAAH?
Kita kena ada usaha.
Yg bagi rezeki adalah Allah.
Kita kena utamakan Allah dari benda yg melalaikan.
Syaitan suka org yg melengah~lengahkan solat.
Syaitan akan membisikkan supaya melewatkan solat hingga tergolong dari kalangan org yg meninggalkan solat.
Kita kena ada pendinding diri.
Barangsiapa yg baca ayat kursi,Allah jaga kita dari solat ke solat.
Hati tak terpaut dgn syaitan dan hati sentiasa rindu dgn Allah.

BOLEH USTAZ TERANGKAN AZAB TINGGALKAN SOLAT DARI SOLAT SUBUH HINGGA SOLAT ISYAK?
Hati² banyak hadis palsu mengenai azab org yg meninggalkan solat.
Org yg meninggalkan solat tempatnya di neraka Sakar.
Ada org yg pecahkan kepala dan kepala cantum semula,pecahkan lagi, itulah org yg meninggalkan solat sebab dekat dunia kepala mereka berat nak sujud pada Allah.
Dalam neraka ada sungai bagi org yg meninggalkan solat iaitu sungai api.
SYAITAN SEKALI SAHAJA TAK SUJUD PADA ADAM,ALLAH KELUARKANNYA DARI SYURGA.
MANUSIA BERKALI~KALI TAK SUJUD PADA ALLAH,MANA MUNGKIN NAK MENGAPAI SYURGA ALLAH.

DARI KECIL DAH AJAR ANAK SOLAT,BAGAIMANA NAK AJAK ANAK ISTIQMAMAH SUPAYA SOLAT?
Didik dan ajak mereka solat ke masjid.
Ada mak dah putus asa nak kejut anak solat.
Kejut betul² seperti rumah kita nak terbakar.

NAK SOLAT PAYAH DAN MELAKUKANNYA KERNA ADA SEBAB(cth nak ambil peperiksaan sahaja) SAHAJA,BAGAIMANA USTAZ?
Hidayah dan taufik sangat penting.
Ramai org dapat hidayah tapi tak dapat taufik.
Taufik bermakna kekuatan.
Hanya org yg dapat taufik sahaja boleh solat dan datang ke masjid.
Ramai org tahu solat itu wajib tapi hanya dgn taufik sahaja kita boleh melakukan solat.

APA KAITAN SOLAT DGN PEPERANGAN?
Org yg jaga solat,dia ada hubungan dgn Allah.
Ketika berperang org islam sedikit dan musuh ramai.
Dgn solat akan diberi pertolongan supaya berjihad pada Allah.
Hati mereka bergantung pada Allah.
Kalau Nabi tak minta kurangkan solat dari 50 waktu kepada 5 waktu,setiap 28 minit satu solat fardu kita wajib buat.
SAYANGNYA NABI DGN KITA NAIK TURUN MINTA DIKURANGKAN SOLAT HINGGA JADI 5 WAKTU.

SELEPAS BERI SALAM,SAPU MUKA, APAKAH SAH SOLAT JIKA KITA TAK SAPU MUKA?
Tak ada sapu muka lepas solat dalam rukun solat.
Solat tetap sah.
Sapu muka tanda kita ikut Nabi dan para sahabat.
 
PANGKAT² KEDUNIAAN INI SAMA PADA PANDANGAN ALLAH.
TAK BOLEH BEZAKAN ORG YG BERPANGKAT BOSS DIBELAKANG IMAM.
TAK BOLEH MACAM TU.
KITA SAMA SAHAJA.
KITA LETAK MUKA KITA YG MULIA INI LEBIH RENDAH DARI PUNGGUNG KITA KETIKA DALAM SOLAT.

SYARAT SAH SOLAT ADA 5 DAN SALAH SATUNYA IALAH MENUTUP AURAT.
ORG LELAKI TUTUP ATAS PUSAT HINGGA LUTUT SAHAJA,MASIH SAH SOLAT.
JAGA WUDUK DAN DARI NAJIS.
PELUH BUKAN NAJIS DAN DEBU² JUGA BUKAN NAJIS TETAPLAH SOLAT.

ADAKAH HATI TELAH TERTUTUP ATAU HATI TELAH MATI KERANA LANGSUNG TAK RASA APA BILA DENGAR AZAN?
Kata Imam Al~Ghazali ini adalah hati yg sakit.
Kena masukkan antibiotik iman.
Antibiotik iman adalah zikir pada Allah.
Banyakkan selawat dan zikir utk segarkan kembali hati kita supaya hati tak sakit.

APAKAH JIKA SOLAT TAK LEPAS,AMALAN LAIN JUGA TAK LEPAS?
Menjadi sia² amalan lain jika kita tinggalkan solat.
JANGAN SIBUK NAK BUAT YG SUNAT TAPI TINGGALKAN YG WAJIB.
Sedekah banyak tapi tak solat.
Takut² di akhirat kita jadi golongan yg muflis.

MANA NAK LEBIH AFDAL SELEPAS SOLAT,ZIKIR DULU ATAU TERUS SOLAT QADA?
Terpulang pada keadaan.
Kalau di masjid zikir dan doa dulu.
Kalau di rumah boleh terus bangun solat qada.

SOLATLAH SEBELUM KITA DI SOLATKAN DAN WUDUKLAH SEBELUM KITA DIWUDUKKAN SEBELUM KITA KEMBALI PADA ALLAH.
JAGALAH SOLAT,INILAH YG BENAR² KITA JADI KHALIFAH ALLAH.
AMALKAN DOA NABI IBRAHIM MUDAH²AN HATI ISTIQAMAH MENJAGA DAN MENDIRIKAN SOLAT.

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

Monday, February 25, 2019

TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Annas&Ustaz Dr.Muhammad Lukman Ibrahim) *HADIS* *TAQWA&ISTIQAMAH DALAM BERSUNNAH*

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Annas&Ustaz Dr.Muhammad Lukman Ibrahim)
*HADIS*
*TAQWA&ISTIQAMAH DALAM BERSUNNAH*
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
26 Februari 2019 - Selasa

Taqwa dari sudut makna ialah mencegah,menjaga, menjauhi,takut pada Allah.
Takut pada makhluk,kita akan makin menjauh.
Takut pada Allah,kita akan semakin dekat.
Makin takut makin kita menunaikan perintah² Allah.
Kata Abu Hurairah taqwa ialah jalan yg penuh dgn paku dan kita berjalan dgn berhati~hati itulah taqwa.
INILAH NILAI YG ALLAH NAK DAN TENTUNYA ADA BALASAN YG BESAR DISISI ALLAH.
Berbaloi utk kita bertaqwa.
BERTAQWA IALAH IKUT YG ALLAH SURUH DAN TINGGAL APA YG ALLAH LARANG.
Istiqamah ialah tegak atau lurus.
Istiqamah juga ialah buat amalan secara berterusan.
Sesungguhnya dia yg mengatakan bahawa Tuhan kami adalah Allah,dia kena kekal istiqamah dan malaikat akan tolong dan gembiralah dgn syurga.

DALAM BANYAK² SUNNAH,SUNNAH MANA YG LEBIH UTAMA UTK KITA AMALKAN?
Sunnah yg paling besar ialah beriman pada Allah.
Beriman pada Allah dan berjalan atas agama Allah,inilah sunnah yg paling besar.
Agama ini perlu kita jaga.
Kita sembahyang tapi sejauh mana kita rasa sembahyang itu besar.
Inilah penting utk kita masukkan dalam jiwa kita.
SOLAT PERLU DIJAGA.
Jika kita jaga kedua~dua ini,In Shaa Allah kita boleh istiqamah.

KENAPA NASIHAT RASULULLAH BERBEZA~BEZA KEPADA SAHABAT²?
Nabi lihat pada situasi dan keperluan pada sahabat itu.
Jika Nabi nampak org itu garang,Nabi akan nasihat jangan marah.
Semua amalan adalah yg terbaik tapi Nabi nasihat mengikut keperluan seseorang.
DAN AMALAN YG PALING BAIK ADALAH ZIKIR PADA ALLAH.

APAKAH SIFAT TAQWA ITU KITA BOLEH MENGIKUT AMALAN² ULAMAK TERDAHULU?
Boleh mengikut ulamak terdahulu ulamak zaman Rasulullah.
Pandangan mazhab² semuanya betul mengikut dalil yg betul.
Org yg banyak sujud,tempat² sujud itu akan menjadi saksi di hari kiamat.
Mana² panduan dari ulamak In Shaa Allah ada kebaikan.

BUAT SOLAT TAHAJJUD 2 RAKAAT DGN SEMPURNA DAN SOLAT TAHAJJUD YG BANYAK TAPI TAK SEMPURNA,MANA YG LEBIH BAIK?
Buat solat 2 rakaat dgn sempurna adalah lebih baik daripada buat solat sunat banyak tapi tak sempurna dan tak beri manfaat.
Buatlah solat sunat yg paling sempurna walaupun sedikit.

BAGAIMANA CARA TERBAIK NAK ISTIQAMAH DIZAMAN TEKNOLOGI INI?
Ini adalah cabaran yg besar.
Ada yg gugur ditengah jalan.
Ada org yg buat maksiat dgn gajet.
Allah dan Rasulullah yg suruh kita istiqamah.
Org yg berkata Tuhan aku adalah Allah,dia mesti istiqamah.
Nabi yg maksum dan tak ada dosa menjadi contoh pada kita cth sembahyang sampai bengkak kaki.
Sembahyang Nabi separuh malam.
Aisyah kata kenapa kamu buat begini sedangkan dosa kamu sudah diampunkan?
Nabi kata apakah tak boleh aku bersyukur.
Nak istiqamah, khususkan masa tertentu.
Cth nak berzikir atau nak baca Al~Quran tetapkan masa.
Cth bila nak buat dhuha,tetapkan masa.
Jika niat nak baca yasin pada waktu pagi dan baca,In Shaa Allah akan istiqamah.
In Shaa Allah,kita boleh guna teknologi kepada kebaikan.
MARILAH KITA SAMA² URUS TEKNOLOGI.
TEKNOLOGI UTK DIURUS BUKAN UTK DIHAPUS.

APAKAH SUNNAH FIZIKAL BAGI LELAKI?
Sunnah bagi lelaki adalah solat.
Boleh main bola dan bila waktu sembahyang,tolong berhenti dan sembahyang.
Wahai org² beriman jangan kamu dilalaikan dgn harta dan anak pinak.
Kita tak dilarang utk bersama anak pinak tapi bila sampai waktu sembahyang terus sembahyang.
Menutup aurat juga adalah sunnah.

APAKAH MENYIMPAN RAMBUT PANJANG ITU SUNNAH?
Rambut Nabi mencecah bahu.
Rambut Nabi ditelinga dipotong sedikit.
Rambut pendek dan panjang itu adalah sunnah.
Tak boleh pertahankan sunnah berambut panjang ke sekolah kerana sekolah telah menetapkan berambut pendek.

APAKAH HUKUM MEWAJIBKAN PERKARA SUNNAH(cth puasa isnin khamis di sekolah)?
Jika pihak sekolah telah tetapkan,maka selesailah masalah itu.
Boleh berbincang jika anak tak mampu puasa.
Ini adalah sunnah utk mentarbiah anak² di sekolah.
Ini akan beri kebaikan yg besar.
Kalau anak² tak mampu nak ikut,ibubapa ada pilihan lain.

KITA MENGHADAPI HALANGAN DARI MANUSIA DAN IBLIS YG MEMPERLEKEHKAN SUNNAH KITA NAK BUAT DAN  MELEMAHKAN SEMANGAT KITA UTK TERUS AMALKAN SUNNAH,BAGAIMANA USTAZ?
Sahabat² Nabi,mereka adalah manusia biasa dan semua keadaan hidup mereka ada pada kita tapi tak menghalang mereka mentaati Allah dan Rasul.
JANGAN KAMU CAMPAK DIRI KAMU PADA KEBINASAAN.
Ketika turun perintah Allah mereka(sahabat² Nabi)taat.
Bila turun perintah haramkan arak,sahabat² Nabi pecahkan gudang arak.
Inilah kehebatan sahabat² Nabi taat pada perintah Allah.

ADAKAH KITA DAPAT PAHALA SUNNAH,JIKA MELAKUKAN SUNNAH TANPA NIAT?
Niat itu bukan la bermaksud sahaja aku niat mengikut sunnah, tak perlu berniat begini.
Tak perlu ada niat khusus.
Ketika kita tutup aurat itu dan terdetik dalam hati aku ikut cara Rasulullah,ini dah dikira sunnah.

APA HIKMAH DAN GANJARAN BAGI ORG YG SENTIASA ISTIQAMAH DALAM SUNNAH RASULULLAH?
Nabi sebut taqwa dalam hati.
Dalam tubuh manusia ada segumpal daging,jika baik baik belaka dan jika rosak,rosak belaka itulah hati.
KALAU HATI BAIK MESTI SEMBAHYANG,PUASA TAK RASUAH DLL.
Org yg sentiasa istiqamah,malaikat akan turun membantunya.
Akhirnya masuk syurga.
Mudah²an kita semua akan dapat kebaikan.

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

TAKTIK TERBARU SCAMMER SHOPEE -Tv Murah

TAKTIK TERBARU SCAMMER SHOPEE

1. Benda ni real. Sebab jadi kat aku sendiri. Nak jadikan cite aku memang tengah nak cari TV baru. Sekali ternampak plak iklan kat Shopee TV Haier 65" Smart Android - RM1499.17. Halfprice kot. Kat Giant harga dia RM2999.

2. Dengan penuh rasa excited aku pun terus beli walaupun aku tau seller ni baru create account 9days ago time tu, and takde lagi customer feedback or rating for the product. Aku pikir positif, maybe seller ni buat clearance stock. Sapa cepat dia dapat.

3. Esoknya tiba2, aku dapat whatsapp dari seller. Benda ni tak pelik lagi. Sebab mmg seller boleh dapat info phone number ngan email kita. Seller ni cakap, barang dah siap pack and ready to ship. But before that, dia nak verify aku dulu.

4. Dia cakap lepas ni aku akan dapat SMS verification code dari shopee, and i need to give him the code. DAMN. Macam real gila sebab aku memang dapat SMS dari shopee number 63360 tu. Of course la aku tak bagi, sebab sepanjang aku duk membeli belah kat shopee tak penah lagi la seller request macam ni.

5. Sebab dah ada transaction tolak dari credit card, aku terus request nak refund. Kalau kat shopee, dorang pakai system, selagi customer tak received barang untuk certain time, selagi tu dorang tak release payment kat seller. Kira kita ada masa untuk request refund/return kalau barang tak sampai atau rosak.

6. FYI, biasa kita dapat SMS verification code dari Shopee ni untuk request tukar password atau time kita first time login new browser. Kau bayangkan la kalau aku bagi verification code tu. Dia hijack account aku pastu click "order received", shopee release payment ke dia. Takpun dia amik details credit card kita ke.

7. Aku dah call shopee, apa action patut aku atau dorang buat kat seller macam ni. Sebab aku taknak orang lain terkena, especially first time user ke. Shopee suruh aku report (nanti aku ajar step) pastu nanti dorang take action. Aku terus report, tapi macam takde action apa, seller tu still wujud. Esoknya aku call lagi, baru dorang remove seller tu.

NEW UPDATE.

- Aku baru check kat shopee. Seller tu create account baru. Sebab aku ingat lagi lasti time dia pakai username "electronicplaza227". Ini yang baru dia pakai username "plazaelektronik227".

- Korang check la sendiri. Tapi jangan pi beli plak.

Sumber:

Sunday, February 24, 2019

TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Hilman&Ustaz Dr.Mohd.Farid Ravi Abdullah) *TAFSIR AL~QURAN* *SURAH AL~MAA'UUN*

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Hilman&Ustaz Dr.Mohd.Farid Ravi Abdullah)
*TAFSIR AL~QURAN*
*SURAH AL~MAA'UUN*
••••••••••••••••••••••••••••••••• 
25 feb 2019 - Isnin
 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

أَرَءَيۡتَ ٱلَّذِى يُكَذِّبُ بِٱلدِّينِ (١) فَذَٲلِكَ ٱلَّذِى يَدُعُّ ٱلۡيَتِيمَ (٢) وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلۡمِسۡكِينِ (٣) فَوَيۡلٌ۬ لِّلۡمُصَلِّينَ (٤) ٱلَّذِينَ هُمۡ عَن صَلَاتِہِمۡ سَاهُونَ (٥) ٱلَّذِينَ هُمۡ يُرَآءُونَ (٦) وَيَمۡنَعُونَ ٱلۡمَاعُونَ (٧)

Tahukah engkau orang yang mendustakan agama? (1) Itulah orang yang menindas anak yatim (2); Dan tidak menggalakkan memberi makan kepada orang miskin (3); Kecelakaan bagi orang-orang yang melakukan solat (4). Yang lalai dari solat mereka (5)Juga orang-orang yang riya'(6)Dan orang-orang yang enggan memberi pertolongan yg berhak mendapatnya(7)

Surah ini surah makiah(diturunkan di Mekah).

APA YG DIMAKSUDKAN ORG YG MENDUSTAKAN AGAMA?
Maa'uun ialah bantuan yg mampu kita bagi tapi kita tak bagi.
BARANG² YG MUDAH KITA NAK BERI PERTOLONGAN PUN KITA SUSAH NAK BERI PERTOLONGAN(cth jiran² nak pinjam barang yg ada pada rumah kita,kita susah nak bagi pinjam).
Jika barang yg mudah pun kita susah nak beri pinjam,jangan harap barang yg berat kita akan beri pinjam.
Yg mendustakan hari pembalasan adalah golongan kafir Qurish.
Apa sahaja seorang muslim yg buat kebaikan atau ibadat akan dibalas dgn pahala.
Org yg mendustakan agama ialah bukan sekadar meninggalkan anak yatim tapi mereka juga berlaku kasar dgn anak yatim.
Org yg berlaku kasar juga akan dibalas dgn berlaku kasar.
Yatim adalah anak² kematian ayah dari mula lahir hingga baligh(13-15 tahun bagi anak lelaki)
Bagi binatang pula bila mak mati,anak jadi yatim.
Yatim piatu ialah anak yg kematian ibubapa.
Dan satu golongan lain pula org yg mendustakan agama ialah org yg tak mengalakkan org lain utk beri pertolongan.
Dia punya sifat berkira~kira hingga org lain nak beri bantuan pun dia halang.
Miskin ialah org yg kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.
Fakir pula dia cari rezeki tapi tak cukup².
Lebih utama beri perhatian pada org fakir.
Kecelakalah pada org yg solat iaitu yg lalai daripada melakukan solat(melengah~lengahkan solat,tak berusaha nak betulkan solat)
Dan org yg mendustakan agama juga adalah org yg riak.

BOLEH USTAZ HURAIKAN APAKAH LAGI CIRI² ORG YG MENDUSTAKAN AGAMA?
Org yg mendustakan agama ialah org mengkasari atau menzalimi anak yatim.
Nabi kata aku dgn org yg jaga anak yatim seperti ini✌(rapat).
Tak boleh makan dan usik harta anak yatim.
Jgn jadi golongan yg menghalang org nak buat kebaikan.
Jgn jadi golongan org yg melalaikan solat.
Jgn ada sifat riak.
RIAK ADALAH BUAT AMALAN DEPAN ORG TAPI TAK BUAT AMALAN BILA TAK ADA ORG.

APAKAH SURAH INI AMARAN KERAS DARI ALLAH KEPADA GOLONGAN YG MENDUSTAKAN AGAMA?
Ya,betul.
Ini amaran keras dari Allah.
Surah ini melibatkan hak org lain dan hak Allah.
Solat ialah hak Allah.
Bila manusia abaikan hak Allah dan hak manusia maka tercabutlah agamanya.
Org yg mendustakan agama ialah org yg tak mengagongkan Allah,org yg tak terima qada qadar,tak menjaga hak org lain.

LALAI DALAM SOLAT,RIAK,MENZALIMI ANAK YATIM,KENAPA HARI INI MASIH BERLAKU?
Kita disuruh bantu anak² yatim.
Kadang² kita cari anak yatim yg jauh².
Padahal ada anak yatim yg dekat cth anak² saudara atau anak² jiran.
Surah ini diturunkan supaya kita tak ada sifat² tercela ini.
Kita boleh perbaiki solat kita.
Bila dengar sahaja azan terus solat kerana solat boleh beri kejayaan.
Solat  diberi kelonggaran hanya pada org yg tertidur dan terlupa.
Tertidur dan terlupa bukan selalu.
DGN ABAIKAN SOLAT AKAN TERJADILAH BANYAK MASALAH YG BERLAKU.
Org yg jaga solat,boleh jaga benda lain.
Jika solat boleh dilakukan dgn baik,kita akan boleh selesaikan banyak masalah.
Kerana jauhnya pada agama,hari ini anak lelaki dan anak perempuan dibunuh.

APAKAH DGN KITA TAK MENCARI ANAK YATIM UTK KITA BANTU BERMAKSUD KITA TELAH MENZALIMI ANAK YATIM?
Kita tak disuruh mencari anak yatim.
Tapi jika kita tahu dan anak yatim datang pada kita,kita wajib bantu.

APAKAH ORG YG SUKA MEMINTA~MINTA ITU ORG YG MENDUSTAKAN AGAMA?
Meminta~minta ini macam² cth meminta~minta bantuan,meminta~minta jawatan dll.
Jika org minta kalau kita nak bagi,kita bagi.
Jika kita tak nak bagi,kita jangan mengherdik dia.
Org yg meminta~minta tak boleh kita ketogarikan org yg mendustakan agama.

APAKAH ADA RIAK DALAM SOLAT?
Bila org tengok dia solat,dia akan melamakan solat,inilah riak.
Tapi bila tak ada org tengok,dia akan cepatkan solat.
Dalam solat ada org dapat 10,9 dan ada yg tak dapat apa² pahala kerana mungkin dia ada riak dalam solat.

APAKAH ORG YG TUNJUK HARTA INI,ORG YG MENDUSTAKAN AGAMA?
Tunjuk² harta hukumnya adalah haram.
Perbuatan ini akan menyebabkan fakir miskin akan rasa terhina melihat kekayaan org.
Harta yg kita ada bukan utk ditunjuk~tunjuk tapi utk kita syukuri dgn membantu org lain.
Dalam rezeki kita ada rezeki org lain.
WALAUPUN KITA ADA BANYAK ILMU ATAU HARTA,KITA MESTI ADA RASA RENDAH DIRI KERANA KITA ADALAH HAMBA.
Inilah yg berlaku pada zaman ini yg menunjuk~nunjuk harta dilaman sosial.

APAKAH ORG YG TAK FAHAM APA YG DIBACA DALAM SOLAT ITU ORG YG LALAI DALAM SOLAT?
Org yg lalai ialah membiarkan waktu solat berlalu hingga waktu solat habis.
Perbuatan ini akan menjadikan amalan lain habis.
Sesiapa yg meninggalkan solat asar akan terhapus semua amalannya pada hari itu.
Amalan lain adalah jantung bagi jasad.
Jika jantung kita baik maka baiklah seluruh jasad.
Begitulah jika solat kita baik maka selesailah segala masalah.
Faham bacaan dalam solat akan mengelakkan kita lalai.
Bila kita tak faham apa yg kita baca akan boleh jadi kita termasuk org yg lalai dalam solat.

KECELAKAAN PADA ORG YG ADA IBUBAPA TAPI TAK MENYEBABKANNYA MASUK SYURGA.
KECELAKAAN PADA ORG YG BOLEH BERSEDEKAH TAPI DIA TAK MAHU BERSEDEKAH.
KECELAKAAN ORG YG MELALAIKAN SOLAT(melewat~lewatkan solat).
SEBAIK~BAIK AMALAN ADA SOLAT DIAWAL WAKTU.
REBUTLAH SOLAT DIAWAL WAKTU.
MALAIKAT AKAN TUNGGU MEREKA YG SOLAT ASAR DIAWAL WAKTU.
PERBAIKILAH SOLAT DAN SOLATLAH DIAWAL WAKTU.

ORG YG BERI PERTOLONGAN KERANA TERPAKSA,APAKAH INI GOLONGAN YG MENDUSTAKAN AGAMA?
Tidak.
Dah alang² bagi,ikhlaskanlah sahaja la.
Mula² mungkin nampak macam tak ikhlas,lama² akan ikhlas.
Kalau tak boleh menangis ketika baca Al~Quran buat²lah menangis,lama² akan menangis.
Barangkali yg memberi itu belum nampak lagi hikmah memberi.
Org yg memberi akan nampak berkurangnya harta disisinya tapi sebenarnya bertambah di akhirat.

BAGAIMANA CARA TERBAIK MENSYUKURI NIKMAT YG ALLAH BERI INI?
Harta yg baik adalah harta yg berada ditangan org yg baik².
Kalau kita org baik harta yg kita ada ini kita akan salurkan pada ibubapa,adik beradik dll.

PAHALA BERINFAK JAUH LEBIH BAIK DARI AMALAN² LAIN.
ORG YG BERINFAK RM1 BOLEH JADI RM70.
DAN ALLAH BOLEH BERI LEBIH LAGI.
ORG KAYA YG BERSYUKUR LEBIH DISAYANGI OLEH ALLAH DARIPADA ORG MISKIN YG BERSABAR KERANA ORG KAYA YG BERSYUKUR DAPAT BERI MANFAAT PADA ORG LAIN(ada harta banyak dan bersedekah) DAN ORG MISKIN YG BERSABAR,SABARNYA HANYA UTK DIRI SENDIRI SAHAJA.

KADANG² MANUSIA LUPA BILA DIA SENANG DAN BILA SUSAH BARU INGAT ALLAH.
KITA TAK BOLEH LUPAKAN ALLAH.
KATA IMAM AL~GHAZALI SYUKURILAH NIKMAT YG ALLAH BERI INI DGN KITA GUNAKAN DIJALAN ALLAH.

JAGA ANAK YATIM,USAP KEPALA ANAK YATIM.
ORG YG BERSAMA ANAK YATIM AKAN BERSAMA DGN RASULULLAH SEPERTI INI✌(sangat rapat).
JAGALAH SOLAT DIAWAL WAKTU.
BANTU ORG YG SUSAH DAN BERI MAKAN.
MUDAH²AN KITA JADI MASYARAKAT YG BOLEH BERI MANFAAT.

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

Saturday, February 23, 2019

TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Aiman&Ustaz Mohd.Elyas Ismail) *SIRAH* *CABARAN&KAUM YG MENENTANG*

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Aiman&Ustaz Mohd.Elyas Ismail)
*SIRAH*
*CABARAN&KAUM YG MENENTANG*
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
24 feb 2019 - ahad

Hidup pasti ada ujian dan bumi mana tak ditimpa hujan.
Kalau manusia biasa ada ujian,Nabi lebih lagi ujiannya.
Tiap² Nabi ada musuh.
Musuhnya ialah org² yg berdekatan.
Ujiannya juga dari darah daging sendiri.
BILA KITA DITIMPA UJIAN,KEMBALILAH KEPADA SIRAH² NABI.
UJIAN YG KITA LALUI HARI INI LEBIH KURANG UJIAN NABI JUGA.
AL~QURAN TURUN BERANSUR~ANSUR UTK BERI SEMANGAT PADA NABI DAN PADA KITA SEMUA.

Nabi berdakwah secara rahsia dan terang²an.
Nabi laksanakan dakwah secara tersusun.
Allah dan Nabi nak tunjukkan pada kita nak berjaya mesti ada sistem.
Nabi berdakwah,dakwah secara tertutup pada kaum terdekat terlebih dulu.
KITA JUGA NAK SERU PADA KEBAIKAN,SERULAH PADA DIRI SENDIRI DAN PADA KELUARGA TERLEBIH DULU.
Dan Allah juga suruh Nabi berdakwah secara terang~terangan.

Nabi berdakwah secara rahsia selama 3tahun.
Selepas itu Allah suruh Nabi berdakwah secara terang²an.
Dan Nabi naik dibukit dgn memanggil semua org.
Dalam ramai²,Abu Lahab sangat marah.
Abu Lahab,celakakan Nabi.
Lahab adalah percikan bunga api.
Abu Lahab seorang yg handsome.
Isterinya Umu Jamil juga seorang yg sangat cantik.
KALAU MUKA CANTIK TAPI HATI TAK ADA HIDAYAH,TAK ADA GUNA.

BAGAIMANA NAK MENANGANI KAUM YG MENENTANG?
Disebalik cabaran dakwah Nabi ada 3 point utama:
1)Zahirkan sifat kehambanya(kalau dalam hidup ada ujian,ingat kita adalah hamba dan makin dekatkan diri pada Allah)
2)Dakwah adalah tanggungjawab.
3)Nak melihat sejauh mana keikhlasan berdakwah.
Ada org  berdakwah kerana duit,nak terkenal dan ada yg cepat rapuh.

PENGALAMAN USTAZ BERHADAPAN DALAM SITUASI DI SEKOLAH KETIKA BERDAKWAH, ADA SEORANG CIKGU KATA USTAZ CERAMAH BAGUS TAPI ADA 12 KESALAHAN.
Inilah dakwah.
Org bukan mencatat apa yg kita cakap tapi mencatat apa yg kesalahan pendakwah.

MENDIDIK ANAK BUKAN MUDAH PADA HARI INI,BAGAIMANA NAK HADAPI CABARAN MENDIDIK KELUARGA?
Kita tak boleh nak ubah org.
Nabi juga tak boleh nak ubah org.
Yg beri haidayah ialah Allah.
Hidayah milik Allah.
Peranan sampaikan dakwah milik kita.
JGN SEDIH KALAU ORG TAK BERUBAH SEPERTI YG KITA NAK KERANA KITA PUN TAK BOLEH NAK UBAH DIRI KITA SEPERTI YG KITA NAK.
Walau anak perangai syaitan,jgn panggil dgn nama² bintang.
PANGGIL ANAK DGN KASIH SAYANG.
Jgn didik anak menipu.
Jgn biarkan anak meniru budaya negetif diluar.
Jgn biarkan anak mencarut atau bercakap yg kesat.

PASAL APA DAKWAH NABI DAPAT TENTANGAN DARI KAUM KERABAT TERDEKAT DAN NABI TAK BALAS DENDAM KETIKA NABI KEMBALI KE MEKAH?
Dakwah Nabi ditentang hebat kerana dakwah Nabi telah menganggu gugat periuk² nasi org kafir Qurish cth Nabi tak beri sembah berhala,jadi dia tak dapat lagi nak jual patung² berhala.
Zaman sekarang juga berlaku sanggup berbunuh cth sanggup sihir hingga mati.
Ketika Nabi sedang solat,datang pembesar Qurish guna serbannya cekik Nabi.
Abu Bakar tolak pembesar Qurish.
Dan ada ketika Nabi solat depan kaabah,datang lagi pembesar Qurish bawa uri unta yg busuk dan lempar atas Nabi.
Nabi tak angkat kepala dan Fatimah datang angkat alihkan uri unta yg busuk itu.

NABI KENA MACAM² KETIKA SEMBAHYANG.
INGATLAH TENANGNYA KITA SUJUD HARI INI ADALAH KERANA JASA RASULULLAH.
JIKA ADA SELAWAT DIALUNKAN,BERSELAWATLAH PADA NABI TANDA CINTA PADA NABI.
KETIKA NABI JALAN DI LORONG² DI MEKAH,ORG DATANG TABUR DEBU ATAS KEPALA NABI.
NABI PULANG DALAM KEADAAN BERDEBU.
ANAK² NABI BERSIHKAN DEBU SAMBIL MENANGIS.
NABI TAK MARAH LANGSUNG.
NABI BERDAKWAH KERANA ALLAH SEBAB ITU NABI TAK MARAH.
NABI KATA JANGAN MENANGIS ANAKKU KERANA ALLAH AKAN MEMELIHARA AYAHMU.
HIDUP INI BILA KITA SANDARKAN PADA ALLAH,SEMUANYA AKAN SELESAI.

ORG² TERDAHULU DIGERGAJI KEPALA TAPI TETAP UTUH PADA AGAMANYA.

DAKWAH TERDIRI ATAS 3 KEKUATAN:
1)Makrifat kepada Allah(yakin pada Allah)
2)Pembaikan jiwa.
3)Kasih sayang sesama makhluk.
ORG YG BERDAKWAH TAHU TANDA² UJIAN DARI ALLAH.
Org yg dalam usaha sampaikan dakwah dia juga sedang membersihkan jiwanya.
Ibarat lepas makan basuh pinggan.
Dalam berdakwah jangan menghukum,jangan membenci.
AKU BUKAN FIRAUN DAN ENGKAU BUKAN MUSA.

KENAPA NABI TOLAK MALAIKAT UTK HANCURKAN ORG² DI TAIF?
Nabi berdakwah di Taif.
Di Taif ramai saudara² susuan Nabi.
Nabi berjalan kaki ke Taif dan perjalanan Nabi dalam bahaya.
Belum sampai ke Taif org² sudah beritahu, jangan ikut Nabi.
Mereka baling batu pada kaki Nabi.
Berlumuran darah kaki Nabi.
Nabi mengadu pada Allah.
Nabi mengadu Nabi lemah.
Jika dakwah kita tak berjaya,jangan salahkan org itu.
SALAHKAN DIRI SENDIRI.
Nabi cepat salahkan diri sendiri.
Nabi mengadu pada Allah dan datang malaikat penjaga gunung nak menghempat org² yg berada di Taif.
Nabi kata tak payah buat itu semua.
Nabi kata kelak akan lahir dari penduduk Taif ini org² yg beriman.
Kalau ada dikalangan kita yg belum dapat hidayah amalkan doa ini.
YA ALLAH BERILAH HIDAYAH PADA KAUMKU INI KERANA MEREKA SEMUA TAK TAHU.

Setelah Nabi berlumuran darah,Nabi berehat sekejap dikebun Ukbah dan Syaibah yg tak beriman pada Allah.
Allah campakkan kedalam hati Ukbah dan Syaibah perasaan kesian pada Nabi.
INILAH ALLAH PUNYA KUASA.
Bila dia kesian,dia suruh pembantu beri makanan.
Nabi terima makanan dan bila nak makan Nabi ucap Bismillah.
Adas(pembantu) tak pernah dengar ucapan Bismillah.
Dan Adas yakin Nabi adalah Nabi terakhir dan akhirnya dia masuk islam.
Sirah ini nak beritahu pada kita,dalam keletihan Nabi,Allah hiburkan hati Nabi dgn Adas yg masuk islam.
ALLAH  KATA,KATAKANLAH WAHAI MUHAMMAD APA SAHAJA MUSIBAH YG MENIMPA ADA KEBAIKAN DALAM MUSIBAH ITU(ada org memeluk agama islam).

KENAPA NABI TAK MELAWAN MALAHAN BERBUAT BAIK?
Ini kerana sifat² Nabi iaitu yakin pada Allah,mengaku akan kelemahan diri sendiri dan Nabi berkasih sayang sesama makhluk.

APAKAH YG PALING MENCABAR?
Paling mencabar ialah dari puak² Qurish, saudara² terdekat.
JANGAN MAKI ORG(panggil org bodoh),ORG YG MAKI ORG ADALAH TANDA ORG YG TAK BERIMAN.
Abu Jahal bunuh Sumayyah dgn zalim, kejam dan menghinakan.
Kerana perbuatan itulah Abu Jahal digelar bapak bodoh.

BAGAIMANA NAK TANGANI DAKWAH PADA ZAMAN INI?
Adakah manusia mengira dia mengaku berimam tanpa diuji.
Ujian hidup,semakin dewasa semakin berat.
Nabi lalui dakwah dgn titisan darah dan air mata.
Jika lemah bacalah Al~Quran dan baca sirah² Nabi.

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

Friday, February 22, 2019

TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Annas&Ustaz Esa Deraman) *MUNAKAHAT* *MENANGANI USIA REMAJA*

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Annas&Ustaz Esa Deraman)
*MUNAKAHAT*
*MENANGANI USIA REMAJA*
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
15 Feb 2019

Usia remeja adalah usia mencari identiti diri,ego dll.
Pada usia ini remaja akan melihat manusia sekeliling.
Mereka akan mengikut kelakuan keluarga,rakan dan masyarakat.
Perkara² inilah yg membentuk usia remeja.
Wahai org² beriman taatlah perintah Allah dan ajar anak² ikut perintah Allah dan menjauhi larang Allah.
Tidak ada satu perkara yg baik yg dapat diberikan oleh ayah pada anak kecuali akhlak yg baik.
Anak adalah AMANAH.
Ajarkan anak Al~Quran,sunnah,sifat org² soleh.
Ibu ayah perlu ada ilmu kisah² org soleh.
Cerita² org soleh akan membentuk peribadi anak² utk mengikutinya.

JGN BIAR ANAK² BERSENDIRIAN,JGN TERLALU MENYEKAT.

MENGAPA JIWA REMAJA MASA KINI SUKA MEMBERONTAK DAN SUKA CUBA BENDA YG BARU?
Kita mesti kenali apa faktor yg menjadikan anak memberontak.
Mungkin faktor dari ibubapa yg menegur anak hingga mengaibkan.
Ini yg boleh jadi anak memberontak.
Ada remaja mencuri motor,mungkin ini kerana anak pernah minta pada ibubapa tapi ibubapa tak layan.
Ajar diri sendiri kebaikan dan ajar anak² kebaikan.
Kadang² ibubapa hanya tanya anak² dah makan belum.
AYAH MESTI MENGETAHUI PERKEMBANGAN ANAK².

KITA DISARANKAN MENDIDIK ANAK² DGN ZAMAN MEREKA.MOHON PENJELASAN USTAZ.
Jgn paksa anak ikut zaman ibubapa.
Didik anak² ikut zaman Nabi(ikut akhlak yg baik).
Didik anak² ikut zaman ini dgn perkara² positif.
Sebaik~baik kurun adalah kurun Nabi.
Zaman ini zaman yg ada prinsip dan zaman membina tamaddun.
Zaman ini zaman permurah,penyayang.
MARI DIDIK ANAK² KENAL ALLAH DAN KENAL RASULULLAH.

MENGAPA KETIKA REMAJA NABI TAK IKUT REMAJA QURISH?
Sesungguhnya pada diri Nabi adalah contoh yg baik.
Mencontohi akhlak Nabi seperti kita sedang berzikir.
Nabi duduk dalam keluarga yg susah dan cenderung kepada kebaikan.
Nabi melakukan perkara yg manfaat utk org lain.
Nabi tak buat perkara mungkar.
Allah pelihara Nabi.
Nabi tak terpengaruh pada perkara yg tak baik.
Apa yg dilalui oleh Nabi dgn mendidik para sahabat,ibubapa boleh didik anak² ikut cara Nabi didik para sahabat.

APAKAH ASAS YG PERLU AGAR MENGHINDARI DARI GEJALA SOSIAL(cth buang bayi)?
Islam beri pendidikan dari awal lagi ketika anak dilahirkan cth azankan anak ditelinga kanan.
Didik adab pada anak².
Ibu ayah mesti ada keikhlasan,taqwa,kelembutan,ilmu dan rasa tanggungjawab ketika mendidik anak².
Ajar anak² baca Al~Quran dan hadis² Nabi yg sesuai mengikut keperluan anak².
Ajar anak adab ketika makan.
Ibu ayah jadikan contoh.
Jangan terus dipukul jika anak buat salah.
Perlu tunjuk sifat kasih sayang.
Beri cerita² yg baik pada anak²(cerita² org soleh terdahulu).
GURU PERTAMA MESTI IBUBAPANYA.
Ibu ayah mesti jadi contoh pada anak² supaya anak tak ikut yg tak baik dari org lain.

IBU AYAH PERLU TAHU SIAPA KAWAN ANAK².
ANAK MUDAH TERPENGARUH PADA KAWAN².
BELUM TERLAMBAT JIKA ANAK DAH TERSASAR.

BAGAIMANA NAK DIDIK ANAK REMAJA YG TERKESAN AKIBAT PERCERAIAN?
Perceraian akan jadi satu bebanan pada pasangan dan pada anak².
Ada juga perceraian yg baik supaya anak² tak melihat ibubapa bergaduh setiap hari.
Perceraian juga akan jadi anak songsang.
Ayah masih ada tanggungjawab pada anak² walaupun dah bercerai.
Ibu ayah perlu memahami tanggungjawab pada anak² supaya anak² tak terpisah dgn ibu ayah.
AYAH DAN IBU TAK BOLEH MENGHALANG ANAK² NAK BERJUMPA IBU ATAU AYAH.
Walaupun tak sebumbung perlu didik sama².
Jgn meracuni anak² supaya membenci ayah atau ibu.
WALAUPUN DAH BERCERAI JANGAN LUPA KEBAIKAN PASANGAN YG PERNAH DIBUAT OLEH PASANGAN.

AJAR ANAK² BILA KAMU JAGA ALLAH,ALLAH AKAN JAGA KAMU.
JIKA NAK MINTA TOLONG,MINTA TOLONG DGN ALLAH.
JIKA ADA ORG BERHIMPUN UTK MEMUDARATKAN KAMU, MEREKA TAK BOLEH MEMUDARATKAN KAMU MELAINKAN DGN KETENTUAN ALLAH.
NAK MINTA,MINTA DGN ALLAH.
ALLAH YG MEMBERI.
MINTA PADA ALLAH WALAUPUN PERKARA KECIL SEKALI PUN.
NABI SURUH KITA BANYAKKAN UCAPAN
 لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ اِلا بِا للهِ الْعَلَيِ الْعَظَيْمِ
KERANA SEGALA KEKUATAN DATANG DARI ALLAH.

KENAKALAN YG DIBUAT OLEH REMAJA,APAKAH BOLEH DIMAAFKAN ATAU DIHUKUM?
Memukul bukan satu pendidikan awal utk anak².
Ibu ayah tak boleh didik anak² dgn cara memukul seperti ibu ayah dulu.
Nabi ajar ibu ayah bermain dgn anak² ketika kecil dan pukul pada usia 10tahun.
Jika ibu ayah pukul anak² pada usia 10tahun,anak² dah boleh berfikir kenapa ibu ayahnya pukul dia,mungkin kerana anak² tak sembahyang.
Ada negara yg tak benarkan memukul anak² tapi islam tak begitu kerana jika tak dipukul anak² akan pijak kepala ibu ayah.
Tak boleh pukul muka kerana muka adalah maruah.
Tak boleh pukul anak² depan org lain.
Jangan pukul jika dia tak berubah.
JIKA ANAK MASIH TAK BERUBAH,IBU AYAH BOLEH BUAT SOLAT HAJAT DUA RAKAAT MINTA HIDAYAH.

BAGAIMANA NAK DIDIK ANAK REMAJA YG MENJAGA MARUAH DIRI DAN CINTA?
Menjadi fitrah manusia ingin dicintai dan mencintai.
Pada usia ini cinta² mesti dipandu.
Ajar anak jangan berdua~duaan.
Ajar anak² supaya tak bergaul bebas.
Ajar cinta yg sebenar.
Cinta pada Allah,pada Rasul,cinta ibubapa.
BILA DAH AJAR CINTA PADA ALLAH,ANAK NAK BUAT ZINA ANAK AKAN TAHU,ZINA INI DOSA.
Beritahu pada anak² aspek² negatif dan positif.
Kita mesti ada waktu bersama keluarga dan bersama Allah.
Jika kita gagal urus masa,anak² akan tergelincir.
Ibu ayah perlu pandu.
Jika ibu ayah tak boleh didik anak² ibu ayah boleh bawa anak² ke majlis ilmu supaya anak² akan dengar dari org lain yg mengajar.
JGN BIARKAN ANAK² BERCINTA KERANA INI SEPERTI KANSER.

IBU AYAH PERLU BIMBING ANAK² DALAM PERKARA SEXSUAL SUPAYA ANAK² TAK DAPAT ILMU SEXSUAL DARI CARA YG SALAH.
AJAR ANAK² BILA DAH DATANG HAID,ANAK² WAJIB SOLAT DAN TUTUP AURAT.
JANGAN BIARKAN ANAK² BELAJAR SEXSUAL DARI KAWAN² KERANA ANAK² AKAN MENCUBA.
TAPI BILA IBU AYAH YG AJAR ANAK² SEXSUAL,ANAK² AKAN ADA PERASAAN MALU.

SUPAYA ANAK TAK DERHAKA:
PILIH IBU YG BAIK SEBELUM BERKAHWIN.
BERI NAMA YG BAIK.
AJAR ANAK AL~QURAN.
BILA ANAK² DEGIL ATAU NAKAL,IBU AYAH KENA BANYAK ISTIGHFAR KERANA IBU AYAH TAK MENDIDIK DGN BAIK.
IBU AYAH PERLU SALAHKAN DIRI IBU AYAH SENDIRI TERLEBIH DULU KERANA IBU AYAH DULU YG PEGANG ANAK² SEJAK ANAK² LAHIR.

BAGAIMANA NAK DIDIK ANAK² YG BERJAUHAN?
Ibu ayah diberi kekuatan doa.
Ya Allah,jadikan isteri kami dan anak² kami penyejuk hati dan jauhkan dari perkara mungkar.
Jika anak kita jauh di asrama,senjata kita adalah doa.
Ibu ayah boleh jumpa guru dan tanya apa yg boleh ibu ayah bantu.
Jangan serahkan pendidikan hanya pada guru².
Ramai ibu ayah salahkan guru² ini yg akan merosakkan pendidikan.
Ajar anak² hormat dan memuliakan guru.
SEKOLAH TEMPAT BINA OTAK,RUMAH TEMPAT BINA WATAK.

MANUSIA ADA 4 FASA USIA:
Kanak² dari lahir-14 tahun.
Remaja 15-40
41-51
Tua 51-ke atas.
ANAK² BOLEH DIBENTUK.
IBU AYAH YG MENJADIKAN ANAK² MAJUSI,MASRANI ATAU YAHUDI.
KITA SEMUA AKAN DITANYA OLEH ALLAH.
FATIMAH DAH BERKAHWIN DGN ALI.
NABI AKAN KEJUT FATIMAH DAN NABI KATA FATIMAH BERIBADATLAH KERANA AYAH TAK AKAN BOLEH TOLONG KAMU.
INI MENUNJUKKAN PADA KITA WALAUPUN ANAK DAH BERKAHWIN,IBU AYAH MASIH BERTANGGUNGJAWAB INGATKAN ANAK².

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Hadhari&Ustaz Dr.Mohd.Sukki Othman) *AKIDAH* *SIFAT 20(Bhg 1)*

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Hadhari&Ustaz Dr.Mohd.Sukki Othman)
*AKIDAH*
*SIFAT 20(Bhg 1)*
•••••••••••••••••••••••••
15 Feb 2019

Antara yg wajib bagi Tuhan adalah 20 sifat.
Ini adalah sebahagian dari sifat² Allah.
Ini tak bermakna sifat Allah hanya 20.
Sifat Allah tak terbilang dan hanya Allah yg maha mengetahui.
AWAL YG WAJIB BAGI ORG MUSLIM ADALAH MENGENAL ALLAH.
AWAL AGAMA IALAH KENAL ALLAH UTK KITA MENGABADIKAN DIRI PADA ALLAH.

KAEDAH NAK KENAL ALLAH DGN MEMPERLAJARI SIFAT 20.
INI BUKAN DIREKA CIPTA.
Ini adalah dari sumber Al~Quran dan sunnah.
Kita tak akan sesat jika kita berpegang pada Al~Quran dan sunnah.

SIFAT 20:
1)Wujud..Ada zatnya.
Kewujudan bukan disebabkan sesuatu.
Wujud manusia dan Allah tak sama.
2)Qidam...Yg sedia ada.
Tak ada permulaan.
Memang sedia ada.
Allah tak ada permulaan dan kesudahan.
3)Baqo..Kekal
Tidak ada pengakhiran.
4)Mukhalafatuhu lil hawadits...Tak sama dgn sesiapa.
KITA TAK BOLEH SAMAKAN ALLAH DGN MAHLKUK.
5)Qiamuhu Binafsihi..Berdiri dgn sendirinya.
Allah tak memerlukan atau berhajat pada sesuatu.
PERGANTUNGAN KITA PADA ALLAH MESTI KUAT DAN KUKUH.
6)Wahdaniyah..Esa
Allah bersifat esa.

BOLEHKAH ALLAH DIKENALI TANPA SIFAT 20?
Org Arab Badwi mengenal Allah dgn cara melihat kejadian alam dan dari akal mereka.
SIFAT 20 ADALAH CARA TERBAIK MENGENAL ALLAH.

ADAKAH SIFAT 20 INI WAJIB DIPELAJARI KEPADA SEMUA ORG ISLAM DAN DARI MANA ASAL SIFAT 20?
Sifat 20 utk kenal Allah.
Jika tak belajar kita tak akan kenal Allah.
Wajib belajar utk mengenal Allah.
Sifat 20 berasal dari Al~Quran dan sunnah serta disusun oleh para ulamak utk kita kenal.
Sifat Allah tak terkira tapi yg wajib kita belajar ada 20.

JIKA TAK KENAL BAB AKIDAH DIA AKAN SYIRIK PADA ALLAH DAN RASA BANGGA DGN MERASAKAN APA SAHAJA YG DIA BUAT ADALAH ATAS KUDRAT DIA.
SEDANGKAN APA SAHAJA YG DIA BUAT ADALAH DGN IZIN ALLAH.
ORG YG KENAL ALLAH AKAN RASA TAWADDUK RENDAH DIRI PADA ALLAH.

BAGAIMANA NAK MENGIMANI SIFAT 20 MELALUI LISAN DAN PERBUATAN?
Setiap pembelajaran mesti dihayati.
Nak kenal sifat 20 tak boleh hanya dihafal tapi perlu faham dan menghayati.
Kita kena rasa kewujudan Allah dimana sahaja kita berada.
Kita kena rasa ada CCTV Allah.
Apa juga kita nak buat kita tahu Allah melihat kita.
BILA KITA BELAJAR SIFAT 20 KITA MERASAI ALLAH MELIHAT SEGALA PERBUATAN KITA.

JANGAN JADI SEPERTI BURUNG KAKAKTUA YG HANYA MENGHAFAL TAPI TAK MENGHAYATI DAN TAK FAHAM.

Kita tak boleh samakan sifat Allah dgn makhluk.
Allah bersifat kesempurnaan.
Sifat makhluk tak ada yg sempurna.
MANUSIA JANGAN MENDABIK DADA MENGATAKAN DIA HEBAT.
KITA MANUSIA BERSIFAT KEKURANGAN.

APAKAH PENYUSUNAN ILMU SIFAT 20 INI BIDAAH?
Tidak.
Penyusunan sifat 20 ini utk kita mengenal Allah.
Susunan ini tak menyalahi dan tak bercanggah dgn Al~Quran.
Susunan ini boleh bawa kepada kebaikan.

KATA IMAM AL~BANA BIDAAH ITU ADA 2:
1)Bidaah yg wajib diperangi(bercanggah dgn Al~Quran dan sunnah,ubah hukum Allah)
2)Bidaah yg ulamak khilaf(cth amalkan zikir 100kali pagi dan petang,angka² tersebut tak dinyatakan oleh Nabi tapi boleh diamalkan kerana tak bercanggah dgn Al~Quran dan sunnah)

BOLEHKAH ADA ORG CAKAP "AKU MAKAN PANADOL AKU JADI SIHAT",APAKAH INI KERANA TAK BELAJAR SIHAT 20?
Allah ciptakan sesuatu ada sebab²nya.
Kita tak boleh mengatakan ubat itu yg membaikkan aku.
ORG YG TAK KENAL ALLAH DAN TAK BERIMAN PADA ALLAH AKAN BERKATA SEPERTI ITU.
Ada juga org makan ubat yg sama tapi tak sembuh² ini kerana ada org yg Allah izinkan sembuh dan ada org yg Allah tak izin sembuhkan.
Peranan doktor utk berdakwah boleh digunakan ketika beri pesakit ubat dan boleh bercakap pada pesakit sebelum makan baca Bismillah dan selawat yg menyembuhkan adalah Allah bukan ubat.

JIKA KITA KEMATIAN SESEORANG,BOLEHKAH KITA KATA "KITA SEMUA TAK KEKAL YG KEKAL HANYA ALLAH"?
Ya,yg kekal hanya Allah.
Dgn cara ini kita akan lebih terima takdir dari Allah.
Inilah tanda pergantungan kita hanya pada Allah.

APAKAH KAITAN SIFAT 20 DGN SIFAT ALAM?
Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam.
Alam ialah sesuatu yg dicipta oleh Allah.
Tengok alam adalah cara kita mengenali Allah.
Kita akan merasai kebesaran Allah yg menjadikan Alam ini.
BILA KITA TENGOK ALAM KITA JANGAN HANYA MELIHAT CANTIKNYA ALAM TAPI KITA JUGA MESTI MERASAI KEBESARAN ALLAH YG MENCIPTAKAN ALAM.
Nikmat yg paling besar di akhirat ialah wajah org beriman yg berseri~seri kerana dapat melihat Allah.

KENAPA PENTING UTK KENAL ALLAH?
Mengenal Allah adalah perkara yg wajib.
Kesannya besar dalam hidup kita.
Ramai org strees hingga sanggup bunuh diri ini kerana org ini tak kenal Alllah.
Dia dapat musibah cth pada umur 40 tahun tapi dia lupa nikmat yg Allah beri selama 39 tahun.
ORG YG KENAL ALLAH AKAN JADI MANUSIA YG TAK PUTUS ASA.
Jika kita yakin dan bergantung pada Allah,kita tak akan strees yg melampau.
Yg beri ketenangan pada kita adalah Allah.
ADA DUIT BANYAK MANA PUN,KITA TAK BOLEH BELI KETENANGAN.
Ketenangan adalah milik Allah.
Inilah yg jadi manusia hari ini ramai jadi serabut kerana tak kenal Allah.

BAGAIMANA NAK AJAR ANAK² KECIL MENGENAI SIFAT 20?
Wajib terapkan pada anak² sejak kecil tentang sifat 20.
Kita selalu ibadat dan kita lupa ibadat itu utk siapa.
Kita mesti ajar  pada anak² kita solat itu utk Allah.
Beritahu anak² yg beri rezeki adalah Allah.
Dan ajar anak ucap Alhamdulillah.
ULAMAK SELALU TERAPKAN PADA ANAK²,ALLAH MELIHATKU,ALLAH BERSAMAKU.

BAGAIMANA ADA ULAMAK YG BERSELISIH PENDAPAT DAN KHILAF TENTANG SIFAT 20 INI?
Khilaf yg berlaku adalah khilaf cara pandangan.
Tak ada khilaf dgn perkara² wajib.
TAK BOLEH SAMAKAN ALLAH DGN MAKHLUK.
Perbezaan pandangan itu perkara biasa.
Tak boleh bercanggah dgn perkara Al~Quran dan sunnah.

ADAKAH DGN KENAL ALLAH MAMPU BERDEPAN DGN CABARAN MASA KINI?
Dunia memang tempat ujian.
Dunia ibarat medan pertempuran.
Bila kita tahu,dunia ini ujian dari Allah kita tak akan berputus asa dan redha.
Kita akan cool dan stedy.
NABI PUJI ORG BERIMAN.
APA SAHAJA YG  BERLAKU PADA DIA SEMUANYA BAIK.
BILA DAPAT NIKMAT DIA BERSYUKUR DAN DAN BILA DITIMPA MUSIBAH DIA AKAN BERSABAR.

KITA SERING MELAKUKAN KESILAPAN,BAGAIMANA DGN SIFAT 20 INI BOLEH AJARKAN KITA?
Yg sempurna hanya Allah.
Kita tak sempurna.
SETIAP ANAK ADAM MELAKUKAN KESILAPAN DAN SEBAIK~BAIK ORG YG MELAKUKAN KESILAPAN ADALAH ORG YG BERTAUBAT.
Jika kita faham, kita akan cepat perbaiki dan bersangka baik dgn Allah.
YG LEPAS BIAR LEPAS,BIARKAN BERLALU.
Jgn berkata KALAU bila dah terjadi sesuatu kerana syaitan akan menyesatkan manusia bila berkata KALAU.
ALLAH SENTIASA ADA DEKAT DGN KITA DAN SENTIASA MENGAMPUNKAN KITA.

BOLEHKAH HANYA DUDUK DI MASJID BERZIKIR SAHAJA TUNGGU ALLAH BERI REZEKI TANPA BERUSAHA?
Ini akidah yg sesat.
Akidah badariah.
Hanya mengharap ketentuan Allah tanpa berusaha.
Dia kena berusaha utk dapatkan sesuatu.
Ibadat di masjid itu bagus tapi langit tak turunkan hujan emas pada kamu kata² Sadina Umar.
KITA WAJIB BERUSAHA.

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Luqman&Kepten Maritim Ustaz Nik Kamaruddin Yunoh) *TASUWUF* *DOSA BESAR,MAKAN RIBA*

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Luqman&Kepten Maritim Ustaz Nik Kamaruddin Yunoh)
*TASUWUF*
*DOSA BESAR,MAKAN RIBA*
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
16 Feb 2019 

Allah suruh tinggalkan riba.
Tukar loan konversional kepada loan islamik.
Jika tak tinggalkan amalan riba,Allah istiharkan PERANG dgn Allah.
RIBA ialah kenaikan.
Riba ialah pinjaman yg kita minta pulangan lebih.
Riba akan jadi seseorang benci membenci.
Riba adalah amalan dikeji.

AMALAN NABI JIKA BERHUTANG CTH RM100 NABI AKAN PULANG RM120 TANPA BERI SYARAT KETIKA AWAL MEMINJAM.
INI BUKAN RIBA.

ADAKAH PADA ZAMAN RASULULLAH SUDAH ADA RIBA?
Sebelum zaman Rasulullah lagi sudah berlaku riba.
Tolonglah saudara kamu yg zalim dan dizalimi.
Tolong org zalim ialah dgn tahan org zalim itu dari melakukan kezaliman.

APAKAH RIBA ITU KONSEP HUTANG SEMATA~MATA?
Riba ialah kita minta lebih.
Cth hutang yg lambat bayar,kita cakap sekiranya engkau lambat bayar,aku kenakan denda.
Denda itu juga riba.
Serah menyerah atau hulur menghulur cth emas dgn emas,perak dgn perak dan makanan dgn makanan.

APAKAH JENIS² RIBA DAN ADAKAH ORG YG MAKAN RIBA TAK DAPAT KEBERKATAN BILA DIA BERINFAK?
1)Riba ialah hutang yg dibayar lebih(cth pinjam Rm1000 bayar Rm1200)
2)Riba ialah benda yg bayar lambat.
3)Riba ialah barang yg hulur menghulur(emas,perak,gandum,tamar)
Tak ada keberkatan jika infak harta riba.
1 DIRHAM RIBA LEBIH TERUK DARI 36KALI PERZINAAN.

SEKIRANYA KITA TAK TAHU DAH BUAT PINJAM RIBA UTK BELI RUMAH,BAGAIMANA USTAZ?
Sebaik~baiknya beli cash.
Sekarang tak ada alasan kerana sudah ada bank islamik.
Jika masih ada hutang rumah melalui bank konversional maka dia perlu akad semula kepada bank islamik.
SIAPA YG ADA PINJAMAN RIBA,BERHENTI MULAI SEKARANG.
DAN TUKAR KEPADA BANK ISLAMIK SUPAYA KITA TAK DIBENCI OLEH ALLAH DAN RASUL.

KALAU KITA PINJAM RM1000 DAN DUA² PIHAK SETUJU NAK PULANG LEBIH,BAGAIMANA USTAZ?
Walaupun setuju tak dibolehkan.
Riba adalah larangan dan ancaman dari Allah,tetap haram walaupun setuju satu sama lain.

ORG YG PINJAM NAK BAYAR LEBIH,BAGAIMANA USTAZ?
Sebaik~baik kamu adalah org yg memulangkan hutang dgn baik.
Boleh bayar lebih tapi jgn bersyarat nak bayar lebih ketika meminjam.
Boleh bayar lebih ketika nak pulangkan duit tanpa bersyarat dari awal.
KETIKA BERI PINJAM,PEMINJAM TAK BOLEH CAKAP FAHAM² JE LA.
FAHAM² JE LA,ITU BERMAKSUD SURUH BAYAR LEBIH,FAHAM² ITU ADA UNSUR RIBA.

BERAPA PERATUSKAN DIKIRA SEBAGAI RIBA?
Mana² bentuk riba walaupun tak ada persen,dikira riba.
Sikit atau banyak tetap haram.
Pinjam rm100 bayar rm101 tetap tak boleh.
WALAUPUN 0.0001% TAK BOLEH.

BAGAIMANA ORG YG BERKERJA DI BANK KONVERSIONAL DAN BAGAIMANA REZEKINYA?
Nabi sebut Allah melaknat org yg makan riba,memberi,menjadi saksi dan penulis² riba.
CUBA ELAK BERKERJA DIBANK KONVERSIONAL.
SEPERTI JUGA ORG YG BEKERJA DI TEMPAT ARAK.
JANGAN JADI PENCACAI PENGHULUR ARAK.
Rezekinya tak ada keberkatan.
Walaupun dia dapat bonos banyak ketika berkerja dibank itu,itulah istidraj.
Satu pemberian yg Allah beri pada org fasik dan org kafir tak ada keberkatan,inilah istidraj.
Anak isteri yg makan dari sumber yg haram tak tahu,tak apa dan bapa yg beri makan yg haram yg akan menanggung dosa.

APAKAH DGN TUKAR BARANG DGN BARANG PUN BOLEH BERLAKU RIBA DAN BAGAIMANA DGN PAJAK GADAI?
Pajak gadai ialah riba.
AR~RAHNU ADALAH UPAH JAGA.
UPAH JAGA BUKAN TERMASUK DALAM RIBA.
AR~RAHNU ADALAH PAJAK GADAI ISLAM.
INI DIBENARKAN.
NABI LARANG KITA TUKAR DAGING LEMBU DGN DAGING KAMBING.
Jika dah berlaku dan kita tak tahu,ini dimaafkan.

BOLEHKAH JUAL BARANG,BAYAR CASH HARGA LAIN DAN HUTANG HARGA LAIN?
Membezakan harga tunai dgn harga hutang ini adalah riba.

SAMBUNG BAYAR KERETA KAWAN.BAGAIMANA USTAZ?
Tukar atas nama org yg nak sambung dan guna bank islamik.

DI AKHIRAT ADA ORG YG PERUT BESAR DAN DALAM PERUT BESAR ITU ADA ULAR BERBISA, INILAH MEREKA YG MAKAN RIBA ATAU YG MELULUSKAN,MEMBANTU DAN MENULIS RIBA.

BOLEHKAH RIBA DIHALALKAN DGN ALASAN DURURAT?
Darurat adalah keperluan yg sangat mendesak dan jika tak dilakukan akan menyebabkan kematian.
Darurat ialah mengharuskan sesuatu yg diharamkan.
Jika tak buat pinjaman riba boleh menyebabkan mati(cth terpaksa pinjam kerana jika tak pinjam boleh menyebabkan anak mati tak makan)maka diharuskan dgn kadarnya sahaja.
SEBENARNYA ZAMAN SEKARANG TAK ADA ALASAN NAK AMBIL RIBA.

BELI HANDPHONE RM1000.
DAN DIA JUAL RM2000 INI BUKAN RIBA,INI ADALAH KEUNTUNGAN.

MEREKA YG MENGAMALKAN RIBA AKAN DIBANGKITKAN DI AKHIRAT SEPERTI SEDANG DIRASUK OLEH SYAITAN.
ALLAH AKAN AZAB DAN TAK AKAN DAPAT LANGSUNG NIKMAT SYURGA,MEREKA IALAH ORG YG TERLIBAT DGN ARAK,ORG YG AMALKAN RIBA,ORG YG MENZALIMI ANAK YATIM DAN ORG YG DERHAKA PADA IBUBAPA.

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Niezal&Ustaz Jafri Abu Bakar) *SIRAH* *BERMULANYA DAKWAH RASULULLAH S.A.W*

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Niezal&Ustaz Jafri Abu Bakar)
*SIRAH*
*BERMULANYA DAKWAH RASULULLAH S.A.W*
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
17 Feb 2019 - Rabu

Mudah²an dgn kita menyingkap sejarah Nabi akan menimbulkan kecintaan kita pada Nabi.
Mencintai Nabi adalah syarat kesempurnaan iman.
Kisah dakwah Nabi bermula dgn penurunan wahyu pada bulan Ramadan sebelum Nabi berhijrah.
Nabi dapat mimpi dari Allah bahawa baginda akan terima wahyu.
Nabi menyendirikan diri utk mengingati Allah dan berzikir.
Malaikat Jibril datang jumpa Nabi.
Nabi ketakutan.
Malaikat Jibril memeluk Nabi hingga kuat.
Malaikat Jibril suruh Nabi baca.
Nabi tak tahu baca.
Ketakutan Nabi hingga Nabi berlari ke rumah dan suruh isterinya selimut.
Siti Khadijah kata,demi Allah, Allah tak akan mensia~siakan kepada kamu kerana engkau kamu suka menyambungkan silaturrahim,membantu org dll.
Dalam tempoh 40hari,timbul macam² pergolakkan dalam diri Nabi.
Datang satu suara dari langit dgn mengatakan,Kamu adalah utusan Allah.
Nabi berjumpa kembali dgn Malaikat Jibril.
Nabi kembali ke rumah dalam ketakutan dan Siti khadijah selimutkan Nabi.
Selepas itu turunlah ayat menyuruh Nabi berdakwah.
Bermulalah dakwah Nabi secara sembunyi².
Ada sahabat dan keluarga Nabi menyahut dakwah Nabi dan memeluk islam.

SIAPAKAH ORG YG PERTAMA DIKALANGAN SAHABAT MENERIMA DAKWAH NABI?
Bila disebut nama Nabi hendaklah kita berselawat pada Nabi.
CELAKALAH PADA ORG YG APABILA DISEBUT NAMA NABI TAPI TAK BERSELAWAT PADA NABI.
Org yg pertama terima dakwah Nabi adalah Siti Khadijah,Sadina Ali.
Sadina Ali bin Abu Talib memeluk islam ketika berumur 10tahun.
Abu Bakar antara org kepercayaan Nabi dan org yg dapat gelaran As~Siddik.
Bilal Bin Rabah antara org yg masuk islam.
Bila kita dapat sesuatu ilmu,jangan terhenti pada kita sahaja,sampaikanlah semampu mungkin.

MENGAPA ORG MEKAH BANYAK MENENTANG DAKWAH NABI?
Penentangan Nabi di Mekah kerana mereka merasakan Nabi mengaibkan mereka kerana Nabi nak mereka berhenti dari penyembahan².
Inilah suasana kemuncak kezaliman.
Isteri jadi barang dagangan,anak² perempuan dibunuh dan dilacurkan.
Berhala diletakkan dikeliling kaabah.

BAGAIMANA NAK LEBIH MENGHARGAI NIKMAT ISLAM SEPERTI SAHABAT² NABI CTHNYA BILAL BIN RABAH?
Para sahabat terima ujian yg sangat hebat.
Sadina Bilal diherit di padang pasir yg sangat panas.
Sadina Bilal tak berhenti ucap Allahu Ahad(Tuhan itu satu).
Berkat dari kesabaran Sadina Bilal,Sadina Bilal sentiasa dapat bersama dgn Nabi dan tapak kakinya didengar di syurga.
Sahabat² Nabi disiksa.
Sahabat² dibaringkan dibara api hingga lekang daging² hingga nampak tulang.
Mereka tetap kenal dgn akidah.
HEBATNYA IMAN PARA SAHABAT KETIKA TERIMA UJIAN.
Kita mungkin tak disiksa seperti mereka.
Dan diakhir zaman ini dan iman akhir zaman seperti anak panah yg keluar dari busurnya.
MUDAH²AN ALLAH HIDUPKAN HATI KITA DGN IMAN.

WAHYU TURUN KETIKA NABI 40 TAHUN DAN ADAKAH MALAIKAT JIBRIL SUDAH BERSAMA NABI KETIKA NABI MASIH KECIL?
Tugas Malaikat Jibril adalah menyampaikan wahyu pada para Nabi.
Allah pelihara Nabi sejak dari kecil daripada kesilapan² dan maksiat² sebelum Nabi jadi Rasul.
Supaya tak ada fitnah dan tak ada org akan menjatuhkan Nabi.

SIAPAKAH YG MENDORONG DAKWAH NABI?
Ada yg menyokong dan ada yg menentang.
Allah perintahkan Nabi sampaikan dakwah secara terang²an.
Nabi panggil org² Qurish ke bukit Safa utk berhimpun.
Ketika itu ada Abu Lahab.
Nabi cerita adanya azab neraka dan aku ini utusan Allah.
Ketika itu juga Abu Lahab menunding jarinya pada Nabi dan berkata apakah ini yg ingin engkau sampaikan?
Abu Lahab dan isterinya menentang Nabi dan menceritakan keburukkan Nabi(buat fitnah).
Allah suruh beri peringatan kepada saudara² Nabi yg terdekat.
Mereka berhimpun dan sediakan makanan.
Ketika itu Nabi berdakwah utk keluarga terdekat baginda.
Nabi kata Yg baik akan dibalas dgn baik dan yg buruk akan dibalas dgn buruk.
Dan kamu akan dibalas dgn syurga.
Kelompok² beriman menyokong Nabi.

BERAPA LAMA NABI JALANKAN USAHA DAKWAH SECARA SEMBUNYI²?
Nabi berdakwah secara sembunyi² sekitar dalam 3 tahun.
Inilah kebijaksaan yg Allah beri pada Nabi.
Akan ada wujud penentangan sebab itu Nabi berdakwah secara sembunyi².
Nabi berdakwah secara perlahan².
Ramai dari kalangan hamba beriman.
Selepas ramai yg memeluk islam dan ramai yg menyokong,barulah Allah perintah Nabi berdakwah secara terang²an.
Dan pada ketika Nabi berdakwah secara terangan,ramai yg melihat sahabat² disiksa dan mereka kesian dan akhirnya mereka beriman.
NABI LAYAN SECARA SOPAN PADA ORG YG MENENTANG DAKWAH NABI.
SERULAH PADA TUHANMU SECARA HIKMAH.

SELEPAS BANYAK TENTANGAN DI MEKAH,KE MANAKAH NABI PERGI?
Selepas Nabi dapat ujian di Mekah,Nabi nampak keluarga Nasir disiksa dan Nabi kata bersabarlah keluarga Nasir kamu dijanjikan syurga.
Tak ada sahabat yg keluar islam walaupun ujian yg sangat hebat pada ketika itu.
Selepas banyak ujian di Mekah,Nabi keluar dari Mekah dan pergi ke kota Habsah(Etopia).
Bentuk muka buminya adalah gunung ganang yg sangat tinggi.
Dan kemudian Nabi bergerak sampaikan dakwah ke kota Syam.

SEBAB APA NABI BERDAKWAH DI TAIF DAN APA CABARAN² HEBAT KETIKA NABI BERDAKWAH?
Nabi ke Taif kerana ada keluarga Nabi di sana.
Dari kelompok keluarga Nabi sendiri telah fitnah Nabi sebelum Nabi nak ke Taif.
Ketika Nabi sampai sahaja mereka sudah tak percaya pada Nabi.
Mereka tak benarkan Nabi berdakwah.
Semua mereka berhimpun dan mereka melontarkan batu pada Nabi.
Mengalir darah Nabi.
Hingga bertakung darah Nabi dikasut Nabi.
Semua org membenci Nabi.
Nabi kata aku redha Ya Allah walaupun mereka membenci aku.
Malaikat Jibril kata mahukan aku hempapkan gunung keatas kepala mereka atau engkau memilih utk bersabar.
Nabi memilih utk bersabar dan Nabi berdoa semoga akan ada nanti org² yg beriman dari kalangan mereka.
Memang benarlah doa Nabi hingga hari ini semua org di Taif beriman pada Allah.
Ada org yg nak hempap batu pada kepala Nabi ketika Nabi sedang solat.
Ada org ambil perut unta yg busuk dan diletakkan di atas kepala Nabi ketika Nabi sedang sujud tapi Nabi bersabar.
Kita tak punya kesabaran seperti Nabi mudah²an Allah letakkan kita sedikit kesabaran ketika kita berdakwah.

HEBATNYA PERJUANGAN DAN CEKALNYA HATI NABI KETIKA TERIMA UJIAN DAN NABI MEMILIH UTK BERSABAR.

ADAKAH KERJA DAKWAH INI PERKARA YG MESTI DILAKUKAN SEMUA ORG ISLAM?
Allah memilih kita antara org istimewa.
Kamu adalah sebaik~baik umat.
Nak dapat sebaik~baik umat adalah dgn ajak org kepada kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.
DAKWAH ADALAH PERINTAH DARI ALLAH DAN TANDA KASIH SESAMA ISLAM.
TANDA KASIH SESAMA KITA IALAH:
Apa sahaja kebaikan yg ada pada kita,kita nak saudara kita juga ada kebaikan yg sama.
Apa sahaja kemaksiatan yg ada pada kita,kita tak nak saudara kita ada kemaksiatan yg sama.
ANDAI ADA KECACATAN PADA SAUDARA KAMU,KAMU PERBETUKKAN.
Kita bukan nak masuk syurga seorang².
Kita juga tak nak masuk neraka.
Kita kena kenal dan faham saudara kita utk sampaikan dakwah.
Kita perlu ada akhlak yg baik utk ajak mereka dalam islam.

BAGAIMANA NAK BERDAKWAH DALAM DUNIA SIBER HARI INI?
Zaman kita dgn zaman Nabi adalah zaman yg berbeza.
Kita berada dizaman fitnah yg sangat besar.
Kebaikan dan keburukkan dihujung jari.
SIAPA YG TUNJUK JALAN KEBAIKAN,DIA AKAN DAPAT PAHALA SEPERTI ORG YG MENGERJAKKANNYA DAN TAK DIKURANGKAN LANGSUNG PAHALANYA.
DAN SIAPA YG TUNJUK KEPADA JALAN KEBURUKAN,DIA AKAN DAPAT DOSA SEPERTI ORG YG MENGERJAKANNYA DAN TAK DIKURANGKAN LANGSUNG.
TOLONGLAH JADIKAN DIRI KITA SEBAGAI ORG YG BOLEH BERI MANFAAT KEPADA ORG LAIN.
DGN SHARE TANYALAH USTAZ INI,INI JUGA ANTARA CARA SEBARKAN DAKWAH DI ZAMAN SIBER.

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Annas&Ustaz Muhammad Jazlan Abdullah) *MUNAKAHAT* *SAYANG ADA BATASNYA*

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Annas&Ustaz Muhammad Jazlan Abdullah)
*MUNAKAHAT*
*SAYANG ADA BATASNYA*
••••••••••••••••••••••••••••••••••
21 Feb 2019 - Khamis

Anak adalah anugerah Allah dan bersyukurlah.
Kita sebagai anak mesti bersyukur kerana masih ada ibu ayah.
Anak amanah Allah dan akan dipertanggungjawab dari dunia sampai akhirat.
ANAK ADALAH JAMBATAN KETURUNAN.
Allah pesan wahai org² beriman hendaklah pelihara diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka.
Nak berjaya dunia dan akhirat beri pendidikan dunia supaya anak berjaya dan beri juga pendidikan akhirat.
Dalam kasih sayang perlu beri ilmu.
Bersegeralah mendidik anak sebelum disibukkan dgn pelbagai urusan.
Jika dewasa anak tak punya akal,anak akan menyusahkan kita.
Anak dilahirkan seperti kain putih.
Ibu ayahnya yg menjadikan anak yahudi,majusi atau nasrani.

IMAM AL~GHAZALI KATA DIDIK ANAK DGN 8 PERKARA:
1)Kenal huruf menulis dan membaca(kenal ilmu)
2)Beri pendidikan agama Al~Quran dan hadis supaya dapat membentuk keperibadian yg mulia.
3)Latih jasmani kekuatan badan utk kecergasan minda dan elak kemalasan.
4)Amalkan budi pekerti yg mulia(cth ajar anak cium tangan bukan letak dipipi atau didahi)
5)Latih sifat berani,sabar, rendah diri.
6)Menghornati org tua,mentaati ibubapa.
7)Membimbing kewajiban terhadap agama(kejut anak solat subuh)
8)Awasi anak² supaya tak terpengaruh dgn persekitaran dan masyarakat yg boleh merosakkan.

APAKAH PERANAN KITA SESAMA INSAN?
Mencintai adalah naluri.
Buat baik sesama kita.
Sayang sahabat kita sebagaimana kita sayang diri kita.
Kita sayang keluarga kita dan kita takut kehilangan mereka dan kita sayang mereka dgn kita bela agamanya supaya sayang itu sayang dari dunia sampai akhirat.

ADAKAH TINGKAH LAKU ISTERI AKAN BERI KESAN PADA MARUAH DAN RUMAHTANGGA?
Isteri adalah tanggungjawab suami.
Kegagalan rumahtangga adalah kegagalan suami.
Isteri akhlak buruk kerana suami.
ISTERI SENANG NAK MASUK SYURGA:
1)Solat 
2)Puasa
3)Jaga kehormatan
4)Taat dgn suami
BILA MATI,IKUTLAH PINTU MANA YG NAK DIPILIH.
Suami adalah ketua keluarga.
Isteri jagalah akhlak kerana dgn sebab isteri, suami akan masuk api neraka jika isteri tak jaga akhlak.

SEMUA ORG SAYANG ANAK DAN ISTERI,KADANG² SAYANG MELAMPAUI BATAS HINGGA MEROSAKKAN ANAK.BAGAIMANA ASAS DIDIK ANAK YG SEPATUTNYA UTK ANAK JADI BAIK?
KEGAGALAN IBUBAPA:
1)Ibubapa sibuk hingga tak ambil tahu hal anak².
2)Ibubapa tak ada ilmu dalam mendidik anak².
3)Ibubapa beri kemewahan yg melampau hingga anak buat aktiviti yg tak berfeadah.
4)Ibubapa terlampau manjakan anak hingga tak boleh ditegur.
5)Ibubapa tak ambil berat tentang rezeki yg masuk.
Pastikan rezeki yg halal.
NAK JADIKAN ANAK HEBAT MESTI CARI GURU² YG HEBAT(guru² yg alim)
GURU YG HEBAT AKAN MEMBENTUK ANAK.

ADAKAH TERLALU BERI KASIH SAYANG TANPA BATAS,ANAK BOLEH JADI TUAN?
Ibubapa tak pernah benci anak tapi anak boleh benci ibubapa.
Anak boleh jadi anak derhaka.
ANAK JADI DERHAKA KERANA:
1)Kurang didikkan agama.
2)Manjakan anak berlebih~lebihan.
3)Ibubapa pilih kasih dan anak jadi pendendam.
4)Tak dapat mencontohi sikap yg baik dari ibubapa.
5)Membela dan biarkan kesalahan anak.
6)Silap pilih kawan.
7)Hilang sikap ukhwah dalam keluarga.

ANAK ADA ILMU TAPI KERANA HARTA ANAK² TUKAR HARTA ATAS NAMA ANAK,BAGAIMANA ISTAZ?
Ibubapa bukan nak duit anak².
Ibubapa nak kasih sayang.
Wahai anak² Tuhanmu telah perintah jangan syirik pada Allah dan hendaklah berbuat baik pada ibubapa dan jika salah seorang atau kedua~duanya dalam jagaanmu jangan membentak mereka dan berkatalah dgn mulia serta merendah diri dan anak² wajib mendoakan kedua ibubapa dgn doa² kebaikan.

ADAKAH ADA BATASAN USIA DALAM MENDIDIK ANAK?
ADA 4 FASA MENDIDIK ANAK²:
1)Manjakan dan beri kasih sayang sepenuhnya sejak dari lahir hingga 6 tahun.
2)Pada umur 7-14 tahun ajar ilmu sebanyak mungkin dan ajarkan disiplin
3)Pada umur 15-21 tahun hendaklah berkawan dgn anak²(berborak,berkongsi dgn anak²)supaya anak² tak lebihkan kawan.
4)Pada umur 21 keatas, beri kepercayaan dan beri kebebasan serta pantau anak² dan banyak doakan mereka.
SENTIASA AMPUNKAN DOSA ANAK² SUPAYA ANAK² TAK JADI ANAK DERHAKA.

KITA TURUTI PERMINTAAN ANAK DAN AKHIRNYA ANAK BERGANTUNG PADA KITA,BAGAIMANA NAK ATASAI?
Biar anak bergantung pada ibubapa daripada anak bergantung pada org lain.
Beri kebaikan dan beri tanggungjawab.
Dgn tanggunjawab menjadikan anak dewasa dan akan jadi org yg bertanggungjawab.

CUCU TERLALU AKTIF DAN BOLEHKAH KITA CUBIT UTK MENDIDIK?
Ayah ibu atok dan nenek mesti ada niat nak jadi soleh dan solehah.
In Shaa Allah dgn niat yg baik akan jadi baik.
Anak aktif,itu bagus.
Cuma kena didik dgn pendidikan yg baik.
Yg paling penting jangan putus doa.
In Shaa Allah anak akan jadi anak yg soleh solehah.

ADAKAH IBUBAPA DERHAKA PADA ANAK²?
Hari ini mendidik anak² sangat mencabar.
Allah yg beri hidayah.
DIDIKAN DALAM KELUARGA:
1)Dalam keluarga cipta pendidikan beragama.
2)Terus membimbing anak dari anak bangun tidur hingga anak tidur semula(bangunkan anak² solat)
3)Kawal ruang anak² supaya tak pengaruh.
4)Jaga percakapan dgn baik.
Jaga lisan dgn baik.
Ajak anak berdoa,istighfar.
5)Cari tempat pengajian yg betul pada anak supaya dapat pendidikan akhirat.
6)Masukkan sifat baik dan buang sifat buruk.

BAGAIMANA JIKA KITA DAH TERSALAH DIDIK ANAK DAN BAGAIMANA NAK BAWA ANAK KEMBALI KEPANGKAL JALAN?
Kekuatan kita pada Allah.
Minta tolong pada Allah.
Allah yg beri kuasa beri hidayah pada kita dan anak².
Betulkan semula amalan kita.
Barangsiapa yg mengerjakan amal soleh dan dia beriman dan jauh dari sifat syirik,Allah janji pada kita kehidupan yg baik.
BILA KITA ADA UJIAN DGN ANAK² INGATLAH UJIAN NABI YUSOF.

DALAM KEHIDUPAN INI TANAMKAN PADA ANAK²:
1)Tanamkan cinta pada Allah dan Rasul.
2)Tanamkan cinta ibubapa.
3)Tanamkan sifat² yg baik.
4)Tanamkan sifat jaga nama baik keluarga.
5)Tanamkan sifat bantu ibubapa.
6)Tanamkan sifat ibubapa adalah rujukkan pada anak².
7)Ingatkan anak² tanggungjawab ketika ibubapa masih hidup.
8)Ingatkan pada anak² supaya doakan ibubapa bila ibubapa dah meninggal,sambung silaturahim dan ingatkan anak² bila anak² buat amalan, sedekahkan pada ibubapa.

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

Umur

INGAT MENGINGATI ANTARA KITA… Izinkan saya untuk share kepada sahabat  Kalau umur kita sekarang 55 tahun dapat hidup hingga 70 tahun, itu ma...