Friday, March 20, 2020

Wabak, sikap kita bagaimana

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد
TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Hadhari & Ustaz Halim Din)
*WABAK,SIKAP KITA BAGAIMANA?*
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Islam ajar kita sabar,tenang dan berikhtiar dalam menangani wabak.
Satu dunia digemparkan dgn COVID 19.
Kita sekarang berada dalam perintah kawalan.
Kita boleh muhasabah dan mencari hikmah dari ujian ini.

ALLAH NAK TUNJUKKAN ALLAH,TUHAN YG BERKUASA DAN TUHAN YG MENGKEHENDAKI.
INILAH UJIAN IMAN KEPADA ORG YG BERIMAN PADA ALLAH.
Allah telah menguji umat manusia dgn satu perasaan takut,takut kekurangan makanan,takut kekurangan harta benda,takut kematian dan takut kemusnahan tanaman,hendaklah bersabar dan berita gembira kepada org yg sabar.
Setiap apa sahaja ujian,jangan panik,jangan gusar.

Apabila ditimpa musibah hendaklah kamu berkata
انّا للہ و انّا الیہ راجعون
Kami dari Allah dan kami akan kembali pada Allah.
Kita sebagai hamba,betapa kerdilnya kita disisi Allah.
Jika kamu sombong, kembalilah kepada Allah.

MUSIBAH ADA 3:
1)Musibah balasan kepada org yg ingkar pada Allah.
2)Musibah ujian kepada org beriman.
3)Musibah tarbiah beri pengajaran utk semua umat manusia.
HENDAKLAH SABAR,SABAR AKAN MEMBERI KEMENANGAN DAN KEJAYAAN.
Kita mesti berikhtiar,berdoa dan bertawakkal pada Allah.
Tidak akan menimpa musibah melainkan apa yg telah ditetapkan.
Allah sebagai pelindung dan kita mesti berikhtiar,berdoa dan bertawakkal mudah²an Allah angkat musibah di seluruh dunia.

WALAUPUN KITA TAK DAPAT KEMANA~MANA,HENDAKLAH KITA TENANG SAHAJA BERSAMA~SAMA KELUARGA.

APA PENDAPAT USTAZ,ADA NATIZEN YG SUKA MENGHUKUM MUSIBAH INI?
Musibah ini musibah pengajaran.
Musibah pengajaran, ianya tidak berlaku setiap tahun,ianya datang secara mengejut.
Org yg pakar yg sepatutnya memberi nasihat.
Seperti di Negara China Wuhan mereka mengikut arahan dan sudah nampak kesembuhan.

KITA SEBAGAI ORG ISLAM YG BERIMAN KITA MESTI BERPEGANG PADA KONSEP BERIKHTIAR.
CTH KALAU RUMAH KITA TERBAKAR,TAKKAN KITA MASIH NAK DUDUK DALAM RUMAH YG TERBAKAR,KITA MESTI USAHA LARI DARI TAKDIR BURUK KEPADA TAKDIR BAIK.
SESUNGGUNYA ALLAH TIDAK AKAN UBAH NASIB SESUATU KAUM SEHINGGA KAUM ITU SENDIRI YG MENGUBAH NASIB DIRINYA SENDIRI.
DOA SAHAJA TAK CUKUP,KITA MESTI BERUSAHA BERIKHTIAR.
Pakar kata suruh jarakkan antara satu sama lain sejarak 1 meter.
Kita mesti mengikut apa kata pakar.
JGN CEPAT MENGHUKUM,KITA MESTI ADA SIKAP BANTU MEMBANTU.

DI MALAYSIA,KES BARU COVID 19 IALAH 130 KES DAN JUMLAH KESELURUHAN IALAH 1300 KES.

ADA SEGELINTIR MENGATAKAN INI UJIAN,ADA YG MENGATAKAN KALAU NAK MATI,MATI JUGA,APAKAH BOLEH BERSIKAP SAMBIL LEWA,PASRAH?
Allah jadikan sesuatu itu dgn ketentuan daripada Allah.
Semua itu datangnya dari Allah.
Mungkin ini satu pengajaran dari Allah.
Ujian ini Allah uji pada semua bangsa.
Nabi kata ada dua nikmat yg terperdaya,lalai dan cuai oleh umat manusia iaitu nikmat sihat dan nikmat kelapangan masa.
Nikmat sihat yg Allah beri itu mungkin kita payah nak berzikir dan nak bertahajjud pada Allah.
Sekarang duduk di rumah kita boleh gunakan nikmat masa lapang ini utk beramal.
Allah kata kita selama ini jauh dari Allah dan dgn ujian ini masing² nak beribadat pada Allah,inilah hikmah dari musibah yg berlaku.

ADAKAH KITA PERLU REDHA DAN BERSANGKA BAIK DGN TAKDIR ALLAH DAN BAGAIMANA ADA YG BERDOA TANPA IKHTIAR?
Org kafir,mereka tolong menolong antara satu sama lain dan kita sebagai umat islam yg faham dgn agama,Allah kata kalau kamu tak buat seperti org kafir yg tolong menolong,akan berlaku kekacauan dan fitnah yg cukup hebat dan akan berlaku kedahsyatan.
TABLIG YG DIMINTA LAPORKAN DIRI,TOLONG IKUT APA YG DIARAHKAN.
Kita mesti berusaha dgn bersungguh~sungguh supaya tidak merebakkan wabak.
Islam letakkan berusaha dulu,doa dan berserah.
Jika kita dah berusaha dan dah beramal serta dah meninggalkan maksiat kita dah tak rasa takut utk menghadapi kematian.
Yg takut mati ini kerana tak berusaha dan beriktiar dgn buat amalan.
SESEORANG ITU DITETAPAKAN DIA AHLI SYURGA,BILA DIA MUDAH NAK BERAMAL DGN AMALAN AHLI SYURGA.
Tak boleh cakap ini dah takdir.
Kita mesti berusaha.

DEMI MASA MANUSIA DALAM KERUGIAN KECUALI MEREKA YG BERAMAL SOLEH,BERPESAN~PESAN DGN KEBENARAN DAN BERPESAN~PESAN DGN KESABARAN.
DGN MUSIBAH INI DAN MASA YG ADA INI JIKA KITA MANAFAAT DGN PERKARA YG BAIK,INI SESUATU YG CUKUP MULIA PADA UMAT MANUSIA.
ADA SAHABAT NABI YG MENINGGAL KERANA WABAK TAUN,DIA MATI DALAM MATI SYAHID.

KITA DILARANG BUAT PEMBELIAN PANIK,JIKA KITA BUAT PEMBELIAN PANIK HINGGA MENJEJASKAN ORG LAIN,BAGAIMANA USTAZ?
Akibat buruk mungkin berlaku jika kita buat pembelian panik.
Jika kita yg bolot semua makanan,nampak sangat tergopohnya kita sedangkan org lain juga memerlukan.
KITA KENA ADA RASA SIMPATI DAN BELAS KESIAN PADA ORG LAIN.
Ini satu perintah melarang kita berasak~asak dgn org ramai kerana akan mudah merebakkan wabak.
Jangan kalot dan kelam kabut kerana ini akan lebih menyusahkan.
BELI BARANG IKUT KEPERLUAN.

ADA YG DATANG JUGA SOLAT BERJEMAAH,APAKAH INI MEMPERLEKEHKAN AJARAN NABI?
Disebabkan faktor hujan yg lebat Nabi larang ke masjid ketika itu.
Ini satu perkara yg harus.
Sembahyanglah di rumah kamu.
Boleh tambah azan dgn sollu fii buyutikum(solatlah kamu di rumah).
Ini memang pernah dibuat pada zaman Nabi.

BAGAIMANA JIKA KITA TAK IKUT ARAHAN PEMIMPIN?
Pemerintah yg tidak melanggar syariat,kenapa kita tak nak mengikut perintahnya.
Kita mesti mengikut perintah pemimpin.
KALAU KITA TAK IKUT PERINTAH PEMIMPIN YG ADIL INI TANDA KITA SOMBONG.
Jika kita tak ikut arahan pemerintah,kita telah menyalahi undang².
Ini adalah hasutan iblis yg menghasut.
JANGAN BERTENGKAR DGN PIHAK BERKUASA.

APA PENGAJARAN KISAH SAIDINA UMAR YG ELAK WABAK TAUN KETIKA MAHU KE SYAM?
Di Syam berlaku wabak taun.
Sadina Umar kata ini ketentuan Allah,jika Allah nak mati~matilah dan ada pengikut yg mengatakan supaya berpatah balik.
Tiba² Abdul Rahmah bin Aub kata aku pernah mendengar Rasulullah kata kalau ada wabak disesuatu tempat,jangan masuk ke dalamnya dan org yg berada di tempat yg ada wabak,jangan keluar dari tempat itu.
Hikmahnya org yg sihat tidak kena wabak.
Akhirnya umar balik.
Ada yg kata kamu telah lari dari takdir Allah.
Umar kata aku lari dari takdir yg buruk kepada takdir yg baik.
Inilah kecerdikkan umar.
JANGAN MUDARATKAN DIRI KAMU DAN JANGAN MUDARATKAN ORG LAIN.
Jangan menempuh bahaya.
Cth kalau kita tengok harimau di dalam masjid,takkan kita nak ke masjid juga.
Kita mesti elak mudarat walaupun pada ketika itu solat berjemaah memang digalakkan di masjid.

ISLAM DATANG DGN ILMU SUPAYA NAK MENDIDIK SIFAT MANUSIA.
MANUSIA INI BERSIFAT SUKA MENENTANG.
NABI BAWA RAHMAT KEPADA MANUSIA.
SETIAP UMAT ADA NABI DAN RASUL YG MENYERU MANUSIA SUPAYA TAAT PADA ALLAH DAN SUPAYA JAUH DARI SETIAP KEJAHATAN(sembah berhala).
TAK SEMUA IKUT NABI DAN RASUL.
SEBAHAGIAN IKUT DAN SEBAHAGIAN YG INGKAR.

ADAKAH SATU KEZALIMAN JIKA SEBARKAN MAKLUMAT YG TAK BETUL?
Kita tak boleh menzalimi diri kita dan org lain.
Takut nanti kita muflis di akhirat.
Zaman hari ini,dihujung jari inilah yg menjadikan ramai yg masuk ke neraka.
Kita mesti jadi org yg benar² berakhlak dgn manusia dan dgn Allah.
Kerajan Mesir telah meletakkan berdosa besar jika keluar dari rumah hingga menyebabkan berjangkitnya penyakit pada org lain.

TANYALAH USTAZ BUKAN TEMPAT MENGHUKUM ATAU MENYALAHKAN SESIAPA TAPI TANYALAH USTAZ IALAH TEMPAT MENJANA ILMU DAN SEBAR NASIHAT.

ADA SEGELINTIR YG DEGIL,BAGAIMANA NAK BERI KESEDARAN KEPADA ORG YG TAK JAGA KEBERSIHAN DIRI?
Cara terbaik basuh tangan dgn sabun atau dgn pembasmi kuman.
Begitu juga nak solat, wuduk itu penting.
Kebersihan simbol org beriman.
Kita kena ikut nasihat doktor.
Islam menjaga kebersihan dan bila dah berjunub wajib mandi hadas.
Allah larang kita mencampakkan diri kita dalam kebinasaan.

ADAKAH KEMATIAN DISEBABKAN COVID 19 INI MATI SYAHID?
SYAHID ADA 5:
1)Taun(syahid dunia)
2)Penyakit dalam perut 
3)Mati lemas.
4)Mati ditimpa bangunan,pokok,kereta.
5)Mati terbunuh di medan perang(ini syahid dunia akhirat,dikebumikan tak perlu dimandikan dan dikapankan).
COVID 19 TERMASUK DALAM MATI DISEBABKAN TAUN,INI KEMATIAN SYAHID DUNIA.

ADA YG MENGATAKAN IBADAT PERLU DILAKUKAN DI MASJID,BAGAIMANA USTAZ?
Semua ini ada hikmah.
Bagi org beriman dan bertaqwa mereka mesti beramal berdasarkan ilmu.
Amal tanpa ilmu khuatir amal itu menjadi amal yg fasik.
Bagi org yg alim,dia berilmu dan dia beramal.
Org alim bila dia bertindak dia bertindak bukan utk diri dia sahaja tapi dia bertindak utk org lain.
Bagi abib beramal semata~mata,tak fikir org lain.
TELAH TIMBUL KEMATIAN JANGAN SAMPAI KEDEGILAN KITA,KITA PULA YG JADI MANGSANYA

#InShaaAllah_Aamiin
#TanyalahUstazTv3_Tv9
#BiarTahuJanganKeliru

   ❤SILAKAN SHARE❤

Saturday, March 7, 2020

banyak duit, melancong

"Cikgu tak apalah. Banyak duit, boleh la melancong sana sini bawa family. Kami yang biasa-biasa ni mana la mampu."

Aku kahwin 11 Jun 2009. Dari hari pertama perkahwinan hingga Disember 2018, aku tak pernah bawa keluarga melancong ke mana-mana.

Hampir 10 tahun perkahwinan, kami hanya ke tempat yang dekat dengan rumah seperti pantai, air terjun, supermarket or pasar malam je.

Gitu je lah pusing-pusingnya dalam tempoh hampir 10 tahun perkahwinan. Pergi pasar malam bawa isteri dan anak-anak tu umpama bawa mereka menikmati sakura gugur di Jepun dah rasa masa tu.

Kerana hanya itu kemampuan aku. 

Aku cuma cikgu biasa. Gaji kecik, hidup pula dikota raya yang sangat menyesakkan dada. Namun aku ada satu semangat. Aku ada satu rasa tanggungjawab. Aku ada satu kemahuan yang tinggi. 

Aku ada satu perasaan yang ingin memberi kegembiraan dan kebahagiaan seberapa banyak yang aku mampu kepada keluarga aku.

Tapi aku poket aku tak mampu. Memang tak sampai akhir bulan dah kekeringan. Aku takkan sesekali membuat pinjaman hanya untuk berjoli sakan dan enjoy sana sini. Bukan begitu caranya. 

Tahun demi tahun, tanggungjawab makin bertambah dengan bilangan anak dan kos sara hidup.

Bermula 2015 aku tidak lagi boleh mengharap gaji secara bulanan. Aku mula menjual air tin, menjual air mineral. Jam 2 pagi ke NSK mencari air.

2016 aku jual kasut bundle di downtown Cheras. Masa tu mengajar sesi petang. Balik saja sekolah, mandi, makan nasi, terus angkut kasut muat but buka meja di downtown.

Dari jam 8 malam keluar, pulangnya jam 5 pagi. Tidur sekejap bangun ke sekolah pula. Begitulah rutinnya. Jual air tetap jual juga.

Aku kerja mengalahkan kerbau. Sodok sana sodok sini. Masa rehat kerbau lagi banyak dari masa rehat aku.

Keluar pagi balik pagi. Dah macam zombie aku rasa. Masa dengan keluarga makin tiada. Sedangkan kewangan tak adalah berubah sakan. Ada la skit-sikit tambahan.

Masa ni aku duduk berfikir. Kenapa rezeki aku sempit. Kenapa susahnya nak tarik rezeki. Kenapa Tuhan bagai menjauhkan rezeki dengan aku.

Aku duduk, aku fikir, aku muhasabah diri betul-betul. Di mana silapnya. Kenapa begitu kejam kehidupan pada aku.

Aku bukan meminta lebih. Aku tak minta Ferrari. Aku tak minta rumah agam. Aku tak minta gaji beratus ribu sebulan. Aku cuma mahu kehidupan yang lebih selesa buat keluarga aku. 

Aku rasa loser gila. Simpanan langsung tak ada. Apa yang dicari, cepat sahaja habis entah ke mana. Sedangkan aku tak mencuri, segala modal kerja buat aku modal yang halal.

Abah dan ma perasan aku memang kacau masa ni. 2016 tahun betul-betul ujian buat aku. Hubungan dengan isteri jadi jauh. Selalu juga bermasam muka.

Aku pula jenis tak pernah meluah apa-apa masalah kepada sesiapa. Tidak kepada isteri. Tidak juga kepada ma dan abah.

Namun naluri seorang ibu tu tinggi. Sangat tinggi. Dia tahu aku tengah sangat susah. Ma tahu aku sangat serabut. Ma dapat rasakan hidup aku penuh kekacauan. Ma telefon aku,

"Li. Kembali pada Tuhan. Kita hidup berTuhan. Solat kena jaga. Jauhi maksiat. Jauhi segala benda yang Tuhan haram. Li kena pergi Mekah sucikan diri. Buang segala kekotoran yang melekat tu.

Minta sungguh-sungguh pada Tuhan. Menangis, mohon betul-betul."

"Nak pergi macamana, Li tak ada duit. Langsung tiada simpanan ni."

"Tak apalah. Ma ada simpan duit yang anak-anak bagi. Yang abah bagi saban bulan. Pergilah."

3 minggu sahaja dari tarikh ma call aku, aku sudah memijak tanah haram. Seorang diri aku pergi mencari diri yang hilang. Mencari tujuan hidup yang makin kelam. Mencari kebahagiaan yang makin terendam.

Aku hadap segala ujian sendiri di sana. Demam seorang diri. Menggigil seorang diri. Aku panjat Bukit Ajyad. Aku cari tok guru orang kita yang menetap di sana.

Aku minta mereka doakan aku. Setiap orang asing yang aku temui sepanjang jalan menuju Masjidilharam, aku minta mereka doakan kau.

"Doa ana."

Itu je yang aku ucap setiap kali jumpa sesiapa yang mendekati aku.

Sebaik pulang dari umrah, aku merenung lebih dalam. Aku membaca perkongsian positif yang ada. Aku cari di mana punca keberkatan rezeki. Aku mencari bagaimana untuk hidup bahagia.

Dan apa yang aku jumpa, untuk bahagia kita perlu membahagiakan.

Dari situ aku turun padang membantu fakir miskin dan anak-anak yatim. Walau masa tu aku sendiri tak berduit, namun aku bantu sekadar yang mampu.

Setiap kali ziarah, aku minta mereka doakan aku dan para penyumbang.

"Doakan saya. Doakan saya. Doakan saya."

Itu yang aku duduk ulang-ulang dari dulu. 

Benarlah, bila kita bantu orang, Tuhan akan hantar orang baik-baik mendekati kita. Yang percaya pada kita. Yang sudi mengirim duit sampai puluhan ribu pada aku untuk disalurkan kepada orang miskin dan anak yatim.

Betapa mereka percaya pada aku yang bil letrik tertunggak, yang bank call nak tarik kereta. Mereka serah bulat-bulat tanpa minta bukti, tanpa usul periksa.

Dan inilah ujian yang besar. Ujian keikhlasan dan ujian amanah orang.

Aku sampaikan 100% kiriman orang. Tidak ada seringgit aku ambil untuk diri waima untuk mengisi minyak motor. Tiada seringgit aku ambil untuk buat makan nasi walau aku tak berduit sesen untuk membeli makanan tika itu.

Itu amanah orang. Abah pesan, jaga amanah lebih dari jaga nyawa sendiri. Aku pegang itu ketat-ketat dalam hati.

2017 aku mula menulis buku. Walau keuntungan kecil, aku terus saja. Senaskah buku yang dijual, royalti aku sekitar RM1 sahaja. Kalau aku jual sendiri, dapat la dalam RM5 untung senaskah.

Walau senaskah orang nak COD, aku tunggu tepi jalan kadang sampai sejam. Hanya untuk RM5 tuan tuan.

Apa yang aku dapat, aku simpan sebahagian, sebahagian yang lain aku bagi kat ma abah, sebahagian yang lain aku belanja isteri dan anak-anak, sebahagian yang lain aku sedekahkan yang aku sendiri sampaikan dengan tangan ini.

Dari situ bermula perubahan dalam ekonomi aku. Tuhan kirim puluhan ribu netizen follow aku. Tuhan kirim orang baik-baik mendekati aku. Tuhan kirim orang-orang berjaya mendekati aku.

Mereka dengan rela, mereka dengan ikhlas mengheret tangan aku membuka peluang aku bekerjasama dengan mereka. Mereka ajar satu persatu dengan rela tanpa caj apa-apa.

Mereka hanya ingin berkawan dengan seorang cikgu biasa yang tiada apa-apa ini.

Mereka tidak kisah duduk semeja dengan orang yang bil letriknya dah sampai surat merah, yang saban bulan makan berhutang di kantin.

Sedikit demi sedikit aku mula menyimpan. Aku main kutu, aku potong tabung haji. Dan aku perbanyakkan sedekah dan zakat.

Nafkah untuk isteri, duit bulanan untuk ma dan abah aku naikkan dari masa ke semasa bila income bertambah.

Aku tidak enjoy untuk diri sendiri. Tidak.

Aku masih naik Ex-5 buruk yang dibeli second hand sahaja. Telefon aku telefon second hand juga.

Ada lebih, aku simpan sebahagian, beri pada keluarga sebahagian, dan sebahagian wajib untuk sedekah dan zakat.

Dan buat kali pertama aku bawa isteri, anak-anak, mak dan adik-adik ipar melancong ke Kundasang, Sabah pada 10 Disember 2018.

Itulah kali pertama kami melancong setelah simpanan dan kewangan aku makin kukuh.

Ya tuan tuan. Kalian yang baru follow aku, inilah antara kisah kehidupan aku. Aku bukan kaya asal.

Aku bukan lahir atas dulang emas. Aku makan tidak disuap oleh dayang.

Aku usaha. Aku usaha. Aku usaha.

Dan yang pasti, kembalilah pada Yang Maha Esa. Kunci segala bahagia, kunci segala rezeki, kunci segala rahsia ada ditanganNya.

Semoga sedikit perkongsian ini tidak membuat aku rasa lebih dari sesiapa. Aku cuma seorang hamba. Aku cuma seorang bapa. Aku cuma seorang suami. Aku cuma seorang lelaki yang gigih mengubah nasib diri demi keluarga.

Aku sentiasa berdoa agar Tuhan menjaga hati aku. Tidak sombong tidak ujub.

"Tuhan jangan kau izin aku lupa. Jangan kau biarkan aku mendepang dada. Pasakkan hatiku pada kaki. Paksakan ku tunduk sehingga mati."

- Terbang Tunduk -

#MFS
- Suatu pengkisahan yang jarang diceritakan -
.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2953080071380235&id=100000348124684

Friday, March 6, 2020

Adab Berdoa

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا 
مُحَمَّد
7 mac 2020
TANYALAH USTAZ TV3(Da'i Niezal & Ustaz Ahmad Izzhar Ahmad Nazri)
*AKHLAK*
*ADAB BERDOA*
••••••••••••••••••••••••
Alhamdulillah,diawal pagi Allah telah beri kita rezeki iaitu rezeki menuntut ilmu.

Semua org berdoa tapi kenapa doanya tidak makbul.
Mungkin kita berdoa tak kena caranya sebab itu doa tak makbul.
Kita datang ke muka bumi ini dgn tangan kosong dan Allah telah beri rezeki dari dalam rahim lagi ini tanda kasih sayang Allah yg tak putus².
DOA MENUNJUKKAN KITA ADALAH HAMBA.
ORG YG SOMBONG IALAH ORG YG TIDAK BERDOA SELEPAS SOLAT.
Doa tanda kita tak ada apa² dan tanda sentiasa merendahkan diri.
LAGI HAMBANYA MINTA LAGI ALLAH SAYANG KERANA ALLAH MAHA MEMBERI.

APA PENGERTIAN DOA,ADAKAH HANYA PADA TEMPAT² DAN WAKTU² KHUSUS SAHAJA YG PERLU KITA BERDOA?
Doa ialah permintaan kita pada Tuhan.
Kita boleh berdoa bila² masa sahaja cuma ada beberapa waktu dan keadaan yg bila berdoa lebih mustajab.
ANTARA WAKTU MUSTAJAB DOA:
Ketika sepertiga malam(3/4 pagi).
Minta diampunkan dosa.
ANTARA KEADAAN MUSTAJAB DOA:
Di medan perang
Ketika hujan
Ketika iqamah solat.
Ketika menonton tanyalah ustaz ini juga keadaan mustajab doa.

BAGAIMANA ADAB BERDOA YG DIANJURKAN OLEH RASULULLAH DAN SITUASI MANAKAH WAKTU MUSTAJAB BERDOA?
Bukan syarat berdoa itu mesti angkat tangan.
CARA ANGKAT TANGAN
1)Tangan tadah ke langit.
2)Tangan mengadap ke wajah.
3)Angkat tangan lebih tinggi dari bahi.
4)Terbalikkan tangan(utk tolak bala).
Antara keadaan makbul doa ialah semasa sujud kerana ketika itu hambaNya sangat rapat dgn Allah.
TAK BOLEH BERDOA DALAM BAHASA MELAYU KETIKA SUJUD.
DOA BOLEH DILINTASKAN DALAM HATI.
Doa bukan hanya pada sujud akhir sahaja.

ADA ORG MINTA DOA INI,
رَبَّنَا آَتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
TAPI MASIH MEMBAWANG,APAKAH INI TANDA DOA KITA TAK MAKBUL?
Kita manusia berdosa dan setiap hari buat dosa.
Minta nak dapat syurga tapi tak solat,ini seperti tak jalan seiring.
BILA KITA BERDOA MINTA SYURGA TAPI MASIH TAK SOLAT,INI ADALAH DOA YG LALAI.
Tugas kita berdoa dan Allah yg berhak nak kabulkan atau tidak.
DOSA² YG KITA LAKUKAN MENYEBABKAN DOA² KITA TAK MAKBUL.
DOA TERHALANG KERANA DOSA.

KETIKA IMAM BACA DOA KITA TAK SEBUT AAMIIN,BACA DOA SAMBIL BERCAKAP ATAU MULUT SEDANG MENGUNYAH,BAGAIMANA USTAZ?
Sebut Aamiin adalah sunnah Nabi.
Bila ada org berdoa kita sebutlah Aamiin itu sunnah Nabi.
Allah tidak terima doa dalam keadaan hati lalai.
Doa yg diterima Allah ialah doa yg kita rasa apa yg kita minta,tahu apa yg kita minta dan fokus apa yg diminta.

ADA ORG KATA SAYA DAH DOA BANYAK KALI TAPI DOA SAYA TAK MAKBUL,KENAPA DOANYA TAK MAKBUL?
Org yg meminta dgn mendesak dan minta disegera makbulkan doa,doa ini doa yg Allah tidak akan makbulkan.
JANGAN SEBUT AKU DAH DOA TAPI ALLAH TAK MAKBULKAN PUN.
Minta dgn mendesak dan tergesa~gesa ini seakan~akan kita pula mengarahkan Tuhan.
Allah suka kita meminta dgn rayuan.

BOLEHKAH KITA MENADAH TANGAN MENGAAMIINKAN DOA DARI TV ATAU RADIO?
Ini tetap doa dan kita boleh tadah tangan walaupun siaran yg kita tengok itu siaran ulangan,Allah tetap ada utk memakbulkan doa.

APAKAH PERKARA YG MENYEBABKAN DOA SESEORANG ITU DITOLAK,APAKAH KERANA DERHAKA PADA IBUBAPA?
Apabila kita melakukan perkara² yg dilarang,doa kita ditolak.
ADA 3 GOLONGAN TAK MASUK SYURGA ANTARANYA IALAH ANAK YG DERHAKA PADA IBUBAPA.
Kita kena muhasabah balik,apa dosa kita yg menyebabkan doa kita tak makbul.
HITUNGLAH DOSA KITA SUPAYA KITA BANYAK BERTAUBAT DAN JANGAN HITUNG² KEBAIKAN KITA HINGGA RASA KITALAH YG PALING BAIK INI MENYEBABKAN DOA KITA TIDAK DIMAKBULKAN ALLAH.
Tolong check balik dosa² yg kita tak perasan,mungkin kita ada dosa dgn ibubapa cth kita tak telepon ibubapa hingga ibubapa rasa kecil hati.
TAK AKAN JATUH MISKIN ANAK² YG BERI DUIT PADA IBUBAPA.
Bila kita buat apa yg Tuhan suka,kita akan dapat rezeki yg tak disangka~sangka.

BAGAIMANA ADAB BERDOA SELEPAS AZAN DAN ADAB DOA MASUK TANDAS,BOLEHKAH ANGKAT TANGAN?
Ada keadaan yg kita kena angkat tangan dan ada keadaan yg tak boleh angkat tangan cth ketika sedang memandu.
Sebelum masuk tandas tak perlu angkat tangan.
Selepas azan antara waktu mustajab doa.
Dan boleh berdoa apa sahaja.

BOLEHKAH BERDOA DIMEDIA SOSIAL?
Ada yg kecam org yg berdoa dimedia sosial.
Sebenarnya doa dimedia sosial adalah antara cara terbaik.
Doa dimedia sosial ini bonos pada kita sebab moga² org yg baca doa kita itu org² yg soleh kita pun dapat tumpang doa dibaca.
Sebelum doa dimedia sosial,pastikan kita doa dulu pada Tuhan,pastikan doa itu tak ada tanda² riak dan minta doa anak sakit mudah²an Allah lorongkan hati org lain utk membantu.
TAK SALAH BERDOA DIMEDIA SOSIAL DAN PASTIKAN JAGA NIAT DAN TAK UJUB DAN RIAK.

ADAKAH KITA DIANGGAP TIDAK BERADAB SEKIRANYA KITA BERDOA TIDAK DIMULAKAN MEMUJI ALLAH?
Nabi pernah dengar org berdoa tanpa memuji Allah.
Sifat manusia suka tergesa~gesa menyebabkan doa tak dimakbulkan.
Nabi suruh memuji Allah,berselawat kepada Nabi dan barulah berdoa apa yg kita mahu.
KITA BOLEH GUNA NAMA² ALLAH UTK ALLAH MAKBULKAN APA YG KITA MINTA.
Doa tanpa memuji Allah,ini doa yg tak beradab.

BOLEHKAH BERDOA UTK KEMUDARATAN?
Nabi larang berdoa utk cepat mati ketika kita sedang sakit.
Doa ini dilarang kerana ini tanda kita ada masalah hati.
Org buat jahat dgn kita,jika kita doa tak baik utk dia itu tanda kita ada masalah hati dan adalah lebih baik kita doa supaya Allah beri hidayah pada dia.
Nabi dibaling batu di Taif tapi Nabi doakan hidayah pada mereka.
ITU TANDA HATI BERSIH DAN SIHAT.
Minta Allah cepatkan ajal seakan~akan kita dan yakin Allah dah ampunkan kita,ini tidak diajar oleh Nabi.

BENARKAH ADA RIWAYAT MENGATAKAN MEMOHON DAN BERDOA SEBANYAK 3 KALI BERULANG~ULANG AKAN DIMAKBULKAN ALLAH?
Apabila Nabi berdoa Nabi akan mengulangi sebanyak 3 kali.
Memang dianjurkan kita ulang doa bukan sahaja 3 kali tapi banyak kali,dgn banyak kali ini akan melembutkan hati.
LAGI KITA MERAYU DAN MERENGET~RENGET LAGILAH TUHAN SUKA.
RENGET SEPERTI ANAK KECIL YG MINTA SUSU DARI IBUNYA.
Kita ini adalah hamba dan kita tak memilik apa² dan bila kita rasa kita tak memiliki apa² ketika itulah Allah akan memberi.

BOLEHKAH KIRIM DOA ATAU SAMPAIKAN SALAM KEPADA RASULULLAH KETIKA ORG PERGI UMRAH ATAU HAJI?
Antara tempat mustajab doa ialah Padang Arafah dan ketika menunaikan umrah..
Memang boleh minta org yg nak pergi haji atau umrah utk doakan kita.
Tulis doa apa yg kita nak minta.
Kalau ada kawan kita sedang bermusafir,kita juga kita boleh minta kawan kita itu doakan utk kita.
Tak salah utk minta org kirimkan salam pada Rasulullah.
Mungkin kita belum dapat ke sana tapi kita dah ada rasa cinta pada Rasulullah.
Nabi tahu siapa yg berselawat pada Nabi moga² Nabi boleh cam kita di Padang Mashyar.

BAGAIMANA ADAB BERDOA PADA ORG YG SEDANG SAKIT?
Allah jamin Allah akan kabulkan semua doa.
Kadang² kita minta doa supaya Allah sihatkan pesakit tapi Allah tak makbulkan,ini bukan kerana Allah makbulkan doa kita tapi Allah makbulkan dgn cara penguguran dosa².
ALLAH MAKBULKAN DOA BUKAN MENGIKUT KEHENDAK KITA TAPI MENGIKUT KEHENDAK ALLAH.

BENARKAH DOA ORG YG DIZALIMI DIMAKBULKAN TUHAN?
Antara golongan doa yg mustajab ialah para Rasul dan Nabi,ibu ayah,org yg dizalimi.
Apa kata org yg dizalimi itu,dia gunakan utk doakan kebaikan kepada org yg menzaliminya supaya dia dapat hidayah.
JGN MENDOAKAN KEBURUKKAN KEPADA ORG LAIN WALAUPUN ORG ITU MENZALIMI KITA.
MAK AYAH MULUT MASIN,ELAKKAN DOA YG BURUK UTK ANAK².

TIP MEMUSTAJABKAN DOA:
Sesiapa yg suka Allah terima doanya ketika dia dalam kesusahan,hendaklah dia banyak berdoa ketika dia dalam kesenangan.
Adab dalam berdoa mesti penuh pengharapan.
Jangan berdoa nak dapat²lah tak dapat tak dapatlah.
Jangan merendah~rendahkan kemampuan Tuhan sedangkan Tuhan boleh beri lebih lagi.
ALLAH MENGIKUT SANGKAAN HAMBANYA.

TENTANG 3 PEMUDA YG TERKURUNG DALAM GUA.
TIBA² PINTU GUA TERTUTUP.
MEREKA BERTAWASUL ATAS AMALAN YG MEREKA BUAT KERANA ALLAH(mereka berdoa pada Allah diatas amalan ikhlas mereka pada Allah).
AKHIRNYA PINTU GUA TERBUKA.
PERBANYAKKAN BUAT AMALAN YG IKHLAS KEPADA ALLAH DAN KITA BOLEH BERTAWASUL DGN AMALAN KITA, MUDAH²AN ALLAH MAKBULKAN DOA KITA.

BAGAIMANA ADAB BERDOA UTK SAHABAT?
Doa sahabat kepada sahabat tanpa sahabatnya mengetahui itu antara doa yg mustajab.
Paling baik sebutlah namanya.
Lagi banyak kita sebut nama sahabat,malaikat akan Aamiinkan doa kita dan kita juga dapat apa yg kita doakan.

BAGAIMANA ORG YG TAK PERNAH SOLAT TAPI BANYAK BERDOA?
Keadaan ini memang berlaku pada zaman Nabi dan zaman sekarang.
Nabi cerita ada seorang musafir mengangkat tangan berdoa pada hal makanan,pakaian dan rezekinya haram,inilah yg menyebabkan doa tak dimakbulkan kerana dosa²nya.

ALLAH PERKENANKAN DOA² KITA,KITA YG MENZALIMI DIRI KITA YG MENYEBABKAN DOA KITA TAK DIMAKBULKAN.

#InShaaAllah_Aamiin
#TanyalahUstazTv3
#BiarTahuJanganKeliru

   ❤SILAKAN SHARE❤

Sunday, March 1, 2020

Abang....maafkan saya...


Hari ini aku harus berterus-terang. Luahkan segalanya pada suami.

Aku nak minta dia lepaskan aku. Ceraikan.

Ding!

Mesej masuk di Whatsapp.

“Awak jangan risau. Saya janji akan bahagiakan awak. Kuatkan hati, kuatkan tekad. Tak guna hidup bersama kalau dah tak cinta.”

Mesej dari pemuda yang sudah 6 bulan ku kenali. Tua dua tahun dariku. Bermula kenal dari Instagram bisnes tudungku. Dia tawarkan diri untuk jadi jurugambar professional. Kerja sebenarnya, arkitek di sebuah syarikat ternama. Hasil dari gambar-gambar cantik yang diambilnya, bisnes tudung makin bertambah maju. Dalam masa 4 bulan, sudah mampu bayar deposit kereta baru.

Dari hanya bisnes, akhirnya hubungan kami jadi rapat. Suamiku langsung tiada syak wasangka. Sangkanya cuma rakan perniagaan. Suami sendiri kenal pemuda itu. Malah, dia sendiri yang hantar dan ambilku ke studio untuk photoshoot.

Dalam diam, pemuda itu meluahkan rasa cintanya padaku. Aku pada mulanya berat untuk menerima. Status ‘isteri orang’. Namun, lama-kelamaan aku mengakui punya rasa yang sama dengannya. Cinta tidak bertepuk sebelah tangan. Katanya, dia kagum dengan kecantikan dan kelembutanku. Matang dalam berfikir, bijak dalam bisnes.

Bernikah seawal umur 21. Hayat perkahwinanku dah menginjak tangga lima tahun. Dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Suamiku kerjanya biasa saja. Seorang despatch. Itulah kerjanya sejak awal bernikah sampai sekarang. Kadang-kadang kerjanya itu sampai ke petang. Kadang sampai ke malam andai ada masalah. Semua kiriman dan surat perlu sampai tepat pada masa.

Suamiku itu umumnya baik. Tapi, selalu kami bertengkar juga. Masalah dia terlalu sibuk. Tiada masa untuk anak dan keluarga. Balik lewat petang, dah sangat penat. Nak buat overtime lagi. Katanya nak cari duit lebih, nak beli rumah. Tak mahu lagi menyewa. Tiga empat bulan ni, dia struggle untuk tujuan tu. Banyak kali dia balik rumah, aku dah tertidur pun. Aku pula cuma suri rumah yang ada bisnes tudung di internet. Akhir-akhir ni, pendapatanku lebih lumayan berbanding suami. Minggu lepas kami bergaduh besar. Dia sangka aku nak menunjuk-nunjuk aku lagi lebih darinya; nak tunjuk aku dah ada duit, so aku nak belikan segalanya dalam rumah. Hatta kepada kereta pun. Dia rasa kecil hati tak pasal-pasal. Malas aku nak bertekak. Tension bila niat baik disalahfahami. Pertengkaran berlanjutan.

Bila aku stress, aku adukan masalah pada pemuda si jantung hati. Dia sangat memahami. Malah, mampu menenangkan aku. Aku rasa damai di sampingnya.

Malam ni aku tekad. Aku nak bercerai.

Aku tunggu dia balik kerja. Lambat sangat sampai aku tertidur.

Bila bangun, dia tak ada di sebelah. Aku tengok motornya dah ada di parkir.

Aku melangkah ke bilik anak. Nampak pintu sedikit terbuka. Ternampak kelibat suamiku di dalam. Aku mematikan langkah sekadar di luar pintu. Aku menantinya keluar dulu dari bilik anak. Tak mahu anak terdengar nanti. Berdiri di sisi dinding bilik anak. Telingaku terdengar anak dan ayah sedang berbual. Menangkap jelas segala tutur kata.

“Ayah, kenapa ayah asyik cerita pasal Nabi Muhammad saja?”

Si ayah tersenyum menjawab,

“Sebab ayah nak anak ayah ni tiru Nabi. Tak ada cerita yang terbaik selain cerita Nabi. Buku cerita lain hanya berkisar tentang fantasi, fairytales. Sedangkan tu semua tak wujud. Khayalan. Namun, Nabi kita wujud di realiti. Malah, menanti umatnya di akhirat kelak. Hero kamu bukan ayah, bukan watak-watak komik cerita fantasi. Hero kamu adalah Nabi Muhammad. Bukan sekadar bedtime stories.

Ayah tak tahu banyak, jadi ayah bacakan saja dari buku Biografi Nabi Muhammad ni. Dulu, ayah belajar setakat STPM saja. Ayah tak pandai. Ayah orang miskin.

Tak ada siapa pun ceritakan tentang Nabi secara terperinci pada ayah. Atok pun tak pernah. Jadi, ayah tak nak kamu jadi macam ayah. Ayah nak kamu jadi dewasa untuk jadi seperti Rasulullah. Berjaya di dunia dan akhirat. Andai suatu hari kamu tak berjaya di dunia sekalipun, kamu miskin sekalipun. Harapnya kamu tak miskin agama. Pegang kuat apa yang ayah cakap ni, ya?”

Si anak mengangguk. Senyum.

“Malam ni, ayah nak pesan apa-apa sebelum saya tidur?”

Si ayah menjawab ringkas,

“Ada. Ada seorang ustaz kata, kita kena berinteraksi pujuk anggota badan kita sendiri. Motivasi anggota badan supaya tak buat benda-benda tak elok.”

“Macam mana tu, ayah?”

“Misalnya, ambil masa seminit dua, sambil gosok tangan, cakap pada tangan, ‘Hei tangan, hari ini jangan buat maksiat tahu. Allah nampak.’ ‘Hai kaki, hari ni kita melangkah ke masjid ya.’ Usap mata pula dan kata, ‘Wahai mata, hari ni nak melihat yang baik-baik saja. Nak tundukkan pandangan.’ Beritahu dengan seluruh anggota badan yang selalu buat benda tak baik, ‘hari ini, kena takut pada Allah. Jangan buat maksiat, okay?’.”

Si anaknya tersenyum.

“Jadi, saya kena beritahu mata saya, ‘Wahai mata, hari ni jangan tengok kartun banyak sangat. Tengoklah Al-Quran!’”

“Pandainya anak ayah!”

Si ayah mencium dahi anaknya.

“Dah, tidur ya? Baca doa tidur sama-sama. Allahumma Bismika Ahya Wa Amut. Ya Allah, dengan nama-Mu aku hidup dan aku mati. Amin… Baiklah. Jumpa malam esok pula.”

Si ayah bangun dan nak keluar bilik. Tiba-tiba tangan si ayah digapai si anak. Menangguh langkahnya.

“Ayah sayang saya tak?”

Ayahnya tersenyum.

“Sayang sangat.”

“Sayang umi tak?”

Ayahnya tersenyum lagi.

“Sayang. Lebih dari kamu tahu.

Saat ayah tiada apa-apa dalam hidup, umimu itu sanggup terima ayah jadi suaminya. Baik kan hati ummi?

Sayang ayah pada umi, sampai menutup mata. Sampai akhirat sana.”

Anaknya tersenyum lebar sampai terlelap.

**
Suamiku melangkah keluar bilik.

Langkahnya terhenti.

Aku menanti di luar bilik. Basah sudah pipi ini dengan air mata. Mengalir tanpa henti. Sungguh hati ini terusik sangat dalam. Aku tak tahu pun suamiku itu setiap malam berada di sisi anak bercerita tentang Rasulullah s.a.w.. Selama ini, ku sangka suami itu langsung tidak peduli.

Sungguh, aku khilaf!

Ku capai tangan suami. Ku salami tangan kasar itu.

“Awak ok ke?”

Suami kaget seketika.

“Maafkan saya, abang. Maafkan saya. Selama ini, saya curang dengan abang. Saya isteri derhaka. Maafkan saya. Ampunkan saya, bang.”

Suami mengusap ubun-ubun kepalaku.

“Abang dah lama tahu… Abang maafkan..”

Suamiku itu senyum. Tapi, ternyata ada hambar di wajahnya.

“Awak cinta lelaki cameraman tu? Kalau awak cinta dia dan dah tak cinta abang, abang rela korbankan kebahagiaan abang demi melihat awak bahagia.”

Kerana terpaksa, dia relakan. Rela lepaskanku. Bagai nak luruh jantungku ketika itu. Menggigil tangan. Seram sejuk. Aku yang tadi rasa diri kuat nak minta cerai, sekarang dah kaku terus. Tak berdaya. Dalam terketar-ketar, ku kuatkan hati. Sebak mencengkam rasa. Air mata tak daya diseka.

“Tak nak…tak nak..Saya nak abang seorang je…Nak ke Syurga dengan abang…bawa anak kita sama..”

Lantas suamiku itu tersenyum. Kali ini riaknya ikhlas riang.

Tumpah air mata lelakinya di hadapanku.

“Jangan ulang lagi…Hargai abang..boleh?”

Ringkas saja tuturnya dalam sebak bicara sama.

Rupa-rupanya dia naik angin dan bertengkar bukan kerana aku ada duit banyak, ada duit lebih. Tak, dia marah dan sakit hati bila dapat tahu tentang aku dan pemuda itu. Disembunyikan sedaya boleh.

Aku mengangguk mengiyakan.

“Tak kisah suami awak ni miskin? Tak kerja best?”

“Tulusly, tak kisah!”

***
Mesej Whatsapp masuk. DP pemuda kacak. Si cameraman merangkap arkitek.

“Macam mana? Dah selesai?”

Aku membalas ringkas mesej itu.

“Maaf. Saya putuskan untuk memilih setia. Kita selesai di sini. Lepas ni, suami saya sendiri yang akan jadi cameraman.”

Mesej masuk lagi.

“Tapi..tapi…kita kan sama-sama menyintai! Dah janji sehidup semati!”

Aku terus tekan uninstall Whatsapp. Buang sim. Patahkan.

Depan suami.

Dalam hati, enggan lagi melukai. Insan yang lama setia di sisi.

Enggan kerana indahnya mahligai harapan yang belum jadi kenyataan, setia sanggup ku korbankan..

Adaptasi Dari Kisah Benar

Info kredit Via Tengku Muhammad Rusydi
https://www.facebook.com/289186561638090/posts/615762785647131/

Umur

INGAT MENGINGATI ANTARA KITA… Izinkan saya untuk share kepada sahabat  Kalau umur kita sekarang 55 tahun dapat hidup hingga 70 tahun, itu ma...