Monday, June 24, 2019

Kisah rumahtangga

Dr Penulisan Ustaz Abdul Hadi Jusoh....

SIHIR WAKTU BEKERJA

Hampir 2 tahun sy mengemudi Ikhtiar Syifa HQ, byk kisah sihir yg sy jumpa. Yang paling banyak adalah sihir rumahtangga, namun ada juga rumahtangga yg hancur bukan sebab sihir jampi dan mentera, tapi disebabkan sihir waktu bekerja.

Si lelaki suami orang, si wanita isteri orang. Bila selalu berurusan, adab hubungan tidak dijaga, syaitan mula menghasut hati. Lama kelamaan mula merasakan "lelaki ini lebih baik dari suami aku", "wanita ini lebih bagus dari isteri aku". 

Lagi-lagi jika kerja itu melibatkan tugasan berduaan, lelaki jadi ketua, wanita jadi pembantunya. Hubungan lebih mesra, lebih rapat lebih biasa..Kalau dulu wasap utk urusan kerja, lama2 takde kerja pun diwasap juga. 

Dalam group staff ayat2 malam jumaat dipandang biasa. "nasik lemak" "tunggang kuda" dijadikan bahan jenaka oleh staff lelaki, sedang dalam group ada staff wanita juga, dan semuanya suami dan isteri orang belaka.

Sihir ini tak mengenal siapa, apa bidang dan siapa orangnya, hatta guru tahfiz guru agama punya banyak terkena. Mula dengan bibit2 ayat "ustazh punya pasal ana sanggup siapkan", "ustazah tolong belikan sarapan untukkku" - ayat2 seperti ini di mata kasar tak nampk jarum sihirnya, namun ia bisa mendatangkan prasangka pasangan, bisa menghancurkan rumahtangga yg telah ada.

Jika tak ditegur atau nasihat, ia bakal jadi pemusnah rumahtangga. Lagi2 jika wanita terus melayan atau biarkan. Maka makin hari makin tebal perasaan "dia lebih baik daripada suami aku", "dia lebih bagus dan cantik dari isteri aku". 

Saat kita nk berwasap mesra dgn suami atau isteri orang, renung dan kenangilah rumahtangga kita. Baik buruk rumahtangga kita, itulah kebahagiaan kita, itulah ujian & pahala untuk kita. 

Ingatlah bahawa saat kita merasakan orang lain lebih baik atau lebih cantik dari pasangan kita, saat itu bermulalah ujian yg datang menggoncangkan rumahtangga kita.

Mudah-mudahan menjadi renungan untuk semua.

Jangan whatsapp..

Tuesday, June 11, 2019

3 abdul

DI SEBALIK FILEM 3 ABDUL

Oleh Aiman Hakim

Boleh dikatakan ramai di antara kita sudah menonton filem 3 Abdul. Filem komedi tersebut mengisahkan perebutan harta di antara tiga orang adik beradik kandung. Filem ini merupakan filem terakhir arahan dan lakonan P. Ramlee di Singapura sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur. Filem ini dibarisi oleh hampir kesemua seniman dan seniwati yang terkenal di Jalan Ampas ketika itu seperti Sarimah, Dayang Sofia, Mariani, Haji Mahadi, S. Kadarisman, Ahmad Nisfu dan M. Babjan.

Sewaktu filem 3 Abdul ditayangkan di panggung buat kali pertama pada Jun 1964, P. Ramlee telah berpindah ke Kuala Lumpur dua bulan sebelumnya. Oleh sebab itu, beliau hanya sempat menonton filem itu di sebuah panggung di Kuala Lumpur.

Filem 3 Abdul juga tidak lari daripada kritikan-kritikan yang cuba disampaikan oleh P. Ramlee seperti unsur feudalisme, nepotisme, kekeluargaan dan kasih sayang. Artikel ini bukanlah sebuah kritikan filem. Apa yang cuba disampaikan ialah bagaimana P. Ramlee mendapat ilham untuk membuat filem ini.

Sebelum filem 3 Abdul diselenggarakan, pihak Shaw Brothers pernah menawarkan P. Ramlee untuk membikin sebuah filem yang berjudul Seniwati di Hong Kong. Pihak Shaw Brothers telah menyerahkan skrip tersebut dan meminta P. Ramlee membuat tiga buah skrip lagi untuk difilemkan di studio milik Shaw yang terletak di Clearbay Water. Dalam kepala P. Ramlee sudah ada beberapa filem yang beliau ingin arahkan termasuklah sekuel Bujang Lapok – Bujang Lapok Di Hong Kong dalam bentuk warna warni dan berbidang luas (Shawscope).

Apabila pihak union di studio Jalan Ampas mendengar perkhabaran itu, mereka telah membuat tututan bayaran kerja yang tinggi. Apabila permintaan mereka tidak ditunaikan, mereka telah membuat bantahan projek filem di Hong Kong itu. Mereka beranggapan jika P. Ramlee pergi ke Hong Kong, ia boleh memecahbelahkan para pekerja studio dan filem yang akan dilaksanakan di Hong Kong tidak menampakkan ciri-ciri kemelayuan secara total. Hal ini membuatkan pihak Shaw Brothers membatalkan terus projek tersebut dan P. Ramlee berasa sangat kecewa tentang perihal itu.

Ilham untuk membuat filem 3 Abdul datang pasca mogok yang berlaku pada tahun 1963. Peristiwa berikut terjadi berikutan beberapa pelakon menuntut hak mereka dalam soal gaji dan kontrak. Mereka mendesak agar kontrak yang sebelum ini disambung semula dan gaji mereka dinaikkan. Mogok ini diketuai oleh beberapa orang seniman ketika itu. Malah, salah seorang seniman tersebut pernah cuba untuk mengoyakkan kontrak sebagai tanda protes terhadap majikan.

Dalam tahun 1962-1964 juga, P. Ramlee juga sudah kurang membuat filem berikutan beberapa undang-undang baru telah digubal. Undang-undang tersebut termasuklah waktu bekerja dari pukul 8 pagi hingga 5 petang sahaja. Hal ini sudah tentu menyusahkan P. Ramlee untuk berkarya kerana untuk menyediakan set sahaja sudah mengambil masa hampir satu jam, belum lagi proses make-up, rehearsal dan sebagainya. Selain itu, sudah tentu gaji yang diterima oleh pelakon-pelakon lain sedikit kerana kebanyakan daripada mereka menerima gaji mengikut jam. Sebelum undang-undang ini dikuatkuasakan, para pelakon bebas bekerja dari siang hingga ke malam.

Jika kita lihat dengan teliti, P. Ramlee tidak putus-putus mengenakan beberapa individu. Mengapa ini terjadi? Hal ini kerana mereka inilah terlibat di dalam peristiwa mogok tadi. Bak kata pepatah, "siapa yang makan  cili, dialah yang terasa pedasnya". Oleh sebab tindakan union kelihatan terburu-buru, maka dengan itulah P. Ramlee terasa berat hati untuk berkarya dalam tempoh tersebut.

Sewaktu P. Ramlee menjadi pengerusi union, beliau telah memberi banyak kesenangan dan kebebasan kepada para pelakon seperti kelonggaran dalam etika pemakaian dan sebagainya. Namun, apabila orang lain mengambil alih jawatan tersebut, beliau mengubah apa yang telah dilakukan oleh P. Ramlee. Ini membuatkan P. Ramlee berasa terkilan dan seterusnya membuatkan beliau memilih untuk berpindah ke Kuala Lumpur dan bertugas di Studio Merdeka.

Ketika babak akhir 3 Abdul, kita dapat lihat, Abdul Wahub lakonan P. Ramlee bermaaf-maafan bersama seluruh ahli keluarganya. Ini menandakan walaupun P. Ramlee sudah menghentam mereka, namun beliau juga tidak lupa untuk meminta maaf atas salah lakunya. Itulah sifatnya P. Ramlee, insan hebat yang masih tiada galang gantinya hingga ke hari ini. Walaupun jelas P.Ramlee meminta maaf kepada mereka semua pelakon di dalam filem tersebut, ada seorang pelakon yang beliau tidak meminta maaf dan dimaafkan. Mengapa?

Itulah sedikit sebanyak kisah di sebalik filem 3 Abdul. Siapa sangka, di sebalik hilai tawa dan lawak jenaka yang terkandung dalam filem itu, ia dihasilkan ketika seniman agung ini sedang berduka dan hatinya bagai dihiris sembilu. Meskipun ada orang-orang yang cuba menjatuhkan beliau, namun beliau tidak pula membalas perbuatan mereka.

Sumber

1. Kelab Filem Muzik Melayu Klasik.

2. Singapore Newspaper Archieve.

3. Tengku Zakaria P Ramlee.

4. Membedah P.Ramlee, Daniyal Abdul Kadir.

5. Keluarga Artis-Artis Legenda.

Monday, June 10, 2019

Usaha

dah banyak kali aku tengok video ini.

Aku suka, sebab dia mengajar kepada kita bahawa:

1. sesuatu yang susah, sebenarnya kita tak jumpa cara sahaja. Apabila kita jumpa caranya, yang susah akan jadi senang.

2. kita perlu kritis dan kreatif untuk mencipta metodologi dan kaedah. Kerana, dengan ada metodologi dan kaedah, kita akan jumpa cara - yang susah menjadi senang.

3. golongan pertama, orang dilahirkan hebat. golongan kedua, orang yang dilahirkan lemah. Tetapi, apabila dicipta kaedah dan metodologi, kelemahan itu menjadi kehebatan juga. Lebihnya pada golongan kedua, kaedah dan metodologi mereka boleh dimanfaatkan kepada orang lain, sedangkan golongan pertama, ia tidak dapat dimanfaatkan kecuali dirinya sendiri sahaja.

Umur

INGAT MENGINGATI ANTARA KITA… Izinkan saya untuk share kepada sahabat  Kalau umur kita sekarang 55 tahun dapat hidup hingga 70 tahun, itu ma...