Saturday, September 30, 2017
Sunday, September 17, 2017
Kesilapan jumaat
.
*KESILAPAN SOLAT JUMAAT*
YANG RAMAI LELAKI TIDAK SEDAR
1. Datang lewat ke masjid. Kata Rasulullah SAW: Pada hari Jumaat para malaikat duduk di pintu-pintu masjid, bersama mereka lembaran-lembaran catatan. Mereka mencatat (orang-orang yang datang shalat), apabila imam telah keluar (untuk memberi khutbah), maka lembaran-lembaran itu ditutup. (Hasan, Ahmad:21756)
2. Membaca al-Quran atau memasang rakaman bacaan al-Quran dengan kuat. Kata Nabi SAW: Ketahuilah sesungguhnya kalian semua bermunajat kepada Tuhan. Oleh itu, janganlah sebahagian kalian mengganggu sebahagian yang lainnya, dan janganlah sebahagian mengangkat suara atas yang lainnya dalam membaca al-Quran, atau baginda berkata di dalam solat. (Shahih, Abu Dawud:1332, disahihkah oleh Ibn Abdil Barr)
3. Tidak memenuhkan saf hadapan. Kata Nabi SAW: Jika kalian atau mereka mengetahui apa yang terdapat dihadapan saf paling hadapan, nescaya akan dilakukan undian. [bagi mendapatkan saf hadapan] (Shahih, Muslim:439)
4. Bermain tasbih, bersiwak dan lain-lain ketika mendengar khutbah. Barangsiapa memegang batu kerikil [ketika khutbah], maka dia telah berbuat hal yang sia-sia. (Shahih, Muslim:857)
5. Tidak melakukan solat tahiyatul masjid apabila tiba ketika imam berkhutbah. Kata Nabi SAW: Jika salah seorang daripada kalian tiba (di masjid) pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka solatlah dua rakaat dan ringkaskanlah solat tersebut. (Shahih, Muslim:875)
6. Masih melakukan urusan keduniaan apabila azan telah berkumandang. Firman Allah: Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (Surah al-Jumuah:9)
7. Bercakap ketika khutbah. Rasulullah SAW berkata: Jika engkau berkata kepada teman engkau Diam pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka engkau telah membuat sesuatu yang sia-sia. (Shahih,al-Bukhari:934, Muslim:851)
8. Bersandar ke dinding dan tidak menghadap khatib. Kata Ibn Masud r.a: Jika Rasulullah SAW sudah berdiri tegak di atas mimbar, maka kami menghadapkan wajah kami ke arah beliau. (Hasan, at-Tirmizi:509)
Semuga sedikit perkongsian ini dapat memberi ilmu yang bermanafaat kepada kita untuk mendapat santapan minda setiap hari Jumaat melalui khutbah yang dibaca oleh khatib. Jom azam sama-sama tutup telefon dan jangan layan internet, wassap, facebook dan instagram ketika khutbah kerana talian ALLAH lebih penting dari segala-gala urusan dunia..
Saturday, September 16, 2017
45 tahun..
Ini pesanan Prof. Dr. dr. Bhenny Karim, SpPD-KR. (Guru Besar FK UGM)
Kepada Saudara2ku yg Telah Berusia 45 Thn ke atas, Lebihkan Disiplin Jaga Kesihatan.
Proses Penuaan (Aging Process) sdh Bermula Sejak Umur 32 Tahun dgn Mulanya Penurunan Fungsi Organ-organ (Seperti Ginjal/Buah Pinggang, Hati, Hypophyse dsbnya) dan Penurunan Hormon-Hormon (Seperti Testosteron, Growth Hormon, Coenzym Q10, Melatonin dan Antioxydant).
Pada Usia 45 thn Bermula Penurunan Estrogen utk Wanita & Penurunan Hormon Progesteron dan Testosteron utk Lelaki.
Penuaan Adalah Suatu 'Penyakit' yg Berlangsung Kronik yg Sebenarnya Tidak Dapat Dicegah, Diubati dan Dikembalikan Menjadi Muda.
Penuaan Bukanlah Hukuman, tetapi Akibat 'Perintah dari Gen.'
Beberapa Penyakit yang Muncul Akibat Proses Penuaan, adalah;
1. Osteoporosis.
2. Metabolic Syndrome menjadi penyebab Penyakit Cardiovasculer (seperti Strok, Penyakit Jantung Koroner dan Hypertensi Renal).
3. Cancer (seperti Payudara, Colorectal/Usus, Prostat, Ovarian).
4. Alzeimer (Pikun).
5. SD (Sexual Dysfunction).
APA PULA YANG HARUS DILAKUKAN?
1. BERGERAK.
Jalan kaki 3-5 km/hari) dapat Mencegah Osteoporosis (Rapuh Tulang) dan Hypertension.
2. SENAM OLAH NAFAS
Seperti Pranayama, Orhiba, Cikung, Yoga dsb 2x/minggu. Paru-paru Perlu Latihan Deep/Maximal Breathing, untuk Meningkatkan Aliran Darah di Alveoli, Menuras CO2.
3. KURANGI KARBOHIDRAT
Cukup Protein, Buah & Sayur.
4. JAGA BERAT BADAN
Berat Ideal Lelaki (Tinggi Badan Kurangkan 100), Wanita (Tinggi Badan Kurangkan 110).
Lingkaran Perut Tak Boleh Lebih 80cm utk Wanita, 90cm utk Lelaki.
BMI Tak Boleh Lebih 30 kg/m2.
5. TEKANAN DARAH TIDAK BOLEH LEBIH 140/90.
Cek BP Tiap Minggu.
6. KADAR GULA DARAH PUASA TIDAK BOLEH LEBIH 110, Trigliserida 150, HDL Harus Lebih 50.
Jadi Periksa Darah Max Tiap 6 Bulan.
7. WANITA WAJIB BUAT MAMMOGRAM dan PAP SMEAR Setiap Tahun.
Kesan Awal Kanser Servik dan Payudara.
8. ISTIREHAT CUKUP
- Tidur 6-8jam sebaiknya seawal jam 10 malam
- Matikan Lampu (Merangsang Growth Hormon).
- Jangan Makan 3 jam Sebelum Tidur (Mencegah GERT & Sesak).
- Bantal Rendah (Meningkatkan Oksigen ke Otak).
- Miring ke Kanan (Mengurangi Beban Jantung).
9. KURANGI STRESS
- Jgn bekerja di Luar Kapasiti/Kemampuan
- Perbanyak Rasa Syukur, Doa atau Meditasi
- Sentiasa Perbaiki Kualiti Ibadah, Iman, Sosial & Hiburan yg Positif
Perbanyak Masa Borak2, Sembang2 Santai, Gurau-senda, Erat Silaturahim atau Berkumpul dgn Keluarga & Teman2.
Elakkan Marah2 atau Terlalu Emosi, Hindari Hal2 yg Berpotensi Membuat Sedih/Angkara (Hukum/Permusuhan), Hadapilah Segalanya dgn Senyum Bahagia.
Lebih Bijaksana dlm Penggunaan Harta (JIMAT lbh BAIK tapi BUANG JAUH2 sikap KEDEKUT).
JGN TERLALU BERKIRA TERUTAMA DGN ORANG2 TERDEKAT KITA..
Kongsi Jika Bermanfaat..
BAHAYA JERING
Kes ini berlaku ketika saya baru melaporkan diri ke hospital daerah. Ketika itu saya sedang bertugas on-call di Jabatan Kecemasan. Jam menunjukkan pukul 3 pagi, apabila seorang lelaki disorong masuk menggunakan kerusi roda.
"Aduh...doktor, tolong..sakitnya.." rintih pemuda tersebut sambil memegang perutnya.
Apabila diangkat ke stretcher, beliau baring dalam keadaan mengerekot. Beliau dalam kesakitan yang sangat.
Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat segera mendapatkan lelaki berkenaan, memasang jarum branulla di tangannya. Manakala saya, segera bertanyakan apa yang terjadi.
"Senak perut, doktor. Tiba-tiba sahaja sejak pukul 12 malam tadi. Rasa nak kencing, tapi tak boleh kencing!"
Sebaik sahaja lelaki tersebut bercakap, saya segera mengesyaki sesuati. Bau yang terbit dari mulutnya, adalah sejenis bau yang cukup hancing dan tajam.
Saya segera memulakan pemeriksaan. Apabila saya memeriksa bahagian pundi kencing beliau, ianya tidaklah terlalu cekang atau besar. Saya meminta Penolong Pegawai Perubatan untuk memasukkan tiub kencing, sedang saya meneruskan pemeriksaan.
Sebaik sahaja tiub kencing dimasukkan, air kencing bercampur darah keluar. Namun jumlahnya sedikit sahaja. Lelaki tersebut masih dalam kesakitan, lalu saya meminta agar ubat penahan sakit, IV Tramadol segera diberikan. Dalam tempoh beberapa minit, kesakitan lelaki tersebut pun berkurangan.
Sampel darah diambil, dan lelaki tersebut diletakkan di ruang pemerhatian. Saya meneruskan proses mendapatkan sejarah pesakit dengan bertanya kepadanya.
“Encik, ada makan apa-apa pada malam tadi?”
“Ya, doktor. Saya makan nasi bersama keluarga seperti biasa.”
“Ada makanan yang dibeli dari luar? Atau ulam-ulaman?” saya bertanya lagi.
“Makanan berlauk, tak ada pula. Cuma petang tadi memang saya ada ke pasar malam, membeli jering rebus untuk dijadikan ulam.” Ujar beliau.
Jawapan beliau membuatkan hati saya terdetak. Sangkaan saya tepat, rupanya. Namun saya mahu tunggu keputusan ujian darah terlebih dahulu.
Rawatan drip intravena segera diberikan. Lelaki tersebut tidak lagi dalam kesakitan, namun air kencingnya masih bercampur darah. Ultrasound buah pinggang dibuat, menunjukkan tiada batu karang meskipun kedua-dua buah pinggangnya sedikit bengkak.
Hampir setengah jam kemudian, keputusan ujian darah sudah siap. Seperti yang dijangka, fungsi buah pinggangnya merosot secara mendadak. Bacaan creatinine nya mencecah 400, sedangkan paras normal bagi orang sihat biasanya tidak melebihi 100.
“Encik, penyakit encik ini namanya Jering Nephropathy. Maksudnya, kegagalan buah pinggang yang disebabkan oleh pengambilan jering.”
Bundar mata lelaki tersebut tatkala saya memaklumkan kepadanya penyakit yang beliau hidapi.
“Dalam buah jering, ada sejenis bahan yang dinamakan djenkolic acid. Bahan ini, bersifat toksik kepada buah pinggang manusia. Adakalanya pesakit yang memakan jering terlalu banyak, terutamanya jering yang tidak direbus betul, akan mendapat masalah ini.”
Saya meneruskan penerangan. Beliau mengangguk, tanda faham.
“Sekarang, fungsi buah pinggang encik agak terjejas. Kita akan mulakan rawatan awal, iaitu IV Drip bagi memastikan buahpinggang encik terus berfungsi dan saki baki Djenkolic Acid dalam darah encik dapat keluar melalui air kencing.
“Namun, kita akan terus pantau keadaan encik didalam wad. Sekiranya dengan rawatan yang kita berikan ini pun fungsi buah pinggang encik tidak bertambah baik, atau bertambah lebih buruk, encik mungkin terpaksa dirujuk ke hospital besar. Kita khuatir encik mungkin memerlukan prosedur pembedahan atau dialisis untuk menyelamatkan fungsi buah pinggang.”
Penjelasan panjang lebar saya membuatkan pesakit tersebut termenung. Setelah berbincang dengan ahli keluarga, lelaki tersebut bersetuju dimasukkan ke wad untuk tujuan rawatan dan pemantauan.
Ini adalah kali keempat saya menjumpai kes Jering Nephropathy. Tiga kali sebelumnya, adalah ketika saya menjalani latihan siswazah di hospital besar.
Kes jering nephropathy, atau djenkolism, tidak banyak terdapat didalam buku-buku teks perubatan. Ini kerana kejadian ini jarang berlaku (low incidence), dan hanya berlaku di kawasan Asia Tenggara. Agaknya disebabkan adat dan budaya penduduk kita yang biasa menjadikan jering sebagai makanan ulaman.
Namun, penyakit jering nephropathy ini, selain menyebabkan kesakitan yang teruk ia juga boleh membahayakan nyawa. Menurut sebuah literature review oleh Bunawan et al (2014), daripada 96 kes Jering Nephropathy yang dilaporkan oleh jurnal-jurnal perubatan, empat daripadanya meninggal dunia akibat kegagalan fungsi buah pinggang.
Majoriti pesakit akan sembuh dengan rawatan hidrasi IV Drip, namun terdapat kes yang mana memerlukan rawatan pembedahan. Dalam sebuah laporan kes oleh Wong JS et al (2007) di Hospital Umum Sarawak, pesakit terpaksa melalui sebuah prosedur “stenting” ke kedua-dua buah pinggangnya.
Apabila “stent” dimasukkan, didapati terdapat bahan berupa jeli berwarna seperti sos menyumbat salur ureter pesakit. Hanya setelah stent dimasukkan, barulah pesakit dapat kencing semula dan fungsi buah pinggang pesakit bertambah pulih.
Sebenarnya sebelum kes Jering Nephropathy dilaporkan didalam jurnal-jurnal perubatan, orang-orang tua kita sudah lama mengenalpasti penyakit ini yang disebut sebagai “terkepit jering”. Ini kerana berdasarkan pemerhatian mereka, terdapat individu yang sakit bagaikan dikepit setelah memakan jering.
Dari situlah lahirnya petua orang tua-tua, bahawa jering perlu direbus sehingga berjam-jam lamanya sebelum dimakan. Ada yang menasihatkan untuk direbus dengan pelbagai bahan seperti daun kunyit, akar pokok kelapa, bahkan abu dapur, paku dan rantai basikal!
Keberkesanan dan keselamatan bahan-bahan yang dicampurkan ini agak sedikit meragukan, namun kita memahami rasionalnya adalah untuk menyahneutralkan djenkolic acid yang terdapat dalam biji jering tersebut.
Apapun, nasihat dan saranan saya kepada mereka yang gemar memakan jering,
1. Elakkan dari memilih jering yang tua, kerana jering yang tua berkemungkinan mengandungi kepekatan djenkolic acid yang lebih tinggi.
2. Elakkan dari memakan jering yang mentah.
3. Elakkan memakan jering dalam kuantiti yang besar.
4. Pesakit yang mengalami masalah buah pinggang kronik, tidak dibenarkan memakan jering.
5. Banyakkan meminum air setelah memakan jering.
6. Jika berlaku sakit perut atau kencing berdarah, dapatkan rawatan di hospital segera.
**
“Ha, encik, apa khabar hari ini?
Saya menyapa lelaki berkenaan yang sedang berehat. Hari tersebut adalah hari keempat beliau di wad. Alhamdulillah, paras creatinine beliau sudah turun ke normal, menandakan buah pinggang beliau telah bertambah baik. Beliau juga sudah tidak perlu memakai beg kencing dan air kencingnya juga sudah tidak bercampur darah.
“Alhamdulillah, bertambah baik! Terima kasih banyak-banyak, doktor.” jawab beliau kesengihan.
“Nak makan lagi jering lepas ni, encik?” saya cuba bergurau. Beliau tertawa sambil berkata,
“Eh mestilah doktor, kalau dah minat, ulam jering cicah cabai tak boleh tinggal!”
Lantas kami sama-sama ketawa.
Dr. Mohd Syamirulah Rahim,
Pegawai Perubatan
http://facebook.com/dr.syamirul
Artikel ini diterbitkan di Majalah iSihat Ogos 2017.
Sumber gambar dari Google.
AMALAN NAK HINDAR ANAK TERJEBAK PERKARA TIDAK ELOK
Sumber : Ustaz Khailil Razak
Teringat saya pernah dapat nasihat darpada seorang maulana..bagus untuk parenting..namanya maulana jamal.. Masa tu first time jumpa dengan maulana jamal di majlis kahwin Ustaz Khann Da'ie .. Saya tau beliau ni adalah guru kepada isteri saya masa di madrasah.. Maulana jamal ajar isteri saya kitab bukhori.. Masa saya kawin dengan isteri saya hari pertama..
Isteri saya minta satu permintaan "boleh saya minta sesuatu ngan awak?" Saya terdetik dalam hati "aik.. Baru je kawin dah nak permintaan?" Maklumlah kami x pernah kenal.. Hehe saya kata apa dia? "Saya minta awak buat hubungan baik dengan semua ustaz2 saya.. Sebab saya sayang ustaz2 yg pernah ajar saya agama sampai jadi alimah"
Allahu.. Saya ingat nak minta apa tadi.. Saya kata insyaAllah.. MasyaALlah dalam hati saya kalau lah semua pelajar malaysia ada sifat dengan guru macam ni.. Buat hubungan dengan cikgu2 yg pernah ajar kita dulu..Berkatnya hidup..
Saya sapa ustaz"Assalamualaikum.. Ustaz.. Ustaz jamal kan? Saya suami kepada anak hj aris bangi..bleh saya dudk makan sekali ngan ustaz?" Ustaz kata owhh masyaAllah silakan2.. "Anta motivator pelajar ya?" Aik.. Saya peranjat macamana ustaz tau.. Saya kata "sikit2 la ustaz belajar2 cakap depan pelajar.. Doakan saya ustaz.."
Ustaz jamal terus bagitau saya "kalau anta bagi ceramah dengan mak ayah.. Boleh anta bagitau mereka benda penting ni? Sangat penting..!"
Saya kata "masyaAllah ustaz boleh.. Apa ek ustaz?"
Ustaz jamal kata "bagitau semua bapa.. Buat amalan ni.. Setiap kali keluar rumah tolong bagi sedekah.. Kat masjid ke atau kat madrasah secara sembunyi.. Masa masukan duit dalam tabung rm1 ke rm10 ke.. Masa tu niat dalam hati.. YaAllah. Pecahkanlah batil2 (kejahatan) dalam diri aku, isteri aku, dan dalam diri anak aku.. YaAllah.. Pecahkanlah batil2 yang ada di keliling aku, keliling isteri aku, dan keliling anak aku.. Sbab apa.. Sebab begitu banyak batil2 kejahatan2 yg ada yg kita susah nak kawal zaman ni.. Hanya Allah boleh bantu.. Sebab apa masa sedekah.. Sebab masa sedekah secara sembunyi dalam hadith sebut masa tu dapat memadamkan kemurkaan Allah.. Masa tu kita niat insyaAllah niat kita dimakbulkan.."
Saya tak terfikir.. Bila ustaz jamal cakap macam tu.. Sya baru terfikir.. Begitu banyaknye sekarang ni batil2 yg berlaku di keliling kita.. Anak2 dengan terdedah dengan website2 yg x elok.. Wifi dan sebagainya.. Suami pulak terdedah dengan perkara2 yg menjadi sebab maksiat.. Isteri hari ni berapa ramai yg dikelilingi kebatilan.. Bermesra dengan suami orang.. Bergelak ketawa di office.. Suami terdedah boleh bergalak dengan isteri orang.. Benda2 ni semua kita xleh nak kawal.. Susah nak kawal.. Hanya denagn amalan shj minta Allah pecahkan..,YaAllah.. Ampuni dosa kami..
Ustaz jamal bgaitau lagi.. "Amalan ibu pula.. Setiap lepas solat fardhu... Doa benda yg sama.. YaAllah. Pecahkanlah batil2 (kejahatan) dalam diri aku, suami aku, dan dalam diri anak aku.. YaAllah.. Pecahkanlah batil2 yang ada di keliling aku, keliling suami aku, dan keliling anak aku.. Sebab doa ibu ni sangat makbul dan doa pula lepas solat fardhu.. Hadith nabi sebut doa sangat makbul leps solat fardhu.."
YaAllah.. Saya rasa nasihat ni sangat penting dan berguna utk saya dan isteri saya dan semua orang.. Lepas makan saya terus amek buku nota dan terus salin apa yg ustaz jamal bagitau saya.. Setiap kali saya ceramah parenting di sekolah2 saya x pernah lupa utk bagitau perkara ni pada ibu bapa..
YaAllah.. Jagalah anak2 kami untuk kami.. Jauhkanlah anak2 kami isteri suami kami daripada maksiat dan dosa.. Kami x mampu yaAllah.. Kami lemah.. Dhoif.. Ampunilah kami... Amiiiin
Boleh tag share untuk suami atau isteri kita.. Terus buat amalan ni..
Umur
INGAT MENGINGATI ANTARA KITA… Izinkan saya untuk share kepada sahabat Kalau umur kita sekarang 55 tahun dapat hidup hingga 70 tahun, itu ma...
-
As salam Just nak share cara penggunaan periuk Mugen 6L yang saya beli online. saya just share yang simple je 1. masukkan barang-b...
-
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى...