Friday, March 6, 2020

Adab Berdoa

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا 
مُحَمَّد
7 mac 2020
TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Niezal & Ustaz Ahmad Izzhar Ahmad Nazri)
*AKHLAK*
*ADAB BERDOA*
••••••••••••••••••••••••
Alhamdulillah,diawal pagi Allah telah beri kita rezeki iaitu rezeki menuntut ilmu.

Semua org berdoa tapi kenapa doanya tidak makbul.
Mungkin kita berdoa tak kena caranya sebab itu doa tak makbul.
Kita datang ke muka bumi ini dgn tangan kosong dan Allah telah beri rezeki dari dalam rahim lagi ini tanda kasih sayang Allah yg tak putus².
DOA MENUNJUKKAN KITA ADALAH HAMBA.
ORG YG SOMBONG IALAH ORG YG TIDAK BERDOA SELEPAS SOLAT.
Doa tanda kita tak ada apa² dan tanda sentiasa merendahkan diri.
LAGI HAMBANYA MINTA LAGI ALLAH SAYANG KERANA ALLAH MAHA MEMBERI.

APA PENGERTIAN DOA,ADAKAH HANYA PADA TEMPAT² DAN WAKTU² KHUSUS SAHAJA YG PERLU KITA BERDOA?
Doa ialah permintaan kita pada Tuhan.
Kita boleh berdoa bila² masa sahaja cuma ada beberapa waktu dan keadaan yg bila berdoa lebih mustajab.
ANTARA WAKTU MUSTAJAB DOA:
Ketika sepertiga malam(3/4 pagi).
Minta diampunkan dosa.
ANTARA KEADAAN MUSTAJAB DOA:
Di medan perang
Ketika hujan
Ketika iqamah solat.
Ketika menonton tanyalah ustaz ini juga keadaan mustajab doa.

BAGAIMANA ADAB BERDOA YG DIANJURKAN OLEH RASULULLAH DAN SITUASI MANAKAH WAKTU MUSTAJAB BERDOA?
Bukan syarat berdoa itu mesti angkat tangan.
CARA ANGKAT TANGAN
1)Tangan tadah ke langit.
2)Tangan mengadap ke wajah.
3)Angkat tangan lebih tinggi dari bahi.
4)Terbalikkan tangan(utk tolak bala).
Antara keadaan makbul doa ialah semasa sujud kerana ketika itu hambaNya sangat rapat dgn Allah.
TAK BOLEH BERDOA DALAM BAHASA MELAYU KETIKA SUJUD.
DOA BOLEH DILINTASKAN DALAM HATI.
Doa bukan hanya pada sujud akhir sahaja.

ADA ORG MINTA DOA INI,
رَبَّنَا آَتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
TAPI MASIH MEMBAWANG,APAKAH INI TANDA DOA KITA TAK MAKBUL?
Kita manusia berdosa dan setiap hari buat dosa.
Minta nak dapat syurga tapi tak solat,ini seperti tak jalan seiring.
BILA KITA BERDOA MINTA SYURGA TAPI MASIH TAK SOLAT,INI ADALAH DOA YG LALAI.
Tugas kita berdoa dan Allah yg berhak nak kabulkan atau tidak.
DOSA² YG KITA LAKUKAN MENYEBABKAN DOA² KITA TAK MAKBUL.
DOA TERHALANG KERANA DOSA.

KETIKA IMAM BACA DOA KITA TAK SEBUT AAMIIN,BACA DOA SAMBIL BERCAKAP ATAU MULUT SEDANG MENGUNYAH,BAGAIMANA USTAZ?
Sebut Aamiin adalah sunnah Nabi.
Bila ada org berdoa kita sebutlah Aamiin itu sunnah Nabi.
Allah tidak terima doa dalam keadaan hati lalai.
Doa yg diterima Allah ialah doa yg kita rasa apa yg kita minta,tahu apa yg kita minta dan fokus apa yg diminta.

ADA ORG KATA SAYA DAH DOA BANYAK KALI TAPI DOA SAYA TAK MAKBUL,KENAPA DOANYA TAK MAKBUL?
Org yg meminta dgn mendesak dan minta disegera makbulkan doa,doa ini doa yg Allah tidak akan makbulkan.
JANGAN SEBUT AKU DAH DOA TAPI ALLAH TAK MAKBULKAN PUN.
Minta dgn mendesak dan tergesa~gesa ini seakan~akan kita pula mengarahkan Tuhan.
Allah suka kita meminta dgn rayuan.

BOLEHKAH KITA MENADAH TANGAN MENGAAMIINKAN DOA DARI TV ATAU RADIO?
Ini tetap doa dan kita boleh tadah tangan walaupun siaran yg kita tengok itu siaran ulangan,Allah tetap ada utk memakbulkan doa.

APAKAH PERKARA YG MENYEBABKAN DOA SESEORANG ITU DITOLAK,APAKAH KERANA DERHAKA PADA IBUBAPA?
Apabila kita melakukan perkara² yg dilarang,doa kita ditolak.
ADA 3 GOLONGAN TAK MASUK SYURGA ANTARANYA IALAH ANAK YG DERHAKA PADA IBUBAPA.
Kita kena muhasabah balik,apa dosa kita yg menyebabkan doa kita tak makbul.
HITUNGLAH DOSA KITA SUPAYA KITA BANYAK BERTAUBAT DAN JANGAN HITUNG² KEBAIKAN KITA HINGGA RASA KITALAH YG PALING BAIK INI MENYEBABKAN DOA KITA TIDAK DIMAKBULKAN ALLAH.
Tolong check balik dosa² yg kita tak perasan,mungkin kita ada dosa dgn ibubapa cth kita tak telepon ibubapa hingga ibubapa rasa kecil hati.
TAK AKAN JATUH MISKIN ANAK² YG BERI DUIT PADA IBUBAPA.
Bila kita buat apa yg Tuhan suka,kita akan dapat rezeki yg tak disangka~sangka.

BAGAIMANA ADAB BERDOA SELEPAS AZAN DAN ADAB DOA MASUK TANDAS,BOLEHKAH ANGKAT TANGAN?
Ada keadaan yg kita kena angkat tangan dan ada keadaan yg tak boleh angkat tangan cth ketika sedang memandu.
Sebelum masuk tandas tak perlu angkat tangan.
Selepas azan antara waktu mustajab doa.
Dan boleh berdoa apa sahaja.

BOLEHKAH BERDOA DIMEDIA SOSIAL?
Ada yg kecam org yg berdoa dimedia sosial.
Sebenarnya doa dimedia sosial adalah antara cara terbaik.
Doa dimedia sosial ini bonos pada kita sebab moga² org yg baca doa kita itu org² yg soleh kita pun dapat tumpang doa dibaca.
Sebelum doa dimedia sosial,pastikan kita doa dulu pada Tuhan,pastikan doa itu tak ada tanda² riak dan minta doa anak sakit mudah²an Allah lorongkan hati org lain utk membantu.
TAK SALAH BERDOA DIMEDIA SOSIAL DAN PASTIKAN JAGA NIAT DAN TAK UJUB DAN RIAK.

ADAKAH KITA DIANGGAP TIDAK BERADAB SEKIRANYA KITA BERDOA TIDAK DIMULAKAN MEMUJI ALLAH?
Nabi pernah dengar org berdoa tanpa memuji Allah.
Sifat manusia suka tergesa~gesa menyebabkan doa tak dimakbulkan.
Nabi suruh memuji Allah,berselawat kepada Nabi dan barulah berdoa apa yg kita mahu.
KITA BOLEH GUNA NAMA² ALLAH UTK ALLAH MAKBULKAN APA YG KITA MINTA.
Doa tanpa memuji Allah,ini doa yg tak beradab.

BOLEHKAH BERDOA UTK KEMUDARATAN?
Nabi larang berdoa utk cepat mati ketika kita sedang sakit.
Doa ini dilarang kerana ini tanda kita ada masalah hati.
Org buat jahat dgn kita,jika kita doa tak baik utk dia itu tanda kita ada masalah hati dan adalah lebih baik kita doa supaya Allah beri hidayah pada dia.
Nabi dibaling batu di Taif tapi Nabi doakan hidayah pada mereka.
ITU TANDA HATI BERSIH DAN SIHAT.
Minta Allah cepatkan ajal seakan~akan kita dan yakin Allah dah ampunkan kita,ini tidak diajar oleh Nabi.

BENARKAH ADA RIWAYAT MENGATAKAN MEMOHON DAN BERDOA SEBANYAK 3 KALI BERULANG~ULANG AKAN DIMAKBULKAN ALLAH?
Apabila Nabi berdoa Nabi akan mengulangi sebanyak 3 kali.
Memang dianjurkan kita ulang doa bukan sahaja 3 kali tapi banyak kali,dgn banyak kali ini akan melembutkan hati.
LAGI KITA MERAYU DAN MERENGET~RENGET LAGILAH TUHAN SUKA.
RENGET SEPERTI ANAK KECIL YG MINTA SUSU DARI IBUNYA.
Kita ini adalah hamba dan kita tak memilik apa² dan bila kita rasa kita tak memiliki apa² ketika itulah Allah akan memberi.

BOLEHKAH KIRIM DOA ATAU SAMPAIKAN SALAM KEPADA RASULULLAH KETIKA ORG PERGI UMRAH ATAU HAJI?
Antara tempat mustajab doa ialah Padang Arafah dan ketika menunaikan umrah..
Memang boleh minta org yg nak pergi haji atau umrah utk doakan kita.
Tulis doa apa yg kita nak minta.
Kalau ada kawan kita sedang bermusafir,kita juga kita boleh minta kawan kita itu doakan utk kita.
Tak salah utk minta org kirimkan salam pada Rasulullah.
Mungkin kita belum dapat ke sana tapi kita dah ada rasa cinta pada Rasulullah.
Nabi tahu siapa yg berselawat pada Nabi moga² Nabi boleh cam kita di Padang Mashyar.

BAGAIMANA ADAB BERDOA PADA ORG YG SEDANG SAKIT?
Allah jamin Allah akan kabulkan semua doa.
Kadang² kita minta doa supaya Allah sihatkan pesakit tapi Allah tak makbulkan,ini bukan kerana Allah makbulkan doa kita tapi Allah makbulkan dgn cara penguguran dosa².
ALLAH MAKBULKAN DOA BUKAN MENGIKUT KEHENDAK KITA TAPI MENGIKUT KEHENDAK ALLAH.

BENARKAH DOA ORG YG DIZALIMI DIMAKBULKAN TUHAN?
Antara golongan doa yg mustajab ialah para Rasul dan Nabi,ibu ayah,org yg dizalimi.
Apa kata org yg dizalimi itu,dia gunakan utk doakan kebaikan kepada org yg menzaliminya supaya dia dapat hidayah.
JGN MENDOAKAN KEBURUKKAN KEPADA ORG LAIN WALAUPUN ORG ITU MENZALIMI KITA.
MAK AYAH MULUT MASIN,ELAKKAN DOA YG BURUK UTK ANAK².

TIP MEMUSTAJABKAN DOA:
Sesiapa yg suka Allah terima doanya ketika dia dalam kesusahan,hendaklah dia banyak berdoa ketika dia dalam kesenangan.
Adab dalam berdoa mesti penuh pengharapan.
Jangan berdoa nak dapat²lah tak dapat tak dapatlah.
Jangan merendah~rendahkan kemampuan Tuhan sedangkan Tuhan boleh beri lebih lagi.
ALLAH MENGIKUT SANGKAAN HAMBANYA.

TENTANG 3 PEMUDA YG TERKURUNG DALAM GUA.
TIBA² PINTU GUA TERTUTUP.
MEREKA BERTAWASUL ATAS AMALAN YG MEREKA BUAT KERANA ALLAH(mereka berdoa pada Allah diatas amalan ikhlas mereka pada Allah).
AKHIRNYA PINTU GUA TERBUKA.
PERBANYAKKAN BUAT AMALAN YG IKHLAS KEPADA ALLAH DAN KITA BOLEH BERTAWASUL DGN AMALAN KITA, MUDAH²AN ALLAH MAKBULKAN DOA KITA.

BAGAIMANA ADAB BERDOA UTK SAHABAT?
Doa sahabat kepada sahabat tanpa sahabatnya mengetahui itu antara doa yg mustajab.
Paling baik sebutlah namanya.
Lagi banyak kita sebut nama sahabat,malaikat akan Aamiinkan doa kita dan kita juga dapat apa yg kita doakan.

BAGAIMANA ORG YG TAK PERNAH SOLAT TAPI BANYAK BERDOA?
Keadaan ini memang berlaku pada zaman Nabi dan zaman sekarang.
Nabi cerita ada seorang musafir mengangkat tangan berdoa pada hal makanan,pakaian dan rezekinya haram,inilah yg menyebabkan doa tak dimakbulkan kerana dosa²nya.

ALLAH PERKENANKAN DOA² KITA,KITA YG MENZALIMI DIRI KITA YG MENYEBABKAN DOA KITA TAK DIMAKBULKAN.

#InShaaAllah_Aamiin
#TanyalahUstazTv3
#BiarTahuJanganKeliru

   ❤SILAKAN SHARE❤

No comments:

Post a Comment

Umur

INGAT MENGINGATI ANTARA KITA… Izinkan saya untuk share kepada sahabat  Kalau umur kita sekarang 55 tahun dapat hidup hingga 70 tahun, itu ma...